Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Umi ! Amir tak akan maafkan abah . Walau apa pun yang terjadi , Amir tetap dengan keputusan Amir ." Umi memandang aku dengan perasaan yang sayu . " Amir , dia abah Amir . Takkan sikit pun maaf tak ada untuk dia ?" Ah ! Lantak lah. Kalau abah boleh buat kami macam ni , kenapa tidak aku ? " Maaf umi . Tapi ini keputusan Amir . Amir tetap tak akan maafkan dia . Maafkan Amir ." Aku terus berlalu pergi . Pergi ke suatu empat yang tiada siapa pun tahu .
" Muhd Amir Ashriq !" Kedengaran jururawat yang bertugas memanggil aku . Appointment ini biasanya hanya sebulan sekali . " Assalamualaikum Doktor ." Doktor Hasrul terus mengajak aku duduk . " Amir sihat ? Dah lama kita tak jumpa ." Aku tersenyum . Masih aku ingat , waktu itu aku mengalami kecelakaan dan kebetulan Doktor Hasrul yang melanggar aku . Sampai sekarang , dia masih mengambil berat tentang aku . " Alhamdulillah dah sihat dah . Kaki pun dah okey ." Doktor Hasrul hanya mencatat sesuatu sebelum memeriksa nadi dan darah aku . Sejurus selepas itu , dia memeriksa kaki aku . " Ni dah elok dah ni . Lepas ni datang 3 bulan sekali . hmm.." Aku mengangguk . Telah aku anggap Doktor Hasrul sebagai ayah aku sendiri . Segala masalah akan aku ceritakan pada dia . " Dah selesai dah . Nanti amik ubat dekat luar . Amir dah makan ? Kalau belum biar saya belanja ." Doktor Hasrul memandang aku . Aku terus meengangguk kerana sebelum ke sini aku makan dengan Fajran di kafe . " Takpe lah . Amir keluar dulu . Terima kasih Doktor . Assalamualaikum ."
Aku sampai di rumah kira-kira pukul 9 malam . Umi sedang membaca akhbar manakala Aishah sedang mengulangkaji pelajaran . " Umi …" Aku duduk di sebelah umi . " Umi …" Kali ini , nada ku berlainan kerana panggilan pertama tidak dilayan . " Apa dia ? Umi sibuk kan ni ." Hah ! Umi marah aku . Bagus lah . Sebab orang tua tu punya pasal , aku yang kena marah . " Umi … Amir minta maaf . Amir tak sengaja . Takkan umi tak tau kalau orang tengah marah kan semua ayat keluar ." Masih mengharap umi respon . Setelah 10 saat menunggu , aku bangkit .
Belum sempat aku melangkah , umi membalas kata-kata ku . " Bukan umi marah . Tapi umi kecik hati . Umi tak pernah ajar anak umi kurang ajar dengan orang tua ." betul jugak cakap umi , bisik hati Amir . " Tak apa lah kalau umi marah . Amir naik dululah . Dah penat ni. Assalamualaikum ." Pandangan umi mengikuti aku hingga aku melangkah ke atas .
" Amir ! Amir ! Woi , tunggulah !" Fajran , teman baikku sejak kami mula melangkah ke sekolah menengah . Memang segala masalah aku , diluahkan padanya . " Apa kau nak ?" Langkah aku terhenti sebaik sahaja Fajran memanggil nama aku . " Kau ada masalah ke Amir ? Kaki kau sakit lagi ke ?" Bersungguh-sungguh Fajran bertanya . Namun aku hanya menggeleng dan mengajaknya ke kafe kolej . "Amir , kalau kau ada masalah , kau bagitau aku . Tak senang duduk aku tau tak kalau kau diam je ." Sekali lagi , aku hanya menggeleng . Biarlah hanya aku yang menanggung .
" Amir , mari sini kejap . Umi ada hal nak bincang ." Aku yang baru je balik dari kelas terkejut . Balik-balik dah kena panggil . " Ada apa umi ? Amir penat ." Umi memandang aku dengan penuh perasaan suruh aku duduk . " Ada apa ?" Aku memulakan bicara . " Kenapa Amir benci sangat dekat abah ? Apa dia dah buat dekat Amir ?" Sudah aku agak , soalan yang ditanya mesti bersangkut-paut dengan abah . Susah untuk aku tafsirkan perasaan benci ini . " Entahlah . Amir dah tengok semua umi . Dari Amir kecik , sampai sekarang . Mungkin dulu Amir tak paham tapi sekarang , lebih dari faham . Umi dah lupa ke apa dia buat dekat umi ? Dah lupa ke ?" Airmata umi hampir mengalir . Aku faham perasaan umi . " Umi tahu , abah kamu dah banyak buat salah dekat kamu , dekat umi . Tapi itu dulu Amir . Maafkan lah dia . Abah nak sangat dekat dengan anak-anak dia . Tolong umi , Amir ." Hanya keluhan yang keluar dari mulut aku .
Masih aku ingat , waktu itu aku darjah 5 . Abah balik dari kerja dalam pukul 1 pagi . Waktu itu , aku mengulangkaji pelajaran . Tiba-tiba , aku dengar abah menjerit . Dan suara tangisan Aishah kedengaran dari bilik umi . Keluar saja aku dari bilik , aku nampak abah memukul umi di perut . Disepak , ditampar dan dipukul diseluruh tubuh hanya kerana abah inginkan duit untuk membayar hutangnya kerana berjudi . Aku hanya dapat melihat kejadian itu berlaku depan mata aku dan sejak itu , dendam mula bercambah di hati .Seleps kejadian itu , abah tidak lagi pulang ke rumah dan terus menghilang . Tiga tahun kemudian , adik aku , Aishah dimasukkan ke hospital akibat ketumbuhan di perut . Selama sebulan Aishah di hospital , tiada sehari pun abah datang menjenguk . Puas umi memujuk aku supaya mencari abah namun hasilnya tetap sama . Abah tidak muncul !
Kelas dibatalkan hari ini dan aku bercadang untuk rehat dirumah dan ambik adik aku di sekolah . Nur Aishah Hidayah , adik perempuan aku . Satu-satunya adik yang aku ada . Balik dari sekolah Aishah , aku duduk di hadapan Tv . Tiba-tiba Aishah muncul di hadapan aku . " Along , kenapa along marah sangat dekat abah ?" Tak pernah sekalipun aku dengar Aishah tanya tentang abah pdekat aku . Dan sekarang , dia meluahkannya . "Kenapa Aishah tanya ? Sebab abah tak layak jadi seorang bapa . Kenapa Aishah tanya ?" Dapat kulihat airmata Aishah bergenang . Memang tak dapat dinafikan , Aishah tidak pernah merasa kehangatan kasih sayang seorang ayah .
" Along , boleh bagitau Aishah kenapa along benci abah ? Aishah nak tahu sangat ." Aku memandang muka Aishah . Dia tidak mengerti dengan apa yang terjadi . " Abah selalu pukul umi . Along nampak sendiri . Masa tu , Aishah baru 6 tahun . Tak faham apa-apa lagi . Lepas tu , abah tinggalkan umi dan tak balik-balik lagi . Cukup dah untuk terangkan abah ni macam mana ?" Panjang lebar aku menerangkan padanya . Tiada niat di hatiku ingin memburukkan abah tapi inilah hakikatnya . " Abah tak datang kan masa Aishah sakit ?" Hanya gelengan yang menjadi jawapanku . Aishah mengeluh .
" Umi dah lupa ke apa yang abah buat ?! Dah lupa ke segala sepak terajang yang singgah kat badan umi ?! Dah lupa ke umi ?! Amir nampak semua yang dia buat dekat umi . Walaupun Amir tak kena , tapi dia pukul umi Amir ! Kenapa mesti umi suruh Amir hormat orang yang tak pernah hormat isteri sendiri ?? Orang macam tu , tak layak jadi abah Amir ! Bagi Amir , abah tak pernah wujud dalam hati Amir . Amir tak ada abah !"
Pangggg ! Satu tamparan hebat hinggap di pipiku . Aku tahu umi hanya menahan kesabarannya melihat anak sulungnya ini kurang ajar . " Muhd Amir Ashriq ! Umi tak pernah ajar anak umi kurang ajar ! Sekalipun dia buat umi macam tu , dia tinggalkan kita , dia suami umi , abah Amir !" Umi menangis . Aishah disebelah umi untuk tenangkan umi . Tertekan dengan umi , aku meninggalkan rumah . Maafkan Amir , umi . Amir tahu umi kecewa . Biar Amir pergi agar hati umi tenang sekejap .
" Amir , tak patut awak buat umi awak macam tu . Ada sebab kenapa dia suruh awak hormat ayah awak . Apa pun yang jadi , darah dia mengalir dalam diri awak . Jangan lupa yang awak ber’bin’kan Muhd Azhar ." Doktor Hasrul memegang bahu aku . Alangkah indahnya jika abah pernah buat aku begini . Berada disisku di saat aku memerlukan . " Doktor , saya nampak semua yang jadi . Saya nampak dia pukul umi . Saya nampak dia ambil duit umi . Kenapa senang sangat dia maafkan Abah ?" Buat pertama kalinya , airmata yang ku pendam tumpah di hadapan Doktor Hasrul . Di saat itu , aku luahkan segalanya .
Petang jumaat , aku lepak di Kafe Alees di Bangsar bersama Fajran . Kejadian tempoh hari tidak ku ceritakan pada Fajran . Hati yang gundah aku ceriakan demi menutup kesedihan dari dihidu Fajran . " Weh , Sabtu ni kau free tak ? Rashid ajak pergi rumah dia . Ada party sikit ." Selesai aku meneguk air milo ais yang diorder , aku mengangguk . Beberapa saat selepas itu , telefon bimbit ku bernyanyi nyaring . " Helo … " Talian disebelah sana kedenganran agak gelisah . " Amir ! datang Hospital Subang Jaya sekarang ! Abah... accident . Abah .... abah tenat Amir !" Suara umi kedengaran teresak-esak di hujung talian . " Nanti-nantilah . Malas nak ambik kisah ." Aku terus menutup talian . Hati ini masih lagi terguris gara-gara umi membela abah tempoh hari . " Kenapa ? Emergency kes ke ?" Fajran bertanya selepas aku menutup telefonku . " Bapak aku accident ." Dengan selambanya aku menjawab . Malas aku nak fikir pasal abah . Biar dia rasa apa yang kami rasa dahulu . " Wey ! Kau gila ? Bapak kau tu Amir !" Terperanjat aku dibuat Fajran . " Amir , sekalipun kau benci bapak kau , pergilah jumpa dia . Mana tau ini kali terakhir . Pergilah. "
Sampai di hospital , aku terus ke tempat jururawat . " Nurse , bilik Muhd Azhar mana ?" Nurse tu menunjukkan bilik di hujung lorong no 303 . "Terima kasih .". Sebaik sahaja aku muncul di pintu wad , semua mata memandang aku . Sayu . Selesai menyalam semua sedara , aku berdiri di sebelah abah . Timbul perasaan simpati meilhat keadaan abah yang terlantar . Tiba-tiba mata abah terbuka dan memandang aku . Saudara-mara ku menunggu di ruang menunggu bagi memberi ruang buat aku dan abah . " Kenapa abah ? Kenapa abah buat umi macam tu ?" Aku terus mengasak abah dengan soalan yang ingin aku tanya . Abah berusaha untuk berkata-kata .
" Abah tak ada perasaan ke ? Abah tau tak kami terseksa ? Aishah , dia tak dapat kasih sayang abah sejak kecik lagi . Mana abah pergi ? Abah tau tak , sejak abah tak ada , Amirlah yang uruskan semuanya . Kami tunggu ucapan selamat hari jadi . Walaupun abah tak muncul , cukup sekadar ucapan , abah . Tau tak betapa kecewanya Aishah bila dia mengharap orang yang dia panggil abah tak muncul bagi semangat , bagi kegembiraan ?! Mana abah pergi masa Amir kecewa ? Mana abah pergi masa umi kesusahan ? Mana abah pergi ???!!" Abah hanya terdiam . Sesekali abah mengangguk . Mengiyakan segala kata-kata ku .
" Muhd Amir Ashriq , abah minta maaf . Abah buntu masa tu . Abah hilang dalam dunia abah sendiri . Maafkan abah ." Aku menangis sekali lagi . Dapat kulihat airmata abah berlinangan di pipinya . Aku kesat airmata itu dan aku memeluk abah . " Abah , Amir tak marah dekat abah . Cuma Amir terkilan . Terkilan dengan sikap abah yang pentingkan diri . Amir tak dapat maafkan abah masa Amir memula dapat tahu apa yang abah buat dekat kami . Amir marah sangat dekat abah . Tapi sekarang , Amir dah tak marah abah . Sekarang ni ,apa yang penting , abah sihat balik dan kita mula hidup baru . Amir nak kita bahagia macam dulu . Aishah nak sangat abah peluk dia kalau dia cemerlang . Abah janji dengan Amir yang abah akan sihat balik dan kita sama-sama mula hidup baru . Abah janji dengan along. …." Kata-kataku tergantung kerana ku rasa sentuhan di bahu ku . Sebaik ku toleh , umi dibelakangku menangis . Begitu juga sedara-mara ku . Ku lihat abah terbaring . Kaku . " Amir , abah kamu dah tak ada . Biarlah dia pergi ." Hah ??? Abah dah tak ada ?! " Abah ! Abah ! Bangun bah ! Bangun !!! KAmi sayang abah . Jangan tinggalkan aAmir …. Amir tak marah abah . Amir sayang abah . Amir maafkan abah . Bangun lah bah ! Bangunlah !" Aku menjerit sekuat hati ku . Namun ku tahu , sekuat mana pun jetiran aku , takkan dapat membangunkan abah .
- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Aku berteleku di hadapan kubur abah . Menyedekahkan Al-fatihah dan Ya’sin untuk abah . Terngiang-ngiang kata-kata Fajran ditelinga ku saat aku lepak dengannya . ‘Amir , sekalipun kau benci bapak kau , pergilah jumpa dia . Mana tau ini kali terakhir . Pergilah .’ Memang itu kali terakhir aku berjumpa abah . Kini , abah pergi untuk selamanya . Ku relakan kepergiannya . Abah , Amir mintak maaf sebab Amir pernah benci abah . Amir janji Amir akan bahagiakan umi dan Aishah . Abah tenang di sana . Amir akan doakan untuk abah .
p/s : Karya pertama . harap maaf jika jalan cerita tak menarik . :)
karya ni mungkin sama dengan cerita yang anda katakan . cuma disini , cerita ni dah dibuat dari akhir tahun lepas . cuma baru dipublished disini sebab saya baru tahu tentang blog ini . pada yang terasa karya mereka diciplak , minta maaf banyak-banyak . tak de niat nak meciplak . apa pun , terima kasih :)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ermm citer sedih...
so nice..