Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ni aku jumpa dia lagi. Kenapa agaknya perangai dia macam tu ek? Selama ni aku perhatikan dia, dia tetap tak berubah walaupun masa dah lama berlalu. Tapi aku pun sama je. Dari dulu sampai sekarang cuma mampu pandang dari jauh saja. Takde langsung keberanian nak pergi luahkan perasaan pada dia. Aku sedih sangat. Aku ada terdengar yang dia maybe akan berpindah. Tak tahulah ke mana. Ada orang kata oversea. Aku harap tak jadi. Aku tak tahulah macam mana hidup aku kalau tak nampak dia macam selalu. Susah juga ek kalau suka orang dalam diam macam ni? Hehe....tadi masa bertembung dengan dia, dia pandang aku sekali imbas je. Tapi tu dah cukup untuk buat aku rasa hepi..........sangat! Kalaulah dia sukakan aku jugak............hmm..semuanya hanya ‘kalau’. Dari dulu lagi, aku suka ber’kalau’ sahaja. Tak pernah ada satu pun yang menjadi kenyataan. Kadang-kadang aku terfikir, aku ni ada penyakit ke? Rasanya dah dekat 5 tahun aku simpan hati dekat dia. Tak pernah berubah-ubah. Dalam mataku, hanya ada dia. Letaklah sejuta pun lelaki kacak di depanku, dia tetap pilihanku. Meskipun, dia tidak sekacak mana. Aku berharap, sangat-sangat berharap yang satu hari nanti, dia akan ‘nampak’ aku. Dan pada masa tu, akulah manusia paling gembira di atas muka bumi ni.... ************
"Will you marry me?"aku terkedu. Nafas terasa seakan terhenti. Betulkah dia yang berkata begitu? Doaku selama ini sudah dimakbulkan. Akhirnya dia ‘nampak’ aku dan memilih aku. Oh...bahagianya hidup ini...senyumku lebar sehingga menampakkan seluruh gigi-gigiku. Aku melekapkan tangan ke dadaku sambil memejamkan mata. Eh, aku tak jawab lagi soalan dia! Segera aku membuka mata semula. Mahu menatap wajah manisnya dan menerima lamarannya. Aku mengejipkan mata beberapa kali. Ini bukan dia, tapi orang lain. Macam kenal saja dengan misai tebal ni. Aku mendepakan tangan menyentuh muka tersebut. "Bangun!"tempikan dari lelaki bermisai tebal itu menghidupkan terus mindaku. Ayah! Mataku membulat dan aku terus terduduk dari tidurku. "Mimpi apa sampai tersengih-sengih macam tu! Orang panggil dari tadi, telinga tu letak kat mana?"jerkah ayah lagi. Aku memegang cuping telingaku. "Letak kat sini yah...,"jawabku takut-takut. Seperti yang ku jangka, tangan ayah pantas memiat telingaku. Tidaklah sakit mana sebenarnya, tapi aku sengaja mengaduh kuat-kuat meminta simpati. "Menjawab! Orang cakap semuanya nak menjawab! Bangun mandi, dah lambat ni," arah ayah. Aku mencemik dan bangun mengambil tuala di hujung kaki katil. "Dah ayah tanya, orang jawabla,"omelku perlahan. Bunyi dengusan ayah di belakang mempercepatkan lagi langkah kakiku ke bilik air. Aku masih lagi tersenyum semasa menyiram air ke seluruh tubuh. Sesekali menggeleng kepala. Aku terlalu sukakan lelaki yang satu ini sehingga terbawa ke dalam mimpiku. Apalah nak jadi ni..... *************
"Dia renung budak tu sampai menggeletar lutut dibuatnya. Kesian budak tu, dah jadi sasaran dia," "What the.....,"ulasku perlahan, tidak percaya dengan berita yang baru kudengari. Tak sangka lelaki yang menjadi bualan kami sekarang sudah ada minat baru sekarang ini. Sangkaku, Mimi adalah yang terakhir untuk tahun ini. "Eh, tu dia,"aku segera menoleh. Dari jauh sudah kelihatan kelibat 4 sekawan. Dan pastinya, si ketua menjadi buruan mataku. Muhammad Syamsul Amri. Lelaki yang mencuri hatiku bertahun lamanya. Sehingga kini pun, hanya dia yang menjadi pilihan hatiku. Dia yang pertama dan tiada lagi yang kedua. Tapi sekarang, yang menjadi topik perbualan adalah Yusuf, salah seorang dari 4 sekawan tersebut. Dia cukup terkenal dengan sikap playboynya di sekolah ini. Mereka berempat memang terkenal di kalangan murid sekolah ini juga sekolah-sekolah lain. Dengan kehebatan yang ada di gelanggang basketball, ditambah dengan kepandaian mereka, aku merasakan mereka adalah pelajar paling ‘perfect’ pernah ku temui. Mungkin di mata semua, mereka sangat sempurna tetapi tidak pada aku. Kerana aku pernah melihat Yusuf menangis satu ketika dulu. Itupun secara kebetulan bila aku melalui ‘kawasan’ mereka di belakang sekolah.
Dear diary, Hari yang sangat mengejutkan! Guess what? Aku nampak Yusuf menangis tau. Rasa nak tergelak pun ada tapi kesian pulak bila tengok. Aku rasalah, dia nangis sebab clash dengan awek dia kot. Sebab aku ada dengar dia sebut nama sorang perempuan. Super sonic gak telinga aku ni kan? Boleh dengar dari jauh. But, aku rasa release bila tengok dia nangis. Selama ni aku melihat diorang berempat sebagai manusia ‘perfect’ walaupun berkali-kali aku menidakkan perkara tu. So, bila aku nampak Yusuf menangis, aku sedar yang diorang pun ada weakness. Cuma tak terlihat di mata kitorang je. Tak ketinggalan juga, si dia yang kuminati...hehehe....rasa hepi dapat tengok muka dia. Walau dari jauh saja. Tapi rasanya, dia nampak aku. Ah, aku salah nampak kot. Kalau dia perasan aku ada kat situ, mesti lama dah aku kena sound jangan bagitau kat orang. Apa-apa jela....aku tak rasa nak bagitau sesiapa pun pasal hal ni. Aku takde hak nak ambik tahu hal orang. Tak kisahlah apa pandangan orang pada mereka, yang penting di mata aku lain.
"Aina!"aku tersentak. Bibah,Syita dan Ina sedang memandangku. Pasti fikiranku sudah melayang memikirkan perkara lain. "Aa...,"aku mati kata ingin membalas apa-apa. "Kau ni, orang punya syok sembang kau boleh pulak fikir benda lain,"Bibah memarahiku. Marah-marah sayang. Aku tidak pernah terasa dengan kata-kata mereka. "Oo...cakap pasal apa tadi? Pasal Si Yusuf tu kan? Mana dia?"aku berpura-pura mengambil tahu namun akhirnya kantoi juga bila kelibat budak berempat itu sudah tiada dalam pandanganku. Aku menghela nafas dalam dan memandang mereka bertiga. "Aina!!!!" ************
Aku memandang dari belakang kelas. Alahai....smartnya lelaki pujaanku ini....hari ini ada pemeriksaan disiplin untuk setiap pelajar. Dan setiap kelas akan didatangi pengawas untuk memeriksa pekaian setiap pelajar serta kebersihan diri. Percaya ataupun tidak....hari ini giliran Syamsul serta gengnya untuk memeriksa kelas kami. Selalunya mereka ditugaskan di blok C, tetapi hari ini mungkin nasib menyebelahi aku bila mereka ditugaskan di blok B. Cepat benar tuhan memakbulkan doaku. Hati di dalam melompat tidak menentu. Hampir aku tersenyum keseorangan kerana terlampau suka dengan kehadirannya. Namun cepat-cepat aku mengingatkan diri supaya tidak ketara benar perubahanku. Tidak ada sesiapa pun yang tahu minatku terhadap lelaki yang satu ini. Semuanya ku pendam sendiri dek kerana tiada keyakinan. Kalau hendak dibandingkan aku dengan dia, macam keldai dan kuda saja gamaknya. Dia, kuda yang dipelihara dan jika dijual pun, pasti mahal harganya. Aku pula, umpama keldai yang kerjanya cuma mengangkat barang. Bila sampai masanya, pasti dipinggirkan kerana tiada nilainya lagi. "Sorry for disturbing. Hari ni kami akan buat check up. Diharap semua dapat bagi kerjasama,"alahai....sedap benar suaranya kedengaran di peluput telingaku. Boleh semput nafasku jika dia berkata-kata hanya untuk diriku. Semua murid bangun seorang demi seorang bila mereka singgah di setiap meja. Dari atas kepala hingga ke hujung kasut, kami akan ditilik. Sesiapa yang tidak menepati syarat, namanya akan diambil dan dihantar pada guru disiplin. Sampai saja giliranku, darah sudah kering di mukaku. Jari-jari tanganku sejuk dan pucat. Kalaulah tiada sangkar rusukku ini, pasti jantungku sudah melompat keluar. Aku berdiri dengan kepala tertunduk ke bawah. Tak sanggup rasanya ingin memandang wajahnya sedekat ini. Selama ini aku cuma memandangnya dari kejauhan saja. "Nur Aina,"aku mengangkat muka bila dia menyebut namaku. Sedikit terkejut. And the rest are history......
Dear diary, Hari paling sedih dalam sejarah hidupku. Sedihnya lebih menikam dari dimarahi emak dan ayah. Lebih tajam dari keputusan PMR aku yang sedikit tersasar. Aku malu di depan dia! Di depan Syamsul Amri! Dan yang lebih dahsyat, aku pasti dipanggil guru disiplin minggu ini. Walaupun dia tidak meyebut kesalahanku, aku masih dapat menangkap tanganya mencatat sesuatu di atas buku notanya. Aku sendiri penat memerah otak memikirkan kesalahanku. Malah Bibah dan semua juga bertanyakan soalan yang sama. Tadi masa dia sedang memeriksaku, tiba-tiba dia memanggilku. Aku rasa macam nak pitam. Rasa takut langsung tak muncul kerana aku lebih menumpukan pada perasaan sukaku saja. Tapi.....bila dia tanya nama penuh aku, baru aku sedih...aku ni cepat perasan! Takkanlah dia sebut nama aku tanpa sebab. Mestilah sebab aku ada buat kesalahan. Rasa ringan je mulut ni nak tanya, tapi tak berani. Suara rasa tak terkeluar bila dia ada depan mata aku. Aku terlopong masa dia catit nama aku. Tak sangka gila. Dia pulak, pandang aku dan senyum sikit. Walaupun senyum dia kelihatan macam nak mengejek, tapi pada aku tidak. Perasaan terkejut dan marah terus hilang tengok senyuman dia tu. Memangla aku ni...angau tahap tak tau nak cakap dah. Sayangnya.....segala yang aku impikan ni takkan pernah terjadi. Semuanya mimpi di siang hari. But for me, tak salah kalau berimpian. Impian tu kan memberi kita semangat. Dia beri aku semangat untuk belajar dan beri aku keseronokan pergi ke sekolah. Walaupun rasa suka ni cuma dari sebelah pihak, aku patut berterima kasih dengan dia. Dia beri aku semangat yang aku sendiri tidak sangka akan datang padaku. Setakat ini aku tidak pernah kecewa menyukainya berseorangan. Aku senang begini. Jadi, tiada apa untuk difikirkan. Aina, life must go on!!!!
****************
Sepanjang minggu aku seperti tidak ketentuan. Risau memikirkan apa yang bakal terjadi. Aku tidak terlalu takut untuk berjumpa dengan cikgu disiplin kerana aku tahun, pengakhirannya aku cuma dimerit saja. Aku lebih risau tentang lelaki pujaanku itu. Apa pandangan dia padaku? Pasti dia menganggap aku sama seperti pelajar lain yang seperti tidak berdisiplin. Aku tidak mahu buruk pada pandangan matanya. Ini adalah kali pertama dalam sejarah 5 tahun memendam rasa, kami terhubung. Dan itu pun kerana disiplin aku yang tidak memuaskan di matanya. "Ala, Aina...kau tak payah risau. Kau buat tuli je kalau kena bebel. Setakat dimerit sikit tu, tak lekat kudis la,"pujuk Ina. Aku tetap diam. Bukan itu yang menjadi keutamaanku. "Aku pelik betulla, selama ni ok je. Kalau Si tina gedik tu kena, logik la jugak sebab kuku lukis dia tu. Tapi ni kau! Kau la manusia paling jaga disiplin selama aku hidup ni,"aku mendengus. "Kau jangan merepekla Bibah. Aku tak sebaik tu ok,"tukasku berpura-pura marah. Aku tidak suka bila dianggap baik sedangkan hakikatnya tidak. Aku lebih memilih untuk dilihat seperti diriku sendiri, bukannya aku yang sering berbuat baik setiap kali pemeriksaan sahaja. "Yela...tapi at least kau tak pakai accessories pelik macam minah tu. Kau baik dari segi pakaian and disiplin, tapi takdela baik sangat pun kalau tengok luar dalam,"aku menepuk bahu Bibah kuat. Aku cuma memberi sedikit pernyataan, tapi Bibah sudah melalut sehingga keseluruhan diriku. Ada-ada saja mulut Bibah. Aku menoleh melihat jam. Tergopoh-gapah aku bangun dari dudukku dan meluru keluar. Hampir aku terlupa aku sepatutnya berjumpa guru disiplin dalam masa rehat. "Aku chow dulu!"sempat aku berhenti dan menoleh kepada mereka di muka pintu. Sekali lagi aku menoleh ke depan semula, Syamsul Amri sudah berdiri di depanku. "Chow pergi mana?"soalnya bersahaja tanpa melihat mukaku yang sudah berubah pucat dek kerana terlalu terkejut dengan kehadirannya. "Aa...sa..saya nak pergila ni,"jawabku. Jantungku terlampau laju sehinggakan butir percakapanku terkeluar satu persatu. Dia tersenyum. Aduh....jantungku berhenti seminit melihat senyumannya. "Pergi mana?"soalnya lagi. Lidahku terasa kesat untuk membalas. Cuma jariku terangkat menunjuk padanya sebagai maksud...entahlah! kalau ikutkan hati, aku mahu saja menjawab ‘pergi pada awakla’. Semuanya hanya di dalam hati. Aku pun tidak tahu apa tafsirannya pada reaksiku. Yang aku tahu, dia tersenyum lagi dan mengangguk sedikit. "Jom, ikut saya,"aku menuntun langkahnya menuruni tangga. Rasa pelik bertamu di hatiku. Kenapa dia datang mencariku? Setahu aku, kami sendiri yang akan pergi berjumpa guru disiplin. Ah, mungkin sebab aku terlambat. Aku sedikit pelik bila dia membelok ke kanan. Sepatutnya dia ke kiri untuk ke bilik guru. Tapi aku diamkan dan mengikut saja. Untuk bertanya, aku takut suaraku tidak terkeluar di hadapannya. Dia membawaku ke tempat dia selalu duduk bersama gengnya. Tempat di mana aku ternampak Yusuf menitiskan air mata. "Err....Syamsul,"panggilku. Itupun terasa seperti suaraku tersekat di kerongkong. Dia menoleh memandangku. Sekali lagi aku mati kata bila melihat wajahnya. Matanya memandang tepat ke mataku membuatkan seluruh tubuhku lumpuh tiba-tiba. Aku tidak menyangka sampai begini sekali hebatnya kesan dia terhadap diriku. "Aina?"bila melihat aku yang terkaku begitu, dia bertindak menghampiriku. Aku masih lagi terpaku. Dia semakin dekat. Aku masih lumpuh dalam mimpiku sendiri. Bila kulihat tangannya tergerak ke arah mukaku, baru mataku terkejip sekali. Dua kali. Dan belum sampai lagi kali ketiga, jarinya menyentuh pipiku. "Aina?"aku tersentak dan terus bergerak selangkah ke belakang. Tanganku memegang pipi. Darah berlumba-lumba naik ke mukaku. Rasa malu kerana menunjukkan aku terpaku melihatnya menyimbah diriku. Kenapalah aku begitu senang tertarik pada lelaki ini? "Bukan ke kita nak jumpa cikgu disiplin?"kali ini aku memberanikan diri bertanya. Aku tidak boleh menunjukkan diriku yang sebegini di hadapannya. "Siapa kata awak ada buat kesalahan?"dia memulangkan kembali soalan padaku membuatkan aku terpaku sekali lagi. ************
Telefon bimbit yang berdering di atas meja study mengalihkan tumpuanku. Sekilas melihat nama yang terpapar, aku menutup diary kesayanganku. Niat untuk menulis terbantut seketika. Pemanggil di sana lebih penting untukku. Aku tersenyum seraya menekan button ‘answer’. "Hello, assalamualaikum,"ceria suaraku memberi salam. Sama cerianya dengan senyumanku tika ini. Aku tergelak kecil mendengar bicara si pemanggil. "Takla...ni Aina baru je nak call,"aku membaringkan badan di atas katil. Mencari posisi yang selesa untuk menyambung bicara. Aku ketawa mengekek mendengar rajuknya kerana aku tidak menelefonnya. "Tak gentlemanla kalau asyik Aina je nak call,"usikku. Sesekali, apa salahnya bermain kata dengan dia. Tepat sekali jangkaanku. Dia terus diam. Aku menahan ketawa. "Aina gurau jela. Takkan merajuk kot?" "Am?"dia masih tidak bersuara bila aku memanggilnya. "Am?"sekali lagi aku mencuba. Masih tiada bunyi yang kedengaran. Akhirnya aku terus memutuskan talian. Biarkan dia! Aku mengacah sedikit pun dia sudah terasa berlebih-lebih. Telefon yang berdering sekali lagi aku biarkan sepi sendiri. Bila masuk kali ketiga, aku jadi tidak sampai hati lalu terus mengangkatnya. "Aina, sori. Telefon Am rosakla,"adunya terus. Aku tetap diam. "Aina....,"lembut suaranya menyebut namaku. "Tipu!"marahku. aku tidak berniat pun ingin menuduhnya tetapi perkataan itu keluar sendiri. Didorong rasa ingin bermanja sesekali dengannya. "Tipu? Ada ke pulak. Kan dulu dah janji...,"ujarnya. Aku menghela nafas lega bila dia menyebut tentang janjinya. Teringat janji lamanya dulu semasa kami di sekolah menengah. "Saya, Muhammad Syamsul Amri takkan sesekali menipu Nur Aina lagi,"diulangnya lagi janji tersebut. Terasa meresap ke seluruh sarafku. Tenangnya perasaanku jika mengingatkan kenangan lama. "Tengah tulis diary,"jawabku bila dia bertanyakan apa yang sedang kulakukan sehingga lupa untuk menelefonnya pada waktu yang ditetapkan. Aku ketawa lagi mendengar jawapannya. Dia cemburu denganku yang melebihkan diary daripada dirinya. "Setiap page diary Aina, ada nama Am. Diary tu yang sepatutnya jealous tau,"itulah hakikatnya. Nama dia sudah bertakhta di dalam diary ini sejak aku berumur 13 tahun lagi. Sehinggalah kini, aku sudahpun mencecah 21 tahun. Diary itu banyak menyimpan segala curahan perasaanku tentangnya. Walau sudah 5 tahun kami bersama, aku tetap tidak bosan menulis tentangnya sahaja. Segala-galanya adalah tentang dia sahaja. "Am,"panggilku perlahan. "Aina sayang sangat-sangat kat Am,"luahku. Tanganku memegang cincin di jari manisku. Tanda aku sudah ditunangkan dengan lelaki bernama Muhammad Syamsul Amri. Tidak kusangka, mimpi manisku semuanya menjadi realiti. Dan semoga untuk selamanya, hanya namanya saja yang bertakhta di diari hatiku..
thanx everyone for ur cmment. i'll keep trying for a btter one.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ish..terlampau juga c aina nih..cinta betul ngn c syamsul tuh..prmpuan ni kdg2 dahsyat gak eh bile suke kan seseorg tuh..nasib xbertepuk selah tangan