Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Ena cepatlah pergi koperasi, nanti tak sempat pulak..." Jerit Lia yang berlari anak menuju ke koperasi. Ena mengerutkan dahinya lalu berlari sama. " Apasal yang ko berlari masuk nie?!!" Ena sedikit menjerit pada Lia sambil menjuihkan bibirnya yang mengambarkan perasaan tidak puas hatinya itu. Lia tersenyum simpul. " Eh, nak gule-gule nie 50 sen pastu roti coklat ek?!" Mata Lia meliar ke arah balang-balang berisi gula-gula itu. " Ceh, ko terkejar nak beli nie ajer?!!" Sambil mencubit lengan Lia. Lia ketawa lalu menolak Ena. Ena hilang imbangan dan terjatuh pada lengan seorang lelaki. " Aduh!! Sakitlah!!" Ena sedikit menjerit. Banyak mata meliar ke arah mereka. Ena berpaling pada lelaki itu dan meminta maaf padanya. " Urm, lain kali kalu nak jatuh, jatuh kat sini terus ek!" Sambil lelaki itu menepuk-nepuk dadanya lalu dia ketawa terbahak-bahak diikuti rakan-rakannya. Ena dan Lia terus berlari keluar dari koperasi. Hati Ena sangat panas waktu itu, dia sempat berpaling dan menjeling pada lelaki itu. Lelaki itu merenung pada Ena. Tiba-tiba ada sesuatu menyirap masuk ke dalam jantung hatinya. Hatinya berdegup kencang takkala memandang mata lelaki itu, mukanya merah merona! Tanpa disedari lelaki itu tersenyum padanya.
* * * * * * * *
Ena berlari menuju masuk ke bilik Kelab Robotik. Tanpa berfikir panjang, Ena masuk tanpa mencabut kasut conversenya. Berbelas-belas pasang mata memerhatikannya. Ena tersengih seperti kerang busuk. Keadaannya tak ubah seperti cacing kepanasan. Seorang lelaki berdiri dan menghampirinya. Ena mendongakkan kepalanya disebabkan lelaki itu terlalu tinggi. Dia begitu terkejut. Hatinya berombak deras dan nafasnya seakan disekat. Lelaki itu menunduk sedikit. " Why you're late??" Ada senyuman pada bibirnya. " sorry, my tyre punctured tadi… mase on the way nak datang sini.." Sambil menjeling pada lelaki itu, lelaki yang membuatnya tidak lena tidur satu minggu! " Really?? Who's your witness??" Lelaki itu semakin dekat dengannya. " Ler, takkan nak witness jugak!? Nie bukan court lagipun just a small matter la… So you nie menyibuk sangat tanya apasal saya datang lambat nie, kenape??!" Tanpa memandang kearah lelaki itu. Ena berlalu pergi ke arah Lia. " Ehem!!! For your information, ini bukan tempat mat salleh!!" Mata lelaki itu merenung tajam pada kasutnya. Ena tertunduk malu lalu berlari keluar mencabut kasutnya. Dari luar dia boleh mendengar sorakan dan ketawa tentang kecuaiannya. Ena menjerit kecil. "Eeii!! Memang nak kene mamat nie!!!"
* * * * * * * *
" Ko nie berani betul dengan abang Il! Nasib baik die tak report kat cikgu tadi!!" sambil Lia menepuk-nepuk bahu Ena. " Eh! Sakitlah!! Apasal plak!! N kenapa ko panggil mamat itu abang Il??!! Abang??!! Il??!! Eii, sorry!!" sambil dia bercekak pinggang sambil menjelirkan lidahnya.
" Oit, Ilham!! Ko nak balik ngan ape??!! Aku nak 'swimming pool'(car pool) ngan ko skali ek?!!" Jerit kawannya, Firdaus dari jauh. Ilham yang berada di depan muka pintu mengangkat tangannya. " Okey, tak de masalah!!" Dia juga menjerit dari jauh. ' Macamlah sini pasar malam nak jerit-jerit!! Buat sakit telinga aku jer!!' Rungut Ena. Ena memerhati lelaki yang bernama Ilham itu. Wajahnya tidaklah sehensem mana tapi manis sangat. Ena suka sangat sepasang mata di sebalik kaca mata lelaki itu. Begitu mengoda lalu Ena tersenyum sendirian. Lelaki itu memandang ke arah Ena lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. " What??!!" Marah Ena. Lelaki itu menghampiri Ena. " Friend?? I'm Ilham, Muhammad Ilham… Pengerusi kelab nieh." Ena tergaman lalu menunduk malu. Tanpa dia sedari, tangannya terus bersalaman dengan Ilham.
* * * * * * * *
Setahun berlalu, persahabatan Ena dan Ilham semakin erat. Ena begitu menyukai dan mencintai Ilham dalam diam. Setiap hari, mereka berdua selalu ke taman berdekatan membuat kerja sekolah bersama-sama. Ilham banyak membantu Ena dalam pelajaran. Ena sangat bahagia di samping Ilham. " Kalau Ena dapat SPM bagus, Ena nak belajar dekat mana?" Ilham meleparkan batu ke arah tasik. Ena tersenyum. " Urm, mestilah overseas!!" Sambil Ena ketawa. " Ler, overseas itu kat mana??" Tanya Ilham yang tidak berpuas hati dengan jawapan Ena. " La… Takkan nak bagitau gak kowt… Ena bagi klu, tempat Ena suka sangat!!" Ena memandang ke arah Ilham. Ilham mencebikkan bibirnya tanda tidak faham. Ena mengeleng-gelengkan kepalanya.
" Urm, Il nak bagitahu something kat Ena sebelum Ena SPM…" Ilham terus berpaling pada Ena. Jantung Ena seperti mahu gugur. " Il… Il, uhmp!! Ehem!!" Ilham terbahak-bahak. Ena mengerutkan dahinya. " I think. I…I.. …" Ena tersenyum lebar, tangannya Ilham gengam.. akhirnya kata keramat itu di keluarkan dari kerongkongnya. " Ah!! Ena… I love Umi! Il dan tak boleh tahan, Il nak sangat dia… Urm, Ena boleh tolong Il dapatkan dia tak? Please…Please…" Ena terdiam. Dalam sepantas kilat hatinya hancur, remuk redam. Seluruh badannya terasa kekejangan dan panas. " Ena… Ena… ENA!!! Kenapa senyap je nie??!!" Ilham mengoncang-goncangkan badannya. Ena tersedar lalu memandang pada Ilham. ' Ena… tahan Ena… tahan… Jangan bagi dia nampak kau menangis!!' Ena tersenyum tawar lalu mengangguk. Dia sanggup buat apa sahaja untuk Ilham, walaupun dia sendiri yang terluka. " Thanks Ena!! Thank you!!" Ilham melompat gembira. Sejenak selepas itu, Ena bangun. " Urm, Il… Dah lewat nie, Ena balik dulu ya! Assalamualaikum…" " Eh, biar Il hantarkan…" pantas Ena mengeleng lalu berlari keluar dari taman itu.
* * * * * * * *
Sebulan berlalu, Ilham sudah mendapatkan Umi. Ena bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran. Dia redha dan berdoa semoga Ilham bahagia disamping Umi. SPM tinggal beberapa minggu lagi, Ena begitu bersedia. Semalam dia menerima sms daripada Ilham yang ingin bertemu dengannya di taman pada pukul 4 petang esok, katanya ada surprise. Ena tersenyum gembira. Dia begitu merindui Ilham yang sudah 1 bulan tidak ditemuinya. Hari itu, dia memakai baju kurung warna hijau pucuk pisang, warna kegemaran Ilham. " Hai, cantik hari nie?! Ko tunggu sape??" Sapa Firdaus dari belakang. " Ish! Terkejut aku! Lain kali bagilah salam dulu.. ler ada ar… Asal yang ko sibuk!" Sambil Ena menjelirkan lidahnya pada Firdaus yang dari tadi tersengih padanya. " Opss, sorry… Assalamualaikum… ko tunggu Ilhamkan?? Ko nie, bukan dia dah ade Umi, budak prasan lawa tu ke!?? Yang ko terkejar-kejar sangat kat dia tu kenapa?! Aku yang hensem mencem nie ko tak pandang!" Sambil dia menepuk-nepuk dadanya. " Waalaikumussalam… Eeeiii, tak naklah aku!! Tak sesuai!!" Ena tersenyum sambil menjeling. " Tak pe… Tak pe… nanti kalau aku nie kacak macam brad pitt, jangan ko nak terhegeh-hegeh kat aku pulak!!" Sambil menghidupkan motornya. " Tak mungkin!!" " Dahlah… Aku nak balik umah jap! Assalamualaikum sayang…" " Waalaikumussalam, buaye!!!" Jerit Ena setelah Firdaus memecut laju motornya.
Sudah hampir 2 jam Ena menunggu Ilham namun Ilham tidak muncul-muncul. Ena tetap bersabar dan menanti Ilham datang. Langit mulai gelap, guruh mulai kedengaran tapi Ena tetap tidak berganjak walaupun sudah ramai orang di taman pulang ke rumah masing-masing. Badan Ena mengigil takkala ditiup angin kencang. Ini pasti hujan ribut. Selepas 10 minit, hujan mulai turun dengan lebatnya namun Ena tetap setia menunggu Ilham. Ena kebasahan dan kesejukan. Dia cuba menalefon Ilham namun panggilannya langsung tidak dijawab. Ena berteka teki sendiri bahawa Ilham pasti datang mengambilnya. Hujan semakin lebat. Ena benar-benar kesejukkan. Bibirnya kebiru-biruan. Tiba-tiba badannya disentuh. " Ena!! Kenapa ko tak balik lagi!! Dah!! Cepat balik!! Aku hantarkan!!" Kedengaran suara Firdaus di telinga kanan Ena. Ena sudah lemah. Dia tidak dapat mendengar dengan jelas. " Tak-tak nak!! E-E-Ena nak tu-tu-ngu Il!!\" Kata ena dengan tenaganya yang masih bersisa, Ena menolak dada Firdaus. Firdaus jatuh. " Ena!!! Il takkan datang!! Dengar tak!! Il takkan datang!!" Firdaus mengoncangkan badan Ena lalu dia cuba mengangkat Ena. Ena sekali lagi menolakknya. " Il m-me-mesti d-da-datang! Il... ena da-tang" Ena bangun dan cuba melangkah namun dia tersungkur dalam tompokan air. Dia tetap juga berusaha untuk bangun namun tenaganya sudah tiada lalu pengsan. Firdaus yang melihat keadaan Ena, menangis lalu bergegas berlari ke arah Ena. Dia mendukung Ena pulang ke rumah.
* * * * * * * *
" Ena, cepatlah sikit!! Nanti lewat!!" Ena berlari keluar sambil membawa sepucuk surat putih. " Kejap! Ena nak jumpa Fir…" Ena berlari ke arah taman. " Fir… Boleh tolong Ena tak?!!" Ena kepenatan, mukanya pucat. " Boleh… Apa dia Ena?! Ena dah nak pergi ke??" Ena mengangguk sambil tersenyum. " Boleh tak tolong bagi surat ini kat Il…??" Sambil Ena menghulurkan surat itu. Ena tersenyum lalu dia mengesat air matanya jatuh. " Okey…. Fir akan rindukan Ena… Fir sa-sa-sayang Ena…" Sambil Firdaus tertunduk dan menitiskan air mata. Ena tersenyum. " Ena akan rindukan Fir juga, Ena pun sayang Fir tapi sebagai abang… Ena takkan lupakan Fir sampai bila-bila… Fir doakan Ena kembali ya!" Ena melangkah pergi, sempat dia melambai-lambaikan tangannya pada Firdaus sambil tersenyum manis.
* * * * * * * *
" Fir!! kau tahu mana Ena pergi?? Aku rindu sangat dia… Dah lama aku tak jumpa dia… Aku pun sudah putus dengan Umi jadi rasa sunyi pula tak ada Ena… Aku lalu depan rumah dia tapi tak nampak pun dia??" Ilham menongkat motornya di sisi pokok. Firdaus tanpa berkata apa-apa, memberikan surat Ena kepada Ilham. Firdaus berlalu pergi. Dia benci melihat muka Ilham yang langsung tidak sedar akan ketiadaan Ena. Ilham kehairanan melihat sikap dingin Firdaus. " Sape plak yang hantar-hantar surat nie??!!" Sambil dia ketawa.
Salam, Il… mungkin masa Il baca surat ini, Ena dah ada jauh dari Il. Maafkan Ena kerana tidak tak dapat ucapkan selamat tinggal pada Il. Ena takut nak jumpa Il. Ena terlalu cintakan Il. Sudah lama Ena memendam perasaan ini pada Il, sejak kali pertama pertemuan kita lagi. Sampai sekarang kasih Ena tidak pernah berubah. Il tetap di hati Ena sampai bila-bila.. Semoga Il bahagia di sisi orang yang Il sayangi. Ena sudah maafkan Il. Ena akan selalu mendoakan kebahagian Il. Kebahagia Il, kebahagian Ena juga.
Sampai disini sahaja, Perempuan yang selalu menyintaimu, Serena.
Tangannya lemah. Kakinya deras menuju ke arah Firdaus. " Ena pergi mana?!!" Tanya Ilham. Firdaus berpaling. "Woi, aku tanya Ena pergi mana?!!" Jerit Ilham setelah pertanyaannya tidak dijawab Firdaus. Firdaus berpaling semula. " Engkau nak tahu mana Ena pergikan?? Rasakan ini dulu!!" Muka Ilham ditumbuk kasar. Perut Ilham juga ditumbuk. Ilham jatuh. Firdaus menumbuk lagi muka Ilham. Habis hidung dan bibir Ilham berdarah. Orang ramai tidak dapat meredakan kemarahan Firdaus. Ilham bangun dengan perlahan Firdaus berkata " Ena dah pergi… Ena dah tinggalkan kita semua!! Dah 2 bulan Ena meninggal… Ena mengidap barah otak!! Kalau bukan sebab kau tak datang taman hari itu, Ena takkan tinggalkan kita!! Semua salah engkau!!! Salah engkau!!!" Firdaus menumbuk lagi muka Ilham. Ilham seakan tidak percaya. Dia rebah lagi. Wajah Ena ligat bermain di benaknya dan itulah kali pertama dia menitiskan air mata. Dunia Ilham kosong. Firdaus mengangkat Ilham dan memeluknya. " ENA!!!!!!!!!!!! ENA!!!!!!!!!! ENA!!!!!" Ilham menjerit sekuat hati. Dia tidak percaya, dia sudah kehilangan seorang perempuan yang sangat menyintainya. Dalam diam….."Il cintakan Ena…." Air mata Ilham tidak henti-henti bercucuran. Saat itu, dia tahu apa makna cinta sebenar. TAMAT
cerita nie sedih juga walau pun hanya sebuah cerpen yang pendek tapi ia amat menyentuh perasaan...saya harap awak akan berjaya menghasilkan cerpen yang lebih baik.....semoga berjaya
bez n sedey pn de.. nk wt cm ne bdk sklh yg rajin wt penulisn kretif cm nie n dyorg mmg kretif.. kite kt U dh beku ckit nk menulis laen r amik kos yg brkaitan dgn ny..
tak sangka dia minat kwn ena...tapi apa pun kita manusia selalu terlupa orang yang ade depan mata kita, kita jarang hargai, apbila dia pergi meninggalkan kita pada suatu hari nanti....baru kita tahu dan sedar betapa pentingnya dia dalam hidup kita...masa tu nk menyesal pun dah terlmbt...nasi sudah menjadi bubur...huhuhu....
wah sedih je citer ni.. mula mula ingatkan dia pergi overseas.. rupanya meninggal lak.. manusia memang cam tu bila da ilang mula la nak mencari.. suka citer ni.. biarpun pendek tapi feeling tu still sampai.. try hard!!
citer nie best...cdeh plak..nie la manusia,da xde bru nak hargai..so hargai lah org yg syg kat kiter..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita nie sedih juga walau pun hanya sebuah cerpen yang pendek tapi ia amat menyentuh perasaan...saya harap awak akan berjaya menghasilkan cerpen yang lebih baik.....semoga berjaya