Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dhiya menjenguk dapur. ‘Tak de?’ Dhiya menggumam rendah. Dhiya kembali ke ruang tamu. "Mak! Oh…mak!!" laungnya lagi. Haiyaa..mana mak aku ni?? Beg di tangan, dibawa ke dalam biliknya. "Astaghfirullah…bila hang balik Dhiya?" Dhiya sudah menarik sengih. "Tu lah, mak. Bila Dhiya cakap nak balik, mak dok cakap Dhiya dok buat lawak. Ada ke patut? Dhira, Dhiha dengan Ajib mana? Tak nampak batang hidung lagi pun?" "Oi, mak cik. Dhiha dengan Ajib kan sekolah? Tu lah, kat KL bolehlah cuti hari ahad, kat sini ahad sekolah tau. Amboih, mentang- mentanglah dok KL, habis lupa semua benda yang ada kat Kedah ni ha.." Nadhira membebel. Entah dari mana munculnya adik nombor duanya itu dia tak tahu. Tengok- tengok dah sedap dok menyampuk. "Oi, tok nenek. Hang lagilah. Suka suki je nyampuk cakap orang tua. Mana hang muncul? Salam pun belum."Dhiya mengenakan buah paku keras. Tersengih Nadhira menutup kesalahan. Mak hanya menggeleng. Macam budak- budak. Padahal usia Nadhiya sudah menginjak 23 tahun. Nadhira hanya muda setahun dari Nadhiya.
********************************************************* "Ajib, petang ni on tak?" Ajib merenung ke arah suara kakaknya. ‘on apa?’ Matanya bertanya. Malas mahu membuka mulut. Dhiya menggeleng. "Haiyo, adikku. Kan akak dah cakap. Petang ni akak nak test power akak kat padang dekat dengan rumah Pak Udin tu ha…" "Akak nak join Ajib ,main bola ke?"Perghh..akak aku ni biaq betui!! Nak join main bola sepak dengan geng- geng aku kat kampung ni? Matanya menala ke arah mak yang melipat kain. Meminta pertolongan. Hisyh..tak maulah akak aku yang sorang ni mengaco aku dok sedap- sedap sepak bola. Gila ke apa, perempuan main bola. Even sekarang trend perempuan main futsal pun sama naik dengan lelaki. Tapi ni kampung, bukan bandar. Silap- silap kena reject dari list menantu. Ngaa~~ "Dhiya, hang tu perempuan. Cuba dok diam- diam kat rumah ni. Tolong mak dengan Dhira buat kerja dapur. Ni tak, dikejarnya jugak bola tu. Malu orang tengok." Mak membuka mulut. Ajib menarik senyum. Haha..time kasih mak.. "Ha..Ajib. Petang ni tunda dulu main bola tu. Teman kak hang ni pergi rumah Pak Uteh hangpa tu. Mak ada benda nak bagi dia." Dhiya sengaja buat-buat ketawa. Padan muka!! Dia mengangkat kening. Sengaja. Ajib hanya mencebik. Berbalas dengan jelir dari Dhiya.
********************************************************* Shahrul hanya terkebil- kebil memandang rumah batu setingkat di hadapannya. Beralih pula pada kertas di tangan. ‘Macam betul dah. Tapi mana semua orang? Sunyi je?’ "Assalamualaikum."Dia melaung. Terjengket- jengket dia menjenguk di balik tingkap yang sedikit terbuka. "Waalaikumussalam."jawab satu suara. Tegak badan Shahrul. Matanya melingas mencari dari arah mana suara itu datang. "Nak cari siapa?" suara itu kedengaran lagi. Dhiya menahan ketawa dari meletus. Penakut betul mamat ni. Bibirnya mengoyak senyum. Shahrul menggaru- garu kepalanya yang tidak gatal. "Ada hantu ke siang- siang ni? Nak kata hantu, salam aku berjawab pulak. Hish..’rungutnya. "Ye, cari siapa?" Dhira yang entah dari mana muncul, menyapa pemuda tersebut. Haiyaa..adikku ni memang boleh berlakon cerita hantu, main aci ada, aci tak de je..macam chipsmore! Dhiya membetulkan duduknya. Matanya kembali fokus kepada pemuda tersebut. "Awak ke yang jawab salam saya tadi?" Dhira mengerutkan kening. "Eh, tak ada. Saya baru balik ni. Terus berjumpa dengan awak." Wajah pemuda yang ada iras dengan pelakon Fahrin itu direnung. ‘Ni mesti kerja akak ni. Alahai…kesian mamat ni. "Oh ya. Awak nak cari siapa?" Pemuda itu dilihat tersenyum. "Saya Shahrul Ikhwan. Saya nak tanya, ni rumah Mak Cik Hasnah ke?" Dhira mengangguk. "Jadi? Awak datang sini buat apa?" "Oh, saya datang sini sebab mak awak ambil saya jadi anak angkat dia. Ermm, program anak angkat yang dianjurkan universiti saya." "Dhira, takkan nak biar mamat tu berdiri kot. Ajaklah masuk rumah. Mak ada kat belakang nu." Dhiya menyahut dari atas. Shahrul masih mencari dari mana arah suara itu. Dhira tersenyum melihat gelagat pemuda itu. "Awak jangan cari di bawah. Sesekali awak kena tengok di atas. Kalau tak, sampai bila pun awak tak jumpa dia." Dhira sudah ketawa. Pantas Shahrul melangut ke atas. Pohon rambutan bergoyang sedikit. Ternganga dia melihat seorang gadis duduk elok di dahan. Ngee~ biar betik minah ni? Adik angkat aku ke ni? Mangai…
********************************************************* "Makan Shahrul. Makan banyak- banyak. Tapi, makanan kampung je la. Tak sama la kot dengan makanan bandar."mak menyuakan ikan keli goreng kepada Shahrul. Shahrul menyambut. "Ala mak. Makanan kampung ni lagi sedap berbanding makanan bandar nu ha..kat bandar apa la sangat. Setakat steak tu, kalau nak bandingkan dengan daging bakar mak lagi sedap, kan Dhira?" Opss..mak jeling sedas. Dhira mengangkat kening. Bagai menghantar maksud, Padan muka! Ajib dan Dhiha hanya senyap. Shahrul berwajah kelam. Tak faham. Dhiya berwajah selamba. Mata Shahrul sempat mengerling wajah Dhiya. Manis. Manis lagi gadis yang bersimpuh di sebelah Dhiya. Tapi bila fikirkan hal petang tadi, fuhh..boleh pengsan mama aku kalau aku bawa balik menantu gaya macam ni. Kalah tomboy! "Oi, apa pandang-pandang anak dara orang lama-lama?"Dhiya menjeling. "Dhiya!" Dhiya tersengih. Tangannya diangkat sambil jarinya menunjukkan ‘peace’. "Akak, handsome kan abang Shahrul? Macam Fahrin je kan?"Dhira berbisik. Pinggan yang dihulurkan Dhiya disusun di rak pinggan. Tangan Dhiya masih rancak mencuci. Dhiha pula sibuk mengemas meja makan bersama mak. "Handsome apa macam tu? Weh, tu mamak juai roti canai hujung kampung tu lagi segak tau. Kat Kelantan tak de ke mamat handsome? Kat KL, berlambak lelaki yang handsome."Dhira mencebik. ‘Hurmm, dah perangai dia macam lelaki, mana nak nampak dah semua benda cenggitu.’getus hati Dhira. "Tu buat muka macam tu, mesti tengah kutuk akak dalam hati, kan? Tak baik tau. Derhaka pada orang yang lebih tua." Dhira menjelir sebelum dia melarikan diri. Dhiya hanya menggeleng. Dia membetulkan tudung di kepala. Ni la susah! Kalau tetamu lelaki datang, 24 jam kena pakai tudung. Haila..kepala pun dah pening ni. Dilihat Shahrul masih menengadah langit. Mak masih di sisi. Bersembang kot. "Dhiya! Buatkan kopi untuk Shahrul ni!" "Tak payah suruh Dhiya. Tu ha, Dhira nak tolong buatkan untuk abang handsome dia ni!" Hehe..sempat dia mengenakan adiknya. Dhira buat muka. Sampai di dapur, dia mengetip lengan Dhiya. "Aduiii!!" Serentak itu, suara mak memetir di ruang tamu. Mereka berdua tertawa perlahan. Hehe..nasiblah mak dapat anak macam ni..
********************************************************* "Tak boleh tidur ke?" Dhiya bertanya. Shahrul hanya mengangguk. "Sort of." Matanya mengerling gadis yang berkain batik bersama t-shirt lengan panjang sekilas sebelum matanya kembali menala ke atas langit. "Awat? Nyamuk? Ke tak suka kelambu?" Dhiya turut menala pandangan ke dada langit. Bintang beribu itu bersinar- sinar cahayanya. Malam ini bulan terang. Cuaca pun baik. "Ermm, tak biasa kot." "Kau dok di bandar. Manalah biasa tinggal di kampung ni. Tambah- tambah yang ceruk hulu mana entah kau jejak ni kan? Dua tiga hari, biasalah." Shahrul hanya mengangguk. "Awak ni student lagi ke?" "Awatnya?" "Cara awak cakap. Uni mana?" Shahrul tersenyum. "UM. Kau?" Shahrul terkedu. Wuish, mantap jugak minah ni. Ingatnya minah kampung jarang yang dapat masuk universiti sebab semua stok dara pingitan. Lepas SPM, duduk rumah tunggu orang datang meminang. Rupanya telahannya silap. Dia tersenyum lagi. "Saya UPM. Kira dekatlah tu." Dhiya mengangguk. "Dhira dok Kelantan, UITM Machang." Sengaja Dhiya berkata begitu apabila melihat riak terkejut yang dipamerkan pemuda sebelahnya. Naa…betullah telahan aku silap banyak dekat gadis kampung!! Nasib aku tak suarakan, kalau tak berbenjol kepala kena pelangkung dengan diorang.
********************************************************* Rahang bawah Shahrul jatuh. Kagum dengan Dhiya yang menebang pokok pisang di belakang rumah. Sekali tetak, pokok itu sudah menyembah bumi. Dhiya mengangkat kening dua kali. Bangga! ‘Mana ada orang puji dia buat kerja kecuali mamat sekor ni ha..memang sah stok mamat bandar. Tak pernah tengok orang kampung buat kerja. Hehe..’Dhiya gelak dalam hati. Jantung pisang bersama pisang dimasukkan ke dalam guni. Kemudian ditinggalkan guninya di situ. Shahrul hanya mengekor. Dhiya cekap mengutip pucuk- pucuk daun yang berada di dalam sebuah pagar kecil. Shahrul hanya melihat. "Tahu ni apa?"Unjuk Dhiya. Shahrul hanya mengangkat bahu. "Ni la ulam raja. Berdaulat tau ulam ni. Haha.. Ermm… Aku rasa kan, kau ni memang kena duduk sini sebulan ke dua bulan ke, buat kerja kampung. Lepas tu kenal semua benda yang ada dekat kampung ni. Jom ikut aku. Guni tu kau bawa balik, boleh?"ujarnya sambil menjinjing dua biji kelapa yang diikat dengan akar pokok kayu yang berselirat di tanah. Sebelah tangannya lagi menjinjing seplastik ulam. Bermacam- macam ulam yang dipetiknya. Lama benar dia tidak makan ulam- ulam di rumah. Dhiya menghambur tawanya melihat Shahrul terkial- kial membawa guni yang berisi pisang. "Weh, kau ni lembik betullah! Apa jenis jantan la kau ni. Meh la aku bawak. Kalau kau bawak, sampai ke malam belum tentu kita dapat makan tau. Aiyaak!" "Mulut awak ni tak de insurans ke? Orang boleh bawalah." Marah Shahrul. Memang dia tidak pernah buat kerja berat- berat sebab dilarang mamanya. Anak tunggal sepertinya hanya duduk diam- diam. Semua disediakan. Dhiya tersengih namun guni bertukar tangan apabila dilihat Shahrul hampir rebah tersepak tunggul kerana tidak nampak. Ye la.. mana nak nampak. Mata asyik dok tengok bumbung rumah. Dalam hati asyik merungut, bila nak sampai rumah. Haha…
********************************************************* "Shahrul, bangun! Jom ikut aku pergi bendang." Dhiya sebenarnya yang sukarela menjadi tourist guide si Shahrul ni. Bukan apa, nak mengajar sikit. Semalam dia tidak sengaja mendengar perbualan antara Shahrul dengan siapa entah. Merungut- rungut tentang ketidak selesaan berada di sini. Apa lagi, hanginlah dia. Paling dia tidak suka kalau orang memperkecilkan duduk di rumahnya. Tambahan lagi, mengutuk kampungnya. "Dhiya, biarlah dia rehat dulu."Mak bersuara. Mak baru balik dari sekolah. Biasalah mak kan guru besar sekolah dekat kampung ini. "Ala, lusa dia dah nak balik. Tak sempat nak tunjuk dia macam- macam. Nanti rugi macam kawan Dhiya, mak. Si Lily tu pokok kemuncup pun tak pernah tengok, haaa~~"meleret suara Dhiya membalas. "Dhira, jom ikut sekali." Adiknya itu pun sudah balik dari mengajar tuisyen budak- budak kampung. Tinggal Ajib yang belum muncul menunjukkan wajah walaupun jam sudah mencecah pukul lima. Dhiha pula sedang menyiapkan kerja sekolahnya. "Dah asar belum?"soalan Dhiya menyentakkan Shahrul. Segera dia bangun.
********************************************************* Dhiya hanya selesa duduk di bawah pangkin yang dibuatnya sambil matanya melihat Shahrul dan Dhira bergelak ketawa di batas bendang yang diusahakan maknya. Maknya tu tak betah duduk diam. Time sekolah, dia ke sekolah, petang balik sekolah, benda lain pula dia buat. Berkebun ke, ke sawah ke, macam- macamlah dia buat. Dhiya senang melayan perasaannya di pangkin itu. Banyak memori indah tercipta di situ. Di mana arwah ayahnya suka mengusiknya dengan pacat di tangan, berkelah dengan mak dan ayah serta Dhira dan Ajib, bermain pondok- pondok dengan ayah, dan segala bagai aktiviti yang dibuat berdua dengan ayahnya menggamit ingatan kepada ayahnya. Seketika, air matanya bergenang. Cepat- cepat dia menengadah langit apabila Shahrul dan Dhira menghampiri. "Apalah akak ni. Orang suka ria dekat bendang tu bukan nak join. Akak, Dhira tengok ada ikan puyu, ikan haruan sedap je berenang depan Dhira tau. Jom tangkap jom!" Dhiya tersenyum. Sebelahnya, Shahrul ralit membuang kemuncup di kaki seluarnya. Melatah kecil Dhiya apabila Shahrul tiba- tiba menjerit. "Apa tu?" Tanpa sedar Shahrul memeluk Dhiya. Tergamam Dhiya apabila diperlakukan sebegitu. Jantungnya berdetak laju. Belum pernah dia dipeluk mana- mana lelaki. Kalau tersentuh pun, mau dia melenting dua tiga hari. Namun, dia menarik wajah selamba. Dhira sudah cemas. Tetapi, tidak lama. Kemudian, dia ketawa terbahak- bahak. "Weh, apasal kau peluk aku ni?" Shahrul terkedu. Alamak aii, terpeluk pulak. Tapi best. Hehe.. "Apa bendalah! Pacat pun kau menjerit macam nak rak. Biarlah dia hisap darah kau tu dulu. Bila dia dah kenyang, dia jatuh sendirilah. Dermalah darah kau tu sikit. Tapi kalau kau berani, buanglah sendiri."ujar Dhiya selamba. "Jom, Dhira. Kita tangkap ikan?" Dia menyembunyikan rasa berdebar di dadanya yang datang entah dari mana. Ngee~~nasib tak pengsan dipeluk macam tu.
********************************************************* Dhiya melayan perasaannya di atas pangkin. Sudah lebih sebulan, Shahrul pulang ke bandar. Namun, kepulangannya tidak membawa kenangan bersamanya. Dhiya tersenyum mengingatkan gelagat Shahrul. Berkerut- kerut wajah Shahrul menahan geli di tangannya. Ikan puyu di telapak tangan bergerak- gerak sebelum terlepas kembali di dalam sawah. "Weh..asal kau pergi lepaskan ikan tu balik?"Dhiya bercekak pinggang. ‘Penat je aku tangkap. Dah la ikan tu jenis yang susah nak tangkap.’ Dhiya merungut dalam hati. "Ala, akak. Abang Shahrul mana biasa. Tak pe lah abang Shahrul. Abang Shahrul naik dulu. Biar kak Dhiya dengan Dhira yang tangkap ikan." Dhira mengusul. Dia tidak mahu kakaknya naik angin. "Tak pelah. Saya janji kali ni, saya pegang betul- betul." Dia tersenyum kepada Dhira. Namun tidak pada Dhiya. Dhiya mengeluh sendiri. Perkhabaran yang dibawa maknya menyentap nadinya. "Shahrul telefon mak tadi. Dia cakap nak hantar rombongan. Nak meminang Dhira." Senyuman yang tadinya mekar, pudar sedikit. Nasib tidak terlepas mug Milo panas di tangan. "Mak, harap Dhiya tak kecik hati." Dhiya mengerut kening. ‘Mak tau ke?’hatinya berdebar- debar menanti butir bicara mak yang seterusnya. "Awat pulak?" Mak tersenyum. "Ye la, Dhira yang tunang dulu dari Dhiya." Senyuman plastik ditampal di wajah. "Dhiya tak kisah. Dah jodoh Dhira ringan." "Akak! Kak Dhiya!"laung Dhira. "Akak dah tau ka? Yang abang Shahrul datang meminang Dhira?" Dhiya hanya mengangguk. "Wah, bestnya! Tak sangka abang Shahrul pun minat kat Dhira jugak! Sukanya!" Wajah ceria adiknya ditatap. Sebuah senyuman ikhlas terpamer. "Alhamdulillah. Tu maknanya, cinta bertepuk dua belah tanganlah." Bahu si adik diusap sebelum mereka bercerita itu ini tentang kenangan lalu. Dhiya membiarkan rasa yang baru bertunas itu menjadi rahsia hatinya.
********************************************************* Setelah tiga bulan mengikat tali pertunangan, majlis perkahwinan menyusul. Dhiya yang paling sibuk. Bersyukur sangat kerana mak buat majlis hari sabtu, kiranya dia boleh balik kampung cuma terkilan kerana kenduri pihak lelaki hari selasa. Hari selasa pula dia ada test untuk salah satu subjeknya. Dah nasib... Wajah adiknya yang siap bersolek, ditatap penuh khusyuk. Serinya nampak lain dari Dhira pada hari biasa. "Akak, Dhira nervouslah." Dhiya tersenyum. Kata- kata orang kampung, dibuat pekak. Ye la, kakaknya belum bertanda, adik dah kahwin dulu. Apa aku kisah... "Relax. Shahrul kan budak baik. Confirm dia dapat jadi suami terbaik buat Dhira." Hanya itu yang mampu diucapkan bila sebak menekan dada.
Dua hari sebelum perkahwinan... "Tahniah, aku ucapkan. Aku tak sangka pulak, kau nak pilih adik aku jadi suri kau." Shahrul hanya tersenyum manis. Senyuman itu yang membuatkan Dhiya dan Dhira tidak tidur lena. Namun, senyuman itu bakal menjadi milik sepenuh adiknya. "Terima kasih. Awak bila lagi?" Senyum Shahrul masih belum cair. Dhiya menarik nafas. "Entah. Aku ni siapalah yang nak?" Kata-katanya lebih ditujukan kepada dirinya sendiri. Mamat di sebelahnya juga lebih tertarik kepada adiknya yang ayu itu. "Ala, awak kan iron lady. Rasanya ramai di luar ada taste diorang yang sukakan perempuan yang lasak. Lagipun, awak cekap buat kerja kampung." Pujian yang membuatkan Dhiya mencebik. "Shahrul...aku sebenarnya..." Shahrul di sebelah memerhatikannya sambil menunggu ayat yang bakal dituturkannya. "Aku sebenarnya suka..." Teguran adiknya yang telah siap berbaju pengantin, membantutkan perbualan. "So beautiful!"ungkapan dari bibir Shahrul mematikan senyuman di bibir Dhiya. ‘Alangkah baiknya pujian itu diberikan padanya.’ "Sedia. Pengantin lelaki dah nak masuk."ujar satu suara menyentakkan lamunan Dhiya. Dhira di sebelah sudah pucat. Dhiya tersenyum memberi semangat. Beberapa minit kemudian, Shahrul yang lengkap berbaju Melayu berwarna krim muncul. Diikuti ahli keluarganya yang lain. Dhiya berundur beberapa tapak. Dia memerhati dari jauh. Air mata kegembiraan menjadi tetamu pipinya. Bukan lagi air mata kesedihan kerana lelaki yang disukainya menjadi milik adiknya sendiri. Biarlah adiknya bahagia. Dhiha di sebelah dipeluknya erat. Cinta tak seharusnya memiliki. Cinta seharusnya diikuti dengan pengorbanan. Tanpa pengorbanan, adakah bahagia untuk kita? Demi cinta terhadap adiknya, cinta terhadap lelaki itu bisa dikuburkan. Juga demi Allah, keranaNya dia dikurniakan keluarga yang memahami. Ajib yang entah bila di sebelahnya, memaut bahunya. "Akak, jom makan. Ajib tahu, akak belum sentuh makanan lagi kan?" ‘Hurmm..aku lagi bahagia begini. Melihat orang tersayang bahagia.’ Dhiya tersenyum sambil mengangkat kening. "Jom, Dhiha." Dia berundur keluar sebagai simbolik berundurnya dia dari cinta yang tidak kesampaian.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
la... nape camni.. ta suke2.. sian dhiya.. anyway still best..