Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
'Fulamak, cantik betul minah sorang ni,' aku menelan liur. Terpaku melihat keindahan ciptaan Allah. Mataku tidak lepas memandang gadis itu, kecantikannya membuatkan aku terkedu.
Rambutnya yang panjang mengurai ibarat menggunakan teknik rebonding membuatkan aku terasa macam nak tarik je. Kulit putih melepak, pipi gebu, bak kata semuanya perfectlah, tapi tu semua dimata aku je. Aku tak tahulah kalau dimata orang lain.
'Dia sekolah kat mana ek? Kalaulah aku dapat dia ni, alangkah indahnya hidup...' aku mula memasang angan-angan.
"Pssstt....kau nampak tak budak lelaki kat belakang tu?" soal Tini pada Maya.
"Siapa?" soal Maya pula, Tini memuncungkan mulutnya yang tebal kearah aku. Maya menoleh dan memandang seketika kearah yang dikatakan oleh Tini.
"Kenapa dengan dia?" soal Maya lagi.
"Dari kita naik sampai la ni...dia asyik usha kau je tau," ujar Tini.
"Dah tu kenapa? Diakan ada mata, suka hati dialah nak pandang," balas Maya selamba.
"Memanglah ada mata, tapi kita ni perempuan. Kenalah hati-hati sikit, mana tau kalau-kalau dia pasang niat jahat ke. Tak ke naya nanti," ulas Tini.
"Tini, kau ni tak baik tau buat tuduhan melulu. Nanti tak pasal-pasal je kau bertambah dosa," tukas Maya pula.
"Kau ni ada je nak bangkang cakap aku, aku adu dekat Adib baru tau," Tini masih tidak mahu mengalah.
"Kau ni macam budak kecik je, apa kena mengena lak budak Adib tu dalam hal ni?"
"Ada je, Adib tu kan 'balak' kau."
"So?"Maya menjungkitkan keningnya.
"Yelah, kalau dia tau ada laki lain pandang kau, nahas dia kerjakan budak tu," balas Tini sinis.
"Dah tu, kalau takde orang bagitahu, takdelah dia taukan? Melainkan kau bagitahu dia," balas Maya sinis.
"Mulut kau ni..." "Hah...kenapa dengan mulut aku? Dahlah, malas aku nak bertekak dengan kau. Jom turun, dah sampai sekolah ni," Maya menarik tangan Tini dan turun bersama-sama.
'Ooooo......dia sekolah kat sini ke,' aku tersenyum apabila mengetahui dimana destinasi gadis disukainya tuju.
"Safwan....tepi sikit, badan kau ni besar. Tak muat aku nak duduk," kutuk Budin selamba.
"Selamba je kau ek kutuk aku, habis tu badan kau tu macamlah kecik," balas aku pula.
"Aku taulah, saja je nak sakat kau. Kau ni, dari tadi aku tengok tersengih sorang-sorang ni apahal? Kau dilamun cinta ke?" soal Budin yang tepat mengenai diri aku saat ini.
"Mana kau tahu ni?" muka aku berubah kemerah-merahan.
"Aku teka jelah, tak sangka tepat pula tekaan aku kali ni," Budin tersengih menayang gigi.
"Siapa gadis bertuah tu?" soal Budin.
"Adalah, rahsia. Nanti kalau aku dah sedia, aku bagitahulah kau," balasku sambil tersipu-sipu malu mengalahkan anak dara.
"Yelah tu, berjambullah aku kena tunggu...," balas Budin.
"Kau balik naik apa ni?" soal Budin.
"Aku balik naik baslah," balas aku.
"Aik, setahu akulah. Kau ni liat nak naik bas, jomlah tumpang aku balik," ajak Budin sambil menarik bahu aku.
"Takpelah, aku balik naik bas jelah. Oklah jumpa esok," aku menolak ajakan Budin dan berjalan menuju ke perhentian bas.
"Pelik betullah dia ni," Budin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Pelik dengan sikap temannya hari ini, tak pernah dalam seumur hidup dia melihat temannya itu menaiki bas.
Aku bukan tak boleh balik dengan Budin tu, cumanya aku taknak lepaskan peluang untuk balik dengan gadis idaman aku. Aku nak tahu dia duduk area mana pulak. Lagipun hari ni kebetulan pemandu papa ada hal, jadi tak dapatlah dia hantar aku. Papa dengan mama pula kebetulan pergi oversea atas urusan kerja. Nak tak nak terpaksalah aku gagahkan diri naik bas, nak cari teksi pun payah dekat kawasan rumah aku tu.
'Dia dah naiklah....nasib baik dia naik bas ni juga. Untung aku dapat tengok dia lagi,' aku tersenyum sendirian.
'Manisnya dia senyum, terpikat sudah hatiku ini,' aku tersenyum sendirian.
"Maya, mamat tu ada lagilah," Tini mengadu lagi.
"Biarlah dia ada pun, lagipun bas ni bukan hak kita pun," Maya membalas kata-kata Tini. Tini menarik muka masam.
"Eleh, merajuklah tu. Dahlah tu, petang ni teman aku pergi beli barang sikit boleh tak?" Maya cuba memancing kembali keccerian Tini, dia tahu bahawa temannya itu gemar membeli belah tak kiralah apa barang pun.
"Ok, boleh je. Tapi....kita pergi naik kereta ek," Tini menggoyang-goyangkan lengan Maya.
"Yelah...yelah...tapi kita mana ada kereta. Tapi jangan risau disebabkan kau punya pasal, aku sediakan transport paling special untuk kau naik," Maya tersengih jahat.
"Wau....macam best je bunyiknya. Apa benda tu?" soal Tini dengan tidak sabar.
"Keretapi cap LRT Putra je. Aku support tambang kau, ok apa-apa hal sms aku. Bye..." Maya segera turun dari bas sebelum sempat Tini bercakap.
'Ish...budak ni, ada je nak kenakan aku. Sabar jelah,' Tini mengomel sendirian dalam hatinya.
"Wan, kau sekarang ni bukan main ek, sejak 3 bulan ni. Asyik naik bas je, agak-agak kau kan, bila masa kau akan naik kereta balik?" soal Budin bersahaja.
"Kau ni Din, aku sukalah naik bas. Seronok tau, macam-macam pemandangan aku boleh tengok."
"A'aahh...terutama sekali kau nak usha awek cun yang kau kata tu kan?"
"Betullah tu. Oklah nampaknya bas aku dah sampai dulu dari driver kau. Tata," akusegera bangun dan berjalan dengan laju mendapatkan bas yang selalu kunaiki kini.
"Macam-macamlah kawan aku sorang ni," Budin menggelengkan kepala dan melihat bas itu meluncur membawa temannya itu.
'Mana dia ni? Dah berapa hari tak nampak dia. Kawan dia pun aku tak nampak dah. Aku nak tanya dengan siapa, aku pun tak tahu. Buat rugi jelah aku naik bas sebulan ni, langsung tak nampak dia dalam sebulan ni,' aku mengomel sendirian dalam hati dan kemudiannya melepaskan keluhan berat.
Dah dekat sebulan aku tak nampak dia naik bas ni, kawan dia pun takde. Nak tanya orang lain, dorang pun tak tahu. Apalah nasib aku, pasni kena suruh Pak Kasim hantar aku balik macam dulu.
6 tahun berlalu....
"Adoi....macam manalah kereta boleh rosak pulak ni? Masak aku macamni, dah lambat nak pergi kerja pulak tu," aku rasa macam nak tendang je kereta aku. Masa nilah dia nak buat hal.
"Macam mana ni?" aku mengaru-garu kepala. Fikiranku sekarang umpama dilanda geroda, kosong dan stuck.
"Assalammualaikum pa, Wan masuk lambat sikit. Kereta buat hal kat tengah jalan ni."
"Ye pa, Wan tahu. Boleh tak tunda lagi sejam? Nak dapat teksi susahlah, banyak bas je yang lalu. Tengoklah macam mana. Wan cuba, ok, jumpa kat pejabat," nasib baik lepas satu beban. Sekarang ni, aku kena cari jalan untuk sampai ofis secepat mungkin, mesyuarat penting tengah menanti ni.
Aku melintas keseberang jalan untuk menaiki bas. Kereta aku tinggal ditepi jalan kerana papa dah bagitahu Pak Kasim untuk tengokkan kereta aku tu nanti. Dah lama tak naik bas ni, macam manalah rupanya nanti?
Aku menarik nafas lega sebaik saja melihat bas yang menuju kedestinasi ada. Aku menaiki tangga dengan payah sedikit disebabkan badanku yang montel comel ni. Agak berpeluh badanku kini.
'Eh, macam mana cara bayar ni?' aku menyoal diriku sendiri dalam hati.
"Saudara, boleh cepat sikit tak? Ramai lagi nak naik ni," terdengar suara lunak dibelakangku menegur. Aku menolehkan pandangan mataku kearah pemilik suara dibelakangku.
Aku terkaku dan rasa macam perit je nak telan air liur saat ni apabila terpandangkan gadis pujaan hatiku berada dibelakangku. Dia ingat aku lagi ke? Rasa macam lagu Koi Mil Gaya tengah berdendang je kat telinga aku saat ni.
"Assalammualaikum sedara, boleh tak cepat sikit?" teguran kali kedua menampar telingaku sekaligus mematikan lamunan hatiku.
"Sorry...sorry...tapi duit ni nak taruk mana?" soalku.
"Awak pergi duduk dulu, biar saya buatkan untuk awak."
'Baiknya dia, sukanya aku,' aku tersenyum sambil melangkah masuk kedalam bas dan mengambil tempat duduk dibaris belakang sekali.
"Awak baru pertama kali ke naik bas?" soal gadis pujaan hatiku sambil menghulurkan tiket bas padaku.
"A'ahh."
"Patutlah, awak ni nak kemana?" soal gadisku lagi.
"Saya nak ke tempat kerja, kereta buat hal. Tu yang naik bas," jawabku.
"Ooo..."
"Awak pulak nak kemana?" soalku pulak.
"Saya nak ke kolej, ada kelas."
"Belajar lagi ke?"
"Kerja sambil belajar," dia tersenyum. Kemudiannya apalagi berborak sakanlah aku dengan dia dan berhenti setelah aku sampai ke destinasiku. Paling seronok tak terkata bila aku dapat tahu nama dia. Hai bas....lepas ni aku akan jadi penumpang setia kaulah jawabnya.
"Boleh saya tanya awak sesuatu tak?" soal Maya.
"Apa dia? Tanyalah...."
"Kenapa sejak kebelakangan ni, awak kerap naik bas? Kereta awak tak elok lagi ke?" soalnya lagi.
"Saya suka naik bas dari dulu lagi sebenarnya. Sejak pertama kali saya nampak awak, mungkin awak tak ingat saya lagi. Maklumlah saya ni tak hensem macam pakwe awak, Adib," aku mula membuka cerita awal.
"Mana awak tau pakwe saya nama Adib?" tewrbeliak mata dia bila aku sebut nama pakwe dia.
"Siapa tak kenal dengan Adib, kapten bola sepak sekolah awak. Lagipun kadang-kadang korang balik sama-sama," tuturku lagi.
"Adib tu bukan pakwe saya lagilah, ingat tak kawan saya? Yang selalu naik bas dengan saya tu?" aku menganggukkan kepalaku.
"Dorang dah kawin pun..." terdengar nafas berat dilepaskan.
"Maksud awak, Adib kawin dengan kawan awak tu?" giliran dia pulak menganggukkan kepalanya.
"Dah jodoh dorang, nak buat macam mana. Saya je tak kawin sampai sekarang, bising jugak parents saya tu. Maklumlah anak perempuan tunggal," dia tergelak manja.
"Kalau macam tu, awak kawin jelah dengan saya."
"Apa awak cakap ni? Main-main je tau..."
"Betullah wak, saya sebenarnya dah lama sukakan awak," akhirnya aku berjaya meluahkan isi hatiku yang telah terpendam selama 6 tahun ni padanya.
"Sejak bila?" mukanya yang tadi comel kini bertukar serius.
"Sejak hari pertama saya naik bas dan ternampak awak dalam bas yang kita naik bersama dulu," mukanya berubah kemerah-merahan setelah selesai aku bagitahu dia.
"Saya sukakan awak, Maya. Sudi tak awak kawin dengan saya?" soal aku.
"Kalau awak jodoh yang telah ditetapkan olehNya untuk saya, saya terima dengan seadanya," jawabnya tulus dengan senyuman manis yang dilemparkan padaku. Mabuk cinta jap aku ni.....
"Walaupun fizikal saya macam ni?" dugaku.
"Saya tak kisah fizikal awak macam mana, yang penting hati awak." Aku nak lompat je sekarang ni, boleh tak?
"Yahoooo...........!!!!!!!!!!!" aku menjerit sekuat hati dan terlompat-lompat cam katak jap dalam bas ni. Jangan runtuh sudah. Dia tersenyum melihat tingkahku.
ending dia cpat sgt..cam xsmpat nak klimaks jek..huh.. tp awal2 dia mmg best..smpai part dlm bas bile dia jmpe balik tuh yg da xbest..huhuuu...apepun..aku bg 3 bintang...layannnn
story okey..cume ending kureng skit..x smpat nk feel la.. klo smbung lg msti lgi best..pape pun well done!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best sgt.......teruskan menulis adik....akak akan sentiasa sokong adik...