Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku membetulkan sanggulku, bersedia untuk meneruskan tugasku seterusnya. Aku mengerling sekilas rakanku yang sedang asyik berbual dengan buah hatinya. Begitu bahagia air mukanya menceritakan segala-galanya. "Aku dengan Alex nak tunang bulan depan,"ujarnya ceria. "Oh,tahniah….tapi aku cakap awal-awal aku tak sure datang tak majlis tu nanti, maklumlah jadual aku kan sentiasa full," "Tak pe,aku faham. Aku just bagitahu nanti kalau aku tak bagitahu kau kata apa pulak," "Eh, jom…dah panggil dah tu,"aku mula melangkah diikuti Natalie.
Di dalam dada pesawat itu aku cuba menjalankan tugas sebaiknya. Senyuman yang tidak lekang sentiasa ku hadiahkan buat penumpang-penumpang pesawat itu. Layanan sebaiknya akan ku pastikan dalam setiap penerbangan. Seorang penumpang lelaki menekan butang memanggil anak kapal. Aku segera menghampirinya. "Yes, can I help you?"ucapku sopan. "May I have orange juice?"jawab lelaki itu. "Yes, of course. Please wait a minute,"aku terus berlalu ke dapur pesawat. Sedikit hairan dengan permintaan lelaki tersebut kerana baru sebentar tadi penumpang diberikan sedikit makanan termasuk jus tersebut. "Here your juice," "Thank you, miss….." "Arissara"jawabku segera. "Emm, miss Sara, tadi saya terlelap, sebab tu saya minta juice ni, tak sempat nak minum yang tadi,"aku tersenyum mendengar alasannnya, seakan mengetahui apa yang terbuku di hatiku. "Melayu rupanya…"getus hati kecilku. "Tak pe, encik nak apa-apa pun pihak kami akan tunaikan,"jawabku agak formal. "Termasuk dinner dengan Cik Sara?"selorohnya menggetarkan jiwaku. "Sorry encik, tak termasuk dalam sevis kami,"ucapku lagi. "Here my business card, please contact me if you have any free time,"aku menyambut hulurannya dengan penuh getaran. "Saya masuk dulu kalau tak de apa-apa lagi,"pintaku sambil melarikan anak mataku dari bertentangan dengannya. Dia hanya mengangguk sambil berkata… "Saya tunggu panggilan dari awak,"
Aku melangkah pantas menuju ke arah sahabatku, Natalie yang tersengih-sengih ke arahkku. "I don,t like the way you smile…"ujarku lalu mengambil tempat di sebelahnya. "He is falling in love with you..I can see it,"tutur Natalie lembut di hujung telingaku. "Whatever!"aku bangun lalu menuju ke dapur.
Tidak lama kemudian, pesawat tersebut mendarat di Lapangan terbang Schipol. Kami hanya transit sementara di sana dan menyambung kembali perjalanan ke Rusia. Perjalanan jauh bukan sahaja memakan masa malah turut melemahkan sendi-sendiku. Namun, kerana minatku yang mendalam, aku telah lali dengan keadaan ini. --------------------------------------- Tatkala tayar pesawat ini mencecah bumi Malaysia, hatiku melonjak ceria kerana ia petanda satu lagi misi telah berjaya ku sempurnakan. Setakat ini, hampir 500 penerbangan menemani perjuanganku. Natalie memegang tanganku erat. Mungkin menahan kesejukan bilik menunggu di situ. Sesekali aku menggosok tanganku pada telapak tangannya bagi mengurangkan kesejukan. Kami duduk di suatu sudut. "Tau tak siapa pilot pesawat kita tadi?"Natalie tersenym nakal. "Siapa?"aku kehairanan. "Arief Hakimi la! Pilot rebutan semua stewardess…"ujar Natalie bersahaja. "Tak kenal pun.." "Tu la,keje punye pasal orang famous macam dia pun kau tak kenal. Piraahh,"Natalie menggeleng kepalanya. "Join aku cuti nanti..lepas aku tunang aku nak berhenti. So,bila lagi kan kita nak bercuti sekali,"provok Natalie. "Sorry, school holiday jadual aku full. Kau pun tau kan…" "Kau ni, kerana minat punya pasal, sanggup korban cuti sekolah. Mujur tak de laki lagi. Workaholic!" kutuknya sambil ketawa. "Kau kutuk aku erk? Hmm, tak pe, tak pe,"aku mencubit lengan putihnya. "Ouch!" "Padan muka!"aku bangun dan menarik bagasi lalu meninggalkannya. Namun tidak semena-mena, aku terlanggar satu tubuh… "Sorry,miss,"dia memaut lenganku agar tubuhku tidak tersembam ke lantai. "That’s my mistake. I’m very sorry, sir.."aku membetulkan kedudukanku agar dapat berdiri sendiri. Namun,kakiku terseliuh akibat kasut tumit tinggi yang ku pakai. Dia membawa ku ke kerusi yang berdekatan. "En. Arief Hakimi!" Natalie menghampiri kami. "Ya, saya,"jawab lelaki itu sambil berpaling ke arah Natalie. "Ari..kenapa dengan kaki kau tu?"Natalie menunding ke arah kakiku yang mula membiru. "Saya terlanggar dia…"ucap Mr. Pilot tersebut dengan penuh rasa bersalah. "Biar saya hantar awak pergi klinik,"ujar Mr. Pilot lagi. Aku pantas menggeleng. "It’s okey…nanti saya pergi dengan kawan saya ni,"aku menarik tangan Natalie yang sedang leka memerhatikan raut wajah Arief Hakimi. "Nop..ini tak okey, dah biru-biru ni. Biar saya hantar…kalau tak saya akan dihantui rasa bersalah,"mata kami bertembung. Ya, aku dapat lihat keikhlasannya membantuku. Aku sekadar menangguk. "Kalau macam tu, hantar kami sampai rumah terus la.."Natalie terus menekup mulutnya atas keterlanjurannya. Aku membulatkan mata ke arahnya. "Of course I am. Saya akan pastikan miss ni selamat sampai ke rumah,"kata Mr. Pilot lagi sambil tersenyum. Aku dipapah oleh Mr. Pilot ke kereta Mitsubishi Lancer milik lelaki tersebut. Dia memandu tenang ke Klinik Perdana di ibu kota. Setelah mendapat rawatan, Mr. Pilot membelanja kami makan malam di sebuah restoran. Walaupun sedang menahan kesakitan, seleraku tetap ada kerana aku sedang menghirup tom yam kegemaranku. Nasi? Tidak..aku perlu memastikan beratku stabil dan bentuk tubuh badanku langsing sebagai pakej pekerjaanku. Usai menikmati makan malam, Mr. Pilot menghantar kami ke Nilai, tempat tinggal aku dan Natalie. Kami berjiran sejak umur 7 tahun lagi. ---------------------------------------
Aku meneliti kad-kad perniagaan yang berada dalam genggaman ku. Agak tebal juga. Kalau dikira mampu mencapai ratusan keping. Namun, aku tidak pula ringan tangan untuk menghubungi mana-mana pemilik kad tersebut. Sekeping kad jatuh di hujung kakiku. ‘Faris Adli’. Aku cuba mengingat siapakah pemilik kad itu. ‘Aha,lelaki yang dalam perjalan ke Amsterdam hari tu,"guman hatiku. Aku mendail nombor yang tertera pada kad tersebut mengenangkan permintaannya yang bersungguh-sungguh. "Hello..En. Faris ada tak?" "Ye saya. Siapa tu?" "Em, Sara ni,’ "Owh Sara..lama saya tunggu,akhirnya awak call jugak ye..tak kerja ke hari ni?" "Flight delay…maybe esok kot. En. Faris kat mane? Amsterdam ke?" "Malaysia. Dua bulan sekali saya balik sini. Tak payah la berencik-encik ngan saya. Formal sangat, lagipun awak bukan klien saya," "Err..Faris..macam tu ke? "Hah, baru sedap sikit telinga ni mendengar," "Dua bulan sekali balik Malaysia. Wow! Memang successful businessman la Faris ni, budget tinggi tu kalau duk main ulang-alik…" "Alhamdulillah..lagipun main office kat sana. Sini sebab ada family.." Gulp…,family? Mananye dah kahwin ke? Ada anak bini? "Mak ayah dan adik saya, Fakhira…"Faris seakan mengerti apa yang bermain di benakku. "Owh.." "Awak free tak? Kalau free, saya nak jumpa awak…sesaje makan angin petang,"aku berkira-kira untuk memenuhi permintaannya. "Takut ke? Saya ni bukan orang jahat..lagipun, saya bawa Fakhira nanti. Kebetulan dia baru abis sekolah," "Emm,okey. Kat mane?" "Taman Tasik Titiwangsa..senang sikit," "Bagi saya dua jam.." "Take your time…" Petang itu aku menghabiskan masa bersama Faris dan adiknya. Keletah Fakhira yang comel itu membuatku tidak kering gusi ketawa. Ya, aku akui senang bersama Faris. Keramahannya membuatku terasa seakan telah mengenalinya sekian lama. ---------------------------------- Natalie kini sudah tidak bertugas denganku lagi. Kali terakhir bertemu dengannya adalah sebagai penumpang ke Paris, destinasi bulan madu bersama suami tercinta. Aku tumpang bahagia melihat senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Aku sering ditugaskan bersama Arief Hakimi semenjak beberapa bulan yang lalu. Siapa yang bertugas denganku tak pernah aku ambil kira asalkan aku puas dengan khidmat yang ku berikan. Sesungguhnya, aku terlalu mencintai pekerjaan ini. Perjalanan pulangku sering ditemani Mr. Pilot kerana laluan yang kami guna adalah sama. Bukan aku tidak mahu menggunakan khidmat teksi, namun Mr. Pilot dengan rela hati memberi khidmat tersebut. Pernah jua aku halang, dia tetap berdegil. Akibatnya, ramai rakan setugasku yang lain mula menjauhikku. Aku sedikit terkilan dengan perangai cemburu buta mereka. Keakraban ku dengan Arief Hakimi setakat ini tidak lebih hanya sebagai kawan. Aku dan Mr. Pilot menikmati minum petang di sebuah kafe dalam bangunan lapangan terbang tersebut. "Kimi, saya harap awk faham keadaan saya..hubungan saya dengan kawan-kawan setugas makin teruk..mereka dah salah faham. Mereka anggap saya dah rampas jejaka rebutan mereka ni,"aku cuba meraih pengertiannya. Aku tahu dia maklum akan hal ini, namun masih berpura-pura tidak mengerti.Sengal! "Biarlah diaorang nak cakap apa pun.."balasnya acuh tak acuh. "Mana boleh macam tu! Payah la saya nak kerja,"bentakku geram. "Sepatutnya awak bangga dapat tumpang kereta jejaka rebutan macam saya.." gurauannya mendapat cubitanku sebagai balasan. "Banggggaaa sangat!"aku melepaskan cubitanku. "Sakit la.."dia mengusap lengannya yang telah kemerah-merahan. "Mommy,look..so cute, like my Barbie doll,"ujar seorang anak mat saleh sambil menghampiriku. Aku terkejut. "Sorry, miss. Is my daughter bothering you? But…you really pretty.. Symbolic of Asia. I love your dimples.." ujarnya sambil menarik lembut anak kecilnya. Pipiku terasa panas, Mr. Pilot tersengih nakal. "Bangga la tu orang puji dia…"Arief Hakimi mencebik. Berbekalkan baki kemarahan ku tadi, aku menendang kakinya dan terus meninggalkannya. Aku berjalan pantas. "Wait! Ari…wait!"jerit Mr. Pilot yang terkocoh-kocoh mendapatkanku. Aku menahan tawa. "Sedap?"perliku tatkala Arief menyaingiku. Mukanya kemerah-merahan, mungkin sedang menahan sakit. Timbul pula perasaan bersalah..namun…arghh! "Ganas jugak awak ni. Macam mana la kalau jadi bini saya nanti,"ucapnya bersahaja. Aku mengerutkan kening, tidak mengerti. "Bini awak?"tanyaku. Dia mengangguk. "Oh..no..no..tu, peminat awak yang berlambak nak campak kat mana? Nanti kalau saya kahwin ngan awak, tak aman pulak, asyik kene serang je.."aku mencebik ke arahnya. Melihat dia masih mengusap betisnya, aku menariknya ke kerusi berdekatan. "Tu lah, bila saya cakap, cuba amik serious…kalau saya dah marah,memang naya la.."aku seakan memberi amaran kepadanya. "Tapi kan kita dah discuss ari tu…saya tetap akan hantar awak balik..nanti dah jadi husband, same jugak kan. Kira train la ni.."aku tersentak dengan keberaniaannya. Perasaan ku mula tak keruan. Ada satu perasaan aneh menyelinap masuk ke dalam kalbuku. "Eh, blushing la…ada apa-apa ke kat dalam hati awak tu?"usiknya. "Stop it! Kata nak hantar balik. Jom la, kan saya naik teksi awak marah.."aku segera mengangkat punggung. "Kimi! Tak keje ke?"seorang lelaki menghampiri kami. "Eh, kau Adam. Baru abis flight la ni..domestic je hari ini,"ujar Mr. Pilot sambil berjabat tangan dengan lelaki tersebut. "Ari, kenalkan ni En. Adam, penyelaras segala jadual kat dalam airport ni,"aku tunduk sedikit tanda horrnat. "Hai Ari..nice to meet you," "Nice to meet you to,"aku sekadar membalas sopan. "Okey la Adam, aku cau dulu. Kitaorang ada date nih," Mr. Pilot menjeling ke arahku. Aku membulatkan mata, geram. Adam tersenyum penuh makna…akhirnya aku hanya mampu menggeleng. -------------------------------------
Telefon bimbitku berdering, ringtone I,m Yours nyayian Jason Mraz berlagu memohonku mengangkatnya. "Hello…" "Hello Sara, Faris ni.." "Ye, ada ape? Awak kat mane?" "Saya ada kat Amsterdam…awak masih ingat Fakhira?" "Of course la, budak comel tu. Nape dengan dia?" "Actually saya dah jatuh hati kat awak sejak hari first kita kenal lagi. Fakhira pun selalu sebut pasal awak. Saya ingat nak masuk minang awak…"tuturnya terus-terang. "Sorry?"aku cuba berdalih. "Saya akan suruh family saya masuk minang secepat mungkin. Awak tak bohong alamat kampung yang awak bagi hari tu kan?" ‘Patut la dia beria nak alamat kampung, rupa-rupanya dah ada agenda tersendiri,’bisik hati kecilku. "Err..rasanya dah tak silap dah…" "Jadi macam mana?" "Sungguh saya cakap, saya betul-betul terkejut dengan confession ni..and I’m not ready to get married yet.." "Saya tak de harapan la?" "Up to my mom.."aku melepaskan keluhan berat. "Okey la, sorry ganggu awak,"aku mematikan telefonku. Memang aku tidak menafikan aku senang bersama Faris. Tapi untuk menjejakkan kaki ke alam rumah tangga, aku belum bersedia. Cintaku pada kerjaya terlalu teguh dan belum mampu dirobohkan oleh cinta mana-mana lelaki lain. Tiba-tiba aku teringatkan gurauan Arief Hakimi akhir-akhir ni. Walaupun menyakitkan hati, aku tetap selesa bersamanya. Terasa begitu selamat. ‘Argh! Takkan la dia serious, semua bende dia buat main-main…tak faham betul la,’hatiku berkata-kata. Bagi mengurangkan keserabutan ini, aku pantas mendail nombor telefon ibuku. "Assalamualaikum, bonda…" "Waalaikumsalam…ni telefon bonda tiba-tiba ni, mesti ada masalah ni…" "Pandai bonda teka.Maslah besar ni…" "Kenapa sayang…pasal ‘kekasih’ sayang tu lagi ke?" Kekasih yang bonda maksudkan adalah pekerjaanku. Dulu ia memang menjadi masalah kerana kesilapan jadual. Tapi kini, itu bukan masalahku lagi. "Pasal bakal kekasih kot.." "Nak tukar kerje ke? Tak sayang dah ke kat ‘kekasih’ tu?" "Bukan bonda..ni kekasih bernyawa…payah sikit.." "Kekasih pun ada bakal-bakal jugak ke? Erm…let me guess, ada orang baru luahkan perasaan kat anak bonda ye? Pastu puteri bonda ni pulak dah ada calon lain..betul tak?" "Lebih kurang la…tapi calon lain tu tak sure la, sebab dia tak cakap pun yang dia suka kat Ari..yang baru luahkan perasaan tu namanya Faris. Ari okey je dengan dia, sebab dia memang baik…" "Mesti dia betul-betul sayangkan anak bonda ni…yang sorang lagi tu?" "Pilot tu? Nama dia Hakimi…jenis happy go lucky la jugak. Selalu usik Ari. Jadi bonda, macam mana ni?" "Lorh, ni kan masa depan Ari,pilih la yang mana baik…" "Faris nak hantar rombongan minang, bonda dengan ayahanda je lah yang decide macam mana. Apa-apa pun, Ari terima. Tapi kalau nak tetapkan tarikh kawin, jangan awal sangat. Emm, Ari tak ready lagi nak berpisah dengan ‘kekasih’ yang lagi satu ni," "Kalau Ari tak setuju nanti, jangan salahkan bonda pulak," "Pilihan bonda yang terbaik untuk Ari," "Ye lah tu.." "Betul apa… Hah bonda, Ari lupa pulak, lepas ni Ari tak boleh nak call, kerja full time. Tapi kalau ada apa-apa, mail la tau," "Okey my dear, take care," "Assalamualikum bonda," "Waalaikumsalam…"fuh..lega! So, semuanya terserah pada bonda. Aku hanya perlu berdoa dan tawakkal. Bonda? Kenapa aku panggil bonda?...hmm, sebab, time kecil-kecil dulu, teringin nak jadi puteri raja, tu yang panggil bonda dan ayahanda. Dah biasa, permanent sampai besar. --------------------------------------- Bulan ini memang aku mengalami kesibukan yang amat sangat. Almaklumlah, cuti sekolah. Namun, dalam kesibukan ini, aku mesti bertembung dengan Mr. Pilot. Ini kerana jadual penerbangan kami adalah serupa. Hubungan kami juga semakin baik…dia tidak berani mengusikku berlebihan..serik! Dari jauh aku amat mengenali sesusuk tubuh lelaki tersebut. Aku menghampirinya. Sejak dua bulan lalu, dia tidak menghubungi aku lagi. "Faris, nak balik Amsterdam ke?"tanyaku ramah. Dia sekadar mengangguk. Kebisuaannya menjadi tanda tanya buat ku. "Saya terlambat sejam…"Faris memandang ke dalam mataku. Aku kehairanan. Arief Hakimi berjalan ke arah kami. "Faris, kenalkan Kimi, rakan setugas saya. Kimi, ni Faris.."mereka berjabat tangan. "Okey, saya pergi dulu ya. Jaga diri baik-baik," Faris menepuk bahuku dan berlalu. "Faris! Thanks sudi berkawan,"aku mejerit ke arahnya. Dia tersenyum lalu masuk ke pintu berlepas. "Pak we ke?"Mr. Pilot bertanya. "Kalau ye apa kaitan dengan awak?" "hmm.."Arief Hakimi menggeleng.
Kami berjalan beriringan ke tempat letak kereta. Cuaca panas menyebabkan kami bermandi peluh. Muka Mr. Pilot bertukar kemerah-merahan menahan panas. Mungkin mukaku juga kelihatan begitu. Lengan bajunya dilipat ke paras siku dan tali leher dilonggarkan. Butang baju bahagian atas sekali juga dibuka. Aku terpesona melihat tubuh kacak itu. Penampilannya memikat hatiku. Ya, aku yakin aku telah jatuh cinta padanya. "Betul ke Faris tu boyfriend awak?"katanya sambil bersandar di keretanya. "Penting ke untuk awak tahu?"soalannya ku jawab dengan persoalan juga. "Yes…"jawabnya begitu yakin. Aku mengangkat kening. "Dah lah, panas ni…saya malas nak layan soalan awak tu.." "Okey..okey.."dia membukakan pintu keretanya untukku. Dan segera menghidupkan enjin. Lama… "Nape tak jalan lagi?" "I need my answer…"tegasnya. "Nothing between us…puas?"aku menjawab geram. Dia tersengih. "Pehal?"tanyaku hairan. "I love you…"ucapnya bersahaja. "Hah?!"aku terkejut. "Saya cintakan awak, Arissara…"kalimah yang kunanti akhirnya muncul jua disaksikan lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tempatku menyemai cintaku buat ‘kekash’ku. Kini ku punya kekasih baru;kekasih bernyawa. Aku mencari anak mata milik Arief Hakimi. Ada sinar kebahagiaan di dalamnya. "Saya cintakan awak jugak…"bisikku malu-malu. "Saya bahagia awak selalu di sisi saya…" "Maknanya awak punye kerja la, tukar jadual saya tu?" "Bukan saya, En. Adam la.."Mr. Pilot membuat muka selamba. ‘Ceh, tak gune punye encik Adam,ni kes salah guna kuasa…"kutukku dalam hati. "Kutuk En. Adam ke?"tembak Arief Hakimi benar-benar mengena sasaran. Aku terkulat-kulat, malu. "Bersyukur la…tak kan awak tak suka kita dapat bersama selalu…"aku hanya mendiamkan diri takut terkena lagi. "Saya dah hantar rombongan minang…’aku pantas berpaling ke arahnya. "Saya terlambat sejam.."kata-kata Faris bermain di benakku. "Mujur awak datang awal sejam, kalau tak melepas la," "Ada orang lain pulak ke datang minang lepas saya?"aku sekadar mengangguk. "Sape?" "Biarlah rahsia…" "Ek eleh,ngan bakal suami pun nak berahsia…"aku masih berdiam,takut jawapanku menimbulkan cemburu di hati lelaki itu. "Tak pe lah, asalkan awak dah jadi tunang saya…dan bakal isteri serta ibu buat anak-anak saya.."katanya ceria. "Ibu?Anak?"spontan mulutku bertanya. ‘Ha’ah…" "Ngeri la dengar pasal anak.." "Nape?" "Mengandung…then bersalin..aduh,sakit tu..tak nak la," "Awak tak rasa lagi nikmat mengandung,best!" "Best la untuk awak tu,"aku memuncungkan mulut. Suasana di dalam kereta kembali sepi. Akhirnya aku tertidur.
"Kat mana ni?"tanyaku apabila mendapati kawasan yang kami lalui agak berlainan dengan hari-hari lain. "On the way to Melaka," "What?" "Saya nak jumpa mak mentua..opss,bakal mak mentua," "MasyaAllah, suka hati je buat plan sendiri. Ikut awak la!"aku menjeling Arief Hakimi tajam. "Sorry la.."pujuknya. Aku terus berdiam.
Setibanya di rumah, kami disambut meriah oleh keluargaku. Dan yang lebih menghairankan lagi, keluarga Mr. Pilot turut ada bersama. Aku berkenal-kenalan dan beramah mesra bersama mereka. ‘Pandai bakal laki aku ni buat planning,"pujiku dalam hati. "Bonda, bila bonda tetapkan tarikh nikah?"tanyaku pabila ibuku masuk ke dalam bilikku. "Lagi dua bulan…sesuai la,kita sambut Syawal sekali,"aku tersenyum bahagia. "Perfect plan! Thanks bonda.."aku memeluk ibuku. "Tapi mula-mula bonda pelik jugak sebab Ari kata hari tu Faris yang nak masuk minang, alih-alih family Kimi yang dating. Bonda yang teringat citer Ari hari tu, terus terima, sebab memang Ari sukakan dia kan? Semua plan ni, family dia yang buat. Sistematik kan?" aku mengangguk. "Sejam pas tu baru family Faris dating…kesian pulak," "Ye lah, nak buat macam mane, perasaan kan tak boleh paksa.." "Tapi bonda suka Kimi tu,ceria, caring, happy, handsome dan bonda rasa dia mampu buat puteri bonda ni bahagia,"ibu membelai rambutku penuh kasih sayang. "Sebab tu la Ari pilih dia, bonda,"pintu bilikku diketuk. Ayah memanggil kami. "Dua beranak ni, entah apa la yang digosipkannya. Jom keluar, layan tetamu tu," aku dan bonda ketawa geli hati mendengar bebelan ayahku. Kami berkumpul di ruang tamu dan terus bercerita hal keluarga masing-masing. Sesekali pandanganku bertemu dengan si dia. Oh, 2 bulan lagi aku kah bergelar isteri kepada Arief Hakimi bin Azhar.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
huh mantap2..
tapi kcian pulak kat c faris tu