Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Perpisahan. Kehilangan. Dua hal yang amat menyakitkan sekiranya berlaku dalam kehidupan seharian. Namun, siapa kita untuk melawan takdir yang telah ditetapkan. Kita hanya mampu merancang tetapi hanya tuhan yang tahu segalanya tentang percaturan yang telah dibuat. Kekuatan diri seakan melayang dan terbang dibawa angin yang tidak jemu-jemu menjenguk diri…tidak tahu hadirnya untuk menemani atau boleh jua hadirnya seakan mahu menambahkan lagi kesedihan yang sedia ada di jiwa… Pergerakan tanganya terhenti di situ apabila dia terdengar ada satu suara halus memanggil dari luar bilik. Dia menjenguk sekilas apabila menyedari derapan kaki insan kesanyanganya semakin menghampiri. Dipandangnya wajah yang menyimpan kedukaan dan kekuatan itu tanpa jemu..mahu mengambil sedikit nilai ketabahan dan kekuatan yang ada pada dalam diri ibu agar dirinya juga bisa tersenyum walaupun jelas senyuman yang dilemparkan tidak lagi semanis dulu. Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir jua apabila tangan ibu sudah mula memegang bahunya, dia tahu dirinya tidak kuat untuk menghadapi apa yang telah ditetapkan buatnya sekeluarga…serasanya air mata ini tidak jemu untuk mengallir walaupun telah banyak yang telah ditumpahkan. Kenangan demi kenangan yang menggamit hati dan perasaanya membuatkan hatinya bertambah pilu..sukar untuk menerima hakikat bahawa lelaki yang paling disanyanginya dalam dunia ini telah pergi meninggalkanya…untuk selamanaya.. " Angah..arwah tidak pernah tinggalkan kita..segala pesanan dan kenangan yang ditinggalkan adalah peneman kita selagi hayat dikandung badan. Biarlah arwah pergi jika itu yang terbaik untuknya. Kita semua akan pergi angah..tapi,kita tidak tahu bila waktunya. Ibu nak angah beli tiket..teruskan perjuangan angah di sana..ibu tak mahu angah terus bersedih dan melupakan impian angah. Ibu percaya, arwah juga mahu tengok angah berjaya menggemgam segulung ijazah…" " angah tak tahu ibu..Cuma seminggu lagi pendaftaran akan bermula, jiwa angah masih lemah..macammana angah nak fokus kalau hati dan perasaan angah tidak tenteram?" Dia bersuara dalam esak tangis yang ditahan. Kalu boleh, dia mahu menemani ibu di rumah ini. Dia mahu terus mengingati setiap kenangan yang ada dalam rumah ini untuk mengubat kerinduan pada arwah ayah yang selalu menjenguk di pintu hati...dia rindu, dia pilu..itu yang dirasakan pada saat ini. Serasanya dia lansung tidak ada kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian yang masih tinggal satu semester. Jiwanya terlalu sakit! " angah perlu kuat..ibu perlukan kekuatan angah untuk diri ibu..angah tahu tak, dalam diri angah ada banyak keperibadian arwah..sebab itu ibu mahu angah terus melangkah..terus menggapai cita-cita angah sebab ibu tahu angah seorang yang kuat macam arwah.." Dia menggemgam kuat tangan ibu..mampukah aku ya allah….
Dia memandang ke luar bas..perjalanan akan mengambil masa selama lapan jam untuk dia sampai ke Shahab, stesen bas Alor Setar. Matanya dipaksa untuk pejam tetapi tidak boleh. Mindanya berserabut dengan pelbagai persoalan yang mengasak akal fikiran. Dia tidak tahu samada tindakan yang diambil untuk kembali ke Universiti Utara Malaysia dan meneruskan pengajian yang terhenti selama dua bulan kerana cuti semester adalah satu tindakan yang tepat. Ini semua permintaan keluarga dan dia harus mematuhinya, dia berdoa agar allah permudahkan segala usaha dan tidak lupa memberikan kekuatan kepadanya… " Cik..boleh saya duduk sebelah cik?" Dia tersentak apabila disapa oleh satu suara yang amat aneh diperdenganya. Dia hanya menggangguk. Aik? Tak kan nak duduk kena mintak izin ngan aku? Bukan aku anak tuan bas ni..dia tersenyum sendirian. " kenapa cik senyum?" Haa? Sekali lagi dia terkena kejutan eletrik..eh..kenapa ngan mamat ni? Dia perhatikan aku ke… " tak boleh ke saya senyum? Ini mulut saya kan?" Dia bersuara sinis. Pemuda disebelahnya seakan terkejut. Teruk sangat ke bahasa aku? Ish..tetiba perasaan bersalah mula menguasai diri. Kenapa ngan aku? Bukankah dia bertanya dengan cara yang paling terhormat? Mungkin menyedari yang dirinya agak dingin, pemuda tersebut hanya diam membisu dan memejamkan mata. Dia masih lagi dikuasai oleh perasaan bersalah yang tidak henti menghantui diri. Emm..sampai kat kedah nanti aku akan meminta maaf..dia berjanji ngan diri sendiri. Dia menoleh pada pemuda di sebelahnya yang sudah terpejam atau jua sudah terlena. Maklumlah perjalanan akan mengambil masa yang agak lama dan meletihkan. Seketika dia mengerutkan dahi..macam pernah dilihat wajah tersebut tetapi dia tidak tahu dimana mereka pernah berjumpa. Ah! Lupakan sahaja.. Entah bila dia terlelap, dia sendiri tidak sedar….
" Cik..bangun.." Dia terpisat-pisat apabila terdengar ada suara yang memanggil. Hanya suara yang memanggil tanpa ada pergerakan tangan yang menyentuhnya. " Kita dah sampai mana?" " Lagi dua jam kita sampai..sekarang kat Sungai Petani. Jom la turun, kita pergi solat subuh" Seusai menyudahkan ayat tersebut, pemuda itu terus bangun dan meninggalkanya yang masih lagi termangu-mangu. Lambat-lambat dia bangun, kepalanya terasa pening kerana dikejutkan secara tiba-tiba. Dia mengambil telekung yang berada dalam beg dan melangkah turun dari bas. Kesejukan amat terasa apabila jernih air menyentuh tubuhnya…aku bersyukur ya allah..kerana masih memberi aku peluang untuk menghadapmu dan memohon kekuatan daripadamu….. Dia menadah tangan..memohon keampunan daripada allah..dia tahu yang dia masih banyak kekurangan dalam membentuk diri menjadi seorang muslimah sejati. Dia hanyalah seorang insan yang lemah, yang tidak jemu melakukan kesalahan, jua terkadang lupa untuk mengucapkan syukur…terasa kerdilnya diri tika menghadap tuhan dengan hati yang ikhlas. Setelah selesai bersolat, dia bergerak untuk meninggalkan masjid yang terletak di Sungai Petani. Seketika kakinya berhenti melangkah apabila terpandangkan wajah pemuda tersebut yang tersenyum memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan. Dia hanya membalas sedikit dan dengan cepat bergerak ke tangga bas yang sedia menanti. " Boleh saya tanya soalan?" Dia hanya menggangguk. " Siapa nama cik?" " Zulaiqha…Anis Nur Zulaiqha.." Dia memandang wajah pemuda tersebut yang nampak tenang. Terasa damai apabila wajah itu tidak lokek untuk terus sedekahkan sebuah senyuman..manis lak tu! Ish..sampai ke situ lak aku terfikir..tanpa sedar dia tersenyum. " Haa..kan manis kalau Zulaiqha senyum. Nampak cantik..janganlah selalu berkerut muka, nanti cepat tua" Kedengaran ikhlas kata-kata tersebut. Kenapa dengan aku? Selama ini cepat sahaja melenting kalau orang yang tidak dikenali memandai untuk memberi komen kepadanya. " Saya nampak tua ke?" Entah kenapa ayat itu pula yang terkeluar daripada mulutnya. Pemuda yang tidak tahu nama tersebut ketawa tetapi tidak keterlaluan. " Nampak tua..tapi bukan sekarang..mungkin 20 tahun akan datang.." Ish..loyar buruk pulak mamat ni… " Apa nama awak?" " Emm..ingatkan Zulaiqkha tak mahu tahu nama saya.." Agak perlahan ayat itu diluahkan. Berkecil hatikah? Dia menyoal dalam hati. " Zairul Amsyar…Zulaiqha boleh panggil saya Ams.." " Ams? Macam pelik je.." Nah..mulutnya yang tidak ada insurans sekali lagi mengeluarkan ayat yang bisa membuatkan sekeping hati terguris tetapi dia melihat ada riak senyum pada wajah itu..lega…dia menarik nafas lega. " Zulaiqha nak pergi ke mana ni..beg besar..lari dari rumah ke?" Haa?dia membulatkan mata tanpa sedar. " Saya dihalau…" Kali ini mata Amsyar pula yang terbeliak. Boleh tahan minah ni..nampak sopan dan ayu tetapi dasyat jugak..dia berkata-kata dalam hati.. " Awak percaya?" Dia menduga apabila melihat pemuda itu tidak lagi bertanya. " Saya tidak pandai untuk menilai seseorang itu bercakap benar atau tidak..Cuma saya sentiasa berpegang pada satu perkara..selagi saya ikhlas menyatakan yang benar, saya pasti allah akan tunjukkan yang benar buat saya..Cuma lambat atau cepat sahaja.." Ya allah…apa yang kau mahu tunjukkan pada aku? Ayat itu! Sama seperti apa yang selalu diungkapkan oleh arwah ayah…
Sudah dua hari kelas bermula. Sudah dua hari juga dia menggung rindu yang amat sarat kepada arwah ayah..tidak lupa setiap kali wajah ayah berlayar di ruang mata, dia pasti akan sedekahkan al-fatihah..ya allah, semoga roh ayah ditempatkan bersama insan-insan yang beriman… Dia memandang sepi buku rujukan yang baru dibeli di Mall kolej beberapa jam yang lalu…pandanganya tumpah pula pada sekujur tubuh yang telah lena di katil sebelah. Semoga lenamu ditemani mimpi yang indah-indah Mardiah…dia bersyukur, bersyukur kerana dikurniakan teman yang sebaik Mardiah..sentiasa ada dalam susah atau senang… " kamar hatiku sekian lama ..suram dan sepi kekosongan.." Irama nasyid daripada lagu in-team yang berkumandang daripada talefon bimbitnya menandakan ada panggilan masuk. Seketika, ketenangan yang bertamu di hati sedikit terganggu…dia mengintai pada skrin talifon..pelik! tidak ada nama di situ.. " Assalamualaikum.." Tidak sempat dia bertanya siapakah gerangan yang memanggil…salam telah diberikan. Dia terkaku di situ..suara itu! " Waalaikumussalam.." Dia menjawab perlahan. Amsyar…mana mungkin suara itu akan dilupakanya. Pemuda misteri yang dikenali dalam bas..perjalanan untuk kembali ke kampus ini… " Saya mengganggu Zulaiqha ke?" Seperti biasa…Amsyar penuh dengan sifat hormat yang tinggi kepada orang lain. Sedikit sebanyak kehadiran Amsyar berjaya mengusik fikiran.. " Iya..awak telah mengganggu saya mengelamun.." Dia berterus terang. Entah mengapa sejak ayat yang dikeluarkan oleh Amsyar yang sama dengan kata-kata ayahnya, dia tidak lagi mampu untuk membohongi pemuda tersebut. Terasa yang dia perlu menghormati Amsyar..dia tidak tahu mengapa. Mungkin disebabkan rasa kagum terhadap keperibadian yang ditonjolkan… " Mengelamun adalah perkara yang disukai syaitan..kenapa tidak diisi dengan berzikir.." " Saya tidak sebaik awak..hidup saya sentiasa alpa kepada allah…" " Itu sebabnya saya selalu mengingatkan…" Zulaiqha tersenyum..namun dia sedar senyuman tersebut didak akan dilihat oleh Amsyar..kekadang dia terasa pelik, kenapa orang sealim Amsyar sudi berkawan dengannya yang cukup lemah dalam beragama. Dia seorang gadis yang masih terlalu lemah tentang agama dan perlu dipelajari…kekadang dia rasa bersalah yang teramat…dia seringkali menangis dan hampa apabila pointer yang diterima setiap sem tidak seperti yang diharapkanya..tetapi dia tidak pula terlalu sedih apabila dia tidak berjaya untuk menghafal doa-doa yang agak pangjang seusai menunaikan solat… Ya allah..ampunkan aku dan teruslah tunjukkan jalan yang lurus buat hambamu yang lemah ini..dia beristighfar dalam hati… " Saya mahu jumpa awak.." Ayat itu terlalu perlahan diluahkan. Hampir tidak kedengaran di perdengaranya…dia terkejut yang amat sangat. Tidak tahu perasaan apa yang dialaminya saat ini..gembira atau terharu? " Kenapa…?" Dia juga bertanya perlahan. Serasanya dia sendiri sukar mempercayai apa yang berlaku sekarang…seorang insan seperti Amsyar mahu berjumpa denganya? " Sebab awak ditakdirkan untuk saya..insya-allah…" Terdengar ada nada ketawa dalam ayat yang diluahkan. Entah kenapa hatinya terasa sedikit terkilan apabila ayat tersebut diluahkan bersama dengan nada gurauan… " Awak ni..betul-betul la..saya tak suka awak main-main.." Terasa?merajuk? entah apa yang bermain dalam hatinya saat ini..ish..tidak mungkin aku jatuh cinta sesingkat ini? Pulak tu dengan insan misteri macam si Amsyar ni..tidak mungkin! Aku dan dia jauh panggang dari api…sekali dia beristighfar dalam hati… " Esok petang saya jumpa awak di kafe..saya ada benda nak bagi kat awak..ok la Zulaiqha, saya permisi dulu..Assalamualaikum" Klik! Talian sudah dimatikan tanpa sempat dia menjawab salam seperti biasa. Kenapa dengan Amsyar? Dia meletakkan talefon perlahan-lahan di sebelah buku motivasi yang sentiasa menjadi temannya sejak bertahun yang lalu..’ Don’t Be Sad..’ satu buku yang dia kira patut dimiliki oleh semua orang. Jumpa Amsyar esok? Emm….
Dari jauh sudah kelihatan sebuah senyuman yang cukup manis daripada Amsyar. Emm..si amsyar ni tak reti bermuka masam ke? Dia menyoal pelik… " Assalamulaikum Zulaiqha yang suka berkerut muka!" Dia hanya menarik muncung. Panjang sedepa… " Kenapa lambat?" " Jawab salam saya dahulu." " Kalau tengah marah, saya akan jawab salam dalam hati.." Dia menjawab spontan. Amsyar hanya ketawa. Pemuda itu memang kaya dengan sifat ketawa dan tersenyum..macam ayah…emm….. " Kita nak jadi tiang elektrik ke kat sini? Saya nak duduk.." Amsyar telah menarik satu kerusi yang berhampiran dengan mereka. Dia hanya menurut. Juga menarik sebuah kerusi yang bertentangan dengan Amsyar. Matanya tumpah pada bungkusan yang agak besar di tangan pemuda tersebut. " Ini untuk awak.." Bungkusan tersebut ditolak perlahan bersebelahan dengan tangan kirinya. Dia menaikkan kening tanda menyoal. " Tanda persahabatan saya.." " Saya tidak mengharapkan hadiah untuk sebuah persahabatan…walaupun saya tidak sebaik awak tetapi saya bukan jenis yang mengharapkan sesuatu daripada seorang kawan.." Dia sedikit kesal. Amsyar hanya tersenyum. " Ini bukan tanda persahabatan biasa Zulaiqha…" " Maksudnya persahabatan luar biasa, begitu?" " Awak ditakdirkan untuk saya Zulaiqha.." Hanya itu yang dia dengar daripada mulut Amsyar kerana dia telah berlalu tanpa sempat untuk mengambil bungkusan yang diberikan oleh Amsyar. Airmata yang ditahan seakan mahu menitik. Aku tidak layak untuk insan sebaik kau Ams…masih ramai yang akan menanti cinta kau Ams, dan pastinya bukan gadis seperti aku….
************************************************
Amsyar diam membisu. Matanya tidak lepas daripada memandang pada skrin talefon…berdoa agar ada panggilan atau message daripada gadis yang telah berjaya membuka pintu hatinya…telah seminggu tiada perkhabaran daripada gadis tersebut. Tidak dapat menipu dirinya sendiri..dia diserang rindu yang mendalam terhadap Zulaiqha..dan hari ini telah genap lima hari dia berpuasa..agar rindunya bisa hilang… Ya allah..jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu..agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu… Ya muhaimin, jika aku jatuh hati..izinkalah aku menyentuh hati seseorang yang tertaut hatinya padamu agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta nafsu…. Ya rabbana..jika jatuh hati, jagalah hatiku agar aku tidak berpaling daripada hatimu.. Ya rabbul izzati..jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid ke jalanmu… Tanpa sedar ada airmata jernih yang mengalir di pipinya… Dia mengusap perlahan wajahnya… " Kenapa dengan kau Ams…" Ada suara menegur perlahan. Dia tersenyum dalam keterpaksaan. " Zulaiqha mengelak diri dari aku. Aku tak tahu kenapa.." Dia meluahkan apa yang terbuku di hati pada seorang sahabat yang sudah bertahun dikenalinya, sejak mereka sama-sama belajar di Mesir. Sekarang, sahabatnya itu adalah salah seorang pensyarah Zulaiqha. Dia juga telah mendapat pekerjaan sebagai tutor sementara di Universiti ini atas pertolongan sahabatnya itu. Banyak perkara yang dia tahu tentang Zulaiqha daripada Nabil..sahabatnya itu. Zulaiqha..gadis yang penuh dengan emosi..suka marah-marah dan melawan cakapnya..Zulaiqha yang baru kehilangan ayah..Zulaiqha yang manis! " Dah sah-sah yang kau ni angau…kau dah cakap kat dia yang kau mengajar kat sini? Aku tengok dalam kelas dia tak bersemangat lansung. Tidak seperti seorang pendebat universiti…dah sebulan keadaan dia macam tu..aku takut dia tak dapat menghabiskan semester ni dengan cemerlang…" " Dia ada bagitahu kau apa-apa tak pasal aku?" Nabil hanya ketawa. Zulaiqha tidak terlalu rapat dengan pensyarah lelaki. Dia banyak tahu tentang Zulaiqha juga daripada rakan sejawatnya..Amirah.. Dari semalam Amirah asyik mengusiknya..banyak sangat nak tahu tentang Zulaiqha..dikatanya aku nak menambah kouta..ish…. " Kau pergi meminang dia la…lagipun minggu depan kau dah dapat kerja tetap kat Kolej Insaniah kan? So..tak menjadi kesalahan tatatertib lagi.." Nabil tersenyum nakal….dia hanya mengjengilkan mata. " Aku pelik ngan kau..kenapa kau tak suka ngan Umairah..sepupu kau yang baru balik daripada mesir tu? Aku rasa dia agak sepadan dengan kau..ilmu agama sama hebat" Dia hanya menggeleng kepala mendengar ayat yang terluah daripada mulut si teman. " Umairah baik..aku tak nafikan setiap lelaki pasti akan impikan perempuan sebaik Umairah untuk dijadikan permaisuri hati dan ibu kepada anak mereka..tetapi hati aku mengatakan Zulaiqha wanita istimewa..menjadikan aku hidup sebagai seorang lelaki yang akan memimpin rumahtangga aku. Umairah sudah terlalu sempurna sebagai seorang muslimah dan aku tidak tahu sebagai suami..adakah aku patut membimbingnya lagi.." " Kau rasa Zulaiqha terlalu kurang dalam agama?" " Zulaiqha wanita yang baik..dan aku yakin akan dapat menjadi suami yang baik untuknya. Aku mahukan wanita seperti Zulaiqha agar aku dapat menjadikanya seperti Umairah..kau faham maksud aku?" Nabil hanya mengangguk perlahan…..
Cuti semester telah bermula. Dia kembali semula bersama keluarga..tidak banyak yang berubah. Kasih sayang ibu tetap hangat seperti dulu..adik-adik seakan dapat menerima pemergian ayah… Tanpa sedar sudah hampir tiga bulan ayah meninggalkannya.. Al-hamdulillah, dia semakin tabah..dia semakin kuat.. " Angah…" Dia terdengar suara ibu memanggil namanya… " Ada keluarga kawan angah datang..katanya dari Dungun.." Dungun? Siapa..Amsyar? Haa..? Sungguh..dia rasa amat terkejut jika betul apa yang difikirkan itu betul. " Angah keluar yea..kawan angah juga ada…" Dia mengangguk. Amsyar…rindunya dia pada wajah yang penuh dengan ketenangan tersebut. Dicapainya tudung yang tersangkut di balik pintu bilik. Dia kuatkan semangat untuk berhadapan dengan Amsyar yang sudah tidak ditemui sejak tiga bulan yang lalu. Ingatkan Amsyar telah lupakanya…lelaki sebaik itu..layakkah aku Ya allah? " Angah kenal dia..?" Perlahan suara atuk bertanya sebaik dia melabuhkan duduk. Dia tidak tahu apa pandangan ibu dan atuk padanya selepas ini. Belajar tidak habis lagi tetapi sudah berani mengajak pemuda datang ke rumah. Dia berdoa, tidak ada amarah daripada ibu atau atuk… Dia menggangguk. Pandanganya bertembung dengan panahan mata Amsyar. " Angah berkawan dengan dia ?" Atuk masih lagi menyoal. Terasa aneh apabila dia disoal begitu..ibu memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan. " Saya rasa jawapan itu sudah cukup untuk membuktikan yang Amsyar dan Zulaiqha saling mengenali…sebagai wakil keluarga Zulaiqha..saya menerima perminangan ini.." Jantungya berhenti berdengup. Pendanganya terasa kabur. Amsyar meminangnya? Dijadikan isterinya?aku dipilih Amsyar? Dia melihat Amsyar menadah tangan tanda syukur. Ibu memeluknya erat. Seketika dia melihat ada airmata dalam mata ibu Amsyar….
****************************************
Tangannya terasa seram sejuk. Duduknya serba tidak kena. Sikat yang dipegang seperti tidak terasa. Sesungguhnya hatinya gundah. Baru sebentar tadi Amsyar melafazkan kalimat yang begitu agung bagi dirinya..dirinya telah sah menjadi milik Amsyar setelah setahun mengikat tali pertunangan. Dia berterima kasih kepada bekas pensyarahnya..encik Nabil kerana telah banyak menolong dalam perhubungan mereka. Dia mengesat perlahan airmata yang tumpah… Ayah..aku dipertemukan dengan insan seperti dirimu..terima kasih ya allah..dia memanjatkan rasa syukur…. Seketika dia terdengar seperti daun pintu ditolak dari luar. Dia tidak mampu untuk memandang, dia tahu itu adalah Amsyar..lelaki yang akan diletakkan sebagai insan istimewa dalam hatinnya..dia berjanji akan menjadi isteri yang baik untuk Amsyar… " Assalamualaikum.." Dia hanya diam. " Tak akan marah kat abang kot..jawab salam dalam hati.." Dia tersenyum. Amsyar menyentuh perlahan dagu Zulaiqha. Mahu melihat sinar mata wanita yang seringkali mengamit rasa rindu yang mendalam…dia mengucup perlahan dahi itu. Perlahan-lahan tangan lembut itu disentuh. Terasa dingin dan sejuk.. " Terima kasih sayang..kerana sudi menjadi isteri abang,,sudi berkongsi kasih sayang dengan abang.." Aimata yang ditahan tadi mengalir jua. Dia mengemgam erat tangan Amsyar. " Terima kasih juga untuk abang kerana tidak pernah menyentuh Zulaiqha sepanjang kita bertunang. Abang meletakkan Zulaiqha sebahagian daripada wanita yang hanya disentuh oleh insan yang bergelar suami…" Amsyar menyapu perlahan airmata yang tumpah pada pipi Zulaiqha…perlahan-lahan tubuh itu dirangkul kemas. Terasa seperti tidak mahu dilepaskan lagi..indahnya kurniaanmu ya allah..mengurniakan aku seorang wanita sebaik ini. Yang tidak jemu-jemu mengingatkan aku sebagai seorang muslim sejati..sentiasa memandang aku sebagai insan yang perlu dihormatinya..yang tidak segan silu bertanya tentang agama, yang beruasaha untuk meningkatkan rasa cintanya kepadamu..aku monon ya allah..kekalkan rasa cinta suci ini di hati kami..sampai akhirnya… " Semoga Zulaiqha permaisuri hati abang di dunia..jua akhirat…." Zulaiqha hanya mengangguk..itu juga doanya siang dan malam…..
************************************************** P/s: terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca cerpen yang banyak kekurangan ini…cerpen ini ditulis saat hati sedang redha atas pemergian ayah tersayang pada 18/06/09…al-fatihah..
bagus.... islamic story dan of course mempunyai moral value yg dapat dijadikan pengajaran dlm hidup teruskan usaha menghasilkan karya2 sebegini takziah juga diucapkan atas kehilangan ayahanda al fatihah.....
al-hamdulillah...masih ada yg sudi membaca dan memberi komen ihklas...cerita ini tidak ada kaitan dengan diri saya seratus peratus..mudaha2an 'amsyar' akan ada pada diri setiap anak adam..insya-allah...
nice story... ade lg ke lelaki mcm ni dlm dunia ni ek??.. sy bleh nangis bace cerpen sependek ni..xtau sbb pe..mungkin nasib kite same kot..beza nye sy da xde mak ngan ayh.dan awk msih ade mak...ape2 pon..teruskan menulis k..:)..gud luck.
salam buat hasazrini....nama yg indah... semoga awak menjadi antara wanita2 hebat yg tidak lekang di uji allah..kuatkan semangat, sy doakan awak akan jumpa lelaki sebaik amsyar..insya-allah..
story yang sgt best!! sy nk ngs bce cite ni.. sy sgt2 ske novel n cerpen islamic.. tahniah kpd penulis krana menulis cite sehebat ini.. takziah atas pmergian ayah anda kerahmatullah.. setiap yg hidup akan mati.. smoge anda tabah mengharunginy.. ~farhana~
bagus cerita ni. seronok bace sambil dpt ingatkn dri sndri. semoga terus berkarya dan takziah u awak. jgn sedih2. mesti arwah pun tak suka kalau awak terus bersedih. saya bercakap pun sebab dah merasa kehilangan mak. semoga kita sama2 tabah :)
tahniah aiza aidir...hope terus tabah dalam mengharungi kehidupan.ingat..cabaran dan ujian itu pengukur iman milik insan.moga terus dapat mendidik jiwa untuk mencintai Pencipta melalui makhluk ciptaanNya..ikhlas (lik_NAI)
best cter nie..tp ade lg ke lelaki sebaik ni dalam dunia ni..lelaki skrg sumeny ske ambk ksempatan je kt pempuan..i hate boyz but not all..hm..harap pnulis tabah menghadapi ujian allah..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cite yg menarik,
teruskan usaha.....