Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Saya tak tahu nak buat apa sekarang ni Syam..,saya dah puas merayu tapi Encik Hakim tetap tak nak bertanggungjawab dengan perbuatan dia…dia kata saya perempuan murahan…dia kata saya macam-macam.." aku merintih pilu. Setelah Syam mengasak aku berkali-kali, barulah aku berani membuka mulut . Aku terpaksa menceritakan padanya apabila melihat kesungguhannya untuk mengetahui cerita sebenar. Aku mendongak untuk melihat reaksi Syam. Syam tiba-tiba terdiam seribu bahasa setelah mendengar ceritaku. Dia kelihatan begitu terkejut. Wajahnya berubah riak. Dia seperti sedang menahan marah. Sedikitpun dia tidak memandang aku.Melihat reaksinya menyebabkan luka hatiku bertambah parah. Aku tahu Syam tidak boleh terima semua ini. Aku tahu selepas ini, pasti Syam benci terhadapku yang sudah hilang maruah diri. Dia pasti meninggalkanku.Pelbagai andaian bukan-bukan menyesakkan ruang benakku.
" Maafkan saya Syam..saya tahu awak dah benci saya sekarang. Saya minta maaf kerana tak ikut nasihat awak dulu. Maafkan saya..," aku merintih lagi lebih-lebih lagi apabila melihat Syam terus membisu. Syam mengenggam penumbuk erat . Badannya sedikit bergetar. Sedikitpun dia tidak berpaling padaku. Namun, dari pandangan sisi, aku dapat melihat wajahnya merah, matanya bersinar seperti penuh dengan kebencian.Nampak sangat dia sedang menahan marah.
" Saya tak kan biarkan dia buat macam tu pada awak. Setan tu mesti di ajar!" Tegas Syam setelah lama berdiam diri. Kemudian tiba-tiba dia bergerak pantas untuk meninggalkan aku di situ.Aku terpinga-pinga.
" Syam, awak nak pergi mana tu?!" Laungku dari jauh.
" Jumpa Hakim!" Jawabnya sepatah. Aku tergaman seketika lantas dengan spontannya aku turut mengekori langkahnya.
" Jangan jumpa dia Syam..tak guna! Dia tak kan bertanggungjawab walaupun awak merayu macam mana pun..," kata-kataku menghentikan langkah Syam. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu Syam masuk campur dalam hal ini. Syam berpaling dan perlahan-lahan mendekatiku.
" Lina..dengar sini..saya tak kan berdiam diri kalau dia buat awak macam ni. Orang macam tu mesti di ajar nak bagi dia sedar sikit! Awak tak boleh mudah mengalah..," Syam memandangku dengan geram.Mungkin geram dengan kelemahanku. Aku terdiam. Tanpa menunggu jawapan dariku, Syam terus mengorak langkah untuk masuk ke ruang pejabat . Aku tahu dia akan pergi ke tingkat atas untuk berjumpa Encik Hakim. Aku menyusul dari belakang. Aku mesti ikut kerana aku tidak mahu apa-apa terjadi pada Syam walaupun aku masih lemah untuk berhadapan dengan Encik Hakim. Jauh di sudut hatiku,aku tidak sanggup berdepan dengan binatang itu namun aku terpaksa!
" Hakim!" Pintu bilik Encik Hakim ditendang kuat dan laungan Syam bergema. Encik Hakim yang sedang bercakap di telefon terkejut besar. Dia terus meletakkan telefon apabila melihat aku dan Syam di situ.
" Kau nak apa lagi hah?!" Laung Encik Hakim .Syam meluru ke arah Encik Hakim lalu satu tumbukan kuat singgah pada mukanya .Encik Hakim terjatuh dari kerusinya dan badannya menghempas lantai. Dia menyapu kasar darah pekat yang mengalir pada bibirnya.Bibirnya pecah.Dia memandang tajam ke arah Syam.Aku pula tergaman melihat tindakan Syam yang tiba-tiba.
" Hoi! Kau dah gila ke?!" wajah bengis Encik Hakim sudah kelihatan. Dia benar-benar marah .
" Siapa yang gila!Kau tu sebenarnya yang gila, bangang! Kau memang tak patut dibiarkan hidup! Sepatutnya aku hapuskan kau dari dulu lagi!" Syam menengking kuat . Kolar baju Encik Hakim disentap kasar lantas satu tumbukan lagi dihadiahkan pada dagu Encik Hakim. Kali ini dia terbaring . Syam kemudian menendang kuat perutnya beberapa kali .Encik Hakim mengerang kesakitan. Perutnya dipegang kemas.
" Syam..stop it!" Aku memegang lengan Syam untuk menghalang tindakannya yang seterusnya .Gerun pula aku melihat Syam yang sedang berang ketika ini .
" Hakim! Kau dengar sini baik-baik..kalau kau tak nak bertanggungjawab dengan Lina, aku tak teragak-agak akan bunuh kau!" Aku tergaman mendengar kata-kata berbaur ugutan dari mulut Syam. Syam bersungguh-sungguh ingin membela nasibku. Aku sungguh terharu.
" Haha..bunuhlah kalau kau berani?! Kau ingat aku takut? Kau tak payah lah nak bela perempuan sundal ni..buang masa je!" Dalam kesakitan, dia masih mampu tergelak sinis. Hatiku terguris lagi mendengar kata-kata itu. Dia cuba bangkit namun belum sempat dia berbuat begitu Syam menendang dadanya pula. Darah merah tersembur keluar dari mulut dan hidungnya. Dia terguling sekali lagi dan mengerang kesakitan.Aku melihat sahaja Syam membelasah Encik Hakim tanpa ada terselit sedikitpun rasa simpati . Yang pasti, hatiku benar-benar pedih , hancur hatiku apabila Encik Hakim tidak henti-henti menghinaku. Air mataku mula bergenang di tubir mata dan akhirnya ia menitis lagi.
" Rasakan !! Ingat Hakim! Sekali lagi kau cakap macam tu, nahas kau!" Bentak Syam. Bunyi desas desus seperti orang sedang berbisik di muka pintu membantutkan tindakan Syam seterusnya .Rupa-rupanya tanpa disedari adegan ini disaksikan oleh pekerja-pekerja lain yang berada di situ memandangkan pintu bilik Encik Hakim terbuka luas. Syam masih mengenggam penumbuk.
" Syam, sudah lah tu..," aku terpaksa menghalang tindakan Syam seterusnya kerana aku tidak sanggup lagi berada di situ. Lagi lama aku berada di situ, lagi seksa hatiku menahan perit lebih-lebih lagi apabila kami menjadi tontonan ramai.
" Aku tak kan lepaskan kau binatang! Dasar buaya darat!" Syam menghadiahkan tendangan terakhir kepada Encik Hakim sebelum berlalu dari situ. Tanganku ditarik kasar. Aku mengekori langkahnya dengan tergesa-gesa melepasi kumpulan manusia di luar bilik Encik Hakim. Aku mengesat air mataku yang masih tidak bersisa.Semua memandang hairan kepadaku, begitu juga Leha yang turut berada di situ.Wajah yang terpamer pada wajahnya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku .
-------------------------------------------------
" Awak mesti laporkan perkara ini pada polis!" Tegas Syam ketika kami tiba di suatu tempat terpencil di pinggir kota .Setelah berjumpa Encik Hakim tadi, dia membawaku dengan motornya ke sini, tempat yang tidak pernah aku kunjungi sebelum ini.
" Lina.., awak tak boleh berdiam diri macam ni.Awak mesti lakukan sesuatu..," dia duduk menghadapku apabila melihat aku masih berdiam diri sejak tadi.
" Tak boleh Syam..tak boleh!Kalau lapor pada polis saya akan dapat malu. Saya takut Encik Hakim sebarkan gambar saya kat internet..," aku menggelengkan kepala beberapa kali kemudian berdiri menghadap tasik yang saujana mata memandang di hadapanku.
" Lina..awak kena bertegas! Awak tak boleh macam ni..kalau awak nak nasib awak dibela,awak kena ikut cakap saya..," Syam menarik tubuhku supaya menghadapnya.Bahuku dipegang kemas. Aku memandangnya sayu. Kemudian aku menolak lembut pegangannya pada bahuku .
" Kalau saya buat macam tu, macam mana dengan anak ni? Walau macam mana sekalipun Encik Hakim mesti kahwin dengan saya. Saya nak dia bertanggungjawab dengan anak ini..," hatiku semakin sebak kerana mengharapkan sesuatu yang mustahil.
" Awak jangan buat kerja bodoh..Sanggup ke awak kahwin dengan buaya darat tu? Saya kenal sangat perangai dia..dia tu kaki betina. Saya tak nak awak hidup menderita nanti..," suara Syam bergetar,tidak tahulah sama ada dia marah atau kecewa dengan kata-kataku. Kedengaran nafasnya dihembus kasar .
" Ye Syam..saya memang bodoh dan kerana kebodohan saya tu, maruah saya tercemar…kalau dia tak nak kahwin dengan saya..saya akan gugurkan anak ni!" Aku menekan perutku, rasa tidak sanggup untuk melahirkan anak ini ke dunia ini .
" Lina!! Don’t do that! Anak awak tak bersalah dalam hal ni. Please..jangan buat keputusan terburu-buru!" Aku tersentak apabila Syam menengkingku.
" Habis, awak nak saya buat apa? Awak nak biar saya lahir anak luar nikah? Awak nak biar anak ni tak ada ayah? Macam tu? Awak tak faham perasaan saya Syam..saya akan lebih menderita kalau semua tu terjadi pada saya!" Aku merintih hiba. Tangisanku bergema lagi.
" Saya faham perasaan awak..saya faham sangat..dan saya nak awak faham yang saya lagi terseksa kalau tengok awak macam ni…saya sayangkan awak..," sayu aku mendengar kata-kata itu. Tapi perasaan sayang itu tidak penting lagi bagiku kerana aku bukan lagi Lina yang dulu..
"Baiklah kalau itu yang awak nak, saya sanggup jadi ayah pada anak awak…," dia meneruskan kata-katanya bila melihat tiada respon dariku. Dahiku berkerut tidak mengerti kata-kata Syam.
" Maksud awak?"
" Saya akan mengahwini awak..," mataku buntang mendengar cadangan itu.
" What?!" Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku dengar kini. Benarkah dia mahu jadi pak sanggup pada anak ini? Biar betul!
ya Allah mulia sungguh hati syam tu kan... hai,bertuah lina dapat suami cam syam yg baik hati tu kan.. eh suami belom la !!! he he he
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mulianya hati syam..terima Lina seadanya..
susah nak cari guys macam tu..
sambung2