Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku memerhatikan skrin handphoneku.Sudah 2 hari aku tidak memegang handphone setelah pertemuanku dengan Dr.Maisara. '20 miscall' dan '3 new message' tertera pada skrin. Aku membukanya perlahan-lahan. Aku terkedu melihat semua miscall dan sms daripada Syam.
' Salam Lina, awk kt ne? Sy call awk byk kali, Knp x angkat?'
' Boleh tak sy nk jumpa awk?'
' Lina..please say something.. I really miss u…'
Aku hanya menahan sebak membaca mesej daripada Syam .Handphoneku aku lempar ke atas katil .Tidak sanggup rasanya untuk bersua muka dengannya setelah apa yang berlaku. Aku benar-benar rasa bersalah terhadapnya.Aku malu dengannya. Aku malu dengan semua orang. Rasa menyesal membuak-buak di dalam dada kerana tidak berpegang kepada nasihat Syam sebelum kejadian memalukan itu berlaku. Aku menyesal kerana telah banyak menyakitkan hati Syam sedangkan dia langsung tidak bersalah dalam hal ini.Aku benar-benar menyesal kini. Aku terlalu bodoh kerana mempercayai Encik Hakim selama ini. Aku tidak sangka kebaikan yang di tunjukkan Encik Hakim padaku dulu rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Satu persatu perbuatan kejam Encik Hakim terhadapku bermain di tubir mata sekaligus menyesakkan otakku. Aku meratap pilu. Namun, tiada gunanya aku meratapi atas keterlanjuran ini kerana mustahil aku dapat mengundur waktu kembali. Sungguh mustahil!
Air mata yang hampir kering kembali mengalir laju membasahi pipiku. Aku melurut rambutku ke belakang. Aku merasakan hidupku tidak bermakna lagi .Aku rasa aku tidak layak hidup di dunia ini lagi. Tidak layak sama sekali..Ya Allah ,mengapa Engkau menduga aku seberat ini? Aku tidak sanggup menghadapinya Ya Allah..aku merintih di dalam hati .Bahuku terhinjut-hinjut menahan sendu. Kepalaku terasa sakit memikirkan soal ini.
" Arghh!!" Aku menjerit kuat untuk melepaskan segala penderitaan yang bertakung di dada .Alat solek yang berada di atas meja solekku aku sepahkan. Aku melihat wajahku di cermin. Aku meraba mukaku. Kemudian aku menangis lagi. Wajahku ternyata sudah hilang seri. Inikah rupa wajah orang yang sudah hilang maruah diri? Inikah wajah wanita yang sudah tidak suci? Mana wajah aku yang dulu? Mana?? Aku menumbuk cermin di hadapanku beberapa kali. Kaca bertaburan di atas meja.Darah mengalir laju dari celah jariku . Tanganku berdenyut-denyut kesakitan namun aku tidak menghiraukan kesakitan itu kerana yang pasti kesakitan hatiku lebih parah dari ini. Aku terduduk di atas lantai. Aku bersandar pada birai katilku. Aku meraup mukaku beberapa kali .Aku benar-benar putus harap sekarang. Aku sudah tidak berguna lagi…
" Lina, kenapa ni?" Soal Fatin yang tiba-tiba datang mendapatkanku. Aku tidak menjawab sebaliknya memandangnya kosong. Aku seperti sudah hilang arah kini.
" Ya Allah darah! Lina..kenapa boleh jadi macam ni?" Terkejut bukan kepalang Fatin melihat darah berlumuran di tanganku dan kaca yang bersepah-sepah di situ. Tanganku diraih lalu dia mencapai sapu tangannya lalu membalut pantas luka pada tanganku. Aku masih berdiam diri, tidak berganjak sedikitpun dari kedudukanku.Aku hanya memerhatikan perbuatan Fatin tanpa rasa apa-apa.
" Lina, kenapa Lina?! Kau ok ke tak ni?" Fatin menggoncang tubuhku beberapa kali namun aku masih begitu. Mindaku seolah-olah tidak dapat berfungsi lagi.
" Fatin..aku nak mati..," aku tidak tahu bagaimana perkataan itu terpacul dari mulutku. Yang pasti, aku benar-benar kecewa.
" Lina! Apa kau merepek ni?! Ingat Allah Lina..mengucap!" Marah Fatin. Aku meratap lagi. Fatin memeluk aku kemas dan aku turut membalas pelukannya.
" Aku tak sanggup nak hidup lagi Fatin..tolong aku Fatin..hidup aku tak bermakna lagi..," aku merintih di dalam sendu dalam pelukan Fatin.
" Lina..jangan macam tu..anggaplah dugaan yang kau terima ni adalah ujian dari Allah..Kau jangan ikut perasaan sangat..kembalilah padaNya Lina..," suara Fatin bergetar. Aku terharu melihat dia turut mengalirkan air mata melihat keaadaanku.
" Tapi Fatin..aku..aku..," kata-kataku tersekat di situ kerana aku tidak sanggup untuk menyatakan yang aku sudah tidak suci lagi .Perkataan itu membuatkan dadaku sesak.
" Cakaplah Lina..apa sebenarnya berlaku? Kau cerita kat aku? InsyaALLAH yang mana aku dapat tolong..aku tolong..," kata Fatin Ikhlas . Dia memegang kedua-dua belah bahuku. Aku memandang sayu padanya .Perlukah aku cerita padanya? Patutkah dia tahu cerita yang mengaibkan itu? Aku memegang kedua belah kepalaku.Aku buntu. Aku tidak tahu apakah jawapan pada persoalan itu.
" Macam nilah..aku nak kau rehat dulu..jangan banyak fikir sangat..nanti kau dah ok,kau cerita kat aku..ok?" Fatin meneruskan kata-katanya. Wajahnya kelihatan benar-benar ikhlas untuk membantuku. Aku terdiam lagi dan cuba mengumpul kekuatan untuk meluahkan segala yang terbuku dihatiku .
" Lina..,janganlah macam ni..," Fatin masih terus memujukku. Aku perlahan-lahan ingin membuka mulut. Aku tidak sanggup lagi menahan permasalahan ini seorang diri. Aku memerlukan seseorang untuk mendengar masalahku tidak kiralah ia mengaibkan atau tak.
" Say something Lina..erm..," pandangan lembut Fatin bertaup dengan pandanganku.
" Aku dirogol..," sepatah aku menjawab namun cukup untuk membuntangkan matanya.
" What?! Lina..kau jangan nak main-main dengan aku..," nampak sangat muka Fatin seperti tidak percaya akan kata-kataku.
" Ye Fatin..aku dah tak suci lagi fatin..aku..aku dah mengandung!!" Jeritku tiba-tiba dan kemudian meratap sayu. Fatin menutup mulutku kerana terlalu terkejut mendengar kata-kataku.
" Lina.." Fatin memelukku sekali lagi. Dia turut menangis. Bahuku di usap lembut. Dia seperti begitu memahami perasaanku ketika ini.
----------------------------------------------
" Fatin…apa aku nak buat sekarang?" Aku masih bingung tidak tahu apa yang harus dilakukan kini. Aku memandang Fatin dengan penuh harap.Fatin seperti sedang mencongak sesuatu. Kini, Fatin mengetahui segala-galanya .Aku yakin Fatin tidak akan membongkar rahsia ini pada orang lain kerana sudah lebih 10 tahun kami berkawan dan dialah antara kawan yang paling aku percayai selama ini. Cukuplah kami berdua dan Dr.Maisara tahu pasal aku.Aku tidak sanggup berhadapan dengan masyarakat jika mereka mengetahuinya.Sudah tentu mereka akan memandang jijik padaku. Tidak! Aku tidak sanggup!
" Erm..Dr.Maisara cakap kat kau apa?" Soal Fatin.
" Dr.Maisara nasihatkan aku pergi bersemuka dengan Encik Hakim..tapi Fatin..aku tak berani..aku takut..," aku tertunduk menahan lantai.Mataku melilau ke kiri ke kanan. Menyebut nama Encik Hakim cukup membuatkan hatiku sakit.
" Aku rasa pun macam tu jugak..Lina..kau mesti kuat Lina..Kau mesti jumpa dia.Mintak dia bertanggungjawab. Kalau dia tak setuju kita lapor je pada polis. Orang macam Encik Hakim tak patut hidup bebas!" Fatin bertegas .Dia mengetap bibir. Dia benar-benar marah dengan apa yang Encik Hakim dah lakukan padaku.
" Maksud kau ,kau nak aku kahwin dengan dia? Macam tu? Tidak Fatin! Aku tak sanggup kahwin dengan perogol aku ! Aku tak nak!" Aku seperti terkena serangan histeria mendengar kata-kata Fatin. Mana ada orang dalam dunia ni berkahwin dengan orang jahat apatah lagi dengan orang sejahat Encik Hakim. Fatin mengelus halus mungkin turut buntu untuk menyelesaikan masalahku.
" Aku bukan apa Lina..aku tak nak anak kau nanti tak ada ayah..Encik Hakim tu ayah dia..so dia mesti bertanggungjawab atas perbuatan dia..," Fatin mendekati aku dan mengenggam erat tanganku. Hatiku pedih. Tidak sangka Fatin akan menasihatkan aku begitu. Dahlah otakku sedang berserabut sekarang ,lepas tu makin serabut dengan cadangan gila yang baru sahaja aku dengar.
" Tidak Fatin..aku tak sanggup.Aku lebih rela gugurkan anak ini dari kahwin dengan dia!" Aku bertegas. Aku menarik kasar tangan dalam genggamannya lantas berdiri dan berjalan mundar-mandir di situ. Fatin menarik nafas dalam-dalam lalu menghempasnya perlahan-lahan.
" Lina!Kau jangan buat kerja gila! Jangan gugurkan anak tu.Berdosa besar!" Fatin menggertakku . Aku melurutkan rambut ke belakang dan melepaskan nafas kasar. Soal dosa pahala langsung tidak aku fikirkan lagi.
" Aku tak nak anak ni lahir dengan keadaan macam ni. Aku rasa dia lebih terseksa kalau dibiarkan hidup..," sayu aku berkata sambil mengusap perut yang masih kempis.
" Kita siapa nak tentukan hidup dia? Tu semua kuasa Allah.Jika Allah izinkan dia hidup di dunia ini,kau tak boleh nak halangnya…," Fatin bersungguh-sungguh menasihatiku namun langsung tidak berbekas di hatiku.
" Kau tak faham perasaan aku Fatin..kau tak faham..," aku menangis lagi. Ternyata hatiku bertambah sakit kini.Ternyata Fatin langsung tidak dapat menyelami perasaan ketika ini.
" Aku faham perasaan kau Lina..anak tu tak berdosa..mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Ok..kita ketepikan soal ni. Yang penting sekarang kau mesti pergi jumpa Encik Hakim..," nasihat Fatin menambahkan kekusutan fikiranku.
"Kau nak aku pergi jumpa buat apa?! Kau ingat orang macam tu nak bertanggungjawab ke?! Kau nak aku dapat malu sekali lagi?! Kalau orang satu pejabat dengan aku tahu pasal ni kau ingat aku tak malu?!" Bertalu-talu aku menyoal Fatin. Dalam sendu aku merengus geram.
" Kau belum jumpa dia lagi..kau tak tahu lagi apa keputusannya. Setidak-tidaknya dia tahu yang kau mengandungkan anak dia.Kau cuba bincang elok-elok dengan dia dulu..Kalau dia tak nak ambil pusing pasal tu,kita lapor je la kat polis..,ikutlah nasihat aku Lina..aku tak nak tengok kau macam ni.." Fatin sudah berdiri sebelahku.Bahuku dipaut kemas dan diusap perlahan.
" Tapi aku takut…aku takut perkara itu berlaku lagi..," suaraku mendatar.Jantungku tiba-tiba berdegup kencang apabila bayangan peristiwa itu melintas ruang benakku.
" Tak ada yang perlu ditakutkan.Hak kau mesti dibela! Kau kena kuat! Jangan mudah mengalah..Lina yang aku kenal tidak mudah mengalah..," kata Fatin lembut dengan wajah yang penuh berharap. Aku merenung Fatin untuk mencari keikhlasan di sebalik kata-katanya.Melihat sinar yang terpancar pada matanya sedikit sebanyak meyakinkan aku. Tapi kuatkah aku untuk berdepan dengan Encik Hakim nanti? Apakah reaksinya bila dia tahu yang aku mengandungkan anaknya? Adakah Encik Hakim akan bertanggungjawab ke atas anak dalam rahim ku ini? Aku buntu..
ish kenapa jadi macam ni? iskisk kesian Lina harap Syam selamatkan Lina..buatla dia kawen dengan Lina ke.. please sambung cepat, tak sabar pulak nak tahu apa akan terjadi seterusnya..
wahhh dah ada sambungan.. kesiannya Lina..dia tak patut dapat nasib macam tu. saya setuju, biar Hakim masuk penjara,betul-betul jahat lah
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Eyeeer jahatnya encik Hakim!
saya baru 1st time baca cerita ni,
menarik n best! Banyak konflik
cepat2 sambung yer writer..
Riz