Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Malam ini, seminggu selepas mereka pulang dari berbulan madu, Hisyam dan Maria akan diraikan oleh kakitangan syarikat Jay Jaya Holdings, di Hotel Concorde, Shah Alam. Majlis tersebut diadakan khas untuk mereka berdua. Majlis penuh warna warni untuk memperkenalkan Maria sebagai isteri Pengurus Besar syarikat. Majlis yang amat bermakna bagi Hisyam. Amat penting bagi Maria juga! Kerana inilah kali pertama dia akan menghadiri suatu majlis anjuran syarikat. Kali pertama untuk dia berkenalan dengan tunjang kejayaan suaminya, para pekerja yang sentiasa memberikan sepenuh komitmen! Di hadapan cermin hias, Maria memerhati diri. Tangan mula bermain-main dengan alat solek yang memenuhi meja riasnya. Dengan berhati-hati, dia mula merapikan wajah. Hasrat di dalam hati ingin kelihatan cantik dalam majlis itu nanti. Dia tidak mahu Hisyam merasa malu dengan penampilan dirinya. Selepas hampir sepuluh minit, Maria tersenyum. Jelas, dia amat berpuas hati dengan hasil solekannya itu. Wajah manisnya semakin berseri-seri. Keriangan terpancar jelas. Betapa bahagia menjadi isteri kepada lelaki yang amat dicintai. Usia perkahwinan yang terlalu muda hanya menjanjikan keseronokan. "Hmm…. Cantiknya isteri abang! Hai, nanti mesti ramai yang ambil kesempatan merenung isteri abang ni. Nampaknya terpaksalah abang tahan perasaan cemburu ni, kan!" Bisik Hisyam nakal di telinga isterinya. Entah bila dia sudah berada di sisi Maria. Maria ketawa kecil mendengar bisikan itu. Wajah suami ditatapi. "Abang, masa Lia dengan mami nak beli baju ni, kita orang dah ambil kira perasaan cemburu abang tu, tahu. Tengok, ada lining jadi baju ni tak jarang. Lepas tu, baju ni longgar saja. Tak menarik langsung, bang!" Hisyam ketawa mendengar kata-kata isterinya. Memang naif sungguh isterinya ini, fikirnya. "Yalah, tu! Tapi Lia, abang yakin kat dalam majlis tu nanti, hanya Lia yang tercantik di situ." Pujinya. Maria ketawa menghampiri suaminya. Butang baju Melayu dikenakan satu persatu. Dia berkata, "Mestilah, Lia kan isteri abang!" "Nanti kalau ada yang berani tengok Lia lebih-lebih……." "Encik Hisyam sayang, mereka tak akan berani! Dia orang tahu, bos dia orang ni kepala angin. Cemburu buta pulak tu! Tak pasal-pasal nanti kena buang kerja!" Hisyam tersengih mendengar sindiran itu. Tubuh isteri segera ditarik ke dalam dakapannya. "Kita tak payah pergilah!" Maria membulatkan kedua-dua matanya yang bundar. "Dah mulalah tu! Majlis ni untuk kita, bang. Kalau kita tak pergi, apa kata pekerja-pekerja tu semua? Tak baik kita menghampakan orang!" Hisyam mengeluh, menyedari kebenaran kata-kata isterinya. Sesungguhnya dia juga tahu tentang itu. Dengan malas, dia mengambil giliran menghias diri. Maria menggelengkan kepala melihat telatah suami kesayangan.
Maria diperkenalkan kepada ramai orang pada malam itu, namun tidak semua dapat diingati. Hatinya merasa amat gembira kerana Hisyam sentiasa berada di sisi, menemaninya. Rasa kekok yang bertandang pada mulanya, perlahan-lahan dapat dikurangkan apabila suami sentiasa memberikan kata-kata semangat dan perangsang. Tiba-tiba seorang perempuan cantik berbangsa Cina tampil di hadapan mereka berdua. "Hai, nama I Jenny. I ni pembantu peribadi suami you. Oleh kerana dia asyik berkepit dengan you, jadi I pun buat keputusan untuk datang memperkenalkan diri I. Dan ini, kenalkan, suami I, Jerry!" Hisyam menepuk dahi. "Maafkan I, Jen, Jerry! I betul-betul tak nampak you berdua tadi. Dah lama sampai?" Soalnya. Kepada Maria dia memperkenalkan Jenny. "Lia, kenalkan pembantu abang, Jennifer dan suaminya Jerry. Jerry ni seorang akauntan!" Maria dan Jenny bersalaman. Sempat juga Jenny memperli, "Macam mana you nak nampak orang lain kalau mata you tu tak pandang ke tempat lain. Asyik tengok bini you ni!" Hisyam ketawa. Semakin lama semakin kuat apatah lagi bila dilihat pipi isteri yang putih sudah kemerah-merahan. "Jadi youlah perempuan yang berjaya menundukkan bos I ni, ya!" Sambung Jenny sambil tergelak kecil. Maria, walaupun tidak memahami, turut tertawa bersama-sama wanita yang dirasakan berumur dalam lingkungan tiga puluhan itu. Dahi Hisyam sudah berkerut-kerut menunggu Jenny menyambung kata-katanya yang tergantung tadi. "Youlah perempuan yang berjaya membuat hidup bos I ni huru hara, you tahu tak? You seorang sahaja yang telah berjaya menggoncang iman dia, membuat dia tidak dapat fikirkan perkara lain selain diri you! Dan bila I tengok you, I dah tahu kenapa. You memang istimewa!" Sepasang mata Hisyam redup memandang isterinya. Sekuntum senyuman pula perlahan-lahan menghiasi wajah mulus Maria. Jenny segera berlalu meninggalkan sepasang merpati dua sejoli itu. Di dalam hati, dia merestui hubungan ini. Biarlah kebahagiaan ini berpanjangan, pintanya. Kerana jika bosnya gembira, dia juga turut bergembira tetapi jikalau bosnya bersedih, itu petanda malang bagi dirinya di pejabat! Di suatu sudut, seseorang sedang memerhati ke arah Hisyam dan Maria dengan hati yang membara. Wajah pula masam mencuka. Salina benci melihat kemesraan itu. Meluat kerana Hisyam memandang isterinya dengan pandangan yang tidak pernah dia melihat. Renungan yang penuh ghairah. Penuh rindu. Redup sinar mata itu membuat dadanya sendiri berdebar-debar. Dia benci kepada Maria. Gadis kampung! Gadis kolot! Bagaimanakah Hisyam boleh tergoda? Apa yang istimewa sangat tentang dia? Arghh, tentu Hisyam sudah diguna-gunakan. Sudah dijampi. Perawakan Hisyam dan perawakan isterinya jauh berbeza, bagaikan langit dengan bumi. Mustahil Hisyam boleh jatuh hati kepada gadis itu. Tentu sahaja gadis itu menggunakan khidmat seorang dukun! Dan, dia akan mencari peluang untuk menuduh gadis itu nanti! Kemeriahan majlis sampai ke kemuncaknya apabila pasangan suami isteri itu dijemput naik ke atas pentas untuk menerima banyak lagi hadiah yang ingin diberikan oleh kakitangan pejabat yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan mereka tempoh hari. Akhirnya kedua-dua orang pengantin diraikan dalam majlis jamuan makan malam. Berbagai-bagai hidangan telah disediakan di meja khas itu. "Makanlah! Lia nak udang galah ini?" Soal Hisyam apabila dilihatnya Maria hanya menjamah dan mengambil sedikit lauk sahaja. Melihat Maria menggelengkan kepala, bertambah susah hatinya. Dia bertanya, "Lia tak sihat ke? Nak balik?" Maria tersenyum. Keprihatinan suaminya membuat dia merasakan dirinya begitu dihargai. Wajah suami direnung manja. "Tak apa. Lepas makan ni, majlis tamat. Masa tu kita baliklah. Abang janganlah risau, Lia sihat sahaja. Dahlah tu! Makanlah! Abang tengok Lia macam itu, lepas itu semua orang tengok kita. Ketawa-ketawa. Bisik-bisik. Yang malu nanti, Lia juga, tahu tak?" Namun Hisyam masih leka merenung seraut wajah isterinya itu sehinggalah suara Dato’ Ahmad mengganggunya. "Kamu ni Syam, dari masa sebelum kahwin sampailah sekarang, tak puas-puas kamu merenung si Lia tu. Sampai orang yang berada di sekeliling menengok kamu pun kamu tidak peduli. Cuba-cubalah dibawa bersabar sikit!" Hisyam tersengih. Nak buat macam mana? Fikirnya. ALLAH dah beri anugerah yang amat istimewa kepadanya. Inilah cara dia menghargai pemberian itu. Sesungguhnya dia amat mengkagumi Maria. Segala tentang isterinya itu dikagumi, terutama sikap tenang itu. Sejak mula mengenalinya, Hisyam tahu bahawa gadis itu amat istimewa dan keistimewaan Maria semakin nyata dilihatnya hari demi hari, sejak mereka berkahwin. Maria sentiasa ceria, sentiasa mudah ketawa. Kalau dia marah, kemarahan itu hanya sekejap sahaja. Isterinya itu rajin juga bangun waktu tengah malam untuk bersembahyang. Yang lebih penting, Maria sangat menghormati orang tua. Walau orang tua itu ialah Mak Jah, orang gaji ibunya. Hisyam tahu bahawa hanya wanita ini satu-satunya yang paling istimewa dalam hidupnya selain mami yang telah melahirkannya. "Biarkanlah mereka, bang. Abang pun macam tu jugak masa baru-baru kahwin dengan saya dulu. Dah lupa?" Maria tergelak besar mendengar usikan mami pada ayah mertuanya. Hmm, sikap ayahnya yang romantik itu diwarisi oleh suaminya. Patutlah, fikirnya. Hisyam kembali merenung isteri yang gembira. Tersenyum! Tiba-tiba Dato’ Ahmad ingin mengusik isterinya. "Hai Pah, abang tahu abang dulu pun macam anak kita ni tapi rasanya sikap tu kekal sampai sekarang, kan? Walaupun, dah nampak kedut kan pipi awak tu, abang kan masih suka tengok muka awak? Tak pernah pun abang jemu!" Dan tangannya pantas menangkap jari-jemari isterinya. Datin Syarifah merasa malu dengan tindakan suaminya apatah lagi anak dan menantu sedang tersengih memandang mereka. Lantas dia berkata, "Alahai Hisyam oi. Cuba kamu rapat sikit kat sini! Tengok muka ayah kamu ni, ada kedut ke tidak?" Kepada suami, dia berkata lembut, "Kita dah sama-sama tua, bang! Tapi betul juga cakap abang tu. Kasih sayang antara kita berdua ni memang banyak sangat. Terima kasih, bang." Mata mereka bertatapan sehinggakan Maria menyangka bahawa ibu dan ayah mertuanya sudah melupakan persekitaran mereka. Ketika matanya bertembung dengan sepasang mata Hisyam, dia dapat melihat dengan jelas betapa suaminya itu juga memiliki pandangan redup itu. Seredup pandangan ayah kepada mami. Aduhai, alangkah bertuah menjadi isteri kepada lelaki ini, bisiknya. Alangkah bertuah menjadi isteri Muhammad Zaiful Hisyam bin Ahmad. Maria tersenyum manis kepada suaminya.
Habis makan, Maria meminta izin untuk ke bilik air. Ketika dia sedang membasuh tangan, masuk seorang gadis yang sangat cantik. Sekali imbas, Maria tahu gadis itu berketurunan Inggeris. Apa yang dia hairan ialah, gadis itu merenungi dirinya dari atas sampai bawah. Bibir dijuihkan. "Orang kampung macam awak ni, perasan aje lebih. Hei perempuan, awak fikir, berapa lama agaknya awak dapat ikat Hisyam? Maksud saya, kalau awak tu masih tak faham-faham, ialah, berapa lama masa yang kita patut beri kepada Hisyam sebelum dia jemu dengan awak? Dah jelas?" Maria sangat terkejut mendengar herdikan itu. Tanpa ucapan salam, tanpa mukaddimah, dia disapa dengan tengkingan. Hati memaksa dia membalas namun akal menghalang. Maria menjawab dengan berhati-hati, "Sekarang, Hisyam suami saya. Tentu sahaja kami berharap agar perkahwinan kami ini akan kekal sampai kami mati. Jadi, insya-ALLAH, saya akan cuba memastikan dia tak jemu dengan saya, saudari." Salina tidak menyangka Maria pandai membalas kata. Dia menjerit lagi, "Perasan! Entah ubat guna-guna bomoh mana yang dah awak beri pada Syam tu. Kalau tidak, macam mana dia boleh terpikat dengan awak ni. Budak kampung! Kuno! Datang majlis grand macam gini pakai baju entah apa-apa! Buat malu Hisyam aje. Bini pengurus besar, konon? Selekeh!" Berdesing ayat-ayat kasar itu meniti telinga. Wajah bersih itu merona merah. "Saudari, saya tak kenal awak pun. Yang awak terjerit-jerit ni, kenapa? Siapa awak?" Tegas Maria bertanya. Salina mendekatkan wajahnya ke wajah Maria. "Saya ni kekasih dia. Wanita yang tahu semua tentang dia. Luar dan dalam. Hmm….let me see! Oh ya, atas sikit dari pusat dia ada tanda lahir, bentuk bulat sebesar duit syiling 50 sen, kan. Dekat tepi telinga dia pulak, ada tahi lalat besar. Dia suka sangat kalau saya cium dia kat situ. Lagi…" Maria segera meningkah. "Saudari mungkin tahu serba serbi tentang suami saya. Tentang kesukaannya, atau apa sahaja. Tapi tolong ingat ni! Dia tak pilih awak jadi isteri dia. Dia pilih saya! Awak tu, kisah silam dia. Saya, kekasih dia hari ini dan insya-ALLAH, akan kekal begitu pada masa depan. Dan….." Maria sengaja berhenti untuk melihat reaksi gadis itu. Gadis yang amat biadap. Gadis yang tidak dia kenali malah namanya juga Maria tidak tahu. "Belajarlah menerima kekalahan. Banyak lagi lelaki lain di luar sana. Tak payahlah nak marah-marah pada saya kerana berjaya memiliki Hisyam. Tak payahlah nak tuduh saya guna-gunakan dia. Saya yakin, awak kenal dia lebih lama daripada saya. Malangnya, awak tak berjaya membuat dia jatuh cinta pada awak sebaliknya dia jatuh hati pada saya. Lupakan dia! Dia suami saya. Saya sayang dia. Saya tidak mungkin melepaskan dia. Tidak pada awak, tidak juga pada perempuan lain. So, please excuse me. I have to go. Surely we do not want my husband coming in here, right?" Perempuan itu ditinggalkan. Melongo sendirian! Ketika ingin membuka beg tangan bagi mencari tisu, Maria menyedari betapa tangan dan jari-jemarinya terketar-ketar. Seiring debaran dalam dada. Semakin terkejut bila Hisyam menyergah dirinya. "Sayang, kenapa lama sangat dekat dalam tu tadi? Abang ingat nak serbu masuk, tahu tak?" Maria mengurut dada. "Abang, terkejut Lia, tau! Berapa lama abang tunggu Lia kat luar ni?" Soalnya. Hisyam tersengih. "Baru aje! Tapi….Lia buat apa kat dalam tu?" "Buat apa lagi?" Mereka sama-sama ketawa. "Jom jumpa ayah dengan mami. Lepas tu, kita balik. I want you all to myself. Rindu!" Maria memeluk lengan suaminya. Manja. Dia berbisik mesra, "Lia pun rindukan abang. Rasa tak sabar-sabar nak berdua dengan abang aje." Hisyam berhenti melangkah. Kata-kata Maria itu pertama kali didengari. Selama ini, isterinya sentiasa malu-malu meluahkan perasaan. Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling, tubuh isteri didakap erat. Maria membiarkan sahaja. Di dalam hati, dia berharap agar perempuan tadi melihat ke arah mereka suami isteri. Agar perempuan itu dapat melihat bagaimana teruja dan tergoda Hisyam terhadap dirinya. Agar merenung ke anak mata Hisyam yang penuh berahi kepadanya. Dan akhirnya, dia berharap agar perempuan itu menyedari bahawa Hisyam sudah beristeri. Jangan diganggu lagi!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nasib baik maria tegas..best2..sambung la lagi..