Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Mentari pagi menyimbah bumi Sinar samar selindung awan
Haryani terjaga dari tidurnya tatkala terasa ada sesuatu yang kejab memeluk tubuhnya. Sewaktu kelopak matanya terbuka alangkah terperanjat Haryani kerana jarak mukanya dan muka Hakimi hanya beberapa inci sahaja. Sementara tangan Hakimi melingkari pinggangnya. Haryani dapat merasakan hangatnya hembusan nafas lelaki itu. Dengan perlahan-lahan Haryani cuba meleraikan lingkaran tangan Hakimi kerana tidak mahu mengganggu lena suaminya. Namun sekali lagi Haryani terperanjat apabila Hakimi terjaga dari tidurnya dan kali ini membuatkan Haryani terdorong ke belakang dan tiba-tiba… bedebuk!!! Disebabkan hilang imbangan dia jatuh dari katil dan kepalanya terhantuk ke dinding. Sepantas itu juga Hakimi bingkas dan meluru ke arah Haryani.
"Aduh!" suara Haryani mengaduh lirih sambil memegang kepalanya.
"Awak tak apa-apa?" Hakimi menyoal lembut sambil membantu Haryani bangkit dari terbaring lalu bersandar pada dinding.
"Tak… saya tak apa-apa" jawab Haryani dengan wajah yang berkerut menahan kesakitan di pinggang sambil menggosok-gosok kepalanya.
"Sakit ke?" Hakimi menyoal lagi dengan riak wajah yang agak bimbang.
"Biar saya tengok"
"Tak apalah… saya okay… sikit saja" Haryani cuba untuk bangun tapi dia terduduk kembali. Kepalanya dirasakan sedikit pening. Matanya dipejamkan seketika. Bagaikan ada butiran bintang di sekelilingnya.
"Marilah… saya tengok kepala awak tu" Hakimi cuba memujuk Haryani. Kali ini tangannya telah menyentuh kepala Haryani dan membawa ke dadanya. Haryani akur dengan perlakuan Hakimi.
Hakimi membelek dan menyelak rambut Haryani. Sentuhan lembut Hakimi membuatkan Haryani lupa akan sakit di kepalanya. Seketika Hakimi memeluk dan mengelus lembut rambut isterinya. Isteri yang dinikahi bukan atas dasar cinta tapi atas dasar memenuhi kehendak orang tuanya.
"Kepala awak benjollah" Hakimi bersuara sambil meleraikan pelukan tangannya daripada kepala Haryani. Renungan mata mereka bertaut seketika tapi cuma seketika. Terasa ada satu debaran mengusik di ranting hati Hakimi tapi cuba ditepis.
"Tak apalah sikit saja… nanti bila dah tuam baiklah. Terima kasih ya" lembut tutur kata Haryani sambil dia bangkit dibantu oleh Hakimi. Haryani mencapai tuala lalu beredar ke bilik air. Dia tidak mahu berlama-lama berada di depan Hakimi takut kalau-kalau perkara lain pula berlaku.
*******
Setelah membersihkan diri Haryani kembali ke ruang bilik tidur yang terpaksa dikongsi bersama seorang lelaki bergelar suami. Haryani terasa janggal berada di bilik itu bersama Hakimi. Tambahan pula dia sedar dia bukan siapa-siapa di hati lelaki itu. Haryani yang masih memakai jubah mandi berdiri kaku di sisi almari baju. Sementara Hakimi duduk di birai katil bertentangan dengan tempat Haryani berdiri.
"Kenapa dengan kau ni… yang tercegat kat situ tu buat apa?"
"Saya… saya nak pakai bajulah… " jawapan yang dituturkan dari mulut Haryani walaupun perlahan tapi mampu didengari oleh Hakimi.
"Pakai ajelah apa masalahnya?" suara Hakimi kini agak meninggi.
"Awak keluarlah dulu"
"Kenapa? Kau malu ke? Aku ingatkan orang macam kau ni tak tahu nak malu" selamba sahaja Hakimi menuturkan kata-katanya.
"Hmm… yalah. Aku mandi dulu lepas tu kita solat subuh sama-sama" ada senyuman kecil di bibirnya.
Hakimi mencapai tuala dan terus berlalu ke bilik air. Haryani semakin keliru dengan sikap Hakimi. Sekejab sikapnya lembut sekejab kasar. Tak ubah seperti angin. Sekejab bertuip kencang sekejab bertiup lembut. "Pelik. Kenapalah aku mesti kahwin dengan lelaki macam ni" bisik hatinya.
Haryani menyalami dan mencium tangan Hakimi setelah selesai menunaikan solat subuh. Hakimi sekadar menyentuh lembut kepala Haryani. Sebenarnya dia sendiri masih keliru mengapa harus dia menikahi gadis ini sedangkan dia tidak pernah menyintai. Apakah agenda disebalik permintaan abahnya supaya dia menikahi gadis yang kini bergelar isterinya. Berbagai persoalan bermain di benaknya.
*******
Hakimi menghampiri Haryani yang sedang ralit di balkoni sambil memerhati sekeliling banglo besar milik Tuan Hazmin. Tangannya disilang memeluk tubuhnya. Menghirup udara segar dengan hembusan semilir pagi cukup mendamaikan jiwa yang resah.
"Hei… buat apa kat sini?" teguran Hakimi membuat Haryani sedikit tersentak.
"Sejak bila awak ada kat sini?"
"Kau tak perasan ke aku datang? Mengelamun? Kalau perompak kat sebelah kau pun kau tak sedar" Hakimi kini sudah berada betul-betul di sebelahnya. Haryani terasa tersindir.
"Aku tanya… kau buat apa kat sini?"
"Tak ada apa-apalah"
"Kau ni memang suka mengelamun ke?" soal Hakimi cuba menduga.
"Taklah"
"Habis tu… pagi lagi kau dah bermenung" Hakimi menyandarkan tubuhnya di tembok balkoni sambil membuang pandang ke jalan yang agak sunyi.
"Saya nak balik ke rumah sewa saya boleh?" Haryani bersuara takut-takut.
Hakimi membuntangkan matanya memandang Haryani yang tertunduk. "Kenapa? Rumah ni tak cukup besar untuk kau ke?"
"Bukan… tak… "
"Habis tu kenapa?"
"Saya nak ambil barang-barang sayalah"
"Hmm.. yalah. Nanti bila-bila senang aku hantar kau ke sana" usul Hakimi.
"Tak apa… saya boleh pergi sendiri"
"Jangan nak mengada-ngada! Kalau aku kata aku hantar… aku hantarlah. Kau tu bukan boleh percaya… entah-entah nak melencung ke mana-mana. Kau nak pergi jumpa buah hati kau ke?" jerkah Hakimi.
"Mana ada…"
"Sudah… aku nak breakfast. Boleh kau tolong sediakan?"
Haryani mengangguk perlahan. Matanya masih setia menatap wajah Hakimi. Baharu dia perasan yang Hakimi dalah seorang yang tampan dan punya mata hazel yang menarik.
"Tapi aku nak breakfast kat taman bukan kat ruang makan. Faham!"
Sekali lagi Haryani mengangguk sambil tersenyum kelat. Dia hanya menurut permintaan Hakimi. Bukan saja dirasakan sebagai permintaan tapi arahan yang perlu dipatuhi. Sebelum Hakimi beredar sempat dia menjeling sekilas wajah Haryani. Hati Hakimi berbunga riang melihat ada kuntuman senyuman yang merekah di bibir Haryani. Dalam diam dibibirnya menguntum senyum nakal kerana dapat juga dia mengenakan Haryani secara halus.
best gak ceta ni. kekadang satu2 ceta tu nampak cam serupa situasinya dgn ceta yg lain tp olahannya tetap berlainan. bg sy selalunya penulis mesti ada idea kreatif mereka sendiri. apa2 pun buat penulis teruskan usaha anda itu... cpt smbg
sbenaonyer kalu kawin pakse ade baiknyer tapi kenelah tabah hadappi yang mendatang.. pendapat saye jer la.. kalu owng lain maybe x kot... hmm.. pepon jalan citernampak simple tapi menarik.. so teruskn la yer.. chaiyok3..
mcm copy paste pergilah air mata.. pergilah air mata is on of my fav kot.. x yah la nak tiru2.. tpi aenn tajuk nieyh best, citer jer kurang ckitt.. btw keep up the good work writer.! open your mind and think out of the boz pleazzz..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kat cni, byk sungguh
cite kawin paksa, ek!
tp x pe..
cara olah berbeza2,
gaya tersendiri.
cite ni best!
sambung cpt, k.