Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tangga Kereta Api Tanah Melayu ku pijak dengan perasaan bercampur baur. Terasa tangga yang ku pijak membara sepanas api neraka jahanam. Alangkah sangsaranya perasaanku mendaki tangga demi tangga semata-mata mencari sebuah kerusi buat melepaskan kepiluan yang bersarang di jiwa .Ku labuhkan punggungku pada kerusi empuk yang setia di tepi tingkap,namun begitu .....kelembutan kerusi milik KTM gagal mencairkan duka laraku. Ku lepaskan penat lelahku sambil menghirup udara segar dari penghawa dingin yang berada di dalam kereta api.
Kataku.......pada Amirul",biarlah cinta yang kita bina terkubur jauh di lubuk hati",tapi mampukah aku menahan rasa pedih yang meragut seluruh kebahagiaanku buat selama-lamanya? Aku gagal mendapat jawapan yang pasti. Mungkin nanti,aku akan hidup sendirian sampai nyawa menjemputku,atau mungkin ada sinar terang memancar setiap langkah yang aku atur kelak. Menyesalnya aku dipaksa melerai tali kasih,membiarkan tugu cinta kami gugur satu persatu. "Amirul..........Amani amat menyintaimu." Air mataku terus mengalir tanpa henti.. Hatiku retak remuk menahan rasa sedih dan pilu. Aku harus kuat menangkis gelora di hati. Cukuplah abah mengalirkan air matanya seorang. Ku pandang wajah abah. Senyumannya amat pahit sekali. Emak pula sudah lama dibuai mimpi. Sekurang-kurangnya emak dapat melupakan seketika beban yang bersarang di hatinya. Sayang........Cuma aku dan abah sahaja yang tidak memperoleh nikmat tidur kali ini.
Perjalanan dari rumah Amirul di Alor Star ke rumah Mak Long Esah di Segamat terasa amat jauh ku rasakan. Kebiasaanya cuma memakan masa sekitar 12 jam sahaja. Kali ini ku rasa seperti ada onak dan duri yang menghalang perjalanan kami. Aku cuba menghibur hati melayan perasaan memerhatikan keindahan alam. Seperti ada sinar yang menguak pintu dukaku. Semuanya tidak lama,bayang Amirul sering membuka pintu kedamaianku. Aku cuba kuatkan semangatku melawan bisikan syaitan. Malangnya...hatiku semakin parah bila mendengar bait-bait lagu "Tak Mungkin Kerana Sayang" nyanyian Alya dari corong radio kereta api.
Setiba di persimpangan, Langkah kita tak lagi sehaluan Bermula di saat itu Tidak senada irama dan lagu Begitu hidup ini Tiada yang abadi Yang patah tumbuh Yang hilang berganti Kau telah jauh, jauh dariku Tiada ruang di hati buatmu Namun harusku akui Ada ketika di minda kau menjelma kembali Sekali segala ada Ada rindu yang datang tiba-tiba Tak mungkin kerana sayang Cuma terganggu oleh perasaan Begitu hidup ini Tiada yang abadi Yang patah tumbuh Yang hilang berganti Kenyataan yang terpaksa aku telan,pucuk yang gugur menyembah bumi ,sememangnya akan tumbuh kembali,tapi kehilangan cinta secara terpaksa sudah tentunya gagal untuk ku cari dimana-mana pun. "Dimana kan ku cari ganti,serupa denganmu....",terkesima aku bila mengingat bait-bait lagu nyanyian Tan Sri P.Ramli. Kalau segunung emas perak merentasi dari rumah abah ke puncak Ledang diberikan padaku sebagai menebus cintaku,sedikit pun tak dapati merawat duka yang mula bernanah. Seluruh alam perlu tahu,betapa besarnya nilai cintaku yang satu ini,rasanya.......tidak dapat ditukar dengan seluruh isi cakrawala. Kali ini aku gagal menahan sebak di dada. Ku biarkan air mata membasahi pipiku. "Amirul.........Amani menyayangimu..........". Suaraku tersekat-sekat dan hampir tidak kedengaran langsung. Hanya sendu berlagu pilu membelit perasaanku. Apakah daya rindu ini terlalu dalam. Sekuat dan seteguh manapun janji yang ku buat pada abah untuk membenam jauh rasa cinta ....gagal menghapus memori yang bersarang di jiwa. Aku pasrah pada ketentuannya. Biarlah separah mana naluri keperempuanku,takdir Tuhan seharusnya aku terima. Qadak dan Qadar Tuhan mesti harus diyakini,biarpun kenyataannya entahkan bila pedih luka di hati akan hilang. Janji Tuhan adalah benar, setiap pertemuan,pastinya ada perpisahan. Untung batu timbul,untung sabut tenggelam.
Tepat jam sepuluh pagi,kami tiba di Stesyen Keretapi Segamat. Aku mengambil cermin mini yang berada di tas tanganku. Malu rasanya bila terlihat wajah seorang gadis bertudung labuh mempunyai sinar mata yang layu. Cepat-cepat ku calit sedikit bedak dan celak bagi menghilangkan garis duka. Ku pimpin tangan emak menuruni tangga dengan berhati-hati. Di hadapanku sebuah stesyen kereta api usang menyambut kepulangan kami. Semuanya tetap sama seperti beberapa tahun yang lalu. Bezanya Cuma terdapat beberapa buah bangunan baru berdekatan dengan stesyen kereta api .
Dari perhentian keretapi aku,emak dan abah terus ke rumah Mak Long Esah di Felda Kemelah. Kata abah,biarlah seminggu dua kami berhibur di sana. Aku tidak kisah dengan perancangan abah kali ini. Cuma yang paling aku risaukan,adakah aku mampu menahan rasa sebak yang membuak kuat saat aku memeluk Anisah kelak. Kebetulan cuti sekolah baru bermula. Tambahan pula,majlis persandingan Anisah akan berlangsung 3 hari lagi . Sekurang-kurangnya terubat sikit hati emak bila bertemu keluarga Mak Long Esah.
Setibanya kami di sana,Mak Long Esah sudah menunggu kami di muka pintu. Mukanya kelihatan amat manis sekali. Mak Long Esah memeluk tubuh emak. Rindu benar Mak Long Esah pada emak yang merupakan adik bungsunya. Cucu mak long yang bernama Senah cepat-cepat mengambil beg pakaian kami dan di bawanya ke dalam bilik. Ku lihat pelamin Anisah amat cantik sekali. Langsir merah jambu yang tergantung pada tingkap nampak kemas dan sedondon dengan pelamin. Aku tahu ........Anisah sememangnya amat kreatif bila membuat sesuatu pekerjaan biarpun dirinya nampak tergopoh-gapah. "Berkahwin juga kau Nisah",bisik hati kecilku.
Ku halakan bebola mataku ke satu sudut yang agak kecil. Gambar Anisah tergantung di situ. Riangnya dia memeluk Doktor Haziq Haikal sebaik sahaja majlis akad nikah yang berlangsung sebulan yang lalu. Senyumannya sampai ke telingga. Mataku mula berkaca. Aku cuba melawan rasa sebak di dada. Hatiku jadi terlalu pilu. "Nisah,sepatutnya aku sudah bahagia ketika ini." Ingin ku tahan air mata dari terus mengalir. Apakan daya....aku tewas jua. "Hoi....menangis ya". Aku cepat-cepat menghapus air mata. Tak...taklah,habuk masuk mata. Tulah kau tak sapu sawang. Aku gak yang jadi mangsa".Ku lihat Anisah memandang tepat mataku. Ku alihkan lirik mata ke arah pelamin Nisah demi membendung rasa malu. Cukuplah aku seorang yang merana. Cukuplah air mataku tumpah tanpa dilihat orang lain. "Amani......begitu besar dugaan yang kau terima. Aku tumpang sedih atas apa yang terjadi. Sabar ya banyak-banyak. Aku kan ada". Air mata Nisah mula mengalir. Dipeluknya tubuhku. Di hadapan pelamin Anisah,kami berpelukan sambil bertangis-tangisan.
Tepat jam lapan malam,kami makan beramai-ramai di dapur. Selesai makan,aku dan Mak Long Esah ke dapur mencuci pinggan mangkuk. Biarlah Kak Munirah dan sepupu-sepupuku yang lain melayan Nisah di majlis menginaikan tangan. Tak sanggup rasanya menambah beban di jiwa. Apa guna membuka kembali lipatan memori yang tercarik di sana-sini. Inai di jariku masih ada biar sudah hampir hilang serinya. Jika tidak ingat pada Tuhan,sudah lama ku kerat-kerat jari jemari runcingku dan ku campak terus ke Sungai Kundang. Biar dimakan buaya .Setidak-tidaknya memori duka itu hanyut di bawa ke Sungai Muar. Namun siapalah aku untuk melawan ketetentuan Tuhan .
Selesai mencuci pinggan mangkuk,aku tebalkan muka menjenguk Nisah di dalam bilik. Bukan untuk menyibuk,cukuplah sekadar menunjukkan muka. "Amboi....!!!cantiknya anak dara seorang ni. Tapi sayangkan dah jadi macam robot pulak. Ni yang seronok nak kenakan kau Nisah." "Sudahlah Amani,kang aku lumur inai ni kat muka kau baru tahu". Nenek mencubit peha Nisah. "Ni yang pantang nenek moyang aku,masa tengah berinai banyak songelnya". Aku tersenyum melihat dua regu ini berceloteh. "Oi mak kau". Nisah mencucuk perut nenek. "Oi mak kau hitam legam". Anisah membalas latah nenek. "Oi Mak Itam kau hitam legam joget lambak". Tidak semena-mena nenek bangun dan melakukan aksi joget lambak. Temengah-mengah nenek menari. Perutku hampir pecah melihat latah nenek kali ini. Mujur inai yang berada ditangannya tidak disumbatkan ke dalam mulutku.
Selepas majli berinai tamat,aku melayan Nisah berbual hingga jam 2 pagi. Perbualan kami tamat sebaik sahaja Mak Long mematikan suiz utama. Dengan cara itu sahaja Nisah akan berhenti membebel. Teringat aku saat kami menginjak zaman remaja,patang kalau dapat berjumpa. Kadangkala seharian kami tidak tidur. Ada-ada sahaja cerita yang kami utarakan. Aku dan Nisah ibarat belangkas jantan dengan pasangannya. Untuk meredakan keadaan,kebiasaannya Mak Long Esah akan mematikan suiz lampu rumah nenek. Al-maklumlah........kami sememangnya amat takut pada kegelapan. Bila lampu telah padam,kami akan hilang pedoman. Apa yang pasti,kami cepat-cepat menarik gebar agar sudut kegelapan yang besar akan mengecil. Terasa lucu mengenang saat remaja.
Ku atur derap langkahku dengan berhati-hati. Maklumlah tidur rumah orang ,semuanya kena sopan santun. Di hadapan pelamin, banyak barang-barang masih belum di kemas biarpun majlis persandingan Nisah akan berlangsung esok pagi. Berhampiran barang-barang berkenaan,ku lihat kak Munirah dan anak-anaknya tidur bergelimpangan seperti mayat mangsa perang. Ada yang terlopong mulutnya dan tak kurang juga yang senyum macam kambing. Diluar rumah Abang Zaki,Abang Azmi dan Abang Latib sedang bersembang walaupun jam sudah menginjak 2.30 pagi. Dapat ku bayangkan saat inilah hantu syaitan berpesta sana sini. Rasanya......cukuplah dapat lihat hantu jemalang yang tak cantik langsung di kaca televisyen. Tak sangup rasanya melihat secara live. Selisih malaikat 44.
Tanpa membuang masa,aku terus ke bilik yang disediakan oleh Mak Long untuk kami. Seingat aku,mak long tidak pernah mengizinkan orang lain menggunakan bilik itu hatta anaknya sendiri dengan alasan bilik berwarna pink berkenaan adalah bilik adik kesayangannya. Mak Long Esah dan Pak Long Sudin pula telah menganggap aku macam anak mereka sendiri yang seramai 12 orang. Syukur tidak terhingga,biar aku sekadar anak saudara angkat,aku tetap dibelai penuh kemersaan. Kasih mereka terhadap ku, tidak pernah surut walau seinci. Namun setinggi dan sedalam mana pun nilanya,harganya tidak semahal dan sedalam nilai sayang Yiyap pada ku.
Memang sedih saat aku mengetahui dari mulut abah bahawa Nyonya Yap jiran kami adalah ibu kandungku. Nyonya cantik yang punyai 18 orang anak dan sering berchiongsam merah itulah yang mengandungkan aku selama 9 bulan. Dapat ku bayangkan betapa susahnya dia mengendong aku berbulan-bulan lamanya demi memberi aku peluang melihat keindaha dunia biarpun hakikatnya keindahan yang ku harap-harapkan musnah sebelum tiba masanya. Mulanya aku amat membenci Nyonya Yap. Anggapanku Nyonya Yap tidak sayangkan aku. Besarnya jasa Nyonya Yap,baiknya jiwa Nyonya Yap menyerahkan aku pada abah dan mak.
Bersyukurnya aku dipilih menjadi hamba yang mendapat hidayahnya dan sekurang-kurangnya Nyonya Yap tidak membuang aku ke tepi lombong yang penuh dengan anjing gila dan babi hutan yang ganas. Aku tahu Nyonya Yap yang ku panggil Yiyap terpaksa menyerahkan aku pada abah dan mak setelah Apak Yong menemui ajal di lombong tinggal sewaktu mencari rezeki buat keluarganya. Biarpun Yiyap berlainan agama,dia terlalu mengambil berat padaku hingga kini. Dia tidak pernah membuang aku. Yiyap kata aku tetap anak yang dikandungnya 9 bulan. Anak-anak Yiyap semua sayang aku,adik bungsu mereka. Seingatku bila Sambutan Tahun Baru Cina berlangsung,penuh poketku dengan wang ringgit pemberian abang dan kakak-kakak ku. Betuahnya aku.
Kasih sayang mereka terhadapku tidak berbelah bahagi. Majlis pertunangan hingga ke majlis perkahwinanku yang tidak jadi,sesen duit pun tidak ku keluarkan. Kakak May-May berikan aku bermacam-macam kain yang diambil dari kedainya. Abang Ko Pong beri abah 5 ekor lembu. Abang Sok Pong beri abah berguni-berguni beras. Senang kata aku dan abah cuma goyang kaki macam bos besar. Hari-hari Yiyap datang rumah mak. Yiyap tidak kekok makan masakan mak yang pedas membakar telinga. Perhubungan mak dan Yiyap bagaikan aur dengan tebing.
Menyingkap tabir kenangan,alangkan bertuahnya aku,di majlis perkahwinan yang aku rancang,semua anak cucu cicit Yiyap hadir. Saat itu,tidak dapatku bayangkan betapa gembiranya diri ini bila Nyonya Yiyap dan kakak-kakakku seramai 9 orang, memakai sedondon kebaya hijau pucuk pisang bergilir-gilir mengucup pipiku penuh kasih sayang. Paling bermakna bila Kak May May kakak kembarku, menghadiahkan sepersalinan gaun pengantin sutera Itali dan juga sehelai tudung sutera Cina untuk ku pakai sempena majlis perkahwinanku. Apakan daya.......pelamin anganku punah akhirnya. Dapat ku lihat Nyonya Yiyap sekadar mengesat air mata yang lancar dan tidak berhenti. Betapa sangsaranya bila renungan kak May May dan renunganku bersatu. Ada segunung simpati memaut seluruh hidupnya. Sehari suntuk kak May May meniup kata semangat buatku biarpun pelakuannya tidak ubah seperti mencurah air ke daun keladi.
Ku lelapkan mata tepat jam 3 pagi dan jam 5 pagi aku telah bangkit untuk menunaikan solat subuh berjemaah berimamkan Pak Long Sudin. Itulah rutin yang kami akan lakukan jika dapat berkumpul bersama-sama. Menjelang jam 8 pagi,perkarangan rumah Mak long Esah telah meriah dengar jerit –pekik kanak-kanak. Emak pula sibuk memotong kuih lapis untuk diberikan pada tetamu yang datang. Di dapur ku lihat kak Munirah membebel seperti burung murai, memarahi anak-anaknya yang enggan mandi. Suara Anisah kedengaran di sana sini mengarahkan anak-anak buahnya membersihkan pelamin agar nampak kemas. Mulut nisah tak sudah-sudah membebel. Dapatku rasakan .......mulut Nisah hari ini tidak ubah seperti bertih goring. Aku sekadar memerhatikan gelagat mereka. Rasanya itu yang terbaik. Cukuplah aku jadi telinga kuali. Nak menyibuk-nyibuk nanti,tak pasal-pasal dapat ceramah percuma dari Nisah.
Tepat jam 3.00 petang,pasangan merpati dua sejoli telah diarak di depan rumah Mak Long Esah. Ku perhatikan senyuman Anisah tidak lekang dari bibirnya. Tangan Doktor Haziq memaut pergelangan tangan Nisah dengan erat sekali. Biar impianku telah terkubur,namun aku bahagia melihat Nisah bahagia. Aku cuba menahan rasa sebak yang meronta-ronta. Kipas baldu berwarna merah ku kipas-kipaskan di badan Anisah. Demi Nisah,biarlah aku memaniskan wajahku walaupun hakikatnya hanya Tuhan yang tahu bagaimana sangsaranya aku menahan kepiluan. Paluan kompang yang bergema seperti mengejek aku. Aku beristifar berkali-kali. Terasa langkah ini terlalu longlai saat memandang pelamin Anisah. Alangkah malunya,....tidak semena-mena,aku rebah betul-betul di kaki pelamin.
Saatku buka kelopak mata,ku lihat emak,Yiyap dan Kak May May sudah berada disampingku. Emak menangis semahunya. Kak May May mengusap-usap ubun-ubunku dengan begitu lembut sekali. Ku lihat ada butiran jernih membasahi pipinya."Amani....kakak tak sangka begitu deritanya adik akak menanggung bebanan ini. Maafkan kakak....,kakak tak boleh buat apa-apa." Kak May May meletakkan kepalaku dipangkuannya. Yiyap sekadar memerhatikan aku dengan pandangan yang kosong. "Amani....sepatutnya kita tak perlu ke sini nak,maafkan mak ya......emak terlalu mementingkan diri sendiri". Emak menangis lagi. Perasaanku melayang entah kemana.
Di ruang tamu,majlis persandingan Anisah berjalan dengan lancar. Ada gelak tawa yang memenuhi ruang tamu rumah mak long. "Amirul....Amani terlalu lemah rupanya....".Air mataku tak terbendung lagi. "Amani,petang ni juga kita balik Muar. Kak May May akan pandu kereta Avanza tu",cela abah yang tiba-tiba muncul di muka pintu. Aku sekadar mengangguk. Saat Anisah menyulam kebahagiaan,Abang Ah Lek dan Abang Lim Kit memapah aku ke dalam kereta. Aku sedar....aku tidak pernah keseorangan dalam mengharungi hari-hari yang suram. Masih ramai yang menyayangi aku,biar antara kami berbeza adat dan kepercayaan,namun darah yang mengalir dalam tubuh kami,tetap serupa.
Rumah mak long kami tinggalkan tika mentari hampir terbenam. Ku lihat Nisah gagal menahan sebak. Kami berpelukan. Kata-kata semangat dari ahli keluarga mak long memenuhi gegendang telingaku. Sebuah senyuman pahit ku berikan untuk mereka. Perkarangan rumah mak long kami tinggalkan dengan seribu memori.
Perjalanan dari Kemelah ke kampungku di Muar berjalan dengan lancar walaupun adakalanya kak May-May terlanggar lubang yang bersepah di antara Labis ke Durian Chondong. Sepanjang perjalanan,aku Cuma diam membisu. Perasaanku jauh berterbangan di ruang angkasa. Mujur kak May May membuka CD Surah Al-Imran yang sememangnya ada di dalam keretaku. Ku perhatikan Kak May May menghayatinya dengan khusuk sekali. Tepat jam 7.55 petang,kereta kami membelok ke kanan dipersimpangan Kundang Ulu-Bukit Gambir. Kak May May berhenti di Masjid Parit Medan. Emak dan abah solat maghrib di situ. Yiyap pula sudah lama di buai mimpi. Kak May May sahaja yang tekun mendengar radio."Amani...akak suka dengar CD ini,boleh akak pinjam?". Kak May May merenung aku dan aku hanya mampu mengangguk-angguk lesu. (Nukilan : Kayaizzat)
Cerita "Pertemuan 3,4 dan 5 dah ada" Pertemuan 3 dah hantar,Lum keluar lagi. Sabar ye. Pertemuan 4 dan 5 coming sun. Rasanya lambat sikit kot. 18.7-16.8 saya exzem.
bestnya cite ni..x dpt bygkn kalo sy yg kna hadapi semua ni...tringat pd bkl suami yg blaja di perantauan..cnta kami ibarat cnta amani n amirul..menitis air mata saya mmbygkn kalo2 sy di tmpt amani..x sanggup khlgn dia yg tsayang coz kami slg mncintai biar pun bjauhan krana mnuntut ilmu...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bez sngt citer nie..rsa nk nangis pn ade..
begitu tabah amani mnghadapi dugaan yg diterimanya..
anyway,tahniah kt penulis!