BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Julai 29, 2009
Novel : Pergilah Air Mata 37
Nama Pena : Hanni Ramsul

Melihat Jamilah melangkah keluar dari bilik Sabrina, Badrul perlahankan langkahnya. Sebaik hilang sahaja wajah perempuan itu, laju dia menyambung langkah. Berhenti di hadapan bilik Sabrina. Tangannya dibawa ke pintu. Namun niat untuk mengetuk pintu, terbatal apabila melihat pintu bilik Sabrina yang sedikit terbuka. Perlahan dia menolak daun pintu. Menjenguk ke dalam. Sabrina tekun menatap screen komputer. Tanpa rasa bersalah, dia melangkah masuk. Hatinya disapa rasa ingin tahu. Ingin tahu apa yang sedang Sabrina buat. Dan, rasa ingin tahu itu telah membenarkan dia menceroboh hak bersendirian Sabrina. Perlahan dia melangkah. Berdiri dengan diam di belakang Sabrina yang bersila di katil. Ternyata kehadirannya langsung tidak disedari gadis itu. Sabrina leka membuka dan menutup satu demi satu e mail sebelum daftar keluar. Sebaik window ditutup, dia sedikit terkedu melihat gambar yang terpapar di screen. Gadis itu. Dia ingat nama gadis itu. Maria. Sekali lagi dia teringat gambar yang tersimpan di dalam purse Sabrina. Yang dia lihat secara diam-diam semasa di Pangkor. Dan, lelaki bersama Sabrina dan Maria. Tidak perlu mindanya bekerja kuat untuk cuba mengingati siapa lelaki itu. Kekasih Sabrina. Ikmal. Dia ingat nama lelaki itu. Dia ingin bersuara. Namun, niatnya mati sebaik Sabrina membuka satu window kecil. Window yang hampir membuat dia kehilangan nafas.

Ikmal_Hakim: Salam Ina. Ina sihat?
Ikmal_Hakim: abang tahu Ina ada…
Ikmal_Hakim: Tak tahu kenapa… Tiba-tiba abang teringatkan Ina. Abang tahu perasaan ini
salah. Tapi, Abang benar-benar rindukan Ina. Tak tahu kenapa. Susah sangat
abang nak teruskan hidup tanpa Ina. Abang cuba. Abang berjaya tipu semua
orang sekeliling abang. Abang berjaya tipu mak. Berjaya tipu Mar. Tapi, abang
tak berjaya tipu diri sendiri. I love you so much, sayang. Rasanya perasaan itu tak pernah berubah. Mungkin tak akan berubah, Ina.
Ikmal_Hakim: Hmm… Tak baik abang cakap macam tu kan? Abang minta maaf. Ina bahagia
kan? Dia layan Ina dengan baik kan? Dia tak sakiti Ina lagi kan?
Ikmal_Hakim: Plaese Ina. Say something. At least cakap Ina sedang bahagia sekarang…Kalau
Dia buat Ina sedih, beritahu abang…

Badrul menahan nafas. Patah perkataan yang diproses mindanya itu begitu mencabar kelelakiannya. Sabrina tetap juga berhubung dengan lelaki ini. Walau sekeras mana larangannya, Sabrina tetap mencari lelaki ini.
"Saling melepas rindu ke?,"
Sabrina tersentak. Pantas dia mendongak. Memandang wajah Badrul yang sudah memerah. Pucat. Wajah gadis itu ternyata bertukar pucat. Segera jemarinya bergerak ke tetikus. Ingin menutup window Yahoo! Mesenger Ikmal. Namun, Badrul lebih pantas. Melabuhkan punggung ke katil sambil menarik tangan Sabrina.
"Awak nak buat apa? Lepaslah tangan saya,"
Badrul Cuma merenung tajam sambil menarik computer riba Sabrina hampir padanya. Yakin dia boleh mendominasi computer itu sepenuhnya, pegangannya pada tangan Sabrina dilepaskan. Sabrina menelan liur.
"Awak nak buat apa?,"
"Kau diam!,"
Dijerkah sebegitu, Sabrina terus diam di sisi. Memandang Badrul yang bersila menghadap computer ribanya.

InaShahzan: Amaran terakhir aku. Jangan ganggu Sabrina! Aku tak suka kau ganggu Sabrina!

Sabrina terkebil-kebil. Tindakan Badrul ternyata diluar jangkaannya.
"Awak. Janganlah buat macam tu. Tak baiklah,"Sabrina bersuara. Tidak suka Badrul membalas sapaan Ikmal sekeras itu.
"Kenapa? Kau takut kekasih kau merajuk?,"
Sabrina diam.

Ikmal_Hakim: Aku tak ganggu dia. Betul-betul tak tahu jaga privacy orang ya?
InaShahzan : Siapa yang tak tahu jaga privacy siapa? Malam2 begini ganggu isteri orang?
Ikmal_Hakim: Maaf. Tak berniat nak mengganggu. Saya Cuma nak bercakap dengan Sabrina
Sebentar. Cuma nak tanya khabar.
InaShahzan: Aku tak izinkan. Dan, amaran terakhir aku. Jangan ganggu dia lagi! Kau yang
Hantar dia pada aku. So, jangan kacau dia lagi! And, dia sihat! Tak payah risau.
Kalau pun dia tak sihat, dia ada suami. Suami dia boleh jaga dia. Faham?!
Ikmal_Hakim: Aku tak akan kacau Sabrina, kalau kau tak buat dia menangis lagi…

Sabrina terpaku membaca kata-kata saling bertelagah antara Badrul dan Ikmal. Dia tersepit di tengah-tengah. Tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Menghalang Badrul, bermakna dia mencurahkan minyak ke dalam api kemarahan Badrul yang marak. Dia tidak mahu mendengar kata-kata penghinaan dari Badrul lagi. Dan, melihat Ikmal dituduh begitu, dia juga tidak sampai hati. Ikmal terlalu baik untuk menerima tuduhan seburuk itu. Tindakannya sekadar minimize window Yahoo! Mesenger Ikmal sebaik sahaja lelaki itu menyapanya tadi, ternyata silap. Sepatutnya dia terus tutup. Namun, dia sedikit lega apabila Badrul menutup window Yahoo! Mesengger itu. Lega, sekurang-kurangnya pertelagahan itu berakhir. Lega yang Cuma sebentar. Menanggapi renungan tajam Badrul, hatinya mula kecut.
"Apa alasan kau kali ni?,"Badrul bertanya sambil matanya terus tajam menikam wajah Sabrina. Sabrina mengeluh pendek. Tidak tahu jawapan yang bagaimana harus dia berikan. Meski dia tahu dia tidak salah, namun untuk meyakinkan Badrul terasa seperti mustahil. Salah faham demi salah faham, terasa semakin memburukkan keadaan. Akhirnya dia bergerak perlahan mahu turun dari katil. Melihat wajah Sabrina yang sedikit bersahaja, pantas Badrul mencapai lengan gadis itu.
"Answer me!,"Badrul bersuara tegas. Sabrina diam. Cuba melawan renungan Badrul yang seakan mahu menelannya. Walau ada rasa gerun, dia harus berani. Ketakutannya akan membuat Badrul semakin kebal.
"Anggaplah apa yang ada dalam kepala awak tu, jawapan saya,"akhirnya sepotong ayat itu keluar dari bibirnya. Satu kata-kata yang agak menentang. Dia tahu kata-kata bakal mencabar kesabaran Badrul.
"Sabrina. Aku tak ada mood nak layan loyar buruk kau,"sedikit keras suara yang keluar dari bibir lelaki itu, sambil memegang kedua –belah bahu Sabrina. Membuat Sabrina terkedu. Cengkaman Badrul perlahan-lahan membawa rasa sakit.
"Sakitlah awak,"
"Kalau kau tahu sakit, jawab soalan aku. Jangan nak main-main dengan aku,"
Sabrina membuang pandang. Jawapan yang bagaimana yang harus dia beri? Mengaku salah dan biarkan Badrul terus menghukumnya? Atau, cuba memberitahu perkara sebenar dan mendengar Badrul mencantas satu demi satu kebenaran dengan teori-teorinya?
"Jawab soalan aku. Aku tak suka kau buat muka macam tu,"
"Memang betul apa saya cakap. Untuk apa saya jawab, kalau awak tak percaya? Awak pegang apa saja yang awak fikir. Jangan harap jawapan dari saya. Saya tak nak jawab soalan awak tu. Sia-sia saja,"
Badrul merengus perlahan. Menatap wajah Sabrina yang sedikit kelat. Jelas gadis itu marah.
"Selalu kau berhubung dengan dia?,"soal Badrul dengan nada yang direndahkan sedikit. Tidak mahu suasana hening malam terganggu dek suaranya. Juga cuba untuk berlembut dengan Sabrina. Sabrina membuang pandang. Membakar rasa geram di hati Badrul.
"Sabrina…,"
"Saya dah cakap, saya tak nak cakap apa-apa,"Sabrina bersuara geram. Kenapa? Dia kurang pasti. Yang dia tahu, dia kurang senang dengan kemunculan Badrul secara tiba-tiba. Tidak suka apabila Badrul menceroboh hak persediriannya. Benci apabila Badrul menuduh Ikmal yang bukan-bukan. Menyampah apabila Badrul kembali bersikap dictator padanya. Itu semua menyingkap rasa geram. Menambahkan rasa ingin terus menyakiti hati Badrul.
Badrul merenung tajam.
"Kau tahu aku tak suka bila kau buat macam tu, kan? Berapa kali aku beritahu kau? Aku tak nak kau ada apa-apa hubungan dengan lelaki tu. Faham? ,"
"Saya tak…,"
"Tak? Tak, apa? Aku tengok sendiri,"
"Awak salah sangka,"
Badrul tergelak sinis.
"Aku? Aku salah sangka? Kekasih kau luahkan rasa rindu, aku yang salah sangka? Patutlah kau suka duduk saja di bilik. Tak kisah terkurung. Rupa-rupanya kau berhubung dengan dia di sini ya?,"
"Tak!,"
"Masih nak nafikan?,"
"Susahlah cakap dengan awak ni. Lantaklah awak nak cakap apa. Fikirlah apa pun awak nak fikir. Saya dah tak kisah,"Sabrina bersuara keras. Membuat Badrul terdiam. Tidak mahu sepatah lagi kata-kata darinya, membuat Sabrina menjerit pula. Pasti kecoh kalau sampai suara dia dan Sabrina sampai ke telinga bapanya. Dia pandang wajah Sabrina yang mencuka. Marah benar nampaknya. Perlahan dia mengeluh. Sudah agak lama dia tidak melihat wajah Sabrina sekelat itu.
"Kau tahu aku tak suka apa kau buat ni, kan?,"dia bersuara lembut.
"Saya pun tak suka bila awak buat saya macam ni. Layan saya macam ni,"Sabrina bersuara perlahan. Membuat Badrul diam seketika. Menatap wajah Sabrina yang masih memuncung.
"Apa maksud kau?,"soal Badrul sedikit hairan. Apa yang Sabrina tidak suka tentangnya?
"Tak ada apa-apa,"
"Tell me. Aku betul-betul nak tahu apa maksud kau? Layanan aku yang mana yang kau tak suka? Layanan macam mana yang kau harapkan?,"
Sabrina berpaling muka.
"Tak ada apa-apalah. Lupakan saja,"ujar Sabrina pendek. Sedar dia telah tersasul.
"Kau tahu aku tak akan mengalah macam tu saja. Tell me. Apa yang ada dalam kepala kau sekarang ni?,"
Sabrina bergerak ke birai katil. Tidak mahu berada hampir dengan Badrul. Marahnya kini sudah berganti risau. Risau Badrul terus mendesak.
"Macam mana awak boleh tiba-tiba berada dalam bilik saya ni?,"dia mula mengalihkan topic perbualan.
" Itu tak penting. Yang penting, aku dah tahu apa kau buat selama ni. Tak boleh jumpa di luar, jumpa di sini ya?,"
Sabrina menjeling. Badrul sedar akan jelingan itu. Namun, ternyata kali ini, melihat jelingan itu, gagal mengalirkan rasa marah di hatinya. Cuma senyum yang terukir di bibir. Jelingan itu lebih memikat hatinya. dia senyum lagi. Sambil menggeleng perlahan. Senyum yang membuat Sabrina pelik. Ingin bertanya, tetapi, hatinya yang bengkak lebih suka dia diam.
"Now, tell me. apa yang kau tak suka?,"lembut suara Badrul bersama senyum yang panjang.
"Saya dah cakap, tak ada apa-apalah. Just forget it,"
"Never. Aku tak pernah give up. Kau pun tahu, kan?,"
"Lantak awaklah,"
"Okay. Lantak aku. Sekarang aku nak dengar jawapan kau. Pasal lelaki tu, aku letak tepi dulu. Sekarang ni, aku nak kau jawab soalan aku. Layanan aku yang mana yang kau tak suka? Layanan macam mana yang kau nak?,"
Sabrina mengangkat muka. Sudah tiada riak marah dalam renungan Badrul. Dan itu sudah cukup untuk membuat dia berasa sedikit gundah.
"Saya tak suka awak marah-marah saya macam ni,"akhirnya dia bersuara sambil melarikan pandangannya.
"Oh… tak suka. Dah tu, kau suka macam mana?,"
Sabrina diam. Layanan bagaimana yang dia suka? Soalan Badrul dibiarkan tanpa jawapan. Dia menoleh. Badrul bergerak ke arahnya. Mengambil tempat disebelahnya.
"Kenapa awak ke sini? Awak nak apa?," tanpa menjawab soalan Badrul, Sabrina mengulang semula soalannya. Soalan lencongan daripada topic yang tidak selamat ini. Badrul diam sambil perhatikan riak Sabrina yang serba -salah.
"Awak… dengar tak saya Tanya?,"Sabrina bersuara lagi sambil mencari wajah badrul. Terpaku seketika tatkala renungan mereka bertaut. Dia tidak suka renungan itu. Renungan yang sentiasa mengundang debarnya. Debar yang berbeza daripada debar rasa takut yang dia rasai sebentar tadi.
"Kenapa? Aku tak boleh ke sini?,"
Sabrina menelan liur. Dengan renungan sebegitu, dan suara selembut itu, dia benar-benar tidak mahu berasa di sisi Badrul.
"Memang tak boleh pun,"dia cuba kawal, tetapi, dia sedar, suaranya sudah sedikit bergetar.
"Kenapa?,"
Sabrina diam. Bukan tidak mahu menjawab. Tetapi suaranya sudah betul-betul hilang. Badrul versi romantic, sering buat dia hilang suara. Mungkin Badrul versi lama sebih serasi dengannya. Jerit pekik Badrul lebih membuat dia tenang. Perlahan dia mengangkat punggung. Ingin keluar dari situ. Namun, pegangan tangan Badrul, mematikan langkahnya. Kaku di situ. Badrul menarik tangannya, membuat dia terduduk semula di sisi lelaki itu.
"Kalau kau tak mahu aku marah-marah, kenapa kau selalu cabar kesabaran aku?,"
"Saya tak pernah buat macam tu pun..,"
"Sabrina. Kau tahu, aku pun tahu..,"
Sabrina mengeluh perlahan. Sudah berputus-asa dengan prasangka Badrul. Terserahlah apa kata Badrul.
"Saya tak boleh nak paksa awak percaya saya kan?,"
Badrul tersenyum kecil.
"Belum ada alasan untuk aku percaya pada cakap kau,"
"Okay,"
"Apa yang okay?,"
Wajah Badrul dipandang. Perlahan dia menggeleng. Tunduk sambil menyentuh cincin yang terlekat di jari manisnya. Sebentuk cincin. Sebuah perkawinan. Satu prasangka. Bersama satu dendam. Semua itu hadiah Badrul untuknya. Hadiah yang tidak mampu membuat dia tersenyum tatkala dia menerimanya. Tersenyum sebagaimana lebarnya senyum insan lain mendapat hadiah. Sedikit tersentak apabila Badrul turut menyemtuh cincin di jari manisnya.
"Yang ini, kau dengar cakap aku. Tak pernah lagi aku tengok cincin ni tanggal dari jari kau,"
"Hak untuk tanggalkannya ada pada awak,"
Badrul diam. Spontan jarinya mengusap lembut tangan Sabrina. Membawa ke bibirnya. Spontan pula Sabrina menarik tangannya. Hampir tidak bernafas sebaik bibir Badrul mengucup lembut tangannya. Dia memandang wajah Badrul.
"May be, awak patut keluar kot,"Sabrina bersuara perlahan. Bergerak perlahan apabila Badrul semakin rapat padanya. Dia mahu menolak apabila jemari Badrul mengusap lembut rambutnya. Tetapi, hatinya merelakan. Bodohnya dia. Dan debarnya semakin menggila apabila jemari Badrul kini menyentuh dagunya. Lemah seluruh anggotanya tatkala tangan Badrul menarik tubuhnya ke dalam pelukan lelaki itu.
"Ops! Maaf,"
Serentak dia dan Badrul menoleh ke pintu. Jamilah terkedu bersama susunan baju yang sudah dilipat. Terkesima.
"Akak hantar kemudian saja baju-baju ni,"
Belum sempat Sabrina atau Badrul berkata apa-apa, Jamilah cepat-cepat keluar. Pelukan terlerai tiba-tiba. Badrul menggaru kepala yang tidak gatal. Sedang Sabrina tertunduk. Malu!
"Aku… Aku minta maaf,"Badrul bersuara perlahan. Kesal dengan kekhilafan sendiri.
"I’m really sorry,"
"Bukan salah awak…,"
Badrul diam seketika. Cuba bertenang.
"You were right. I’m not suppose to be here,"akhirnya dia bersuara perlahan.
Sabrina Cuma memerhati. Badrul mengangkat punggung. Bergerak meninggalkannya.
"And…,"Badrul berpaling.
"Aku Cuma nak beri ni,"
Sabrina memandang wajah Badrul. Jelas wajah itu kelihatan cukup serba-salah. Badrul mencapai tangannya. Meletakkan sekeping cek di telapak tangannya. Cek berlipat yang dia tahu berapa nilainya. Sudah beberapa keping cek dengan jumlah yang sama, tersimpan di dalam lacinya.
"Saya…,"
"And, macam biasa. Kalau kau nak cashkan, minta Rahman bawa kau ke bank. Jangan memandai pergi sendiri,"
"Saya..,"
"Good night,"sekali lagi Badrul mematahkan bicaranya sambil berlalu sebelum dia sempat menolak cek tersebut. Dia tidak mahu cek-cek itu. Cek bernilai RM2000 itu memang setiap bulan Badrul beri padanya. Dia mengeluh panjang. Memandang kosong cek di tangannya.
"Bukan ini yang aku mahu Bad…Aku mahu ketenangan,"tanpa sedar dia bersuara perlahan.

****
posted by Penulisan2u @ 6:01 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
8 Comments:
  • At 29/7/09 9:31 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    yes...1st people with 1st komen...knp lm sgt nk uplode...pnt nk tgu ending die...suspen btol...good job!!!

     

  • At 29/7/09 11:07 PG, Anonymous shasha81 said…

    salam.....hanni saya dah beli biarlah YM berbicara best juga ayat2 yg awak gunakan tapi lebihkan manja pada setiap kata2 tu. cepatlah akhirkan pergilah air mata x sabo nie nak baca kalau novel boleh gak beli. bring ah tunggu tiap2 minggu....all the best

     

  • At 29/7/09 11:24 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    erm cpt r uploadkn....xsabo siot nk tau ct selanjutnye

     

  • At 29/7/09 12:23 PTG, Blogger aL-HaNis said…

    Sukenye cite ni. Sedeh bila menyelami gelora perasaan Sabrina. keep it up!

     

  • At 29/7/09 1:19 PTG, Blogger aishahakim said…

    kacau je jamilah nie...
    tengah feel nie...
    jalan cerita bagus...
    tetapi nap xde cite isteri pasal sorang lagi isteri badrul

     

  • At 29/7/09 4:46 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hehehe best la cerita ni...hanni cepat sambung cerita ni...sy rasa mcm syg pula klu cerita ni hbs...hehhe..tp klu xda ending ssh jg kn..hehhe...cepat smbg ya...

     

  • At 3/8/09 1:11 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    ihhh, mengacau je jamilah nieee.....

     

  • At 4/8/09 9:31 PG, Anonymous shasha81 said…

    x sabo nak lihat kesudahan apa jadi pada maria kwn yg mkn kwn...hanni cpt ah smbg erk.lame betoi rasa tgg.

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group