Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Amirul menghantar Yana ke sekolah menaiki kereta Proton Perdananya yang dibeli tiga tahun lepas. Sebelum Yana melangkah keluar daripada kereta, Yana menyalami tangan suaminya tanda menghormati walaupun dia belum lagi menjadi isteri sepenuhnya. Amirul pula mencium dahi dan pipi isterinya dengan penuh kasih sayang sebagai balasan. Tiara telah menunggunya di hadapan pintu masuk sekolah. " Selamat pagi pengantin baru. Macam mana dah jadi isteri orang ni?" Sakat Tiara. " Perlahankan sikit suara kau tu. Nanti kalau orang dengar macam mana?" " Aku lupa pula nak kurangkan volume tadi. Sorrylah..." " Yalah tu. Kau kena ingat jangan bocorkan hal ini." " Yes, madam!" Aku mencubit tangan Tiara kerana mengusiknya. Tiara mengaduh kesakitan.
Pada waktu rehat, Adam teringin berjumpa dengan Yana untuk mendapatkan penjelasan mengenai siapakah lelaki yang menghantar Yana ke sekolah. Selama ini apabila Adam menawarkan diri untuk mengambil dan menghantar Yana, dia menolak dengan pelbagai alasan. Malah apabila dia cuba untuk menyentuh tangan Yana, dia akan menepis dan mula berang. Tapi mengapa pula dia boleh memegang tangan lelaki itu dan lelaki itu pula mencium Yana. Adam ke kelas Yana tetapi Yana tiada di kelas. Cuma Tiara yang ada dalam kelas. " Tiara, Yana mana?" " Dia pergi ke pejabat tadi sebab GPK HEM panggil. Katanya, minggu depan ada guru tingkatan baru untuk kelas ni! Yanakan penolong ketua kelas ni. Jadi, dia kena ambil jadual baru," ujar Tiara panjang lebar. Tiba-tiba, Yana masuk ke dalam kelas... " Ha, itu dia! Panjang umur kau! Cik abang kau nak jumpa," kata Tiara kepadaku sambil mulutnya muncung ke arah Adam. Tanpa membazirkan waktu, Adam terus bertanya tanpa menghiraukan kehadiran Tiara sebagai pemerhati adegan. Maklumlah, waktu rehat dah nak habis! " Yana, kenapa abang rasa Yana seperti nak mengelak daripada abang?" Soal Adam tanpa selindung. Adam ingin kepastian setelah melihat Yana dihantar oleh seseorang pagi tadi. Tambah menyakitkan lagi, Yana dipeluk dan dicium. ‘Memang nak kena budak ni!’ " Siapa lelaki pagi tadi yang hantar Yana? Abang rasa itu bukan ayah Yana. Abang dapat tahu yang Yana dah keluar asrama. Mengapa tak beritahu abang? Yana tak fikir ke bila kawan-kawan abang tanya abang, apa abang nak jawab?" Sergahnya lagi apabila Yana tidak menjawab sepatah soalannya tadi. ‘ Alamak, dia nampak ke? Apa aku nak jawab ni?’ Ligat otaknya berfikir untuk mencari jawapan yang sesuai. " Abang, Yana bukan nak rahsiakan segalanya daripada abang tapi Yana keluar asrama sebab tinggal dengan makcik Yana. Tadi tu sepupu Yana. Dahlah abang, Yana ada kerja nak dibuat." Yana meninggikan suara sedikit terhadap lelaki yang lebih mementingkan maruahnya tanpa menghiraukan situasi orang lain. Yana mula mual dengan sikap Adam. Yana nekad untuk memberitahu Adam tanpa bimbang rahsianya terbongkar. Tiara pula seakan hairan dengan perangai Yana yang mula berani untuk meninggikan suara. Sebelum Adam melangkah keluar dengan muka yang ternyata menunjukkan tidak puas hatinya itu, Yana menyambung kata-katanya yang bulat. " Abang, Yana rasa kita putuskan hubungan kita sebab abang bakal menduduki peperiksaan penting tak lama lagi dan Yana tak nak abang terganggu dengan hubungan kita. Yana rasa kita tak akan ke mana." Yana menarik nafas dan menyambung semula katanya," Maaf kerana Yana selingkuh dengan orang lain. Mulai saat ini, we’re nothing! Yana dah mual dengan sikap abang yang mementingkan maruah sendiri tanpa memikirkan situasi dan perasaan orang lain! Yana harap abang akan berubah sebelum ada yang membenci abang dengan lebih mendalam!" Ya, itu adalah keputusan yang terbaik untuk semua orang! Adam akan tahu juga suatu hari nanti statusku yang sebenar. Biarlah Adam mencari pengganti aku sebelum cintanya terlalu mendalam buatku. Maafkan Yana, Abang Adam! Malah, aku juga dah menjadi isteri orang. Kasihan suamiku andai aku berpacaran dengan orang lain, dia turut akan berdosa atau digelar suami dayus. Lebih baik aku tunaikan amanat arwah atuk. Aku harus menyemai semula benih cinta ini untuk Amirul, insan yang bernama suami. " Baiklah jikalau itu yang terbaik. Abang harap Yana sentiasa bergembira dengan pilihan Yana! Maafkan abang andai tidak memberikan yang terbaik sehingga Yana berubah hati." Yana tidak memandang muka Adam apabila Adam melangkah keluar dengan wajah yang sedih. Yana tertunduk sedih tapi apakan daya, dia harus taat kepada statusnya kini. Amirul juga sudah banyak berkorban untuk dirinya. Tiara mendekati aku. " Yana, kenapa kau buat semua ni? Bukankah kau juga mencintai Adam?" Aku mula teresak-esak. Tiara memujukku. " Aku buat semua ini sebab aku sedar siapa aku dan aku tak nak orang mengata Abang Amirul apabila semuanya terbongkar. Sebagai isteri, aku harus menjaga maruah suami aku! Dia dah banyak berkorban." " Tapi apa akan terjadi dekat Adam?" Aku mengesat air mata dan menahan sedu lalu ku pegang bahu Tiara. " Tiara, kita pernah bertengkar kerana Adam dulu. Kini, kau harus berusaha untuk mendapatkan dia! Aku tak berhak untuk bersamanya. Aku harap kau dapat ubah perangai dia perlahan-lahan supaya menghormati perasaan orang lain. Aku percaya kau bisa lakukan yang terbaik!" " Tapi.." Aku memotong sebelum Tiara menghabiskan kata-katanya. " Aku mula mencintai Abang Amirul dan aku sedar aku tidak mencintai Adam tetapi mengasihinya sebagai seorang sahabat. Jadi, alang-alang aku dah jatuh cinta baik aku bersedia untuk jadi isteri yang sepenuhnya." Aku mengukir senyuman ke arah Tiara. " Yana, kau masih sunti? Jadi kelmarin bukan malam pertama kau? Ya Allah, kasihannya Amirul!"soal Tiara tanpa selindung dengan teman baiknya itu. " Kau fikir dia gelojoh macam kau! Dia kata dia takkan menyentuh aku sehingga aku bersedia. Cuba kalau kau fikir sikit, kalau aku mengandung nanti mampus satu sekolah, satu jabatan satu negeri tahu! Sengetlah kau ni...suka fikir yang bukan-bukan." " Manalah aku tahu!"Tiara mengukir satu senyuman bodoh.
Bunyi loceng tanda rehat sudah tamat. Para pelajar mula memasuki kelas. Sebelum guru mata pelajaran masuk, Yana berjalan menuju ke arah meja guru dan meminta supaya rakan-rakannya memberi perhatian. " Seperti yang diberitahu oleh GPK HEM, kita akan mendapat seorang guru tingkatan yang baru. Beliau akan mengajar kita Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual. Aku harap kita dapat memberi kerjasama yang baik apabila beliau mula menjalankan tugas nanti. Jadual baru aku dah lekatkan dekat information board kat belakang kelas. Ada apa lagi yang tak jelas?" Dania mengangkat tangan dan berdiri. " Yana, cikgu tu lelaki ke perempuan? Dah kahwin ke belum?" Soalnya tanpa segan silu. Dania memang dikenali sifat kegedikannya. Satu kelas mulai bising apabila dia mengajukan soalan itu. " Dania, aku tak tahu semua tu! Kita tunggu minggu depan sajalah. Lepas tu, kau tanya dia sendiri k..."
Pada waktu malam, Amirul membantu Yana memasak di dapur. Tak sampai hati nak tengok Yana buat urusan rumah sendiri sedangkan umurnya sekarang sepatutnya tumpukan pelajaran. ‘ Apakah aku patut beritahu berita baik ni kat dia? Aku rasa baik tak payah lagipun dia takkan berminat nak tahu pun! Tapi dia sekarang dah jadi isteri aku bukannya orang luar atau sepupu aku lagi.. pada siapa lagi aku nak kongsi kalau aku tak kongsi dengan dia..’ " Yana, minggu depan abang dah jadi guru sebenar tau!" Yana yang sedang mengemas atas meja memandang suaminya itu. " Oh, ye ke? Abang dapat sekolah mana?" Soal Yana. Sangkaan Amirul tentang reaksi Yana berbeda. Sangkanya Yana takkan ambil peduli. " Itulah masalahnya sebab abang akan jadi cikgu kat sekolah Yana dengan dua orang lagi kawan abang!" " Apa! Habis tu,macam mana dengan rahsia kita?" ‘ Yalah, kenapa aku tak terfikir pula pasal ni!’ Yana mulai bimbang. " Abang akan mengajar kelas mana? Kebetulan ada cikgu baru yang akan mengajar kelas Yana dan beberapa kelas lain." " Itulah yang abang risaukan dari tadi lepas pensyarah abang beri surat dari jabatan. Abang tak tahu akan mengajar kelas mana sebab esok baru abang lapor diri. Abang pun harap macam tu juga. Esok Yana tolong bawa abang pergi ke bilik pengetua ye?" " Baiklah tapi Yana tak akan tunggu abang sebab takut ada yang mula mengata Yana ni gatal pula!" Kebimbangan mereka serupa. Tunggu sahaja apa yang akan berlaku!
Jalan cerita novel ini agak menarik kerana sentiasa mempunyai konflik dalam dialog yang dihasilkan.Pengakhiran setiap episod membuatkan kita sentiasa ternanti-nanti apakah kisah seterusnya.Tahniah kepada penulis.
cerita ni somehow macam cerita korea la, My Little Bride.
Mun
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Salam
Jalan cerita novel ini agak menarik kerana sentiasa mempunyai konflik dalam dialog yang dihasilkan.Pengakhiran setiap episod membuatkan kita sentiasa ternanti-nanti apakah kisah seterusnya.Tahniah kepada penulis.
Haidawaty
haidawaty@gmail.com