Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari bertukar hari, minggu bertukar minggu. Kini tinggal membilang detik jam yang bakal merubah masa hadapan mereka. Kini, mereka umpama berdepan dengan bahaya. Cemas!! Tinggal dua jam sahaja akad nikah akan berlangsung di masjid berdekatan. Tangan aku mula terasa sejuk. Mujur muka aku yang agak matang tidak menyukarkan aku untuk merahsiakan umur aku yang sebenar. Baju kurung biru yang tersarung di tubuhku sedondon dengan baju melayu yang tersarung di tubuh Amirul. Memang sepadan! Tiara memohon untuk pulang ke kampung daripada GPK dan warden asrama bagi alasan menghadiri sepupunya yang melangsungkan perkahwinan. Permohonan diluluskan tanpa mengetahui bahawa bukan sepupunya yang berkahwin tapi aku. Kehadiran Tiara sedikit sebanyak mengurangkan rasa gemuruh aku dan terkilan aku. Terima kasih Tiara! Saat akad nikah berlangsung dengan lancar. Apabila upacara membatalkan air sembahyang, Amirul terasa tangan Yana yang sejuk lalu ia menggenggam dengan sedikit erat bagi membantu memanaskan tangan isterinya itu dan mengurangkan gemuruh yang dialami bersama. ‘Oh, ini bukan lagi tangan kanak-kanak perempuan yang bergelar sepupuku itu tapi kini dia adalah isteriku!’ detak hati Amirul. Tangan yang digenggam memang mula terasa hangat dan terasa sedikit damai tatkala singgah satu kucupan di dahi. Aku kaget dengan segalanya tapi mengapakah jantungku berdegup kencang? Aku keliru. Aku cuba membayangkan wajah Adam tapi wajah Amirul muncul. Apa semua ini???
Selesai sahaja kenduri kesyukuran dan mengemas, seluruh anggota keluarga dan sanak saudara mulai mengantuk dan berkemas untuk tidur. Bagi mengelakkan pertanyaan sanak saudara, mama dan ibu menyuruh kami tidur bersama dalam bilik pengantin iaitu bilik arwah atuk kami itu. Tiara tidur bersama mama dan ibu di bilik yang lain. Rumah kampung banyak bilik. Malam pertama adalah malam yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang lain tapi bukan kami yang patuh dengan situasi realiti. Aku kaget saat abang masuk ke bilik dengan berpakaian tidur. Aku juga memakai pijama berlengan pendek dan bertudung. Malam pertama aku adalah dengan kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru. Aku terus membuat kerjaku tanpa menghiraukan abang. Sebenarnya, aku takut! Amirul melihat isterinya dengan pandangan kasihan. Selepas menyikat rambut, aku menghampiri Yana. " Banyak kerja sekolah?" " Banyak!" " Kalau ada masalah, abang akan membantu apa yang abang boleh bantu. Abang ni guru seni dan Bahasa Malaysia. So, kalau mata pelajaran lain abang tak pasti dapat membantu." Amirul cuba tidak menjadikan suasana tidak kelihatan tegang dan ia mendapat respon positif daripada Yana. " Oh, abang ajar seni ya? Jarang guru lelaki mengajar seni. Abang masih tak ubah macam dulu! Abang still minat menyanyi lagi ke?" " Eh, masih! Ingat lagi lagu favourite kita?" " Tentulah ingat!" Yana menjawab seperti terkena renjatan elektrik tanpa memikirkan sejenak siapakah lelaki itu kini. Apabila tersedar, yana tunduk menahan malu. Keadaan senyap seketika… " Yana tertekan untuk menjadi isteri abang ke?" " Bohonglah kalau Yana kata Yana tak tertekan tapi Yana bersyukur abang tak memaksa Yana untuk melakukan perkara wajib ke atas fitrah kita." " Cuma abang rasa seperti orang luar lagi…" Pantas Yana bertanya, "kenapa?" Lantas tangan Amirul membuka tudung Yana perlahan-lahan. Yana kaku dengan kelakuan suaminya kini tapi dia tak mampu menepis. Tangannya seolah-olah kaku dan lemah. Rambutnya yang panjang melepasi pinggang itu turut terlepas dari simpulan. " Tiada aurat semenjak ijab kabul kita sah, sayang. Abang berjanji untuk tidak memaksa Yana melakukan perkara wajib itu tapi abang harap tiada lagi aurat antara kita." Bisik Amirul. " Maaf, Yana sudah terbiasa!" " Tak mengapa Yana, masih banyak masa lagi untuk kita saling mengenali jika kita memberi komitmen yang terbaik walaupun susah untuk laksanakan." Itulah Amirul yang aku kenali. Gemar bertolak ansur. Sewaktu aku berusia 7 tahun, aku pernah memarahinya kerana kerap bertolak ansur dengan orang yang suka mengambil kesempatan terhadapnya. Yana tertunduk malu dan meneruskan kerja yang dilakukannya tadi dengan dibantu oleh suaminya. Setelah selesai homework yang diberi oleh guru-guru, aku mengemas katil dan mengejutkan abang yang sudah terlelap di lantai. ‘Kasihannya abang, masih muda tetapi sudah terikat dengan tanggungjawab yang berat. Aku juga kasihan. Bergelar isteri semasa belajar.’ Detik hati Yana sambil memerhati wajah suami yang kepenatan. Yana mengejutkan suaminya dengan penuh hati-hati. " Abang, pindah atas katil. Yana sudah kemas. Kalau abang tidur sini, badan abang sakit nanti. Esok, abang kena drive ke Melaka." " Tak pelah, Yana tidur kat atas. Biar abang tidur kat bawah." ‘Ya Allah, simpatinya aku. Maafkan Yana, abang! Sepatutnya, ini bukan malam pertama abang. Abang berhak untuk mendapat yang terbaik. Bukannya bersama dengan seorang pelajar sekolah menengah.’ " Abangkan sudah menjadi suami Yana bukannya sepupu Yana lagi. Abang hanya tidur sebelah sahaja. Marilah, abang. Nanti sakit badan tu. Cubalah dengar sikit kata Yana," pujukku. " Terima kasih!"kata Amirul dalam mamai. Aku hanya mampu tersenyum.
Keesokkan paginya, kami tersedar apabila terdengar suara Tiara menjerit dan mengetuk pintu sekeras-kerasnya. " Wahai pengantin baru, tak reti nak bangun lagi ke? Kami tengah tunggu korang berdua bangun solat subuh. Lepas tu, korang sambung projek yang tertangguh. Cepatlah!!!! Nanti waktu dah habis." Lantas, abang melepaskan dakapan tak langsung malam tadi. Aku mulai malu kerana berada dalam dakapan seorang lelaki yang dahulunya sepupu tapi kini bertukar status menjadi suamiku. Kami bangun dan terus mencapai tuala. Apabila pintu dibuka, kami diperhati oleh semua sanak saudara yang beratur depan pintu. Pelik!! Mana telekung dan sejadah??? Kenapa nampak macam belum mandi je? Tiara menghulurkan jam dinding kepada Amirul. Apabila Amirul menyambut jam di tangan Tiara, barulah kami tahu kami dipermainkan. Malunya!!! Tiba-tiba mereka semua gelak! Rancangan ini rancangan mereka semua! Seorang kanak-kanak perempuan berusia sekitar lima tahun tetapi petah berkata-kata menghampiri aku. " Pakcik, makcik, sekarang baru pukul 4 pagi. Ini rancangan mereka semalam! Tina dengar rancangan mereka. Ketuanya kawan makcik yang tu, Makcik Tiara!" Tangan kanak-kanak itu menunjukkan ke arah Tiara. Tiara hanya tersengih kambing. Budak tersebut memandang aku dengan hairan lalu bertanya kepadaku. " Makcik tak butang baju ke? Baju makcik yang atas tu terbuka!" Astaghfirullah, butang bajuku tertanggal. Bertambah malu aku!! Tiara mengenyit sebelah mata ke arahku. Aku mengerti! Amirul memeluk aku dengan tualanya dan membawa aku ke kamar mandi. " Abang, malunya Yana!" " Abang tak perasan baju Yana tak berbutang tadi. Tapi malam tadi memang kita tak melakukan perkara tersebut. Mungkin butang tu tercabut waktu tersangkut dekat tingkap tadi." " Itulah. Semuanya gara-gara Tiara!" " Dahlah, Yana mandi dulu. Dah sudah, abang pula mandi. Hari ini kita akan pulang ke Melaka. Esok, Yana kena ke sekolah dan abang kena mengajar." Aku menurut segala kata-kata abang. Setelah siap menunaikan Subuh berjemaah, aku ke dapur bagi membantu menyediakan sarapan. Memang ada usikan-usikan nakal termasuk daripada Tiara. Ibu dan mama tidak dapat mengungkapkan kesedihan dan hanya tersenyum apabila melihat aku senyum. Aku menuju ke arah mereka dan mengatakan bahawa rahsia tetap rahsia. Kami akan menjalaninya mengikut kehendak arwah datuk sehingga benar-benar bersedia. Amirul mengemas pakaian mereka untuk pulang semula ke Melaka. Tiba-tiba, papa dan ayah menyentuh bahunya. " Kami tak lakukan apa-apa semalam. Percayalah, saya takkan sentuh Yana apabila belum tiba masanya."terang Amirul bersungguh-sungguh untuk mengelakkan salah faham. " Kami percaya dengan kau, Amirul. Cuma papa nak katakan sabarlah. Ini kehendak atuk kau. Kalau ada masalah, jangan lupa beritahu." " Amirul, Yana masih belajar dan ayah harap kalau Yana memerlukan duit, jangan lupa minta pada ayah." " Papa, ayah, Yana sudah menjadi tanggungjawab saya walaupun dia masih bergelar pelajar. Nafkah batin memang tidak dapat saya beri tapi nafkah zahir, saya wajib beri. Janganlah kalian risau." Mereka bertiga berpelukan. " Abang..." Yana yang menatang dulang berisi makanan memanggil suaminya sambil melangkah ke dalam bilik tetapi langkahnya terhenti apabila terlihat mereka bertiga berpelukan sambil berkata-kata sesuatu terhadap suaminya itu. Alangkah indahnya jika suamiku itu adalah pilihanku sendiri! " Ya, Yana! Marilah, tiada apa cuma papa dan ayah risau tentang Yana!" Suara suaminya mematikan lamunan yang hadir sebentar cuma. Ya Allah, ampunilah aku kerana memikirkan seseorang yang bukan menjadi suamiku itu. Yana meletakkan dulang yang ditatang sebentar tadi di atas meja solek lalu menghampiri suaminya dan mencium tangannya. Dahinya pula dikucup sebagai balasan. Ayah dan papa hanya memerhati dan mula terasa sebak melihat mangsa keadaan itu. " Ayah, papa, jangan risau dengan Yana! Yana akan melaksanakan tanggungjawab tersebut. Walaupun Yana masih lagi belajar, Yana akan melaksanakan tanggun gjawab Yana sebagai isteri. Lagipun, abang jenis yang memahami Yana. Yanakan dah kenal abang lama. Sejak kecil lagi. Jangan risau!" " Papa rasa better kalau Yana tinggal dengan parents Yana sementara masih bersekolah. Biarlah Amirul tinggal berseorangan dahulu," cadang papa. " Maafkan Yana tapi Yana sudah jadi seorang isteri dan tempat Yana adalah disamping suami tak kira apa jua situasi. Kami dah berbincang tentang hal itu. Usah risau."Kata-kata Yana menunjukkan bahawa memang dia sudah matang. Kerisauan ayah dan papa beransur kurang. Lubuk hati Amirul sangat tersentuh dengan kata-kata si isteri. Apatah lagi, dia sudah mula menunjukkan tanggungjawabnya dengan menyediakan makanan untuknya. " Baiklah kalau begitu. Papa dan ayah harap kalian dapat memberi komitmen terhadap perkahwinan ini walaupun untuk menunaikan amanat arwah atuk. Kami keluar dulu." Sebaik sahaja papa dan ayah meninggalkan kami, Yana mengambil kembali dulang tersebut dan menjamu aku makan. " Biar abang cuci tangan dulu,"ujarku sambil memandang ke arah nasi goreng cina dan jus oren. " Tak pelah, biar Yana suap abang makan tapi boleh tak kalau Yana suap pakai tangan sebab sudu kat dapur. Terlupa pula nak ambil sudu. Boleh tak?" " Boleh saja, itu pun kalau Yana sudi,"kataku. Tanpa membuang masa yang sedia sedikit untuk bertolak ke Melaka sebentar lagi, aku menganga dan Yana menyuap aku seperti aku menyuapnya dulu. Terimbas kenangan masa kecil.
Ha ha ha! " Kenapa Yana gelak?" soal Amirul. "Abang kalau nak suap Yana mesti abang pun nganga sekali. Besar pula tu!" "Hish, budak kecik ni! Dah sakit tu buat gaya sakit. Boleh pula nak gelakkan orang. Sekeh kang,"sakat Amirul.
Sampai sahaja di rumah, aku membantu abang membawa bagasi ke dalam. Bagasi yang mengandungi pakaian kotor, aku letakkan di dapur untuk direndam dalam mesin basuh. Setelah itu, aku masuk ke bilik abang dan mengambil sehelai kemeja berwarna hitam, tali leher berwarna merah dan seluar slack hitam didalam almari. Tanpa menyedari Yana berada dalam bilik Amirul, dia membuka baju dan terus baring atas katil akibat kepenatan yang melampau akibat jam dalam perjalanan pulang tadi. Sebaik sahaja dia mengiring menghadap almari barulah dia perasan akan kehadiran Yana. Yana terkejut apabila Amirul baring di atas katil tanpa berbaju. Hajat untuk keluar terbantut. Dia terus berpaling dan menghadap ke arah almari. " Yana!" Amirul terkejut dengan kehadiran isterinya di bilik tidurnya. " Maaf, bang! Yana nak ambil baju untuk digosok." " Tak payah gosok. Nanti abang gosok sendiri. Yana pergi berehat lepas tu kemas barang untuk ke sekolah esok!" " Tak mengapa, abang! Sekarang, ini tugas Yana sebagai isteri. Lagipun, Yana nak gosok baju sekolah sekali. Abang rehatlah! Tadi dah penatkan. Biar Yana keluar dulu,"ujar Yana tanpa menghadap ke arahnya. " Baiklah, kalau macam tu! Terima kasih,"ucapku. " Sama-sama." Yana melangkah keluar daripada bilik Amirul. Dia tahu langkahnya diperhati oleh suaminya itu.
Seusai solat Subuh bersama, Yana kembali ke biliknya untuk mengemas katil dan meja belajarnya. Memang tabiatnya untuk tidak tidur selepas solat Subuh. Rutinnya kini berubah. Mulai pagi ini dan seterusnya Yana harus menjalankan tugasnya sebagai pelajar dan seorang isteri. Selepas menyediakan sarapan, Yana membuat bekal untuknya dan juga Amirul. Dia masih ingat lagi, Amirul lebih gemar membawa bekal daripada makan di luar. Kebetulannya, Yana juga begitu. Amirul keluar daripada bilik dengan siap berpakaian kemas. Alangkah terkejutnya apabila melihat Yana berpecah peluh menyediakan sarapan dan bekal. " Yana tak payah susah payah lain kali tau. Yanakan dah pakai baju sekolah, nanti kotor." Yana berpaling ke arah Amirul. " Tak mengapa. Lagipun, Yana dah biasa bawa bekal. Abang punya bekal ada kat atas meja tu. Abang, tengah hari nanti Yana tak dapat masak sebab hari ini Yana balik pukul 5.30 petang. Ada kokurikulum," beritahu Yana. Amirul mengangguk tanda faham. " Hmm.. Yana pergi siap sana, pakai tudung cepat nanti kita lewat ke sekolah pula. Biar abang basuh semua tu,"arahku.
sowy actually this story salah tajuk.. wait n see cerita yang sebenar.. tajuknya ialah mahligai ketulusan hati.. k.. memang gaya bahasa sangat berterabur.. kerana saya kesuntukan masa.. tapi akan datang saya akan cuba yang terbaik..
suke bce cter nie, mghiburkan... teruskan usaha anda (LAVENDER HARUM)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
penulis...anda mmg ada bakat...nice try...ada blog x???