Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sejak malam itu, hampir dua minggu Hana tidak bertemu dengan Jeffrey. Jeffrey seperti sudah melupakan Hana. Tiap-tiap hari dia menunggu kalau-kalau Jeffrey datang ke kafetaria. Hana resah menunggu Jeffrey menghubunginya seperti yang di janjikan. Jeffrey tidak pernah memberikan Hana nombor telefonnya, jadi Hana tidak dapat menghubunginya. Hana kena tunggu sehingga Jeffrey menghubunginya atau datang ke kolej. Tetapi sudah dua minggu Hana menanti dengan penuh hampa. Penantian menjadi satu seksaan kepada diri Hana. Dia sangat perlu satu kepastian. Sejak dua minggu ini juga jiwa Hana gelisah dan tidak keruan, dia asyik memikirkan tentang dosa yang dia telah lakukan. Dia perlu menebus balik dosa itu dan hanya dengan Jeffrey dia boleh berbuat demikian.
Hari ini dia ternampak kereta Jeffrey masuk ke kawasan Kolej. Kemungkinan Jeffrey ada urusan dengan kolej kerana urusan pemergiannya ke US. Hana tekad. Dia mesti berjumpa dengan Jeffrey, walaupun sebenarnya dia malu. Macam perigi mencari timba. Tetapi setelah menanti-nanti sekian lama, dia sudah sangat terdesak. Dia buang perasaan malunya dan beranikan dirinya untuk menunggu Jeffrey keluar dari pejabat pentadbiran kolej. Hana tunggu di sebelah kereta BMW Jeffrey. Jantungnya berdebar-debar menunggu Jeffery.
Tidak berapa lama kemudian, Jeffrey keluar dengan Lily di sisinya. Lily kelihatan sedang memeluk lengan Jeffrey dengan manja. Di belakang mereka berdua, terdapat Mona dan rakan-rakannya yang lain, yang Hana tidak pasti siapa. Hana jadi kaku. Dia tidak sangka Jeffrey ada bersama-sama rakan-rakannya yang lain. Dia ingat Jeffrey datang seorang. Kalau tidak, tentu dia tidak akan seberani ini.
"Jeffrey, budak kantin sedang tunggu you." kata Mona dari belakang. Senyumannya seperti memerli Hana. Sakit hati Hana. Tetapi dia sudah tidak dapat lari. Mereka semua tercegat di hadapannya. Semua memandangnya dengan tepat, menunggu dia berkata-kata, kecuali Jeffrey yang cuba melari-larikan pandangan matanya daripada memandang mata Hana. Jeffery macam tidak senang dengan kehadiran Hana, agaknya dia segan dengan kehadiran Hana. Malunya Hana, tetapi dia harus berjumpa Jeffery. Lantas dia memberanikan dirinya untuk bercakap.
"Jeff, boleh Hana nak cakap sikit?"
Jeff nampak serba salah. Lily memperketatkan pegangannya di lengan Jeff. Senyumannya sinis.
"Look here Hana. Sekarang ni Jeff sibuk okay," kata Jeff, suaranya agak tegang.
"Cakaplah apa nak cakap. Cakaplah sekarang sekarang. You ni tak baiklah Jeff, kasihan dia tunggu you," kata Lily, " cakaplah… kita semua pun nak dengar."
Melihat muka mereka semua yang sedang tersenyum seperti mengejek, Hana membatalkan niatnya.
"Tak apalah," Hana terus meninggalkan mereka.
Di belakangnya dia terdengar mereka ketawa berderai-derai.
"Jeff, budak kantin wants to wish you..sayonara… sedihnya, isk isk," kedengaran ejekan Mona.
"Apa you dah buat dengan dia Jeff? Asyik tercari-cari you. Hah… dah jadi mangsa you ye….." Diikuti derai ketawa mereka yang lain.
Mungkin Jeffrey juga ketawakan Hana. Hana budak kantin yang bodoh. Mungkin mereka semua sudah merancang semua ini. Sekarang mereka sedang ketawakan Hana. Adakah Jeffrey telah menceritakan apa yang berlaku ke atas Hana kepada semua?
"Ya Allah!" malunya Hana. Adakah sekali ini Hana dipermainkan lagi oleh Jeffrey dan rakan-rakannya? Baru Hana terfikir bahawa semua ini adalah rancangan Mona, Lily dan yang lain-lain untuk mengenakannya lagi. Hana mempercepatkan langkah kakinya, tidak sanggup mendengar ketawa mereka. Adakah Jeffrey begitu kejam menurut rancangan mereka mengenakan Hana lagi? Hana ingat Jeffrey juga menyayanginya sebagaimana Hana menyayangi Jeffrey. Adakah selama ini apa yang Jeffrey lakukan semata-mata untuk memerangkap Hana agar terjebak dalam keadaan yang memalukan ini. Apa mereka belum puas hati lagi, mereka sudah memalukan Hana cukup-cukup dahulu. Apa lagi yang mereka hendak? Adakah mereka hendak sehingga Hana tersungkur ke bumi. Sehingga Hana terlau malu hendak mengangkat mukanya. Apakah dosa Hana terhadap mereka? Kenapa Jeffrey sanggup buat begini? Apa dosa Hana terhadap Jeffery?
"Ya Allah!" di mana hendak diletakkan mukaku ini?"
"Emak! Mana emak, Hana perlukan emak!" Tidak sanggup Hana menangani jika itulah kenyataannya. Hatinya hancur luluh. Hana terus berlari ke arah kafetaria. Dia tidak dapat menerima keadaan ini.
************************** Jeffrey cuma memandangnya dari belakang, dia rasa sungguh bersalah apabila melihat Hana di ejek-ejek oleh Mona dan rakan-rakannya. Walaupun dia memang cuba menjauhkan dirinya dari Hana tetapi melihat wajah Hana tadi membuat dia rasa kasihan. Tidak baik Jeffrey berkelakuan demikian dengan Hana. Jeffrey perlu berkata sesuatu dengan Hana untuk menghilangkan rasa bersalah. Dia ada berjanji akan menghubungi Hana tetapi dia sengaja menjauhkan diri dari Hana. Ini adalah untuk kebaikan mereka berdua. Jeffrey rasa walau apapun yang telah berlaku antara mereka, mereka berdua tidak ada masa depan. Tetapi dia tidak sampai hati melihat wajah Hana tadi. Mungkin Hana fikir semua yang berlaku adalah satu lagi permainan mereka semua untuk mengenakan dia lagi. Jeffrey tidak boleh membiarkan Hana pergi dengan tanggapan begitu buruk terhadap dirinya. Memang dia bukan baik sangat tetapi dia tidak sejahat begitu.
Dia melepaskan pegangan tangan Lily dan minta diri dari kawan-kawannya yang lain.
"I jumpa dia kejap. You all balik dulu."
"Heh! Jeff., !" Marah Lily. Tetapi Jeffrey sudah beredar berjalan menuju ke arah kafetaria.
************
Hana berada di bahagian belakang kafetaria dan pura-pura menyapu sampah. Air matanya mengalir deras. Dia takut Mak Chak nampak. Sejak dua minggu ini, Hana sering mengelakkan dirinya dari Mak Chak dengan menyibukkan dirinya. Sebenarnya dia tidak sanggup melihat wajah Mak Chak. Hana rasa dia telah mengecewakan Mak Chak dan emak di kampung. Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki berjalan dan berhenti di depannya. Hana mengesat air mata yang mengalir deras dari matanya. Hana tidak mahu Mak Chak atau sesiapa nampak dia menangis.
Hana terus membelakangkan dirinya dari orang yang berdiri di hadapannya itu lalu pura-pura sibuk dengan menyusun alat-alat dapur yang terletak di belakang kantin itu.
"Hana!" kata Jeffrey, tegas.
Hana terkejut! Tidak sangka Jeffrey mengekorinya hingga ke belakang kantin. Selalunya Jeffrey tidak akan bercakap dengan Hana siang-siang hari begini di Kafetaria.
"Apa yang Hana nak cakap dengan Jeff tadi?" Kasar sahaja pertanyaan Jeffery.
Perlahan-lahan Hana mengangkat muka memandang Jeffrey. Wajah yang di rinduinya selama ini. Wajah yang telah melukai hatinya hari ini.
Mukanya merah dan bengak. Jeffrey jadi serba salah. Hana selalu buat dia rasa serba salah. Dia tidak senang dengan perasaan ini. Kerana inilah Jeffrey cuba untuk mengelakkan diri daripada Hana. Sebab itulah dia tidak menghubungi Hana selama ini.
Hana bagaikan enigma bagi Jeffrey. Sebenarnya Jeffrey tidak mahu menghabiskan masa dengan Hana, tetapi dia perlu untuk bersama Hana, sekejap pun cukup. Jeffrey lebih suka berpoya-poya dengan teman-temannya yang lain. Bersama mereka keadaan lebih ceria dan menyeronokkan. Mereka semua hanya mahu menikmati masa muda ini. Begitu juga Jeffrey. Tetapi sejak mengenali Hana, Jeffrey rasa satu tarikan untuk perlu bersama Hana, walaupun sebenarnya dia tidak mahu bersama Hana. Ini membuat Jeffrey selalu marah dengaan Hana. Itu sebab sejak akhir-akhir ini dia cuba mengelak dari berjumpa Hana, Hana membuat dia rasa rimas dan terkongkong.
Hana mengeleng-gelengkan kepalanya. "Tak apalah Jeff. Tak apalah Jeff."
Dia memusingkan badannya lalu mengorak langkah hendak masuk ke dalam kantin. Sikap Hana yang sering mengalah membuat Jeffrey naik angin. Jeffrey merentap tangannya sehingga badan Hana berpusing kembali berdepan dengan wajahnya.
"Tadi kata nak cakap. Cakaplah. Hana buang masa Jeff saja. You know I am busy right now. Jeff banyak urusan sekarang ni.
Hah! Sekarang cakaplah!" tengking Jeffrey.
Hana menggosok tangannya. Sakit di rentap oleh Jeffrey.
"Tak apalah kalau sibuk, pergilah kat kawan-kawan Jeff. Mereka menunggu pulak." Hana sudah tidak sanggup untuk berkata apa-apa dengan Jeffrey. Dia juga berasa kecil hati, Jeffrey macam sudah lupa yang dia berjanji untuk bertemu Hana. Apakah Jeffrey dah lupa apa yang berlaku. Macam itu saja. Atau ini semua memang rancangan Jeffrey dan rakan-rakan. Jadi apa lagi yang Jeffrey hendak dengan dia. Lebih segera Jeffrey beredar, lebih mudah bagi Hana.
"Ini yang Jeff fed-up ni kalau dengan Hana. Asyik main tarik-tarik. Nak cakap-cakap lah. Boringlah." Lantas Jeffrey tarik tangan Hana dan di bawa Hana ke arah keretanya yang terletak di pejabat pentadbiran. Rakan-rakannya sudah beredar dari situ. Kemudian dia menolak Hana masuk ke dalam keretanya. Jeffrey kemudiannya membawa kereta itu keluar dari kawasan Kolej dengan lajunya.
Hana tidak terkata apa-apa. Muka Jeffrey masam. Takut Jeffrey memarahinya. Dia juga takut di marahi oleh Mak Chak nanti kerana mehilangkan diri begitu sahaja. Nasib baik pelajar tidak ramai kerana cuti semester.
****************
Jeffrey memberhentikan keretanya di suatu sudut yang sepi di Taman Tasik. Hana masih mendiamkan dirinya. Muka Jeffrey masam menunjukkan dia marah. Hana takut menambahkan kemarahan Jeffrey.
"OK. Apa dia yang Hana nak cakap."
"Apa lagi yang hendak Hana cakapkan?" jawap Hana perlahan. "Bukankah Jeff dan kawan-kawan Jeff sedang gelakkan Hana. Cukuplah Hana menjadi badut untuk Jeff semua."
"Apa Hana cakap ni? Bila masa Jeff ketawakan Hana dengan kawan-kawan Jeff."
Hana yang tunggu Jeff depan-depan semua orang di ofis tadi, mestilah semua orang kata. Hana bukan tak tau perangai dia orang macamana."
Hana memandang muka Jeffrey yang masih masam, cuba mendapat kepastian.
"Betui ke Jeff bukan gelakkan Hana tadi?"
"Adakah Hana nampak Jeff tengah gelak?" jawap Jeffrey dengan angkuh, menyampah bila dia di soal siasat begitu.
"Hah! Apa dia yang Hana nak cakap dengan Jeff tadi, sampai tak sempat-sempat tunggu Jeff habis urusan di pejabat tadi? Jeff sibuk sangat sekarang."
"Jeff yang janji nak hubungi Hana, tetapi Hana tunggu-tunggu tapi Jeff tak hubungi Hana. Hana rasa risau . Hana tak senang duduk."
"Apa yang Hana nak risau?".
"Jeff kata nak selesaikan masalah kita ni. Macamana?"
"Relaks lah Hana. It"s going to be all right. Apa masalahnya?"
"Hana rasa macam Jeff nak elak Hana." Hana keliru, Hana risau, dia mula menangis. Jeff jadi serba salah.
"Bukanlah Hana. Sometimes Hana buat Jeff rasa serba salah. Bukan Jeff nak avoid Hana. Asyik menangis, menangis saja. Boringlah!" Jeffrey mengelak-ngelak, cuba menyalahkan Hana dalam hal ini. Dia tahu apa yang Hana hendak cakapkan tetapi dia buat-buat tidak mengerti.
"Hana tau, diri Hana ini tidak ada nilai langsung pada Jeff. Tetapi Hana tidak boleh hidup tanpa Jeff."
Jeffrey hanya mendengar sahaja tanpa menjawap. Ini yang dia tidak mahu dengar. Rayuan Hana menyesakkan nafasnya. Dia memang cuba mengelak perkara ini. Dia tidak mahu berdepan dengan perkara ini. Hana meneruskan rayuannya lagi.
"Kalau boleh Hana nak ikut Jeff ke US. Tolonglah Jeff. Tolong Jeff, jangan tinggalkan Hana macam ni sahaja. Hana ni sudah tidak layak untuk sesiapa lagi. Hanya Jeff saja." Hana sudah macam tiada harga diri, merayu dengan Jeffrey. Dia malu sebenarnya. Tapi dia sangat terdesak.
"Ya Allah! kalau emak tahu Hana menjual maruah Hana sebegini rendah, meraung emak." Tetapi Hana terpaksa demi maruahnya yang sudah hancur.
"Hana, pleaselah,logik sikit. Jangan cakap benda yang mengarut lah."
"Macamana Hana hendak teruskan hidup ini tanpa Jeff." Hana meneruskan rayuannya.
Jeffrey naik rimas. Dia memang hendak mengelakkan perkara ini. Dia tidak bersedia dengan perhubungan seperti ini. Memang sepatutnya orang macam Jeffrey tidak terlibat dengan orang macam Hana. Jenis yang terlalu bergantung pada lelaki, jenis wanita yang lemah dan kuno. Sepatutnya Jeffrey terlibat dengan gadis macam Lily atau Mona, yang tahu macamana hendak berkawan dengan orang macam Jeffrey. Yang tahu bahawa perhubungan intim yang mereka lalui cuma sebagai hiburan untuk satu malam sahaja. Bukan satu malam kemersaan yang akan memerangkap Jeffrey seumur hidupnya. Bukan, Jeffrey tidak perlukan gadis macam Hana.
"Hana sayangkan Jeff?" Tanya Jeffrey, separuh mengejek. Kemudian dia sambung lagi dengan lebih berhati-hati.
"Then Hana kena korbankan sikit. Jeff nak pergi belajar. Ini untuk masa depan Jeff. Jadi Hana kena korban sikit. Hana fikir lah macamana Hana nak ikut Jeff. Ini pergi US, bukan pergi Penang ke Kelantan ke? Rasional sikit . Please….." Jeffrey tahu hanya pujukan lembut yang boleh buat Hana dengar cakap dia.
Hana terdiam, dia harus cepat sedar. Jeffrey tidak akan membawa dia ke US bersamanya. Memang itu mustahil. Jeffrey juga tidak akan meninggalkan cita-citanya demi untuk Hana. Jeffrey akan pergi juga walau bagaimana pun alasan yang Hana berikan. Hana sebenarnya ingin merayu agar Jeffrey sudi mengahwininya setelah apa yang berlaku, tetapi dari gerak geri Jeffrey, Hana tahu. Mesti Jeffrey menempelaknya jika itu permintaan itu diusulkan oleh Hana. Bagi Jeffrey apa yang berlaku malam itu hanya perkara enteng. Bagi Hana ianya satu perbuatan salah yang perlu di perbetulkan.
"Bila Jeff akan bertolak ke US?"
"2 minggu lagi."
"Jeff tidak boleh tangguhkan ke pemergian Jeff ini?"
"Don"t be ridiculous Hana. Semua telah di atur. Bukan boleh senang-senang Jeff nak cakap dengan ayah dan bonda yang Jeff nak tangguh. Hana ingat naik bas ke nak ke sana?" Perli Jeff. "Lagipun, this is my dream."
"Habis, Hana macamana?" Adakah gadis seperti Hana tidak mempunyai impian.
Jeffrey hanya fikirkan diri dia sahaja.
"Hana macamana? Asyik tanya macamana, macamana?" perli Jeffrey. Kalau boleh dia tidak mahu jadikan Hana masalah dia.
Hana diam lama setelah di perli Jeffrey. Jeffrey juga tidak berkata apa-apa. Dia sibuk mencari siaran radio keretanya, setelah mendapat siaran yang dia cari, dia bersandar di tempat duduk keretanya lalu mendengar alunan lagu inggeris yang berkumandang sambil mengetuk-ngetuk jarinya di stering kereta. Perangainya seperti acuh tidak acuh dengan dilema yang Hana hadapi.
"Baiklah Jeff, Jeff cakap dengan Hana sekarang jugalah. Senang macam ni. Jeff akui ajalah memang tidak mahu apa-apa perhubungan dengan Hana lagikan. Jeff cakaplah. Hana hendakkan kepastian. Tak apalah Jeff cakap aje. Hana ini sudah macam hampas pada Jeff. Betul tak? Tetapi Hana kena dengar ini dari mulut Jeff sendiri."
Jeffrey menghentikan ketukan jari di stering, dia mendiamkan dirinya.
"Hana tau Jeff memang tidak perdulikan Hana. Tidak seperti mana Hana sayang dengan Jeff. Jeff tahukan Hana betul-betul sayang dengan Jeff." Hana sudah seperti orang yang kalah, tiada maruah lagi. Dia merayu-rayu dengan Jeffrey. Jeffrey terus mendiamkan dirinya.
"Jeff cakaplah. Hana boleh terima. Tetapi Hana perlu dengar Jeff ucapkan sendiri."
Jeffrey terus membisu. Dia cuba selami hatinya dalam-dalam. Ini masa yang baik untuk dia melepaskan dirinya dari semua masalah berkaitan dengan Hana. Hana telah memberi jalan keluar kepadanya. Dia patut ambil peluang ini dan dia boleh bebas dari situasi yang merimaskan ini. Dunia baru menanti dia di US. Gadis-gadis lain lagi ramai boleh ditemuinya.
"Jeff cakaplah. Hana tidak boleh hidup macam ni. Jeff marah Hana bercakap-cakap dengan orang lain. Tapi Jeff tak ada janji apa-apa ikatan dengan Hana. Hana tak tahu di mana Hana duduk dalam hati Jeff. Hana bingung."
"So..," kata Jeffrey akhirnya setelah sekian lama mendiamkan dirinya. "Kalau Jeff bagi kata putus pada Hana hari ini. Sampai sini sahaja antara kita. Apa Hana nak buat?" perlahan sahaja suara Jeffrey sambil tangannya mencapai tangan Hana, lalu di genggamnya.
"Hana takkan ganggu Jeff lagi. Hana terpaksa meneruskan hidup Hana ini. Hana kena belajar hidup tanpa Jeff." Hati Hana seperti di toreh-toreh mendengar kata-katanya sendiri. Bagi dia hidup tanpa Jeff sudah tidak ada makna lagi. Tapi di hadapan Jeff dia cuba juga tabahkan hatinya. Kata-kata Jeff yang seperti acuh tidak acuh sudah cukup untuk menyayatkan hatinya. Lalu diulang pertanyaannya lagi, untuk menguatkan dirinya, menyedarkan dirinya, dia perlu satu kata muktamad.
"Hana hendak dengar dari mulut Jeff sendiri yang Jeff sebenarnya sudah tidak mahu berjumpa dengan Hana lagi dan perhubungan kita putus di sini. Cakaplah Jeff. Hana kena dengar semua dari mulut Jeff."
Jeffery termenung sambil berfikir. Kenapa hati Jeffrey tidak rela mengeluarkan kata-kata itu. Ini peluang yang baik untuk dia lepaskan dirinya dari perhubungannya dengan Hana. Dia akan ke US. Perhubungannya dengan Hana akan mejadi satu sejarah. Dia dengan kehidupan barunya di US dan Hana ...... Hana boleh mulakan hidup baru di kafetaria ini. Semester depan ramai lagi budak-budak baru akan masuk belajar. Hana boleh pilih sesiapa sahaja untuk menemani. Fikiran Jeffrey terhenti.
Kenapa tiba-tiba dia rasa jantungnya direntap dan dipulas-pulas. Hana dengan penganti barunya. Pengantinya yang akan memeluk tubuh Hana yang begitu lembut.
"Maksud Hana, selepas ini, semester depan Hana akan cari penganti Jeff lah?" Degup jantung Jeffrey terhenti ketika menilai kemungkinan yang akan berlaku. Sementara menunggu jawapan Hana. Rasa sakit di jantungnya, makin seperti di pulas-pulas. Hana terdiam mendengar kata Jeffrey. Tidakkah Jeffrey sedar, Hana sudah tidak layak untuk sesiapa lagi kalau bukan Jeffrey yang menyuntingnya. Tetapi nampaknya rayuannya kepada Jeffrey seperti mencurahkan air di daun keladi, sedikit pun tidak memberi kesan keapada Jeffey. Hana sudah tidak mahu mengharap, dia tidak mampu merendahkan maruah dirinya dengan merayu lagi, lantas dia berkata dengan perlahan hampir Jeffrey tidak dapat mendengar kata-katanya, "Bukan itu maksud Hana. Tetapi kalau itu dah di takdirkan. Apa yang Hana nak buat. Jeff pun tak nak Hana lagi.."
"Aduh!" jerit Hana. Tanganya tiba-tiba dicengkam kuat oleh Jeffrey .
"Sakit Jeff!"
Jeffrey tidak sedar dia telah mengenggam tangan Hana dengan begitu kuat untuk menghilangkan rasa sakit dalam jantungnya. Sebenarnya dia tidak tahu apa yang dia hendak, demi cita-cita, demi keseronokan remaja dan Hana. Sekarang ini nampaknya Hana menjadi penghalang kepada semua yang menyeronokkan.
Tapi Hana dengan orang lain, sesuatu yang dia tidak tidak dapat terima buat masa ini. Itu sebab dia tidak mahu fikirkan pasal Hana, cuba mengelakkan diri dari bertemu Hana. Dia mahu menguatkan semangat dia untuk pergi ke US. Dia tidak mahu kerana Hana, dia membatalkan hasratnya ke US. Sebelum bertemu Hana, inilah cita-citanya dan impiannya. Hana tidak boleh menjadi penghalang kepada cita-citanya. Hana tidak sebegitu penting dalam hidupnya sehingga dia sanggup membuang semua cita-cita dan impiannya selama ini. Dia ulangi lagi dalam mindanya untuk menyakinkan dirinya. Hana tidak begitu penting!
Tetapi Hana dengan lelaki lain? Satu pertanyaan timbul di hatinya. Kenapa bila Hana dengan lelaki lain membuat dia rasa jantungnya seperti di pulas-pulas. Kini Jeffrey pula yang agak bingung. Hana telah menjadi miliknya. Dua minggu sudah, Hana sudah menjadi miliknya dengan erti kata sebenar-benarnya. Sebenarnya masa intim antara dia dan Hana itu adalah sesuatu yang dia hargai. Tidak pula bagi Hana. Jeffrey tahu Hana menyesalkan perhubungan intim mereka itu. Bagi Hana itu semua adalah satu dosa.
Selama ini Jeffrey cuba mengelakkan diri dari bertemu Hana, tetapi kadang-kala fikirannya melayang di malam itu dan perhubungan intim yang terjadi antara mereka. Dia hargai masa itu walaupun dia sedar dosa yang telah mereka lakukan.
Apabila memikirkan orang yang akan bersama Hana, orang lain yang mendampingi Hana. Itu sesuatu yang dia tidak dapat menerimanya. Tetapi Jeffrey masih ingin bebas, dia tidak mahu terikat pada sesiapa di usia semuda ini. Jeffrey betul-betul di di persimpangan. Jeffrey tahu dia harus berkata sesuatu, Hana menanti Jeffrey berkata sesuatu.
"Hana kata Hana sayang dengan Jeff. Kenapa pulak cakap pasal orang lain?" Tanyanya perlahan. Hana sanggup ke orang lain mendampingi Hana seperti Jeff buat, macam malam itu?" Tanyanya perlahan. Bukannya Jeffrey menjawap pertanyaan Hana, Jeffrey mengelakkan dan memulangkan soalan lain kepada Hana.
Hana menangis, mengelengkan kepalanya.
"Hana bingung. Kadang-kala Jeff terlalu cemburu, kadang kala Jeff tidak perdulikan Hana. Hana terseksa macam ni. Ini pulak Jeff nak pergi US. Hana Macamana ? Kalau terhasil apa-apa dari perbuatan hari tu macamana? Hana bukan nak kongkong Jeff. Tapi Hana ni macamana?" Itu sahaja soalannya. Jeffrey terus membisu. Dia sedang berfikir lama-lama.
Dia bukan tidak tahu, Hana sebenarnya mahu Jeffrey menebus dosa mereka dan mengahwini Hana. Walau macamana pun dia tidak boleh mengahwini Hana. Mustahil dia akan berbuat demikian. Bonda tidak akan benarkan ini berlaku. Hendak minta Hana tunggu dia sehngga dia balik dari US, Jeffrey tidak boleh janji. Dia tidak pernah ada hubungan jangka panjanng. Jeffrey tidak boleh jamin dia akan kekal setia dengan Hana. Buat apa nak seksa suruh Hana tunggu dia.
Jeffrey masih mendiamkan diri. Setiap saat yang Hana tunggu untuk Jeffrey berkata sesuaatu makin menyeksa dirinya. Hana sedar dia kena menghadapi kenyataan ini walaupun pahit. Dirinya tidak cintai oleh Jeffrey sebagaimana Hana mencintai Jeffrey. Hana cuma seseorang untuk Jeffrey habiskan masa sebelum Jeffrey ke US. Hana sudah jadi hampas di mata Jeffery. Lebih cepat Hana menerima kenyataan ini, lebih baik bagi dirinya. Jika tidak terus-terusan dia akan dilukai oleh Jeffery.
"Oklah Jeff. Hana dah tanya banyak kali. Jeff pun tak nak bagi jawapan. Macam ni ajelah Jeff. Hana faham dan sedar. Hana ini bukan yang terbaik untuk Jeff, Hana akan akan jadi penghalang kepada masa depan Jeff yang cerah."
Hana dah tak sanggup lagi melihat Jeffrey asyik mendiamkan diri. Hana sudah puas merendahkan dirinya dengan merayu pada Jeffrey. Hana sudah macam tiada maruah lagi. Jeffrey terus menerus mendiamkan diri. Dia tidak bersedia untuk membuat apa-apa komitment pun dengan Hana.
Melihat Jeffrey yang terus mendiamkan diri tanpa cuba untuk meringankan seksaan jiwa raga nya, Hana rasa dialah yang perlu bertindak Dia sudah merayu, sehingga sanggup merayu agar Jeffrey bawa dia ke US. Betul ke dirinya yang merayu itu? Mana pergi maruahnya? Kalaulah emak tahu begini maruah anaknya yang sudah di pijak-pijak orang. Mesti emak malu. Yang menyedihkan, rayuannya tidak langsung diambil peduli oleh Jeffrey. Jeffrey seperti tidak dengar pun rintihan hatinya. Hanya terus mendiamkan diri.
"Baiklah kalau Jeff terus-terus mendiamkan diri, Hana terpaksa buat andaian Hana sendiri dan terpaksa menerimanya. Mulai sekarang kita anggap antara kita memang tidak ada apa-apa lagi. Hana terima. Hana rasa itu yang Jeff nak katakan juga cuba Jeff tak sampai hati betul tak?"
Jeffrey tidak berkata apa-apa, terkebil-kebil memandang Hana.
"Mulai sekarang Hana tidak akan ganggu Jeff lagi," air matanya deras mengalir. Hana menarik tangannya dari genggaman Jeffrey dan mengesat air matanya. Ruang kereta di rasakan terlalu sempit untuknya. Dia membuka pintu kereta untuk keluar.
"Nak ke mana Hana?" Tanpa disedari Jeffrey, tangannya didepakan tangan menghalang Hana dari keluar. Sepatutnya dia biarkan sahaja Hana keluar. Selesai masalahnya.
"Tak apalah Jeff. Hana nak pergi dulu." Hana menolak tangan Jeffrey yang sedang menghalang dia daripada keluar dari kereta. Namun Jeffrey tidak berganjak.
"Nak balik macamana?"
"Tak apalah Jeff. Jangan risau pasal Hana. Hana boleh menjaga diri Hana,"
Hana malu dengan dirinya sendiri. Dia sudah mengadaikan semua maruahnya hari ini. Malu! Malu! Malu! Tidak pernah emak dan ayah mengajar dia untuk merendahkan maruahnya sebegini. Dia lakukan demi rasa sayangnya pada Jeffrey. Demi menutup dosa mereka, demi anak yang bakal terbentuk, jika terhasil dari hubungan mereka itu, nauzubillah. Tetapi dia sudah tidak mahu merayu lagi.. Dia tidak mahu Jeffrey tengok dia menangis lagi. Lebih baik Hana beredar dari situ dengan segera. Hana bergerak untuk keluar dari kereta Jeffrey.
"Hana! Nanti dulu." kata Jeffrey.
Ditarik Hana dengan keras masuk semula ke dalam kereta. Didakapnya Hana dengn kemas sekali. Hana cuma menangis. Dakapan Jeffrey membuat dia lemah. Makin kuat dakapan Jeffrey, makin lemah azamnya. Hana cuba kali terakhir untuk menguatkan dirinya dan melangkah pergi. Dia harus pergi supaya hatinya tidak dilukai lagi oleh Jeffrey. Dia harus melangkah pergi sementara masih ada kekuatan dalam dirinya. Jika tidak hanya kedukaan berpanjangan yang akan menimpa dirinya.
"Tak apalah Jeff. Saya, Farahana Ghazali menerima hakikat ini. Kita bukan di takdirkan untuk bersama."
Rambutnya berbau harum. Tubuh Hana yang lembut, tempatnya adalah di dalam pelukan Jeffrey. Inilah yang sebenarnya, inilah yang sepatutnya terjadi. Pada ketika dan saat itu Jeffrey tahu apa yang dia mahu. Memang Farahana Ghazali sudah dapat menerima hakikat mereka tidak akan bersama, tapi Wan Jeffrey Wan Hisham tidak boleh menerima hakikat itu. Dia tidak boleh melepaskan Hana begitu sahaja. Walaupun dia tidak mahu perhubungan ini, walaupun dia tetap akan pergi ke US, walaupun dia tetap akan meninggalkan Hana, dia tidak boleh menerima perpisahan dengan Hana sebagai takdir mereka buat ketika dan saat ini.
hem that story giv me want to know what the next story hope plz continue this story fastly coz im really enjoy to read this story n need to know what will happen to hana after jefry left her.i hope author more to continue about hana n the study after this okk..
im really enjoy to read this...when next story to upload..n i think that author can create more about hana exp...her study be successfull n get a great job then jeffry not a budak kantin..again okk..hope continue this story fastly..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hem that story giv me want to know what the next story hope plz continue this story fastly coz im really enjoy to read this story n need to know what will happen to hana after jefry left her.i hope author more to continue about hana n the study after this okk..