Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Mana hotel kita?" Tanyaku sebaik sahaja kereta sewa yang dipandu oleh Irsyad berjalan.
"Kau ni tak abis-abis tanya pasal hotel. Mesti nak tidur." Rungutnya sambil matanya masih tidak berganjak di jalan raya.
Aku tersenyum. Sudah lama aku tidak bercuti di negeri Darul Aman ini. Hari terakhir aku pergi ialah ketika 5 tahun lalu iaitu ketika aku berusia 20 tahun. Aku masih ingat lagi detik-detik waktu percutian selepas habis menuntut di UKM. Tetapi kali ini lain kerana aku pergi atas urusan kerja.
"Kita pergi makan dulu. Pastu baru kita pergi check in bilik kita." Ujar Irsyad mematikan lamunanku. Aku hanya mengangguk. Kami berhenti di sebuah restoran yang bernama Rasa. Restoran itu menyediakan hidangan makanan laut. Bayarannya agak mahal tetapi berbaloi kerana makanannya enak.
Seterusnya kami pergi ke Pelangi Beach Resort untuk check in bilik kami. Tempatnya mewah dengan kolam renang dan berhampiran dengan pantai. Citarasa ayahku amat tepat. Kami berpisah mengikut haluan masing-masing untuk ke bilik. Biliknya tidak jauh dariku. Hanya selang beberapa bilik untuk ke bilikku.
Hari ini kami tidak akan ke tempat projek kerana hari sudah hampir malam ketika kami tiba. Katanya, enjoy dulu. Pintu bilikku diketuk sebaik sahaja aku selesai solat maghrib. Pantas aku mencapai tudung di tepi katil dan menyarungkan di kepalaku. Mungkin Irsyad. Aku membuka pintu. Sangkaanku memang tepat. Dia sedang tersenyum ketika aku membuka pintu. Dia memakai t-shirt lengan pendek dan hanya berselipar. Walaupun begitu, dia tetap kelihatan kasual.
"Jom, kita pergi pantai." Dia mengajakku sambil menunjukkan arah pantai yang tidak berapa jauh dari kami. Aku mengangguk tanda setuju. Kemudian aku keluar dari bilik dan mengunci pintu. Kami berjalan di gigi pantai sambil menghirup udara segar. Tenang dari kesibukan kota.
"Kan best kalau rumah aku tepi pantai." Suaranya memecahkan kesunyian di antara kami.
Aku tergelak. Jauh betul angan-angannya. "Kalau nak sangat, belilah rumah kat Langkawi ni." Gurauku.
Matanya membulat memandangku. "Kau ingat aku ada banyak duit?"Lantas kami tergelak.
Ketika itu, baru aku sedar, sudah lama kami tidak tergelak sebegitu sekali. Sejak kebelakangan ni, aku jarang dapat berjumpa dengannya. Aku sibuk dengan kerjaku dan dia juga sibuk dengan urusannya. Patutlah aku jadi sedikit kekok apabila bersama-samanya.
"Dah lama kita tak keluar sama-sama." Suaraku perlahan.
"Ha’alah, kau asyik sibuk je dengan kerja kau." Dia menyalahkanku.
"Hei, kau tu yang asyik sibuk dengan girlfriend-girlfriend ko." Rungutku.
Tiba-tiba, di antara kami sunyi kembali sunyi.
Dia memandangku. Pandangannya begitu redup. Matanya langsung tidak berganjak dari mataku. "So, kau jeleslah." Dia mendekatkan mukanya ke mukaku.Sengaja mengulangi ayatku tempoh hari.
"Mana ada." Aku kaget. Jantungku berdegup kencang.
Dia masih memerhatikanku. Sengaja ingin menambahkan lagi gundah di dalam jiwaku. Perlahan-lahan, aku mencapai pasir di kakiku dan baling ke mukanya. Aku tergelak. Lantas melarikan diri.
Aku hanya tergelak dan terus kembali ke bilikku sambil mengejeknya. "Padan muka!"
***********************************************
Pagi itu begitu indah. Bayu dari pantai menyapa tubuhku. Sesekali daun-daun kering berterbangan ditiup angin.
"Layla, awal bangun." Irsyad menyapaku dari belakang.
Aku tersentak lantas bangun dari kerusi yang aku duduk. Awal-awal lagi aku sudah bangun untuk menyiapkan diri. Sementara menunggunya, aku duduk di kerusi panjang berhampiran bilikku.
Aku hanya tersenyum.
Dia menghirup udara segar. "Hari ni kita tengok tempat projek. Lagipun cuaca baik ni."
Aku mengangguk. "Tapi kita tinjau tu tak lama kan? Maybe dalam dua hari camtu? Habis hari selebihnya kita nak buat apa?"
Dia tersenyum memandangku. "Kita enjoylah." Dia mencubit pipiku.
Aku mengaduh kesakitan sambil memuncungkan bibirku.
"Ha, itu balasan untuk malam tadi." Dia mengenakanku.Aku hanya menjeling tajam ke arahnya.
Seperti yang di rancang, kami melawat tempat projek. Aku rasa lega kerana semuanya tiada masalah. Kerja-kerja pembinaan dilakukan dengan baik sekali. Tetapi yang merisaukanku, hari untuk pulang sudah semakin dekat. Aku masih tidak puas berada di sini. Melihat keindahan alam.
Hari-hari yang berikutnya kami habiskan dengan melawat tempat-tempat pelancongan di situ. Kami melawat ke Snake Santuary, Telaga tujuh, Taman Buaya dan yang paling penting sekali, kami tidak terlupa menaiki kereta kabel. Itulah tempat paling istimewa di Langkawi.
***********************************************
Aku masuk ke bilikku dan terus baring di atas katil dengan pakaianku yang masih belum bertukar. Beg rodaku juga aku campak ke tepi katil. Penat teramat sangat setelah pulang dari Langkawi. Aku menarik nafas panjang sambil tersenyum lega. Inilah percutian yang paling indah buatku. Tidurku lena diulit mimpi indah pada malam itu.
hye there.. aku x thu la ko da plan seluruh cerite ne kn.. pi klu ko da plan bgs la.. pi klu ko blom aq harap ko x berhenti setengah jalan ye... sbb aq rse best sngt citer ne... different dri laen yg laen.. mksdnyer best la 2... btw plz dnt stop k.. thx! n btw ko ade blog x? huhu nice story..! 5_5 :)
Dah lama saya sambung tapi tak muncul2.. Tak taulah apa yang tak kene.. kalau nak tau sambungannya.. datglah ke blog saya.. baru lagi jadi saya tkde followers.. chentasuciemu.blogspot.com
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hai..
cik izz faizah..
ada blog x????
klu xde blog cpt2 la smbung dis story...
xsabar nk thu lorh...