Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Baru setitis air mata jatuh dipipi, segera aku menuju ke bilik air. Tidak. Aku tidak boleh menangis dan aku tidak akan menangis lagi. Air yang mencurah keluar dari pili aku tadah dan sapu ke muka. Kenapa perlu aku menangis dengan hal remeh macam ni lagipun aku sudah tekad untuk tidak menangis lagi selepas pemergian abang. Aku tidak akan menangis seperti waktu hampir dihalau mama dulu dan aku tidak akan menangis seperti ketika mendengar berita pemergian abang.Ya. Kalau dulu aku mungkin akan menangis kerana abang akan sentiasa ada..tapi sekarang..Ah..come on la Fatin! Hal ni bukan apa-apa dan ia tak akan menghalang cita-cita kau. Aku tatap senyumanku di cermin sehingga puas hati sebelum keluar untuk mengambil tuala dan masuk kembali.
Usai mandi, aku kembali ke ruang tamu. Rasanya elok saja tadi aku letak surat khabar tu dekat atas meja ni. Aku ingin habiskan baca artikel tu. Ini tak lain mesti Hafez yang ambil, takkan la si bell pula nak baca. Aku mengusap kepala bell sebelum beredar dari situ. Aku arahkan pula kaki ke ruang makan yang sudah pastinya hafez berada disitu. Elok juga ke dapur, lagi pun aku memang lapar..nak masak apa ya. Aku terus melangkah dan kelihatan hafez sedang melengung di meja. Apalah yang mamat ni tengah fikir agaknya.
" Mana paper tadi?" soalku membuatkan dia sedikit terkejut. Entah kemana berangannya mamat ni.
" Makan" balasnya membuatkan aku berfikir. Biar betul dia ni, dasyatlah kalau dia makan surat khabar tu. Aku memandang kearahnya dengan keningku hampir bertaut.
" Eh, tak. Ni..duduklah makan sekali" pintasnya sebelum sempat aku berkata apa-apa Aku memandang kearah sekotak pizza diatas meja. Oo..ni dah kira bagus, aku memang lapar dan malas nak memasak. Takkan aku nak tolak rezeki ni. Aku menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Hafez.
" Mana datang pula pizza ni?" tanganku sudahpun mencapai sepotong.
" Jiran sebelah kasi" jawabnya bersahaja. Aku sekeh juga mamat ni..ada hati nak buat lawak pula. Aku rasa dah cukup serius aku tanya soalan yang yang tak begitu penting itu tadi. Malas nak layan. Aku menarik surat khabar yang berada ditangannya. Elok sahaja dia pegang, aku tanya tadi boleh pula buat tak tahu.
" How do yo feel?" soalnya tiba-tiba. Aku tahu apa yang hendak dibangkitnya namun aku tidak berperasaan untuk bercakap tentang perkara tu.
"Masih lapar macam tadi" ujarku walaupun sebenarnya seleraku terbantut seketika bila mendengar soalannya. Mataku menatap kosong pizza ditangan sebelum dimasuk kemulut.
" Tak salah kalau kita luahkan perasaan dan kalau mungkin dengan menangis dapat luahkan,teruskan. Just go the way your heart desires"
Otak aku sememangnya masih dipenuhi artikel itu..aku tidak mahu dipengaruhi kata-kata Hafez dan aku tidak berminat untuk berbincang mengenai perasaan dengannya. Tiada orang selain abang yang mungkin dapat memahami aku.
"Hafez tak ada niat nak jadi abang, apalagi nak ganti dia..but if you need someone, Hafez boleh jadi pendengar yang baik" ujarnya seperti tahu apa yang aku fikirkan. Tak dinafikan dia memang sahabat Abang..tapi macam mana dia tahu aku selalu mengadu pada abang.
" Achik order lain ye" ujarku sambil menutup kotak pizza dengan sebelah tangan menyepit surat khabar. Kemudian aku capai pula secawan coklat panas di depan hafez sebelum terus berlalu dari situ. Aku tak boleh lama, lagi bagus rasanya kalau aku makan seorang dalam bilik.Cepat..! selamatkan diri dari sebarang ceramah..bebelan dan mungkin kaunseling percuma.
" Atau perlu lebih energy?" soal Hafez berserta tawa sebaik sahaja aku melangkah pergi.
" What ever!" Banyaklah dia punya energy.
**********
Berkali-kali aku ulang baca artikel tu dan berulang kali juga aku menatap gambar yang sama. Memang sah itu rekaan aku dan orang yang memakai itu adalah Eva. Seorang model yang tiba-tiba begitu popular.
Dengan surat khabar masih ditangan, aku berjalan kekatil dan berbaring disitu. Balang berisi marshmallow dimeja sisi aku capai sebelum kembali menatap helain yang hampir lunyai itu. Memanglah Eva ada tempah baju tu pada aku tapi..macam mana pula boleh ada dua. Macam mana baju yang sama boleh dipakai oleh dua orang yang berlainan sedangkan aku hanya buat satu sahaja.
‘pereka muda yang pernah memenangi anugerah pereka harapan semakin kekeringan idea..’ ‘Siapa yang tiru siapa’
Aku mengulangi ayat yang terdapat dalam artikel tersebut. Eh, tolong sikit ya..takkan la aku nak tiru dia yang baru pertama kali aku dengar namanya.Walaupun nama aku tidak dinyatakan secara terang dalam artikel ni tapi sudah semestinya semua orang akan tahu dari cara ulasan si penulis. Baru tahun lepas aku terima anugerah tu..tahun ni sudah jadi macam ni. Aku tahu, hal-hal remeh macam ni tidak sekali akan menjatuhkan aku tapi sedikit sebanyak menjejaskan impian aku untuk mendapat penaja bagi pertunjukan di Jepun nanti. Ini kali pertama masalah seperti ini timbul dalam kerjaya aku dan terus terang aku agak terkejut dan terkilan saat baca artikel tu pada mulanya. Aku rasa aku sudah cukup ikhlas dalam kerjaya aku selama ni.
‘ I tak sangka yang I boleh tersilap memilih pereka. I hanya percaya dengan kerja dia yang katanya bagus..’
Eva..takkan pula dia yang sengaja nak sabotaj aku? Untuk apa? Tak mungkin lah.. Aku pun baru kenal dia tapi kenapa dia buat kenyataan macam tu. Ah..tak boleh nak salahkan dia. Kalau aku jadi dia pun mesti tak selesa, tambah pula dalam majlis glamour yang dipenuhi wartawan.
Tapi kan..semakin lama aku tengok gambar si Eva ni..rasanya pertemuan di butik hari tu bukan yang pertama kali. Dekat mana ya aku pernah jumpa dia ni. Aku memejamkan mata, cuba sedaya upaya refresh kembali ingatan. Wait.. dia ni macam perempuan cantik dekat Bukit Merah dulu dan.. dia perempuan sama yang aku langgar masa dekat stesen LRT dulu..kalau tak salah aku la..betul la agaknya..mata..mulut..hidung..sama.Betul lah.. tak sangka ingatan aku boleh jadi sebagus ni. Tapi kalau aku pernah bertembung dengan dia pun, tak bermakna aku kenal dia ataupun dia kenal aku. Aku ni memang suka fikir yang bukan-bukan. Aku menarik selimut menutup seluruh tubuh. Kenapalah aku malas sangat nak pergi Butik hari ni. Nasib baik Hafez tak banyak tanya masa aku bagi kunci pagi tadi. Tapi kan.. memang teramat bosan bila duduk rumah macam ni. Nak buat apa ni..
**********
" Sorry, lambat" Marni tersenyum manis melihat Hafez sudah pun di situ. Restoran ini memang banyak kenangan bagi mereka. Mata Marni meliar melihat susun atur yang masih sama seperti dulu.Sebaik sahaja Marni mengambil tempat, seorang pelayan menghampiri meja mereka.
" Tak nak makan? Kalau tak sudi keluar..kenapa ajak" ujar Marni lembut bila Hafez hanya memesan air. Senyuman masih terukir dibibirnya.
" Why did you do this?" soal Hafez tanpa peduli kata-kata Marni.
" Do what?"
" Oh, please lah Marnieva..Stop all this nonsense!"
" Azfar.." Marni mencapai tangan Hafez namun segera Hafez larikan.
" It’s okay kalau you nafikan..so, I dah tak ada apa nak cakap" ujar Hafez lantas berdiri. Riak wajah Marni berubah.
" Okay..okay.. memang I yang rancang semua tu" Suara Marni mula berubah. Matanya mula berkaca. Hafez kembali duduk.
" But Why?" soal Hafez. Nampaknya telahannya benar.
" I love you Azfar..memang I teruk sebab sabotaj Fatin, tapi kalau I tak buat macam ni..you ingat I dapat jumpa you macam sekarang? Tak kan? I’m sorry ..I am really..really sorry..I mengaku dulu I silap memilih Armand. Please azfar..berilah peluang pada I.." Marni tertunduk.Air mata yang tertahan mengalir dipipinya.
" Apa pun..you tetap tak boleh buat orang lain macam ni" Nada Hafez tidak lagi setegang tadi.
" Tentang Fatin, I salah..I janji akan betulkan semuanya.."
*******
Selimut yang menutup seluruh tubuh, aku betulkan dan bergulung. Sekali sekala jadi ulat beluncas. Kepala aku masih berfikir tentang apa yang aku patut lakukan. Aku tak akan biar selamanya aku berada dalam kepompong seperti yang aku buat sekarang. Argh.. tak boleh nak fikir la sebab ulat beluncas ni tengah lapar. Aku berguling diatas katil, esok mesti ke butik. Tak tahan betul duduk rumah macam ni. Telefon yang berbunyi buat aku berhenti bergerak. Alah.. siapa pula yang berani kacau waktu aku bertapa ni. Jom! Fatin si ulat..angkat telefon. Aku terus berguling tapi entah macam mana pula boleh terjatuh dari katil. Kotak mancis punya telefon! Mengkhianati tuan..sakit belakang aku. Semua telefon tu punya pasal. Siaplah siapa yang telefon tu nanti.
bila nak sambung ni........dah lbh seminggu saya tunggu ni.....takut nanti ilag mut plak nak bca......cepatlah sambung............................................
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sy sgt suke cite ni...dh lame tggu...sy mmg mnt cte cinte pas kwin ni....syok....-suzee-