Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Itulah salah satu sebab Aaron sukakan kerja ini. Dia suka memanjat ke tempat tinggi. Menjadi satu kepuasan baginya apabila berada di satu tempat yang lebih tinggi dari orang lain. Di paras itulah dia menemui cinta barunya yang membawa kepada perubahan besar dalam dirinya. Sebab itu Aaron tidak berasa gerun untuk memanjat menara setinggi tujuh puluh lima meter dari aras laut. Sarung tangan dipakai untuk mengelakkan pautannya menjadi licin akibat daripada peluh yang keluar. Hampir lima belas minit memanjat tangga besi itu dia sampai ke puncak. Dikenakan kembali kaca mata hitamnya. Dikeluarkan kompas dari porch yang melilit dipinggang dan dia mula mengambil bacaan. Tapak projek itu terletak di kawasan pedalaman dan berbukit bukau. Sayup di kejauhan di sebelah kanannya dia melihat lebuhraya menuju kearah timur membelah banjaran Titiwangsa. Kearah kiri pemandangan bandaraya Kuala Lumpur. Dia mengambil beberapa keping foto melalui kamera digital. Hampir setengah jam dia berada paras tinggi itu. Mengagumi kebesaran Tuhan. Namun Aaron masih tidak berganjak untuk turun walau matahari semakin meningkat naik. Kulit putihnya kemerah-merahan dibakar oleh sinaran matahari yang semakin terik. Telefon bimbitnya berdering.
"Kamu semua tunggu sekejap."
"Aaron..."
Tersentak Aaron mendengar suara di hujung talian.
"Papa..."
Hanya itu yang dapat di ungkapkan olehnya.
"Aaron. I will fly to KL this weekend and I wish to stay at your place." Ujar papanya.
"Ok papa."
"See you son."
Itu sahaja? Kenapa suara papa tidak ceria? Papa sudah tahukah? Soal Aaron di dalam hati.
Sekali lagi telefon bimbitnya berdering. Laju Aaron menjawab panggilan tersebut.
"Papa. I’m sorry..."
"Err... Bro, ini Rizal lah. U lama lagi ke kat atas?" Merah mukanya menahan malu. Nasib baik bukan berhadapan.
"Oh. Em.. Tak. Nak turun dah. Tuggu jap." Ujar Aaron. Gugup kerana malu. Hampeh. Buat malu diri sendiri je. Mesti diorang ingat aku rindu kat papa aku. Tapi memang pun.
Sebelum beredar sempat Aaron menukar bajunya yang dibasahi peluh. Memang menjadi kebiasaannya menyimpan dua helai baju simpanan di dalam kereta kerana dia tidak selesa dengan keadaan peluh melekit dibadannya. Usai mengunci pintu pagar di tapak projek tersebut mereka berlima berlalu menaiki pacuan empat roda ke bandar berhampiran. Aaron sendirian manakala mereka berempat menaiki kereta yang sama. Restoran masakan melayu bercirikan kampung menjadi pilihan kumpulan dari CME itu. Dia hanya mengikut mood temannya kerana dia faham mereka orang Melayu. Tentu menjadi pilihan untuk ke restoran seperti ini. Sebaik memarkir kereta tidak jauh dari restoran tersebut Aaron melangkah sambil kepalanya ligat memikirkan tentang papanya. Tidak semena-mena dirinya terlanggar seorang wanita dari arah bertentangan.
"Maaf."
"Sorry."
Serentak mereka berkata. Masing-masing membalas pandangan.
"Encik."
"Puan."
Lagi sekali mereka bertembung menuturkan perkataan. Akhirnya sama-sama mereka tertawa. Terasa lucu dengan apa yang terjadi.
"Encik...\"
"Jangan panggil saya encik please. Saya Aaron.."
"Okay. Saya Hani..." Mereka membalas senyuman.
"U punya kereta sudah okay ke?" soal Aaron. Cantik. Pujinya di dalam hati.
"Kereta saya okay je. Sikit je rosak tapi saya tengok kereta awak teruk juga." Ujar Hani.
"Well, I baru balik dari site dekat area sini and singgah lunch sekejap. Ada lah kawan-kawan ikut juga. U pula dari mana? Where is your cute little boy?" Aaron memandang tepat kearah seraut wajah yang bersih dan tenang itu.
"Em, saya ada family kat sini. Dari rumah diorang lah ni. Hari ni baby tak ada. Tapi terima kasih lah ajakan tu. Saya nak gerak dulu. Ada hal."
"Okay. Ada masa kita jumpa lagi."
"Correction. Ada jodoh lah." Ujar Hani sambil tersenyum sipu.
"Oh. Okay. Saya dah silap. Ok lah Hani minta-minta ada jodoh." Tutur Aaron sambil terseyum.
"Ok." Hani berlalu pergi meninggalkan Aaron yang masih tercegat memerhatikan Hani melangkah sehingga bayangnya hilang di sebalik orang ramai yang lalu lalang di kaki lima kedai itu.
"Hani." Desis Aaron di dalam hati.
------------------------------
"Papa..." Laung Aaron seraya memeluk papanya yang baru tiba dari Perancis. Papanya membalas erat pelukannya.
Keadaan di sekeliling yang hingar bingar tidak diendahkan oleh mereka berdua.
"Aaron, are u living at the same place?"soal En.Lee kepada anak bongsunya.
"Yes papa. I have no idea to move somewhere else." Jawab Aaron. Tangan kirinya menarik beg troli papanya.
"Son, papa tak marah..." Ujar papanya. Pandangannya terarah kehadapan.
"Papa, u must be tired. Let’s talk about this later okay. Now, welcome home papa."ujar Aaron. Kata-kata itu disambut dengan ketawa kecil oleh papanya. Ketika melangkah keluar ke pintu utama Aaron seperti mengenali wanita yang sedang asyik berbual dengan seorang lelaki.
Hani... Siapa lelaki tu? Mesra. Ah, mungkin dia sudah bersuami. Lagipun hari tu ada bayi. Mungkin itu pun anaknya juga. Ahh,kenapa aku asyik fikir pasal dia? Okay, relaks dan jangan fikir lagi. Buang masa je.
Pap!! Tepukan lembut di lengannya mengejutkan Aaron yang sedang memandu.
"Anything son?" soal papanya. Dari mula Aaron memandu sehingga kini dapat dilihat anaknya tidak memberi tumpuan. Seperti memikirkan sesuatu.
Ah. Papa masih tidak tahu apa yang berlaku antara aku dan Steph.
"Err papa.. We broke up. She couldn’t stand anymore." Ujar Aaron. Ada nada sayu kerana mengenangkan wanita yang dicintai tidak mahu turut berkorban bersamanya.
"I know its hard son. But I’m sure there will be a good woman for you. Cheer up son because tonight I’ll be the chef." Ujar papanya sambil ketawa besar.
Sengaja. Untuk mengurangkan kesedihan anak lelaki kesayangannya. Dan Aaron turut sama tertawa. Malam itu selepas menikmati hidangan makan malam papanya mengajak Aaron berbual. Terlalu banyak perkara yang ingin disampaikan oleh papanya. Malah Aaron juga.
"Aaron, four years. I just can’t believe it. Almost four years u keeps this secret." Ujar papanya sambil jarinya menunjukkan angka yang disebut. Namun,tiada nada marah. Aaron sudah menjangkakan soalan ini akan keluar dari mulut papanya. Namun, dia sudah bersedia sejak dari awal dahulu untuk berdepan dengan situasi seperti ini.
"Papa, Aaron bukan nak sembunyikan tapi Aaron tak ada kekuatan nak bagitau kepada semua tentang hal ni. I’m afraid to see your reaction, Nelly reaction. And I’m not sure about mummy. If she still alive will she accepts the truth? I’m afraid to lose all of you..."
"Son, papa tak suruh kamu sembunyikan perkara ni. Papa cuma mahu kamu berterus terang. Lagipun papa tahu kamu tak akan berubah. You still my little grimy boy when u has a cheese cake around. Isn’t it? " ujar papanya berjenaka.
Itulah sebab mengapa Aaron takut memberitahu hal yang sebenar kepada papanya. Walaupun papanya seorang yang sangat memahami Aaron takut apabila kebenaran diketahui papanya akan berubah sikap dan enggan menerimanya sebagai anak. Namun setelah melalui malam yang ceria bersama papanya dia tahu dia masih anak kesayangan papa.
Reza : Hann… R u there?
Lama dia menunggu balasan daripada Hann. Arrgghh.. dah lama Hann aku tiada tempat untuk mengadu. Semuanya aku pendam dalam hati. Aduh tensionnya. Reply lah Hann..
Reza : Hann, I want to meet u...
Setelah bosan menanti jawapan daripada Hann dia menutup komputer riba dan merebahkan diri di atas tilam yang empuk. Eh, aku tak solat Isyak lagi...
Bingkas dia bangun dari pembaringan dan melangkah ke bilik air. Usai solat lama dia duduk berdoa. Berdoa untuk mendapat keredhaan, keberkatan dan keampunan dari Yang Maha Esa. Tidak lupa untuk keluarganya. Dia kembali duduk di birai katil dan mencapai sebuah buku tazkirah. Sudah dua kali dia ponteng kelas kerana ada urusan di luar daerah. Minggu ini dia tidak mahu ponteng lagi kerana baginya kelas ilmu sebegitu amat bermanfaat dan menjadi satu kerugian jika tidak dapat menghadirinya.
----------------------------
Terpana Hani apabila mendengar anaknya memanggilnya umi. Perkataan yang selama ini ditunggu oleh setiap ibu yang pertama kali mempunyai anak. Tapi sayang kegembiraan itu tidak dapat dikongsi bersama Syahrul. Jika tidak pasti suaminya tidak melepaskan peluang merakam detik-detik indah ini. Hani tidak mengeluh. Dia redha dengan ketentuan Ilahi. Semasa dia menerima berita tentang kematian arwah dia tidak mengalirkan walau setitik air mata. Dia terpaku. Terkejut dengan berita yang baru di ketahui. Semuanya dihadapi dengan tabah. Namun, air matanya mengalir apabila dirinya disahkan mengandung setelah tiga minggu arwah disemadikan.
"Aqil dah pandai sebut umi ye. Sayang anak umi..."
Di dukung anaknya yang berusia sembilan bulan dan pipi bayi tersebut di kucup beberapa kali. Anak itulah harta paling bernilai bagi Hani. Dia sanggup melakukan apa saja demi buah hatinya yang tersayang.
"Esok ikut umi pergi kerja ye sayang. Now, time to sleep little boy..."
Di baringkan bayinya sambil telapak tangan kirinya mengusap kepala si kecil tersebut. Tingkah itu menjadi rutin semasa menidurkan anaknya. Bayinya juga lekas tidur apabila Hani berbuat demikian. Entah berapa lama dia berbuat demikian sehingga dirinya sendiri terlena...
ala cite nie pasal org dah khawin ngan org belum khawin ke.kira cite org tua la
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hani??mst die ni yg jd heroin kan..???