Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dalam diam, terasa air mata bertakung di kelopak mataku. "Berangan ape tu Cik Zaira? Teringat buah hati ke?" sergah Aina. Hampir menitis air mataku! mujur aku sempat mencapai sehelai tisu di atas meja. "Pandai la kau Aina, aku tengah feeling dengar lagu ni la" balasku sambil menanggalkan headphone yang terpakai di kepalaku dan mengesat air mata yang tak sempat gugur. "Kau jangan nak coverline la Zaira, aku tau kau rindu kat mat saleh celup tu, kan? Aina membalas dengan senyuman manis sambil beredar ke pantry. Sabar Zaira, inhale…
Sudah bertahun-tahun aku menunggu dia pulang. Adam Zafir McSmith, anak kacukan Melayu-Inggeris yang aku kenal 15 tahun dahulu. Semuanya bermula apabila keluargaku menjadi jirannya ketika di Birmingham. Kedua ibu bapaku melanjutkan pelajaran di England sewaktu aku berusia 10 tahun, dan dari usia itulah aku mula berkenalan dengan Zafir. Pada awalnya aku sukar menyesuaikan diri di tempat baru, tambahan pula dengan Brummie accent yang menyukarkan aku memahami pertuturan masyarakat di sana. Tapi Zafir tak pernah lelah mengajar aku, dan sebagai balasan, aku pula perlu mengajar dia bertutur dalam Bahasa Melayu. Tak ubah seperti ayam dan itik, tapi itulah titik permulaan persahabatan kami.
Hampir 5 tahun di England, mama dan abah mengambil keputusan pulang ke Tanah Air. Aku kecewa pada mulanya, kerana aku sudah serasi dengan kehidupan di sana, dan untuk pulang ke Malaysia, bermaksud aku akan berpisah dengan sahabatku, Zafir. Rutin harianku pasti berubah selepas itu, tiada lagi jogging di waktu petang, tiada lagi lawatan ke muzium dan galeri seni pada hujung minggu, dan tiada lagi teman menonton wayang setiap kali filem baru ditayangkan. Zafir turut menyatakan yang dia akan kehilangan kawan, dan dia berjanji untuk datang ke Malaysia sebelum dia melanjutkan pelajarannya ke universiti.
Kehidupan di Malaysia tidak banyak berubah, walaupun 5 tahun aku dibesarkan di England, aku masih mampu menyesuaikan diri dengan cepat pada sistem pembelajaran di Malaysia. Masalahnya cuma satu, setiap kali matapelajaran Bahasa Inggeris berlangsung, aku lah pelajar yang akan mendapat jelingan tajam pelajar-pelajar lain. Bukan niatku untuk berlagak, tapi 5 tahun sudah cukup membuatkan lidahku lentur mengikut dialek Inggeris. Maaf ye kawan-kawan, tak berniat pun…
Sepanjang aku di sekolah menengah, aku sering berhubung dengan Zafir melalui e-mail, dan pada cuti panjang selepas peperiksaan SPM, dia telah mengkhabarkan berita yang aku nantikan 2 tahun lamanya. Malah, berita yang aku terima adalah lebih baik daripada apa yang aku harapkan. Dia dan keluarganya akan berpindah semula ke Malaysia. Saat itu, aku lah insan paling gembira, aku akan berpeluang melakukan semua aktiviti yang kami gemar lakukan ketika di Birmingham. Cepatlah pulang Zafir! I miss you dearly.
Mungkin pada usia 17 tahun, aku masih terlalu mentah untuk jatuh cinta. Aku sedar mata-mata yang memandang setiap kali aku keluar berdua dengan Zafir. Ada sahaja perempuan yang tersengih-sengih ingin berkenalan dengannya, tapi Zafir tetap cool. Tak pernah pula aku melihat dia menggunakan wajahnya untuk mendapatkan mana-mana perempuan. Memang banyak perubahan pada dirinya selama 2 tahun kami tidak berjumpa. Dia semakin tinggi, rambutnya yang perang dan dipotong pendek itu menyerlahkan anak matanya yang biru. Zafir lebih mewarisi ciri-ciri Inggeris ayahnya berbanding ibunya. Mungkin juga kerana ibunya, Aunty Sophia, merupakan kacukan Melayu-Cina, membuatkan wajah Zafir memang manis dan menarik pandangan mana-mana gadis remaja. Tapi aku hanya mampu memandang dia sebagai seorang kawan.
Hanya setahun setengah dia berada di Malaysia sebelum dia mengambil keputusan untuk menyambung pengajiannya semula di University of Birmingham. Pada mulanya aku jadi marah, sedangkan di Malaysia terlalu banyak IPT, perlukah dia kembali ke tempat kelahirannya untuk ke universiti? Tapi aku hormati keputusannya, sedangkan dia tidak pernah masuk campur dalam pilihanku untuk belajar dalam bidang sastera inggeris, takkan aku pula menghalang cita-citanya menjadi seorang arkitek.
Beberapa hari sebelum dia pulang ke Birmingham, dia mengajak aku untuk keluar jogging. Seperti biasa, aku tidak menolak pelawaannya. Selepas berjogging, kami berjalan bersebelahan tanpa sebarang kata, kedua-duanya lebih senang melayan perasaan masing-masing. Dan sedang aku leka memerhati orang ramai beriadah, dia menarik tanganku perlahan untuk duduk di sebuah bangku. Buat pertama kali selepas hampir 10 tahun kami berkawan, aku berasa kekok dengan perbuatannya itu. Hati aku menjadi berat mengenangkan perpisahan kali kedua yang bakal kami hadapi.
"I'm going to miss Malaysia you know. Tapi kalau ada peluang, Zafir balik lah masa cuti semester nanti, ok?" nadanya seakan memujuk. Seolah-olah dia tahu, aku benci kehilangannya. "What if you found yourself a girlfriend back in Brum? Mesti lupa terus pada Malaysia kan? And this friend of yours…?" aku bertanya seakan menunjukkan rasa protesku. "Zaira,remember the e-mail thatI forwarded to you?" balasnya. "Which one? I still have hundreds of emails from you." Antara acuh dan tidak aku bertanya. "Wanita ibarat sebiji epal? Masih ingat? " dia cuba mengingatkan aku. Segera aku cuba mengingati isi kandungan e-mail tersebut, tapi apa kaitan dengan soalan aku tadi? "And your point is…?" aku mahu dia menjelaskan maksudnya yang tersirat. "I think i have found that particular apple on top of the tree, and I want to have it. Tapi bukan sekarang. I need to have a stable life, a future. Then only, will I think about having a girlfriend, you silly!" dia mencuit daguku dan tertawa. Aku tak pasti apa maksudnya. Otak yang segar selepas berjogging nampaknya gagal mencerna maksud kata-kata Zafir tu. Usai tawanya, dia mengajak aku pulang ke rumahnya untuk bersarapan.
Seharian aku membantu dia mengemas barang-barang yang akan dibawa, meskipun tidak banyak yang akan dibawa, masa yang diambil lama kerana Zafir sering mengusik aku dengan jenakanya. Dua hari sebelum dia berlepas ke Birmingham berlalu dengan begitu pantas. Entah kenapa aku berat hati untuk melepaskan dia pergi. Atau mungkin aku takut melepaskan sesuatu yang bukan milikku? Malam itu, aku mengikut keluarganya ke lapangan terbang. Walaupun kami tiada hubungan yang lebih daripada sebuah persahabatan yang akrab, aku tidak pernah kekok bersama keluarganya, seolah-olah aku sebahagian daripada keluarga itu dan dia sebahagian daripada keluargaku. Uncle Zarith, Aunty Sophia dan adiknya, Sarah melayan aku cukup mesra.
"This is for you" dia menghulurkan sebuah kotak kecil bersampul pembalut bewarna hijau lembut kepadaku. "it's nothing much, but incase if you miss me…" dia menyambung. Air mata di kelopak mataku sudah mula bertakung. Bodohnya aku kerana tidak membelikan apa-apa untuk dia! Entah bagaimana aku boleh terlupa. Mujur aku terpandang key-chain berbentuk monumen Perrott's Folly yang tergantung pada begku. Key-chain yang aku beli dahulu ketika kami melawat sebuah galeri seni. "I have nothing in return, but do you still remember the time we bought this?" aku tidak menoleh sedikit pun ke arahnya. Sambil menahan air mata daripada jatuh, tanganku ligat cuba menanggalkan key-chain tersebut daripada begku. Akhirnya, Zafir yang menanggalkan key-chain tersebut daripada begku. Pastinya kesedihan aku terpancar ketika dia melihat tanganku yang menggigil ketika cuba menanggalkan key-chain tersebut. Akhirnya dia pergi juga, dan kali ini dia membawa separuh hatiku bersamanya. Ataupun, hanya aku yang telah memberikan separuh hatiku kepadanya. _______________________
5 tahun berlalu, dan aku tidak lagi mendengar khabar berita darinya. Setahun dia di sana, kami semakin jarang berhubung, dia tidak pernah pulang bercuti dan kali terakhir aku mengirim salamku padanya melalui Sarah ketika mereka sekeluarga berpindah semula ke Birmingham 3 tahun yang lalu. Aku benar-benar terluka, tapi aku hanya mampu meluahkan perasaanku pada adikku, Hana. Hanya dia yang tahu bahawa aku menyedari perasaanku sebenar pada Zafir ketika malam dia berangkat. Dan hingga hari ini, hanya Hana yang tahu aku mencintai Zafir dan menunggu dia pulang ke tanah air. Aku tahu, penantian aku mungkin tiada penghujungnya. Mama dan abah juga sudah mula bertanya soal jodohku. Tapi aku masih mahu menunggu Zafir, walau usiaku kini menginjak 25 tahun. Hanya alasan demi alasan mampu ku berikan, tapi perasaanku pada Zafir masih menjadi rahsia daripada pengetahuan mama dan abah. Lamaran demi lamaran aku tolak demi Adam Zafir.
Semalam Aina berjaya mengorek kisah aku dan Zafir. Semua gara-gara kesilapanku apabila dia terlihat aku membuka semula nota yang diberikan oleh Zafir bersama pemain mp3 yang dia hadiahkan kepadaku. Memang satu kesilapan bila sesuatu seperti itu berlaku, Aina terkenal dengan mulutnya yang banyak celoteh, habis semua rahsiaku di bongkar. Mujur saja dia tidak membaca nota itu sekuat hatinya di pejabat semalam.
Dear Zaira,
Remember the apple on top of the tree? To me, it is you. I may not be brave enough to get you today, but wait till I have owned the braveness. Don't you ever lower down your dignity to get some love from a man. Give me the chance to be the man in your life. Wait for me, and I will come for you. I will take you from the top of that tree in the sweetest way. This I promise you.
Your knight in shining armor, Adam Zafir McSmith
Nota tersebut disertakan dengan pemain mp3 yang berisi lagu-lagu kegemaran aku. Lagu pertama ialah lagu nyanyian Nsync, This I promise you. Selainnya, lagu-lagu yang kami kongsi bersama ketika membesar di England. Dengan apa yang dia berikan, aku mampu menunggu dia pulang, walaupun berpuluh tahun lagi. Hana sering menganggap perlakuanku seperti si dungu. Dia merasakan Zafir sudah melupakan aku, dia hanya mempermainkan perasaanku, menipu aku dengan kata-katanya. Tapi entah kenapa, hatiku merasakan sebaliknya. Pasti ada sebab dia masih belum pulang. Mahu sahaja aku menjejaki dia di sana, tapi aku masih belum mampu dengan gajiku yang kecil sekarang. Suatu hari nanti. Mungkin. ______________________________
Suatu hari, sepulangnya aku dari pejabat, aku di sambut dengan senyuman Hana yang tak ubah umpama kerang busuk di pintu pagar. Apa kena adik aku ni? "Along, I was wrong." Katanya sambil menghulurkan sepucuk surat bersampul biru. Jantungku hampir gugur melihat alamat pengirim. Perlahan-lahan aku membuka sampul surat itu, sedang seribu soalan mula menari ligat di dalam mindaku.
Sepucuk surat yang meleraikan segala kegusaran aku selama 5 tahun. Zafir menyampaikan berita kepulangan Uncle Zarith dan Sarah ke Rahmatullah 2 tahun yang lalu akibat sebuah kemalangan. Kemalangan yang juga meragut semangat dan kekuatan Aunty Sophia. Aku turut bersedih dengan kehilangannya, dan aku bersyukur kerana kesabaran aku selama ini punya hikmah tersendiri. Dia mengambil masa yang lama untuk menghubungiku kerana dia tidak mahu aku melihatnya sebagai seorang insan yang lemah. Beberapa bulan selepas dia mengirimkan surat tersebut, dia pulang bersama ibunya. Tiada lagi penantian, pernikahan aku dan dia berlangsung secara sederhana. Kami sekeluarga menetap di Malaysia hampir setahun sebelum Zafir mendapat panggilan kerja di Birmingham.
Hari ini, sekali lagi aku menjejakkan kaki di bumi Birmingham bersama cahaya mataku, Sarah Aliya binti Adam Zafir McSmith. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan aku seorang suami setabah Zafir, seorang yang berpegang pada janjinya dan meletakkan kedudukan tinggi buat wanita yang di kasihinya.
Sayang, this I promise you...
When the visions around you, Bring tears to your eyes And all that surround you, Are secrets and lies I'll be your strength, I'll give you hope, Keeping your faith when its gone The one you should call, Was standing here all along..
And I will take You in my arms And hold you right where you belong Till the day my life is through This I promise you
Two thumbs up! Susunan ayat cantik dan cerita menarik. Teruskan usaha supaya boleh menjadi seorang penulis yang professional satu hari nanti. InsyaAllah.
it was a very goodjob.. i really2 luv it!!.. cara pnyampaian yg dkurangkan dgn pnggunaan dialog mcm tw mmg bes.. scara automatiknya,pmbaca akan lgi mghayati apa yg ingin dsmpaikan.. ska sngat.. de karya anda yg lain??
he is such a sweet man coz he did protect zira's dignity with his love...aww...so sweet...and every woman in earth will always love to have that kind of man in their life..he is zaira's knight in shining armor..love to have it too..
Halu..actually citer agak menarik but...kkdng kan mmbuatkan sesetengah pembaca boring...mendatar saja... ayat yg digunakan hampir perfect.. try to be the best... gud luck...
best...sapa kata tak best... lelaki yang diimpikan oleh setiap wanita, tapi siapa yang dapat bertahan untuk menunggu sekian lama.... love has all the answer.... good lck
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Nak Zafir gak!
my knight in shining armor!!!!!!!!