Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Setelah hampir seminggu menghilangkan diri,aku pulang malam itu.Aku lihat Maria sedang sibuk menghidangkan makan malam. Wajahnya hambar dan kosong sekali. Aku melabuhkan badan ke sofa. Memberi sepenuh perhatian pada ulasan pemberita di kaca television. "Abang,mari makan."Suara Maria mematikan perhatianku. Aku bawa langkah ke meja makan. Duduk bertentangan dengannya. "Abang ada sesuatu nak cakap." Aku mula bersuara. Maria masih tenang menyuap makanan. Aku lihat matanya. Ada tompok derita dibalik mata bersinar itu.Sukar untuk aku meluahkan niat sebenar. Tapi aku tetap akan memberitahunya apa yang bernyanyi-nyanyi didalam hati aku saat itu. "Abang nak failkan…"belum sempat aku menghabiskan kata-kata. Mata maria memandangku. Matanya sayu menahan derita dijiwa. "Kenapa?"tanya Maria ringkas dalam nada yang cukup perlahan langsung tidak menunjukkan perasaannya terganggu disaat itu. Aku… Aku ingin lari dari soalan kenapanya. Aku bangun mengangkat pinggan ke dapur meninggalkan Maria.Sekembalinya aku dari dapur,Maria masih dimeja makan. Kaku. "Kenapa abang tak jawab kenapa?"aku melepaskan keluhan dan melangkah menuju ke ruang tamu. Sekali lagi soalannya aku endahkan. "Abang bukan lelaki!" marah Maria tiba-tiba. Aku hanya membatukan diri. Aku dengar tapak kakinya deras memanjat tangga. Mungkin ke bilik dalam perangkaanku. Malam itu kami tidak bertegur sapa. Maria hanya mendiamkan diri membelakangi aku. Aku tahu dia ingin tahu kenapa. Tapi aku tidak kejam untuk menjawab soalannya. Aku tidak mampu bersuara untuk menyatakan aku telah jatuh cinta pada Riana dan aku tidak lagi mencintainya. Kerana yang pasti jawapan itu pasti lebih melukai Maria.
Tanpa sedikit rasa kasihan dan rasa bersalah,aku tetap mendraftkan penceraian dimana Maria akan memiliki rumah dan kereta kami serta 30% dari share syarikat. Didepanku surat perjanjian itu Maria koyak lumat. Berterbangan cebisan-cebisan kertas perjanjian di atas katil. Dari detik itu,wanita yang telah 10 tahun mencurah bakti dan menemani hidupku bagaikan orang asing. Kami hidup sebumbung dan sebilik tapi kami bersendirian. Saat memandang wajah murungnya,rasa bersalah mula menyelimuti hati. Terasa bersalah diatas setiap penat lelahnya,tenaga dan kasih sayang yang dia curahkan aku sia-siakan tetapi aku tidak berdaya menarik balik keinginan hati. Aku terlalu mencintai Riana. Maria menangis semahunya didepanku disaat aku memberitahunya kisah cinta aku dan Riana. Itu telah aku jangkakan dari mula. Bahunya aku pegang. Semoga dia mampu menerima kenyataan penghujung perkhawinan kami.Tangisan Maria sedikit sebanyak menyentuh jiwa lelakiku. Namun aku lega,segalanya berjalan dengan lancar dan saat-saat bahagia yang aku impikan untuk bersama Riana semakin cerah.
Pada hari berikutnya,aku pulang lewat dan Maria masih duduk diatas meja tulis. Mengarang rangkap-rangkap ayat di sehelai kertas putih. Aku yang keletihan setelah sehari suntuk melayan kerenah Riana terus terlelap tanpa menghiraukan Maria.Suatu masa aku terjaga dan Maria masih dimeja tadi. Dia masih menulis atau mungkin berkerja. Aku tidak terasa seperti ingin menegurnya. Aku memalingkan tubuh dan terus lena hingga ke pagi. Dipagi itu selesai bersarapan Maria menyuarakan syarat-syarat penceraian yang dibuatnya. Sehelai kertas diberikan padaku.Maria tidak mahukan apa-apa. Permintaannya yang tertulis sangat mudah,dia hanya inginkan 2bulan sebelum kami bercerai.Cuma 2 bulan.Didalam jangka masa 2bulan itu Maria minta supaya kami menjalani kehidupan seperti biasa sebaik mungkin seperti keluarga-keluarga yang lain. "Kenapa awak nak saya buat macam tue?"tanyaku. Jawapannya sangat mudah.
"Ikram ada peperiksaan bulan ni. Bulan depan hari kelahirannya.Saya taknak pelajarannya terjejas kerana masalah kita." Aku mengangguk faham serentak menerima syarat mudahnya itu.
Tetapi bukan setakat itu. Maria ada satu lagi permintaan. Dia meminta supaya mengulangi semula saat hari pertama dia bergelar isteri. Dia meminta aku mengendongnya setiap hari selama 2bulan dari pintu bilik kami hingga ke pintu depan untuk menghantarku sebelum pergi berkerja. Ingin saja aku katakan dia gila. Tapi aku tidak sampai hati. Untuk membuatkan saat akhir kami lebih bermakna padanya aku turutkan saja permintaan peliknya.
Sampai sahaja di pejabat. Riana datang memelukku. Permintaan2 pelik Maria sebelum kami bercerai aku ceritakan satu demi satu pada Riana. Gadis manja didepanku ketawa dengan lengok2 mengodanya. Aku jugak turut ketawa dengan permintaan pelik isteriku itu.
" No matter what tricks she applies, she has to face the divorce." Riana bersuara bangga sambil dirangkul aku. Aku hanya tersenyum. Bibir mugil Riana menjadi sarapanku dan pastinya setiap hari selepas 2bulan nanti.
Semenjak aku menyuarakan hasrat untuk menamatkan rumah tanggaku bersama Maria,kami langsung tidak pernah bertentang mata apatah lagi bersama. Jadi pada hari pertama aku menjalankan syarat perjanjian mengendongnya ke pintu adalah perkara yang sangat pelik dan aneh aku rasakan. Ikram yang muncul tiba-tiba di belakang kami tersenyum-senyum.
"Papa dukung mama. Romantiknya.Macam Cinderella dangan Prince charming je. " Ujar Ikram. Ucapannya membuatkan aku terasa sedikit pedih didalam hati.Aku tidak tahu kenapa. Adakah kerana ini lakonan semata atau aku terluka kerena perbuatanku. Aku menuruni anak tangga berhati-hati. Wajah Maria hanya sejengkal dari wajahku. Di merapatkan wajah ke telingaku.
"Jangan cakap ape-ape pada Ikram tentang penceraian ini." Aku terkedu. Terasa sayu hati mendengar ucapan penceraian dari bibir Maria. Aku turunkan Maria di muka pintu. Dia mencapai tanganku lalu dicium kemudian berlalu mendapatkan keretanya. Aku memandu bersendirian ke pejabat.
Pada hari kedua,aku mula menyenangi babak lakonan kami ini. Maria menyandarkan kepalanya dibahuku saat aku mengendongnya turun. Haruman wangian yang dipakainya harum mewangi.Aku memandangnya. Di pasti tidak sedar kerana sedang memejamkan mata. Lama aku tidak merenungnya sebegitu. Sehingga aku tidak sedar dia juga turut memandangku.Pagi itu dia menghadiahkan aku segaris senyuman nipis sebelum berlalu. Langkahnya perlahan,lembutdan sopan. Sejenak aku terfikir apa yang telah aku lakukan padanya. 15hari pantas berlalu,malam tadi aku bersama Maria,setelah hampir 4 bulan aku meninggalkan tanggungjawab batinku padanya.
Hari ke 17,aku semakin dapat merasakan rasa untuk bersama Maria semakin berkobar-kobar dan membara. Maria tidak menolak. Malah disambut dengan senyuman dan aku dilayan seperti raja. Ya ini lah Maria yang menyerahkan seluruh jiwa raganya padaku sejak 10 tahun dulu. Kenapa aku lupa semua itu. Aku berkemas-kemas untuk pulang. Rania muncul dimuka pintu pejabatku. "You,malam nie u teman I ye. Mimi takda la. I takut." Rayu Riana. Leherku dirangkul. Godaannya melemahkan semangatku. Malam itu aku tidak pulang. Begitu juga 2 malam seterusnya. Aku terus bergelumang dosa bersama Riana. Maria?? Maria seakan telah luput dari ingatanku.
Di suatu pagi,azan subuh sayu berkumandang di gegendang telinga. Aku menarik selimut hingga ke kepala. Maria bergerak-gerak. "Nak kemana?" tanyaku. Maria memandangku. "Solat bang. Abang pun bangun la." Aku mendengarnya hanya membalas dengan tarikan selimut menyelubung badan.
Hari ini hari cuti. Handphones dari awal telah aku off. Jika tidak pasti sudah berates kali aku menerima panggilan dari Riana. Pasti ada-ada saja permintaannya.Shopping la,tengok wayang la,takut tinggal sorang la dan yang pasti pabila aku mendengar suara manjanya aku takkan bisa dapat meolak rayuanya. Jadi aku putuskan untuk offkan saja handphones. Maria dari tadi kesana kemari dari dapur ke meja makan menyediakan sarapan. Ikram sibuk bermain dengan hamsternya. Aku amati tubuh wanita yang bergelar isteriku itu. Tubuhnya semakin kurus. Patutlah semakin hari semakin ringan aku rasakan disaat aku mengendongnya.Terdetik lagi dihatiku. Betapa sabarnya wanita ini didalam deritanya. Hatiku terasa sedikit terhiris dengan tindakkanku sendri.
Kini sudah masuk hari ke 5 bulan kedua perjanjian.Ikram muncul dipintu bilik sebaik sahaja aku membukanya.Kali ini dengan camera digital kesayangannya. "Tiba la masanya papa akan mendukung mama." Ikram berlagak seperti seorang jurukamera merakam detik-detik itu. Maria tersenyum manis. Tangannya kemas memaut leherku. Entah kenapa aku terasa seperti ingin mencium umbun kepalanya. Maria memandangku pelik . "Mama,mama pulak kiss papa." Pinta Ikram. Maria memandangku. Menunggu riaksiku. Aku mengangguk lalu Maria pipiku. Terasa hangat bibirnya menyentuh pipi. Ikram bertepuk tangan gembira. Dalam kegembiraan itu,aku dirundum sayu. Aku lah manusia yang akan menghancurkan kebahgiaan ini. Aku lah manusia yang akan memusnahkan mahligai indah ini.Aku lah manusia yang melenyapkan senyuaman dan kegembiraan di wajah Ikram anakku.
Aku memandu laju ke pejabat. Aku mempercepatkan langkah kaki mendapatkan Riana. Aku telah membuat keputusan. "Riana Johari,I takkan ceraikan Isteri I." ucapku lantang. Riana menekup mulut yang ternganga mendengar kata-kataku. "You demam ke sayang."Tanya Riana. Dahiku dipegang. Pantas aku menepis. Aku tidak mahu lagi terjerat dengan rayuannya. "I dah buat keputusan dan keputusan I muktamad. Rumah tangga I hambar selama ini bukan sebab tiada cinta untuk I dan Maria. Tapi I yang tak memberI peluang untuk kami terus bahagia dan menyemai cinta. Walau rumah tangga I bosan tapi I ada isteri yang sabr dan anak yang cerdik untuk memeriahkannya."Ucapku lancar. Wajah Riana berubah merah.
"You akan menyesal bila you sedar u dah kehilangan i!" pekiknya. Bunyi pintu berdetum kuat bersama pemergian Riana. Aku menarik nafas lega. "Terima Kasih Ya Allah membuka pintu hati dan peluang untuk hambamu ini." Aku berdoa dan bersyukur seketika. Selesai solat subuh bersama Maria pagi tadi,hati ku sendiri telah membuat keputusan ini. Maria isteri solehah yang telah membimbingku kembali ke jalan Tuhan.Walau berkali aku memaki hamunnya ketika menganggu tidurku untuk aku bangun berjemaah dengannya namun sekelip mata kuasa Tuhan yang esa mengubah segalanya. Dengan doa-doa ikhlas dari seorang isteri yang taat,terbuka pintu hatiku untuk kembali ke jalan yang benar dan segera bertaubat.
Aku pulang awal hari itu. Sampul coklat berisi surat perjanjian penceraian aku buang ke tong sampah. Jambangan bunga disisi aku cium harum. Hari ini aku akan melamar Maria sekali lagi. Dia akan tetap menjadi suriku sehingga akhir nyawa kami. Senyuman tidak lekang dibibir. Wajah manis Maria setia menghiasi diruang mata.
Semasa memandu pulang aku dikejutkan dengan panggilan berkali-kali dari rumah. Aku pasti itu pasti dari Ikram yang ingin memesan itu ini. Aku biarkan saja panggilan diam sendiri. Sampai diselekoh didepan rumah aku terserempak dengan sebuah ambulans. Terdetik dihati siapa pula yang sakit.
Aku menarik nafas panjang,senyuman telah aku ukir dibibir. Jambangan bunga di seat tepi aku capai. Sebaik sahaja aku melangkah keluar Ikram menangis sedu sedan mendapatkanku. "Papa,meka bawa mama. Meka bawa mama.." suaranya tersekat2.Aku mula panik. Siapa yang bawa Maria dan kemana hala tujunya. Aku mengendong Ikram masuk. Muncul seorang lelaki didepanku. "Kenapa ni?" tanyaku. Gaya lelaki didepanku seperti seorang inspector polis. "Rumah encik telah diceroboh dan isteri encik mengalami pendarahan teruk akibat keguguran." "Apa nie inspector. Ape yang kena ceroboh dan kenapa isteri saya keguguran?" tanyaku buntu. Terasa lutut mula mengigil. Peluh-peluh dingin mula membasahi dahi.
"Hahaha isteri u dah mati. You boleh khawin dengan I kan." Tiba-tiba kedengaran suara Riana terpekik-pekik. Dia melintasi aku dan Ikram. Tangannya digari. "Encik Harris kami percaya telah berlaku pergaduhan mangsa iaitu isteri encik harris dan suspek cik Riana dari tingkat atas. Dan berkemungkinan besar isteri encik harris ditolak atau tergelincir ketika ingin turun dari tangga. Pendarahan teruk yang dihadapi isteri encik harris mengakibatkan dia telah meninggal dunia ditempat kejadian." Jelas dan perit sekali penjelasan yang harus aku terima. Bunga buat Maria terlepas dari gengaman. Aku terduduk lesu menyembah bumi.
Jahilnya aku pada Maria. Sehinggakan aku tidak sedar dia mengandungkan zuriatku. PatutlAh dia hanya tersenyum bila ditegur Ikram perutnya buncit tapi badan kurus.Rupa-rupanya Maria merahsiakan sesuatu dari pandanganku.
Hari ini cukup 2bulan tarikh perjanjian. Maria telah pergi selamanya.Aku masih di tanah perkuburan ditinggalkan saudara mara dan rakan-rakan yang beransur pulang. Jenazah Maria baru tadi dikebumikan. Bunga yang ku beli semalam untuknya aku taburkan ke tanah. Masih terbayang wajah Maria memandang aku disaat aku menyampai hasrat untuk meninggalkannya. Masih terbayang wajah Maria dengan senyuman ketika aku mengajak dia bersama. Masih terbayang anak mata bersinar milik Maria yang menyimpan 1001 duka. "Maafkan abang Maria." Setitis demi setitis air jernih membasahi pipi. Segera ku seka agar tidak membasahi bumi. Walau seribu penyesalan dihati kerana pernah ingin meninggalkan Maria namun aku bersyukur kerana Tuhan memanjangkan jodohku dengannya. Maria masih bidadari syurgaku.
"Maria tunggu abang disana.."ucap aku didalam hati. Awan biru menemani langkahku pergi meninggalakan makam biadadariku sepi.
Hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
citer yg menarik utk tatapan pembaca.. betapa bertuahnya seseorg itu dijadikan sebagai wanita.. biarpun bersifat lembut namun dlm kelembutan itu ada kesabaran dan kekuatan buat wanita menampung hidupnya.. seorg wanita akn berbuat ape shj utk pertahankan umahtanggannya.. menangis sy membaca cerita ni..
best n sedihlah...klu suami2 yg x gune bg bce cte ni, agk2 diorg insaf x ek?p klu x insaf n x pk blik mmg laki x gune la 2,x tau menghargai pengorbanan isteri...
Syukur.. terasa macam disedarkan dari mimpi yang panjang.. Terasa jahilnya aku sebagai seorang isteri.. Seharusnya aku yang membawa kebahagiaan tapi aku yang menghancurkan.. Thank you ladyninie.. membuat aku sedar setelah lama terlena...
ok.. bnyk peningkatan... apa pon pengajaran tetap terselit dalam cerita ni.. olh itu...wahai lelaki... jgn mudah berkata yg xpatut d katakan... nyway...troskan nukilan mu..
BEST SGT...I LIKE.. SEDEY SGT.. TABAHNYE WANITA ITU.. KERANA KETABAHAN, KEKUATAN N KESABARAN DIE, SUAMI DIE X JD CERAIKN DIE..TP, SYGNYE, DIE X TAHU..SEDEYYYYYY.. (NANGIS TERESAK2)
Ur the best... Good story... Thumbs up for you writer.. I hope i can read more of ur story :) Janganlah di hancurkan kebagaia kerana nafsu semta2.. Fikirlah sebelum melakukan sesuatu..
except for the part where the wife was murdered instead of dying from cancer, this story was fully-copied from an english one-shot. so no need for the awes, readers. but still, the author did a great job translating it into malay and yet still managed to bring the emotions the original story'd emitted :)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best sangat,
dpt dilihat betapa besar pengorbanan seorang isteri
dlm mempertahankan rumahtangga yg dibina
tahniah pd penulis
hatiku juga menangis