Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Biba duduk di meja makan. Bebola matanya ke kiri ke kanan. Mengikut pergerakan Puan Hamidah yang berulang-alik dari dapur ke ruang makan. "Mak, boleh tak temankan Biba ke sekolah hari ni?" Biba pantas mengajukan soalan sebaik emaknya selesai menghidang makanan di atas meja. Soalan Biba tidak dijawab terus. Sebaliknya Puan Hamidah menarik kerusi dan duduk bertentang muka dengan anaknya. "Boleh tak mak? Dah lama mak tak temankan Biba ke sekolah." Puan Hamidah diam sahaja sambil mencedok nasi ke dalam pinggan. "Mak, boleh tak?" Biba terus bertanya. Dalam hati, dia mahu emaknya menjawab BOLEH.
"Dah, jangan nak mengada-ngada. Tak nampak adik kamu tengah tidur tu?" Puan Hamidah menjawab keras bila bunyi pertanyaan anaknya berubah bunyi rengekan. Pinggan berisi nasi dihulurkan kepada anak sulungnya itu. Biba menyambut hampa. "Sekolah kamu tu dekat je. Dari sini pun mak boleh nampak kamu. Dah, makan cepat. Nanti lambat ke sekolah." Puan Hamidah bingkas bangun meninggalkan Biba yang terkebil-kebil keseorangan di meja makan.
Seperti biasa, waktu tengah hari, Biba sendirian melangkah ke sekolah. Bezanya, hari ini langkah Biba pendek-pendek. Seakan mengheret benda berat yang terikat dipergelangan kaki. Semakin hampir dia dengan sekolah, semakin perlahan dia berjalan. "Hah, ini ya budak yang cubit Zarina semalam? Berani kamu cubit anak mak cik ya! Ooo... mentang-mentang kamu gemuk, kamu ingat kamu boleh buli anak mak cik?" Sergahan seorang mak cik menyambut ketibaan Biba di hadapan sekolah. Beberapa orang murid yang juga sekelas dengan Biba dan Zarina turut sama berkerumun.
"Tapi, dia ejek saya dulu." Biba memberanikan diri. Hanya ini sahaja cara untuk dia membela diri. Dan ini jugalah sebab utama dia beria-ia sangat meminta Puan Hamidah menemankannya ke sekolah. Kalau mak temankan, mesti mak Zarina tak berani marah. Biba berkalau di dalam hati. Sempat Biba mengerling ke arah Zarina yang sedang tersenyum sinis dibalik punggung mak cik yang menyergahnya itu. "Kalau dia ejek, kamu ejeklah dia balik. Kenapa cubit pulak!" Mak cik itu terus mengeluarkan kegarangannya di hadapan budak-budak. Matanya tajam merenung Biba.
Nak ejek apa? Takkan nak ejek kurus? Semua orang suka jadi kurus. Biba hanya berani menjawab senyap-senyap. Ingatannya berpatah balik pada kejadian yang berlaku di waktu rehat semalam. "Oii, kawan-kawan! B... A... B... I... bunyinya apa?" Jerit Zarina sambil memandang Biba yang sedang mengunyah keropok lekor. "BIBA!" Dengan pantas beberapa orang murid menyahut soalan Zarina. Deraian tawa mengiringi jawapan mereka. Sepantas itu jugalah Biba membalas dengan cubitan di lengan Zarina. Terus tawa berganti tangisan Zarina. " Nanti kau... aku bagi tau mak aku! Habislah kau besok!"
Dan sekarang Biba terperangkap di sini. Masih berdiri kaku di hadapan emak Zarina. Rasa takut, tidak adil, tidak puas hati bercampur-aduk bersama perasaan Biba. "Ingat ya, kalau kamu usik anak mak cik lagi... mak cik bagi tau cikgu besar. Biar dia rotan kamu!" Emak Zarina memberi amaran keras sambil jari telunjuk kanannya digegar-gegarkan ke muka Biba. Zarina masih tersenyum sinis. Puas melihat Biba kena marah. Guru besarlah. Biba membetulkan kata-kata emak Zarina di dalam hati. Dia pura-pura tunduk akur.
Kejadian Biba dimarahi emak Zarina sudah dua hari berlalu. Namun tidak diceritakan Biba kepada Puan Hamidah. Dia tahu, emaknya pasti akan menyalahkannya jika perkara itu disampaikan. "Boleh main sekali?" Biba menegur sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain 'galah panjang'. "Alah, tak boleh. Kau gemuk. Tak pandai menyelit. Mesti asyik tak lepas punya. Kau pergi main kat sanalah." Jawab salah seorang dari mereka. "Boleh main sekali?" Biba menegur pula sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain tali gelang-getah. "Kau boleh lompat ke?" Sekali lagi jawapan yang diterima negatif. "Hoi, Biba! Jom, main ngan kita orang!" Biba segera mencari arah datangnya suara positif yang mengajaknya bermain. "Main apa?" Tanya Biba sebaik mendekati sekumpulan budak lelaki yang mengajaknya tadi. "Main 'Police and thieves'. Kau jadi polis. Kita orang jadi pencuri. Kau kejar kita orang semua." Kedua-dua mata Biba mengecil. Wajah mereka dipandangnya satu-persatu. Adakah mereka benar-benar ikhlas atau sengaja hendak mengenakannya seperti biasa.
"Gemuk... gemuk... gemuk...," gelaran rasmi buat Biba. Dia lebih suka pulang sendirian ke rumah dari ditemani kawan-kawan yang tidak henti-henti mengejeknya. Biba sedaya-upaya menahan diri dari melawan balik. Dia tidak mahu ada lagi ibu-bapa yang datang menyergahnya di sekolah lagi. "Gemuk... gemuk... gemuk...," Biba terus diejek. Biba terus melangkah. Biba tidak mengendahkan mereka. Tiba-tiba langkah Biba terhenti. Ada sesuatu berlaku di hadapannya. Budak-budak yang mengejek turut sama berhenti.
"Hei, lembik. Kau ni mesti tersalah pasang masa lahir dulu." Farid menarik-narik baju Dani. Dahi Dani ditunjal-tunjalnya. "Meh, bukak seluar tu. Aku nak tengok, kau ada 'burung' ke tak?" Kali ini pinggang seluar Dani ditarik-tarik Farid. Dani menolak-nolak tangan Farid. Air matanya mengalir bila Farid berkeras juga hendak membuka seluarnya. Keletuk! Seketul batu mencium tepat ke dahi Farid. Segera Dani dilepaskannya. Farid menekup dahi dengan kedua belah tangan. Darah meleleh dicelah jari-jemari Farid. Dani tergamam. Juga kehairanan.
"Kenapa kau kacau dia? Kan dah kena. Padan muka." Biba bersuara tidak jauh dari tempat Farid membuli Dani. "Kau... kau... aku cakap mak aku!" Farid menangis sambil berlari pulang ke rumah. Budak-budak yang mengejek Biba tadi turut sama mengikut Farid. "Habislah kau Biba. Mesti mak Farid jumpa mak kau. Teruklah kau kena bantai nanti." Salah seorang dari mereka sempat berteriak menakut-nakutkan Biba. Dani memandang Biba. Kedua-dua mereka membalas renungan. Masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Agak lama merenung tanpa suara, Biba bergerak meninggalkan Dani keseorangan. Dani yang kekal diam, berterima kasih dalam hati.
Keesokan harinya, tersebar berita tentang Biba dipukul emaknya. Dipukul kerana melontar batu ke dahi Farid. Puan Hamidah memang cukup pantang kalau ada yang mengadu tentang kenakalan anaknya. Depan-depan orang yang mengadu itu jugalah dia membantai Biba. Sepanjang waktu persekolahan pada hari itu, Biba tidak habis-habis diejek. Ditertawakan. "Semalam teruk awak kena pukul." Dani menyapa Biba sebaik kelibat budak berbadan gempal itu muncul di hadapan pagar sekolah. Biba diam. Terkejut dengan sapaan Dani. "Sakit?" Tanya Dani. " Tak." Biba menjawab pendek. Dahinya berkerut. Mungkinkah hari ini bertambah seorang lagi yang akan mengejeknya? "Mak awak garang ya." Dani mendekati Biba yang masih dalam keadaan ragu-ragu. "Sebab saya, awak kena pukul. Maafkan saya." Dani menghulur salam. Biba teragak-agak. "Alah, dah biasalah. Semalam kena pukul ngan getah paip je. Selalu ngan tali pinggang." Biba berlagak lali.
Dani masih menghulurkan salamnya. Menanti Biba menyambut. "Saya Danial. Awak?" Dani mendekatkan lagi salamnya pada Biba. "Err... saya Habiba." Akhirnya salam Dani disambut. "Saya darjah tiga Mawar." Dani masih memaut salam Biba. " Saya darjah tiga Dahlia." Perlahan Biba meleraikan salamnya. Mereka bertukar senyuman. "Saya baru pindah kat sini. Awak nak kawan ngan saya tak?" Beritahu Dani sambil mempelawa. "Nak." Tanpa fikir panjang Biba menerima pelawaan Dani.
Akhirnya, ada juga yang sudi berkawan dengan Biba. Namun begitu, budak-budak lain masih belum berhenti mengejek Biba. Cuma bunyi ejekan mereka sahaja yang berubah. "Gemuk nak lembik... gemuk nak lembik...," Biba tidak kisah. "Oh, ya... saya suka melukis." Dani menceritakan minatnya. "Saya pun." Biba pantas membalas. "Mulai hari ni kita pergi dan balik sama-sama ya." Cadang Dani. Biba mengangguk senang hati. "Gemuk nak lembik... gemuk nak lembik...," Biba dan Dani terus berbual sesama sendiri. Mereka membiarkan sahaja budak-budak itu terus mengejek.
cite nie pendek sgt... and cite nie menunjukkn 1 penindasan tnpa dibela... sedih gak la.. cian kat biba n dani... ibu bapa perlu mnjaga lidah anak mereka coz lidah tu lg tajam drpda mata pisau...
best gk cter mcm ni xkn nk lyn cte cinta je kn.. cte ni bgus tuk ibu bapa gk jgn dk dgr cter org je kna thu la jgk tntg mslh ank2.. pepun, best story.. gud luck
best laaa... org sekarang hanya pandangn luaran jer... tapi kesian diba tu, mak dia pun tak tolong dia.. huhuhuhu... apa2pun chaiyok writer... by:miss lin
cite ni best la...jalan cite nyer ok bahasa pun ok.simple tapi takla selamba tak tentu hala...tapi pendek sgt n cam tak berkesudahan.anyway lada hijau....looking forward for your works..
alaa.. biasalah budak2.. bkn bdk2 skrg je.. masa sy kecik2 dulu pn, sy pnh kena buli cam biba tu.. sbb sy ni chubby n comel gtu.. haha.. bila mengadu kt ayah, ayah ckp "biarlah diorg nk ckp apa, ayah bg mkn anak ayah cukup, sbb tu bdn comel n montel".. sejak tu sy x kisah org nk ckp pe psl saiz sy smpailah skrg sy ttp chubby n montel.. jgn la pggil org chubby tu gemuk.. x sedap n sakit jgk hati.. guna lah bahasa yg best ckit.. klu guna perkataan 'chubby', kan best ckit kan.. anyway, good job to the writer..
jalan cerita yang kemas , menarik perhatia saya untuk terus membacanya, walaupun ianya ceria budak2 hingusan..tapi sayang climax cerita ni tak ada langsung, saya mengharapkan sesuatu yang menarik seperti diorang terpisah, bertemu dan menjadi loving couple, dalam keadaan fizikal masing2 dah berubah...mesti romantikkan...anyway syabas...chaiyok..!!
Terima kasih kepada semua yang membaca dan memberi komen. Tak sangka cerpen saya ni layak disiarkan di sini. Yalah, cerpen saya lebih berkisar cerita budak-budak. Tentang sambungan pula, Insya'Allah saya fikirkan.
cerita ini sepatutnya blh menjadi lag baik sekiranya jln cerita di pjgkan sedikit...ending pn mgkn akan lg menarik...apa pun...saya nk penulis smbung cerita ne blh x???rasa mcm x da ending...apa pun...keep it up...teruskan usaha anda k...
ctew nie mcam aku pya ksah.. n yg jdik lmbik 2 skunx jdik buf fwen aku.. but cube r wat yg dpat blasan coz ak x nk kang ctew ni exectly aku pya...xada owang pown yg nk bela kteowang time 2...huhuhuhu sdeh lak
ala pendek sgt citernyer.. klu leh aku nak kan pembalasan utk bdk2 yg buli biba n dani tu..geram kot..cara budak2 tu mmg kuang aja jer..budak2 skrg klu tak dibendung akhlaknye akan jadi cmtulah...dunia skrg mcm2 boleh jadi.. kpd writer tahniah k..citer ni bukan stakat gol muda je leh baca ibu bapa pun wajib baca gak..blh buka minda mengenai masalah anak2 zaman sekarang..
crita nie pndek sngt ...p ksian biba kna ejek,xslah kn bkwan ngn orng yg shat..bkn nye dorg myusahkn hdup kta... keep it up writer
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cite nie pendek sgt...
and cite nie menunjukkn 1 penindasan tnpa dibela...
sedih gak la..
cian kat biba n dani...
ibu bapa perlu mnjaga lidah anak mereka
coz lidah tu lg tajam drpda mata pisau...