Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Nora berdiri dibawah hujan yang mengalir laju .Cincin pertunangan di jarinya di pandang sayu.Air matanya menitis selaju titisan hujan yang turun,nyata sebuah kelukaan terpamer di wajahnya yang redup.Langkahnya di atur perlahan tanpa arah tujuan yang pasti sambil mendakap diri lantaran kesejukan. "Abang sayang Nora.Abang mungkin tak mampu beri kemewahan pada Nora tapi abang ikhlas sayangkan Nora,"kata-kata Fakhrul jelas kedengaran di telinganya.Lalu bayangan Muaz melintas di fikirannya,"Muaz sangat cintakan Nora.Tolong jangan sia-siakan Muaz.Muaz telah berikan sepenuh jiwa Muaz terhadap Nora.Cincin pertunangan kita menjadi bukti.Muaz ingin Nora menjadi suri hidup muaz."
Matanya dipejam rapat.Pilihan adalah sesuatu yang sukar.Apatah lagi memandangkan situasi benar-benar menghimpit.Bunyi hon secara tiba-tiba mengejutkan Nora.Segera dia berpaling.Kelihatan sebuah Proton Satria bewarna kelabu berhenti.Nora amat mengenali kereta milik Fakhrul. "Nora....,"serentak dengan sapaan Fakhrul,tangisan Nora menjadi semakin kuat.Bahunya terhenjut-henjut.Fakhrul tidak mengambil masa yang lama untuk menenangkan Nora,segara Nora di hampiri.Ketika Fakhrul cuba memeluk pinggang Nora,dia di tolak secara lembut. "Nora tunang orang..."ujar Nora menerangkan penolakannya.Fakhrul mengangguk lalu menarik tangan Nora supaya mengikutinya masuk ke dalam kereta.
"Kenapa berjalan tengah-tengah hujan?Ada masalah?"tanya Fakhrul lembut.Namun Nora hanya membatukan diri dan membiarkan air matanya mengalir.Fakhrul segera mengeluarkan sehelai tuala kecil lalu di hulurkan kepada Nora. "Ambil nih,lap rambut tu.Kejap lagi kita singgah di mana-mana kedai untuk beli pakaian.Abang risau,takut Nora demam pula.Nora.....,"Fakhrul menghentikan niat nya untuk bercakap melihatkan wajah Nora yang semakin keruh.Fakhrul menatap wajah Nora dengan lirikan matanya.Sesekali dia menoleh juga namun hanya untuk beberapa saat sahaja kerana dia perlu menumpukan perhatian terhadap pemanduannya.
"Semuanya menyakitkan....,"suara Nora secara tiba-tiba.Kepalanya di lentokkan ke bahu Fakhrul yang sedang memandu.Fakhrul mengusap lembut kepala Nora tanpa mengeluarkan sepatah kata pun kerana baginya,lebih baik Nora sendiri yang bercerita.Dia pasti ada sesuatu yang mengusutkan fikiran Nora memandangkan air muka Nora begitu keruh. Ketika melalui Taman Jaya,Nora tiba-tiba meminta Fakhrul menghentikan kenderaannya lalu keluar.Fakhrul hanya menurut memandangkan hujan yang telah reda.Nora melangkah laju ke arah tasik lalu melakukan sesuatu yang di luar jangkaan Fakhrul. "Muaz!!!Aku tak cintakan kauuuuuu....,"jerit Nora seraya membaling cincin pertunangannya ke tasik.Fakhrul yang terkejut dangan butir bicara yang keluar dari mulut Nora memaut bahu Nora lalu memusingkan badan Nora agar menghadapnya.....
"Nora....Apa maksud Nora??" "Maaf abang,Nora tak bermaksud untuk tipu abang tapi memang betul Nora tak cintakan Muaz."Air mata Nora mengalir lagi.Kali ini tidak sederas tadi.Fakhrul lalu segera memeluk Nora dengan erat.
Nora tersenyum sendirian di tepi balkoni apartmennya di tingkat sebelas Bangunan Universiti.Pertemuan dengan Fakhrul benar-benar melegakan hatinya yang berkecamuk.Milo yang masih panas di dalam mug di teguk perlahan sambil memandang ke arah jalan raya.Ketenangan Nora terganggu apabila telefon bimbitnya berbunyi.Dengan pantas dia bergerak ke ruang tamu dan mencapai telefon bimbit.Mesej yang terpapar di skrin telefon membuatkan Nora kembali tidak keruan.
Balik segera,ada hal kecemasan. -Umi
Mesej itu benar-benar meresahkan Nora kerana Uminya jarang menghantar teks mesej apabila ianya melibatkan hal yang penting.Rambut yang sedikit kusut melepasi paras bahu segera di kuak ke belakang.Topi yang sememangnya di sangkut di tepi pintu keluar segera di capai.Memang kebiasaan Nora untuk menyangkut topi di tepi pintu keluar.Sebagai aksesori untuk menyorokkan rambut yang tidak sempat di dandan.Kakinya pantas menyarung kasut dan melangkah keluar dengan agak kelam kabut.
-----------------------------------------------
"Ada apa umi?"tanya Nora setelah sampai ke rumah.Nora sedikit kaget apabila Muaz serta ibu bapanya berada di rumah orang tua Nora.
"Apa Muaz buat kat sini??"tanya Nora lagi dengan nada yang kurang senang.Muaz hanya tersenyum sambil melangkah ke arah Nora.
"Nora,mari kita berbual di luar kejap.Abang ada hal penting nak di sampaikan pada Nora."
"Abang??Sejak bila awak bahasakan diri awak abang nie?Kalau ada apa-apa,just selesaikan kat sini.Depan keluarga kita,"bentak Nora keras.Muaz mula menyedari perubahan Nora yang semakin kuat memberontak.Muaz sedar sejak dari awal Nora tahu dia masuk meminang,Nora terus berubah.Hubungan persahabatan mereka terus bergolak.Apa yang pasti,itu merupakan cara Nora mengekspresikan penolakan dan yang pasti dia sangat menyayangi Nora dan tersilap tafsir akan hubungan rapat mereka selama mereka berkawan.
"Nora,mereka datang untuk bincang pasal perkahwinan Nora dan Muaz.Nora tak kisah kan berkahwin dalam masa dua minggu lagi?"Sampuk ibu Nora,Puan Hasnah untuk meredakan keadaan.
"Mak?"
"Ayah ikut keputusan Nora.Tapi ayah minta Nora fikir betul-betul,"tambah ayah nya,Encik Roslan.Encik Roslan sangat mengenali anaknya yang kuat memberontak apabila sesuatu tentang hidupnya ditentukan tanpa mengambil kira pendapatnya.
"Nora,duduk!"perintah Encik Roslan dengan tegas.
Dengan riak wajah yang tegang Nora mengikut perintah ayahnya.Nora duduk di kerusi yang berhadapan dengan ibu bapa Muaz.Sedang Muaz duduk bersebelahan dengan Nora.Terkejut dengan tindakan Muaz yang jelas tidak menghormatinya,Nora bingkas bangun dan menukar tempat duduk dengan ayahnya.Encik Roslan bergerak tanpa banyak soal.Muaz hanya memandang Nora dengan wajah kelat.
"Macam mana Nora?Noran perlukan masa ke?"tanya Encik Roslan.
"Saya rasa Nora tentu tiada masalah.Lagipun buat apa Nora bertunang dengan saya kalau Nora tak cintakan saya.Bukankah perkara yang baik patut disegerakan,"sampuk Muaz,yakin.
"Ayah,Nora tak perlukan masa.memang dah lama Nora nak cakap pasal hal ni tapi tak berkesempatan,"Nora menghela nafas dalam-dalam sambil memandang wajah orang tua Muaz.
"Muaz,Nora tak pernah cintakan Muaz..."jawab Nora tanpa memandang wajah Muaz.Perasaan bersalah jelas terpapar di wajah Nora.Bersalah kerana selepas lama bertunang baru di luahkan perasaan yang terpendam.
Muaz berdiri kerana terkejut.Ibu bapa Muaz pula hanya tertunduk kerana mereka telah tahu akan hal ini sejak mula lagi.Puan Hasnah dan Encik Roslan telah memberitahu hal yang sebenar kepada mereka sejak awal lagi namun kerana mereka terlalu sayangkan Muaz,mereka memohon agar Muaz di tunangkan dengan Nora dengan harapan cinta akan berputik selepas mereka bertunang.namun ianya tak semudah yang di sngka.
"Nora..."Muaz tak mampu menghabiskan kata2nya.
"Nora masih cintakan Fakhrul.Maafkan Nora."
"Mak cik,pak cik,saya nak berbincang dengan Nora di luar."
Nora memandang ke arah ibu dan bapanya serta ibu bapa Muaz,mereka hanya mengangguk.Nora bangun dengan perlahan dan mengekori Muaz ke keretanya.......
Nora hanya mendiamkan diri apabila di lihatnya Muaz memeluk tubuh sambil memandang ke arah bangunan yang kelihatan amat kecil dari puncak bukit.Satu keluhan berat di lepaskan.Muaz memandang Nora dengan mata yang berkaca menahan sebak lantaran terlampau kecewa.
"Ianya kerana Fakhrul kan?"tanya Muaz inginkan kepastian.
Nora mengalihkan pandangannya ke arah lain.Terasa amat berat untuk mengakui bahawa dirinya mencintai Fakhrul.Lalu Nora mengangguk perlahan.
Muaz menghentak cermin keretanya dengan tangan.Jelas kekecewaan terpapar pada wajahnya.Kali ini air matanya mengalir.Luntur ego lelakinya dan keangkuhannya.Muaz berjalan perlahan ke arah pintu kereta pada bahagian pemandu.Ketika dia membuka pintu keretanya,dia tersa tangannya di pegang.Segera dia berpaling.
"Muaz,I\'m sorry..."sejurus itu Nora menangis dengan teresak-esak.Suasana hening seketika.Hanya esakan Nora yang kedengaran.Kemudian Nora menyambung,"Muaz,Nora memang cintakan Fakhrul tetapi Nora tak pilih dia untuk bersama Nora."
Muaz mengangkat wajah Nora.Seolah-olah tidak percaya bahawa masih ada sedikit harapan untuknya memiliki Nora.
"Lalu kenapa Nora ingin putuskan pertunangan kita?"tanya Muaz inginkan kepastian.
"Kerana tak adil untuk Muaz.Tak adil untuk Muaz mencurahkan segala-galanya kepada orang yang tak mencintai Muaz.Nora tak dapat bersama Muaz..."Nora memandang tepat ke anak mata Muaz menyebabkan Muaz terpaku.
Sepatah perkataan pun tidak keluar daripada mulut Muaz kerana terlalu kelu untuk berbicara.Tidak tahu ayat apa yang boleh di gunakan untuk memujuk Nora dan hatinya sendiri.Satu keluhan kecil di lepaskan.
"Nora,boleh Muaz minta sesuatu?"
Nora mengangkat mukanya.Muaz kelihatan agak resah namun cuba untuk tersenyum.Nora tidak mampu untuk menjangka permintaan Muaz kerana dia tidak pernah menyelami perasaan Muaz secara dekat.
"Boleh Muaz berjumpa dengan Fakhrul?Sekarang..."pinta Muaz separuh mengharap.
Nora menjadi serba salah.Pertemuan antara kedua-dua lelaki itu hanya akan mengeruhkan keadaan.Ingin sekali dia mengatakan tidak.Namun melihatkan wajah Muaz yang mengharap menyebabkan Nora mendail nombor Fakhrul.
-------------------------------------
Muaz dengan Fakhrul berhadapan dengan satu sama lain sementara Nora berada di antara mereka.Muaz tersenyum sinis.
Fakhrul hanya mengangguk seraya tersenyum.Pandangannya di alihkan sekilas kepada Nora seraya melemparkan sebuah senyuman.Nora mambalas senyuman Fakhrul.Ikhlas.Muaz menjadi panas hati apabila melihat telatah Nora dan Fakhrul.Dengan tidak semena-mena,sebuah tumbukan di lepaskan kepada Fakhrul.Fakhrul yang tidak bersedia tidak dapat ,mengimbangi badannya lalu tersungkur.Nora hendak menuju ke arah Fakhrul namun tangannya di pegang oleh Muaz.
"Nora,jangan pergi...."Muaz merayu.Tangan Nora di pegang kemas.Nora cuba melepaskan pegangan Muaz namun gagal kerana Muaz menggenggam tangan Nora dengan kemas.Nora memandang wajah Muaz.
"Muaz,please..."rayu Nora.Muaz akhirnya melepaskan pegangannya.Tanpa di sedari air mata kecewa jatuh.Muaz terduduk.
Nora yang sedang mengelap luka di bibir Fakhrul terdiam.Tiada apa yang mampu di lakukan bagi membuang kekecewaan Muaz.Nora memandang wajah Fakhrul dengan penuh perasaan.
"Abang,maaf.Nora cintakan abang tapi Nora tak boleh pilih abang.Abang dah berkeluarga.Hubungan kita setakat ni,"selesai mengungkapkan kata-kata perpisahan yang terasa amat berat bagi Nora,satu kucupan lembut di lepaskan di pipi Fakhrul.Nora kemudiannya berpaling dan berlari ke arah Muaz.
"Muaz,hantar Nora balik sekarang,"rayu Nora dengan mata yang berkaca.Muaz mengangguk perlahan.
Fakhrul hanya memerhatikan kereta Muaz berlalu hingga hilang dari pandangan.Pipinya di gosok perlahan.Fakhrul berbisik,"abang pun cintakan Nora...."Perlahan-lahan Fakhrul melangkah ke arah keretanya.Di dalam fikirannya,hanya ada satu destinasi iaitu rumahnya.Kata-kata Nora ada benarnya.Nora tak kan memilihnya kerana dia telah pun berkeluarga.Dia perlu terus menjaga apa yang telah berada dalam genggamannya.Dan fikirnya,Nora tentu akan bahagia dengan Muaz.
Muaz menghulurkan sehelai sapu tangan kepada Nora kerana di lihatnya air mata Nora menitis dengan laju.Fikiran Muaz benar-benar berserabut namun di biarkan sahaja kerana emosi Nora di lihatnya sangat tidak stabil.
"Kenapa tak minta Fakhrul hantar?"soalan itu terlucut secara tidak sengaja dari mulut Muaz.Nora terdiam.Mencari ayat dan perkataan yg sesuai agar Muaz mendapat penjelasan yang sepatutnya.
"Nora nak cakap dengan Muaz.Pasal hubungan kita,"jawab Nora perlahan.
muaz menghela nafas panjang.Dia telah menduga keputusan Nora.
"Cakap lah.Muaz sedia untuk dengar."Wajah Nora di pandang dan satu senyuman di lemparkan.Nora membalas senyuman Muaz dengan perasaan sedikit lega.
"Nora tak dapat terima Muaz.Nora percaya ada yg lebih layak untuk Muaz berbanding Nora.Nora nekad untuk putuskan pertunangan kita.Nora harap Muaz akan jumpa gadis yg lebih baik dan....."kata-kata Nora di pintas oleh Muaz.
"Nora tak tahu ape pn tenteng Muaz.Muaz sanggup terima Nora.Muaz tak kisah walaupun Nora tak cintakan Muaz.Yng penting Nora jadi milik Muaz."
Nora tertunduk.Kelu untuk melakarkan kata.
"Muaz,maaf..."Nora menguak rambutnya ke belakang.Pintu kereta di buka memandangkan mereka telah sampai di hadapan rumah orang tua Nora.Belum sempat Nora keluar tangannya di paut erat oleh Muaz.Muaz ingin mencium dahi Nora,tetapi Nora menutup kejap matanya seolah-olah tidak rela.Dengan berat hati Muaz melepaskan Nora pergi.
"Nora,semoga bahagia.."bisik Muaz sambil memandang Nora melangkah masuk.Muaz memandu keretanya dengan membiarkan air matanya menitis.
------------------------------------
"Maaf saya tergesa-gesa tadi,"ucap Muaz sambil mengutip fail dan kertas-kertas yang bertaburan.Dia amat kelam kabut kerana telah lewat untuk menghadiri mesyuarat dengan rakan kongsi baru.Selepas di pastikan tiada lagi kertas yang tidak di kutip,semuanya di hulur kepada pemilik yg di langgar secara tidak sengaja tadi.
"Fakhrul....,"ucap Muaz terkejut.Fakhrul juga terkejut dengan pertemuan yang tidak di sangka-sangka selepas lima tahun berlalu.
Mesyuarat berlangsung dgn lancar.Rupa-rupanya Fakhrul merupakan rakan kongsi baru syarikat tempat dia bekerja.Mereka berdua berjalan menuju ke cafe berdekatan.
"Ape yang kau buat selama lima tahun ni?"tanya Fakhrul.
"Ape lagi.Tamatkan pengajian aku dan tumpu pada kerja je lah.Ape lagi yang aku nak buat.kau pulak?"
"Aku pulak macam yang kau nampak lah.Mula berjinak-jinak dengan perniagaan.Alhamdulillah,rezeki aku semakin baik akhir-akhir ni selepas lima tahun berusaha.Keluarga pun semakin besar,"terang Fakhrul ikhlas.
Muaz tersenyum kelat mendengar ayat "keluarga pun semakin besar".Nora memilih Fakhrul rupanya,desis Muaz dalam hati.
"Bagus lah kalau kau bahagia,"kopi nya di teguk perlahan.Menahan rasa.
Fakhrul teragak-agak namun dia akhirnya melemparkan soalan yang selama ini di biarkan dalam sanubarinya.
"Nora apa khabar?"
Muaz tersedak mendengar soalan yg keluar dari mulut Fakhrul.Tidak di sangka Fakhrul bertanya mengenai Nora.
"What?Kenapa tanya pulak?Bukan dia jadi isteri kau ke?Lagi pun malam tu lah kali terakhir aku jumpa dia.Kau jangan nak bergurau dengan aku pulak,\'jawab Muaz dengan ketawa kecil.
"Aku serius,"balas Fakhrul dengan raut wajah yang serius.Melihatkan wajah Fakhrul yg serius,Muaz tertanya-tanya ke mana Nora sebenarnya.
"Aku tak tau,"Muaz mengeluh kecil.Fakhrul memerhatikan Muaz.Mencari kebenaran di sebalik kata-kata Muaz. "Malam tu.Nora minta maaf pada aku.Katanya memang dia cintakan aku.Tapi..."Fakhrul menghela nafas panjang.
"Dia tak dapat pilih aku...."sambung Fakhrul perlahan.Muaz memandang Fakhrul dengan kerutan.
"Dia cakap dia tak dapat terima aku dan tak cintakan aku....."Muaz tergelak kecil mengimbau kenangan lima tahun yang lepas.
"Jadi,dia tak pilih sesiapa pun antara kita...."tambah Fakhrul sambil tersenyum apabila di lihatnya Muaz melemparkan senyuman kepadanya sambil mengangguk.
--------------------------------------
Jauh di Eithopia,seorang wanita dan rakan-rakan sedang ralit mengagihkan makanan dan barangan perubatan kepada mangsa-mangsa kemiskinan yang serba kekurangan di khemah yang di sediakan.Bantuan di berikan secara adil dan sama rata kepada para pelarian dan mangsa kebuluran serta kemiskinan di sana.Tugasnya tak pernah selesai walaupun waktu malam telah menjelma.
Nora berehat seketika di salah satu khemah untuk para sukarelawan.Malam telah larut dan kebanyakan orang telah pun tidur.Perlahan-lahan loketnya di tarik,di buka perlahan.Gambar pada loketnya di perhatikan lama.Gambar Fakhrul diperhati lama.Titisan air mata rindu mengalir. "I miss you...."ucapnya perlahan.
cerita ni sama seperti aku, lepaskan sahaja wlu pun perit untuk diterima. apa pun aku da bahagia sekrg dgn kehidupn baru disamping ibu bapa dan kerjaya....
gud job writer...keep it up.moga keluaran akan datang akan lebih mantap lagi penceritaan nye...
cerita yg menarik, p klu bersmbung lg pas 2 nora pn bahagia disamping insan bru kn best, perit rase ble die mengalirkn air mata last story ni lah...sweet story...
seronok.. lyn jer citer niy.. tp cinta ako d rampas org.. nak rebot blk.. rasa da terlambat.. even ade org yg syg aku skunk..tp still remember kat dy.. ta mmpu nak syg..hahaha k gud job.. tewoskan usaha..
btul kata org.. cinta tak semestinya bersatu.. cinta aku sama seperti dlu..tp x direstui. dh 10 thn berlalu.. aku dh 2 org anak...dia br kawin, we still loved each other.. but hnya dpt mlihat dr jauh saje.
good story... 1st time bc biase2 je,tp bile da bc ending sume br phm.. touching gak la aku..Nora xsnggup jd perampas..Dan terpaksa lepaskn lelaki yg dicintainya..t'ingt kt someone special yg pnh bertahta dhati ini...tp takdir tentukan kami xde jdoh...'i miss you':(
baek punya cite..............nie mezty pro nie an??
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cerita ni sama seperti aku, lepaskan sahaja wlu pun perit untuk diterima. apa pun aku da bahagia sekrg dgn kehidupn baru disamping ibu bapa dan kerjaya....
gud job writer...keep it up.moga keluaran akan datang akan lebih mantap lagi penceritaan nye...