Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Sakitnya perut ku ni…Kenapala dia meragam time sekarang ne." Rungut Cicie. Cicie melihat cousinnya semua sedang asyik menari mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh dj di sebuah kelab malam tersebut. Cicie mengikut cousinnya ke kelab malam adalah hendak melihat-lihat sahaja keadaan kelab tersebut dan saja-saja buang masa yang amat membosankan ketika berada dirumah. Orang lain syok melayan lagu dan menari bagi tak ingat dunia sekeliling, tapi dia hanya duduk melayan diri sendiri. Bila di ajak kata tak pandai menari lah apa lah. Orang selalu cakap "Kalau sekadar datang sekadar duduk bagus buat taie mata kat rumah." Tapi,dia tak kisah apa yang dia buat yang penting tak keterlaluan sehingga menghancur masa depannya sendiri.
Sedang asyik melihat remaja-remaja menari. Seorang jejaka menegurnya. "Hai." Kata jejaka itu sambil menari-nari dihadapan Cicie yang sedang duduk di sebuah kerusi. Asap rokok dan bau arak amat menusuk hidung Cicie. Namun dia tak pernah bosan berada ditempat itu. Cicie tidak melayan jejaka itu, dia membiarkan saja jejaka itu mengambil tempat duduk di kerusi sebelahnya. Lagipun kerusi itu kosong jadi sesiapa pun boleh duduk. "Hai" Ulang jejaka itu lagi. Cicie hanya memandang kosong terhadap lelaki itu tanpa membalas kata-kata lelaki. Erm…lelaki bukannya boleh percaya dalam tempat ne... Mereka hanya tahu berseronak dan mencari teman-teman baru yang boleh membawa keseronokan kepada mereka. Cicie menekan-nekan perutnya agar kesakitannya berkurang. "Kenapa diam je?" Walaupun suasana tempat itu amat membingitkan telinga dengan rentak muzik yang dimainkan oleh dj kelab malam itu Cicie masih boleh menangkap perkataan yang dikatakan oleh lelaki itu. Erm.. Salahkah aku diam saja ne. Apa bawa masalah aku kat dia. Datang nak mengurat la tu. Bisik hati cicie. Sengaja Cicie menjual mahal didepan lelaki itu. Padahal dalam hatinya setengah mati memuji ketampanan jejaka itu tapi dia tak mungkin melayan jejaka jika berada di tempat itu. "Janganlah macam ne. Kita datang sini adalah untuk enjoy bukannya duduk termenung macam ne. Kalau duduk jer macam mana nak tenangkan fikiran. Ow, ya wak ne baru putus cinta ya." Sempat lagi lelaki itu mengusik Cicie. Aik, senang-senang jer kata orang baru putus cinta. Couple pun tak pernah rasa lagi. Tak caya ke? Memang betul pun. Bisik hati cicie. "Erm, sorry. Aku salah cakap ke?" Katanya sambil menghala mulutnya kearah telinga Cicie. "Tak de la." Pendek Cicie sambil mengeleng-geleng sambil menjauh dari tubuh jejaka itu. Takut dirinya dibuat oleh jejaka itu. Dirinya kurang senang dengan perilaku lelaki yang berada didepannya. Bersuara juga dia akhirnya. Bisik jejaka itu.tersenyum dia. "Ow yea, nama aku Geyrey. Awak?" Sambil tangannya dihalakan kearah Cicie untuk bersalam "Cicie" terpaksa juga akhirnya cicie bersuara. Malunya aku. Manalah cousin aku yang lain. Asyiknya mereka menari di sana. Dengan berat hati dia menyambut juga salam jejaka itu. "Pe dia nama kamu" Pekak ke apa ne. "Cicie lah." Kata Cicie seakan menjerit. "Ow, Cicie rupanya. Nama yang comel macam orangnya juga." Senyum Geyrey dengan pujian ikhlas. Wah, manis juga senyumannya biarpun hanya diterangi lampu-lampu berwarna-warni dalam kelab malam itu namun dia masih boleh melihat rupa jejaka itu. Boleh tahan juga yea. Kalaulah aku ada boyfriend macam dia kan bestnya. Bergaya lagi tu.
Pappp… Geyrey memetik jarinya didepan Cicie. Cicie yang asyik melamun terkejut beruk. Hendak saja dia melatah depan Geyrey tapi segera dikontrol. "Kenapa" "Takdela" "Jadi, kenapa termenung jer ne. Ada sesuatu ke kat muka saya ne." Sambil Geyrey memegang mukannya, manalah tahu ada hitam-hitam ke kat mukanya. Jatuh pointnya didepan awek. "Kamu dari mana ek?" "Dari rumah." Geyrey ketawa. Mulutnya mengeluarkan bau arak jika bersuara. Cicie hanya menekup mulut jika lelaki itu bersuara. Lagi satu dia pantang jika lelaki bercakap dan sengaja meletak tangan mereka ke atas bahunya. Seperti mengambil kesempatan dalam kesempitan. Biarla orang kata dia kolot tapi itula prinsipnya. Tapi,dia hairan kalau perempuan lain dalam kelab malam itu membiarkan saja jika mereka disentuh oleh lelaki. Biarpun baru saja kenal. Ah, itu kan sudah menjadi kebiasaan jika berada ditempat-tempat begini. "Mengalamun lagi? Ow, awak ne suka mengalamun ek atau hobi wak memang melamun. Iyeke?" "A’ah." Tersentap Cicie mendengar ungkapan lelaki itu. "kan, betul tak?" Teka Geyrey. "Takdelah. Suka-suka awak je". Tersipu-sipu Cicie dibuatnya. " Jadi, datang sini kenape?" "Saja buang masa ditempat ne." Entah macam mana dia boleh mesra dengan lelaki itu. Ah,lantaklah. Apa salahnya lagi pun lepas ne tak lah jumpa dia lagi. Inilah kali pertama dan kali terakhir pertemuaan dia dan lelaki yang mengelarkan dirinya Geyrey. Dia bersuara sendiri. "Buang masa?" "Iye,buang masa. Kenapa?" "Erm, kalau buang masa kenapa dok cam ne jer. Ne jum la menari cam diaorang tu". Sambil muncung mulutnya menunjuk cousin Cicie didepan mereka yang sedang asyik menari bersama dengan boyfriendnya sambil berpeluk-pelukan dan bercumbu-cumbuan didepan kelayak orang ramai lagi tu. Ala, tempat macam ne siapalah kisah apa kita buat. "Aku tak pandai menari. Menari sumazau bolehlah…hehehehe..". Tanpa disedari dia terlepas ketawa. Ops, aku buat lawak ke ne? lantas dia terhenti daripda tawa. Dia menekup mulutnya. Geyrey ketawa melihat gelagatnya. Lucu juga dia ne. Tapi, apa dia sebut tadi. "Menari apa awak cakap tadi?" "Menari Sumazau" "Sum… Suma… "Sumazau lah awak." Potong Cicie. "Tu bukan tarian dari… dari mana ek…?" Geyrey mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal seperti mencari-cari jawapan dalam kepalanya. "Dari Sabah lah". "Ow iye… Dari Sabah. Erm, awak dari Sabah ke?" Teka lelaki itu. Patutlah cara percakapan pun masih tercampur slang Sabah. "Yup... Kenape?" "Datang sini keje ke study?" "Erm, Keja". "Keje." Geyrey berkata seperti tidak percaya. Iyala, gadis ne masih muda takkan muda-muda dah merantau di tempat orang. Entah-entah lari dari rumah kot dia ne atau ikut boyfriendnya kat sini tapi… mana pula boyfriendnya ne. Otaknya mula fikir yang bukan-bukan pasal Cicie. "Ex-cuse me.." "Erm, sorry… Awak keje kat mane?" "Keje kat kilang jer." "Betul ke ne? Awak tipu yea?" "Aik, betullah. Kenapa pula saya nak tipu awak ne? Saya manalah pandai menipu". Cicie memang tak pandai menipu biarpun bersembang dengan orang yang dia baru kenali. "Manalah tau kan. Tempat ne manalah orang nak berterus terang lainlah kalau kita dah lama kenal mesti awak pun segan nak menipu kat aku. Kan? So,betullah awak ne dari Sabah dan keje kat sini? Jadi, awak g kat sini ngan sape? Mana kawan-kawan awak. Takkan mereka biarkan awak sorang-sorang kat sini." "Takla. Mereka ada kat depan aku jer ne" "Ow,iyeke… Bepe orang datang kat sini?" "Lima." "macam tu." "awak pula nape datang tempat ne. Saja buang masa juga ke?" Tiba giliran Cicie menyoal. Tadi, saja malu-malu. "saya ne baru putus cinta." "ow frust lah ne." Lucu pula Cicie mendengarnya. Dia tergelak sendiri entah kenapa seakan perkataan itu melucukan bagi dirinya. "Erm,macam tulah tu. Lagipun dia dah kahwin dah sekarang." "Sampai gitu sekali. Ciannya awak ne. Nape girlfriend awak kahwin dengan lelaki tu, kan awak boyfriendnya." Busybody pula aku ne. Ah,lantak lah. Getus hatinya. "Taktau lah pula aku nape dia pilih lelaki tu. Sedangkan aku dah janji yang aku akan lamar dia selepas aku habis konvo nanti. Tapi, bila dah aku habis konvo dia dah kahwin ngan orang lain" "Awak ne masih student lagi rupanya. Jadi girlfriend awak dah kawin lah sekarang ne. Awak tak g ke time dia kawin?". "Bukan girlfriend lah tapi ex-girlfriend." "Ow..Wokeh… ex…" "Aku tak datang. Sapelah sanggup tengok orang yang kita sayang kahwin ngan orang lain." Suaranya agak kendur sedikit. Agak menyedihkan apabila orang yang kita sayang sanggup berkahwin dengan orang lain. Kita yang bercinta, orang lain pula yang dapat. "Mesti sakit hati awak kan bila dia senang-senang memperkecilkan cinta kamu berdua?" Soalan bonus ke soalan bodoh dia ne? Getus hatinya sendirian. "Mestilah sakit. Kecewa lagi tau. Awak ne takkan tak tau betapa sakitnya bila putus cinta. Lebih-lebih lagi orang tu kita sayang dan cinta sangat. Awak tak pena rasa ke putus cinta sebelum ne?" "Tak" "Jum balik" Tiba-tiba seorang perempuan menegur cicie. "Boleh, minta nombor awak ke?" "A’ah" "Boleh minta nombor awk ke? Please"
*** Sejak hari itu cicie selalu berbalas-balas message dengan Geyrey. Tak kita waktu malam atau siang. Ada saja bunyi handphone berdering sehingga kawan serumahnya naik pening melihat cicie 24 jam menekan keypad handphone kalau tak menjawab pangilan masuk entah dari mana itu dia tidak ambil pusing. Cicie membaca sms yang dihantar oleh Geyrey sambil tersenyum-senyum. Tak sangka sejak perkenalan yang bermula di kelab malam hubungan mereka bertahan sehingga kesini. Dia sangka selepas pertemuaan di kelab malam dia tak akan berhubung lagi dengan Geyrey. Dia tersenyum sendirian apabila teringat pertemuan pada malam itu. Paling melucukan berkenalan ditempat itu. Mungkin orang cakap dia ne tak pandai cari kawan. Ala, lagipun hubungan dia dan Geyrey bukannya ada ada apa-apa pun. Setakat kawan je la. Tut..tut..bunyi sms datang. Lamunannya hilang. Dia menekan baca. "Em,apa kata esok ne kita jumpa dah lama kita asyik sms dan bersembang kat telefon je. Kali ne biarlah kita sembang face to face…kan best leh tahu reaksi muka awk camne bila bdepan ngan awk.nak ke?" "erm,tengok keadaan la awk" dia menekan punat sent. Tak sampai seminit bunyi sms masuk lagi. "awk ne slalu tau camne ne.bila aku ajk awk mesti ada alasan. Aku ne jahat sgt ke awk rase sampai awk pn taknak jumpa aku." "bknla sampai camtu. Awk ne slh sangka plak. Oklah esok jumpa awk. Tp, kat mane ek?" Tut..tut… "btl ke ne awk nak jumpa sye? Mcm tak caye plak.iyala asyik sms n sembang kat fon je. Ne skali-skala jumpalah. Baru best..heheheh..k,la sok jmpa n sye akn ambil awk klu awk tak kisah gipun susa klu awk nek bas nti. Tkt ada apa2 plk tjd kat awk nti. Sape susa sye juga yg susa tau..hehehe.." "erm,okla..sok kita jumpa. Sye tungu awk dtg ambil sye je." "ok.jm 9 gitu sye ambil awk k. Jan lambt tau,sye tak sabar dah nak jumpa awk, sweet dream’ Geyrey menghantar sms terakhir kepada Cicie lantas dia melelap mata. Pada masa yang sama, Cicie membaca sms yang terakhir dari Geyrey. Wah, apakah yang akan berlaku pada hari esok ne. Adakah aku dengan dia pergi berjalan-jalan di shopping complex sambil berpegang-pegang tangan dengan Geyrey. Ish, apa aku merepek ne. Dahlah kali pertama pergi date dengan lelaki, inikah pula nak berpegang tangan. Gila juga aku ne. Tak mungkin aku akan menjalinkan hubungan dengan orang yang aku kenali di dalam kelab. Tak mungkin. "Hey... Awak belum tido lagi ke?" Lamunan Cicie terhenti bila rakan serumahnya menegurnya. "A’ah…" "Menghayal je keje awak ne. Tido. Lampu tu tutup dah pukul 2 dah ne tau." Lantas Erna menarik selimutnya menutup tubuhnya agar kesejukan berkurang. "Ok. Good night.." Perlahan suara Cicie namun matanya masih memandang siling. Entah apa saja difikirkannya.
*** Keriangan Cicie jelas terpancar diwajahnya. Geyrey tak habis-habis menngusik Cicie. Dia suka melihat Cicie wajah Cicie yang comel bila diusik. Apalagi dia pun merasa seronok mengena gadis comel seperti Cicie. Dia tidak mahu kegembiraannya di ganggu oleh masalah-masalah pejabat, peribadi dan macam-macam lagi. Biasalah lagipun dia adalah pengurus besar disebuah firma yang terkenal di Malaysia. Jadi tidak hairan masalah itu tidak timbul dalam hidupnya walaupun sehari. Cicie berlari mendapatkan aiskrim yang dijual oleh pak cik itu di sebuah funfair. Bukan selalu dapat makan aiskrim sambil berbual-bual dengan jejaka. Inilah pertama kali dia keluar bersama-sama dengan lelaki. Seumur hidupnya dia tak pernah keluar dengan lelaki walaupun dengan rakan-rakan sekolahnya dahulu kecuali abang-abangnya. Perasan malu tu adalah sikit apabila bergandingan bahu dengan jejaka yang kacak dan bergaya. Dirinya yang kecil molek menyebabkan dia tak sepadan jika bergandingan dengan Geyrey. Lagi satu bila mereka berjalan-jalan disekitar funfair itu orang yang berselisih dengan mereka pasti memandang mereka. Iyala, Geyrey dahlah bergaya seperti actor dalam filem hollywood pula tu. Siapa taknak lepas pandang. Mungkin orang sangka Cicie beruntung dapat teman lelaki seperti Geyrey. Senang cerita teman wanita Geyrey. "Jum naik roll costar." Lantas Geyrey menarik pergelangan Cicie tanpa menunggu jawapan dari Cicie. Cicie yang tak sempat mengelak terpaksa mengikut. Dia yang kebingungan untuk melepaskan diri tidak menjadi apabila Geyrey telah membayar untuk dua orang. Nanti dikatakan jual mahal pula dahlah dibelanja. "yahoo…" Cicie yang ketakutan memegang kuat pada pemaut kerusi tersebut. Ya..ampun… aku taknak mati lagi ne. "Arghhhhhhh…." Geyrey mengambil kesempatan melihat wajah comel cicie yang menjerit ketakutan. Cicie yang perasan Geyrey memandangnya lantas memaling wajahnya disebelah. Tak sangka apabila melihat sekitar bawah roll costar dia menjerit lagi. Dia merasa dia akan jatuh dari tempat duduknya pada bila-bila masa saja walaupun telah mempunyai tali keselamatan. Dia menutup matanya sambil menjerit ketakutan. Dia tak sedar bila roll costar berhenti dari berpusing. "Dahlah..awk taknak turun ke? Nak main sekali lagi ke?" Usik geyrey geli hati melihat telatah lucu Cicie yang menghibur hatinya. "A’ah" Cicie membuka matanya dan berhenti menjerit. Tangannya yang masih memegang tali keselamatan itu lantas dilepaskannya. Malunya apabila orang ramai melihat kearahnya. Budak-budak yang melintas kearahnya ketawa tergelak-gelak melihat kearahnya. "Kakak tak malulah menjerit-jerit. Tau takut tapi naik juga." Kata seorang budak lelaki. Comel tapi mulut celupar betul. Kurang ajar betullah. Anak sape ne? Tak ajar anak betul-betul.huh.menyusahkan orang je. Rungut hati Cicie lantas membuka tali yang melekat dalam tubuhnya. "Sorry dik. Anak akak memang cam ne. Jum, abang… tak baik tau cakap kakak cam tu." Kata mak mungkin siap mengelarkan abang lagi. Mungkin anak sulung kot. Tau tak pe. Ketawa cicie dalam hati tanda dia puas hati. Dia membesarkan anak matanya kearah budak itu. Budak itu membalas balik dengan menjelirkan lidahnya kearah Cicie. "Sudahla tu. Dengan budak pun nak cari gaduh." Tersenyum-senyum Geyrey melihat telatah Cicie dari tadi. Dahlah terbuai dalam roll costar tadi. Lepas tu menjerit-jerit macam nampak hantu je. "Mane ada." Dalih Cicie sambil menahan rasa malunya. Kantoi lagi. Lah… perasan la pula mamat ne. Getus hatinya. Lantas dia mengekor langkah Geyrey yang jauh melangkah kehadapan. Setelah puas merayau-rayau di sekeliling funfair itu. Mereka mengambil keputusan untuk mencari restoran untuk menjamu selera setelah puas merayau-rayau disekirar funfair itu.
*** Sejak hari itu, mereka saringkali keluar bersama-sama keluar makan dan bermain boling bersama-sama selepas habis kerja. Hubungan mereka seperti kekasih namun sebenarnnya mereka hanyalah kawan. Cicie yang lebih mengharapkan agar hubungan mereka lebih dari sebagai kawan. Lagipun dia pasti hatinya mempunyai perasaan cinta dan sayang terhadap lelaki itu sejak pertama kali keluar dengan lelaki itu. Tapi, adakah lelaki itu mempunyai perasaan yang sama seperti dia. Sedang mereka makan tengahari bersama-sama di sebuah restoran sambil bergurau senda. Tiba-tiba, seorang wanita sekitar 25-an menegur mereka. Cicie yang sedang makan terhenti suapannya. Tetapi, gadis itu hanya menegur Geyrey sahaja bukan Cicie. Wah, cantiknya gadis itu tapi siapakah gadis itu? Adakah kekasih geyrey tapi dia kan baru saja putus cinta enam bulan lalu takan semudah itu dia mencari penganti atau kawannya. Ah, apa yang aku fikir ne akukan tiada apa-apa dengan Geyrey. Buat apa aku nak jaga tepi kain orang nanti apa kata Geyrey pula kalau aku mempunyai perasaan yang tidak sepatutnya aku fikirkan. Tapi, adakah aku mempunya perasaan terhadap Geyrey. Sedang cicie bermonolog sendirian Geyrey menegurnya untuk pergi lebih awal bersama-sama wanita itu. Cicie hanya mengangkuk kepalanya tanda menngiyakan kata-kata Geyrey dan memandang sayu langkah mereka berdua keluar dari restoran itu. Apa yang telah berlaku terhadap diriku ne? Kenapa perasaan ne muncul?. Dia jadi takut dengan mainan perasaannya sendiri. *** Sejak peristiwan itu, hubungan mereka menjadi renggang. "Cie. Sorry lama dah tak call awak." Suara garau yang dirindui oleh Cicie selama ini akhirnya berkumandang di corong telefon. "Takpe, aku tau awk sibuk dengan hal pejabat." Suara Cicie menahan sayu di hati namun cuba diceriakannya. Dia tidak mahu Geyrey tahu perasannya terhadap dia. "Awak sakit ke ne? Kenapa suara awak lain macam je?"Risau Geyrey mendengar suara Cicie seperti menahan kesakitan. "Memang aku sakit, sakit hati ne. Tau tak?" Namun suara itu hanya bersuara dalam hatinya. "Iye, sakit. Dalam bepa hari ne aku rasa macam tak sihat. Tapi dah g klinik pun. Nanti aku sihat sihatlah." Tipu cicie sambil terbatuk yang dibuat-buat. Ah, lantaklah. Setelah lama kedua-duanya mendiam. Akhirnya Geyrey membuka mulut. "Sebenarnya aku ada hal penting nak cakap dengan awak ne." "Cakaplah." Ow, call aku disebabkan ada hal penting nak cakaplah pula. Kalau takde, takdela bunyi handphone ku ne. "Gadis yang tegur kita hari itu sebenarnya ex-girlfriend aku yang itu ada aku ceritakan kat awak kat kelab malam tempoh hari." Perlahan suara Geyrey menceritakan apa yang berlaku. "Erm, iyeke? Yang dah kahwin tu ke?" Sengaja Cicie meninggikan suaranya seakan-akan menarik cerita yang disampaikan oleh Geyrey. "Yea. Tapi, sekarang dia dah bercerai dengan suaminya. Masalahnya aku pun tak tau. Tapi, kata Liah dia cerai dengan suaminya sebab tiada persafahaman antara mereka berdua. Lagipun, dia masih menyintai aku." Cerita Geyrey bersungguh-sungguh. Liah pula nama bekas teman wanita Geyrey. Bisik suaranya. Cantik orangnya jika dibandingkan dengan dirinya. Cicie yang hanya mendengar hanya mendiamkan diri. Dia tak tahu hendak katakana apa lagi jika Geyrey pun masih menyintai Liah. Dia bukan siapa-siapa bagi Geyrey. Dia hanyalah kawan kepada Geyrey. Selama dia berkawan dengan Geyrey pun dia tidak nampak dimata Geyrey mempunyai perasaan terhadapnya. Mungkin selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. "Rey, kalau aku tanya jangan marah tau. Em, awak masih ada perasaan dekat Liah ke?" Soal cicie tergagap-gagap. "Cinta aku terhadap Liah tak akan pernah mati dari hati aku. Aku dah janji yang aku akan terus mencintai dia walauapapun terjadi. Aku percaya yang kebahagian aku akan kembali. Akhirnya doa aku termakbul setelah sekian lamanya aku menanti." Jelas Geyrey. Kini Cicie tak mampu bersuara lagi. Benarlah yang selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Suara Geyrey semakin sayup-sayup didengarinya. Begitu kuat cinta Geyrey terhadap Liah. Kalaulah aku berada ditempat Liah tak ku lepaskan lelaki seperti Geyrey. "Oklah Cie. Ada pangilan masuk nanti aku call awak lagi k. take care?" "Okey"
*** "Hello, boleh aku bercakap dengan Cicie?" "Maaf cik, Cicie telah dimasukkan di hospital sejak kelmarin. Dia mengalami kemalangan teruk ketika melintas jalan raya. Encik ne siapa yea?yang bercakap ne boyfriend dia ke?\" Soal suara wantia itu. "Erm, takpe la. Tapi kat mana haopital tu?" Geyrey tidak menjawab soalan dari wantia itu lagipun bukan penting sangat. Fikirannya asyik terfikir keadaan Cicie sekarang. Setelah mengetahui dimana hospital Cicie dimasukkan lantas Geyrey bergegas mendapatkan keretanya.
*** Geyrey membuka pintu kamar ICU yang ditempatkan oleh cicie. Begitu teruk sekali kemalangan yang dialami oleh Cicie sehingga dimasukkan ke tempat itu. Dia semakin sayu melihat keadaan Cicie yang hampir dibaluti oleh kain putih. Tangan, kaki dan lehernya dibaluti oleh kain putih agar darah tidak mengalir lagi. Disebelah Cicie tergantung botol darah dan air. Mungkin juga Cicie kekurangan darah akibat kemalangan tersebut. Dia menghampiri katil tempat pembaringan Cicie. Dia memegang lengan Cicie sambil meletak ke pipinya. Dia mencuim tangan gadis itu. Baru dia sedar hidupnya tidak akan sempurna tanpa gadis itu. Selama ini, Cicie lah yang membuat hidupnya lebih gembira dan melupakan kisah-kisah lalu yang ditempuhinya. Namun, sejak Liah muncul dalam hidupnya hubungan dia dan Cicie telah menjadi rengang. Mungkin hati dia belum tahu siapa yang lebih dia perlukan dalam hidupnya. Jangan tinggalkan aku Cie, aku minta maaf kerana aku, awak jadi begini. Aku tak ambil peduli tentang awak sejak kebelakangan ini. Aku minta maaf Cie. Aku janji selepas awak sihat aku akan buat awak bahagia. Tapi, apakah kebahagiaan yang aku boleh bagi awak? Geyrey berfikiri sejenak. Apa kebahagian yang aku akan beri? Soal dirinya sendiri. Aku akui awak seperti nyawa aku selama ini. Aku amat menyayangi awak seperti ahli keluarga aku. Aku sayang awak,Cie. Jangan tinggalkan aku sendirian. Aku nak awak orang yang pertama tahu yang aku akan bertunang dengan Liah dalam berapa bulan lagi. Aku nak awak jadi pengapit aku nanti. Aku dah tak sabar nak beritahu awak semua ne. Kerana awaklah, Liah aku kembali. Terima kasih Cie. "Encik, encik ne siapa? Teman lelaki pesakit ne ke?"Tegur seorang doktor yang baru masuk itu mengejutkan Geyrey yang sedang bertalaku dikatil. Kenapa orang asyik cakap aku ini teman wanita dia. Layakkah aku dengan gadis seperti dia. "Encik." Ulang suara itu. "Erm,saya kawan dia doktorr" jawab Geyrey. "kawan saya camne doktor"? "kawan awak mengalami pendarahan yang teruk. Oleh kerana itu dia mengalami banyak kekurangan darah mungkin membawa kesan terhadap organ dalaman dan ini akan menganggu system jantungnya. Mungkin dalam beberapa hari ini dia dalam keadaan tak sedar. Dan kami akan merawat dia sedaya upaya kami." Terang doktor itu. "Maksud doktor dia koma?" kata Geyrey tidak puas hati dengan penerangan Doktor itu. Doktor itu hanya mengangkuk tanda mengiyakan soalannya. "Hanya itu saja yang mampu kami tolong yang lain itu kita hanya mampu berdoa kepada-nya. Kalau tiada apa-apa lagi saya keluar dulu." Nasihat doktor itu lantas menyambung tugas-tugasnya melawat pesakit yang lain. *** Sudah seminggu Cicie dalam keadaan yang sama. Tiada perubahan yang dia akan bangun dari koma. Geyrey semakin resah hari demi hari. Tidur tak lena, makan tak kenyang. Umpama dia sedang jatuh cinta tapi sebenarnya dia risau keadaan Cicie yang belum sembuh. Liah pula mengharap yang hubungan dia dan Geyrey agar mempunyai ikatan secepat mungkin. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kali ini dia mahu rumah tangganya bahagia hingga akhir hayatnya. Itulah impiannya selama ini. Kegagalan rumah tangganya tidak bermakna dia berputus asa kali kedua untuk berumah tangga. Lagipun dia yakin yang Geyrey masih menyintainya seperti dulu cuma dia saja yang buta tidak menerima lamaran Geyrey suatu ketika dulu. *** Cicie membuka matanya. Ketika memaling wajahnya disebelahnya dilihat Geyrey sedang terbaring lesu disebelahnya. Dia merenung wajah yang dirinduinya selama ini. Ikutkan hati dia inigin usap rambut Geyrey namun tak mungkin dia sangup berbuat begitu. Dia mengerakkankan bahu Geyrey. Dilihatnya Geyrey bangun perlahan-lahan sambil mengosok-gosok matanya. Perlakuannya terhenti ketika dilihat Cicie yang sedang tersenyum memerhati gelagatnya. Dengan spontan dia memeluk Cicie dengan erat. Cicie terkedu dengan perbuatan Geyrey. Betapa gembiranya jikalau pelukan ini milik aku selamanya. Bisik hati cicie. Arimatanya ditahan daripada jatuh. "Awak tau tak betapa risaunya aku bila mendapat tau yang awak terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dah seminggu awak terbaring koma kat hospital ne. Awak tau tak betapa rindunya aku nak melihat senyuman awak. Rindu sangat tau." Luah Geyrey. Apabila dia sedar yang dia terlalu lama memeluk Cicie lantas dia meleraikan pelukannya. Apa yang dah aku buat ne? Lantas dia mengalih topik pembicaraan. "owh yea. Aku ada bawa sikit buah tangan untuk awak ne. Kalau awak nak aku boleh tolong bukankan kulit untuk awak." Lantas Geyrey menukar topik sambil mengambil buah apel yang dibawanya tadi. Cicie hanya mendiamkan diri sambil melihat gelagat Geyrey yang sedang memotong buah apel. "Kenape diam jer?" "Takde." Keluh cicie. *** "Maafkan aku" "Kenapa pula?" Geyrey menarik nafas dan mengatur kata-katanya yang akan diungkap. "Aku tak dapat teruskan hubungan kita berdua." Akhirnya terungkap sudah apa yang ingin diluahkan sebenarnya kepada Liah. "Tapi,kenapa?" Liah sangat terkejut dengan pengakuan daripada Geyrey. Apakah bala yang menimpa aku kali ini. Getus hati Liah. "Aku dah takde perasan cinta kat awak." Dia berterus terang. Dia tak pasti semadah ayatnya betulkah tidak. Yang penting dia tidak mahu berbasi-basi lagi. Dia ingin segera meleraikan satu ikatan antara dia dengan Liah. Dia yakin hatinya kini bukan milik Liah lagi. "Aku tak fahamlah dengan awak ne. Tapi kenapa tiba-tiba pula? Atau awak dah ada orang lain yang cintai? Kenapa sekelip mata cinta awak hilang?" Soal Liah bertalu-talu. Airmatanya tidak dapat dibendung lagi. Tangisannya semakin menjadi-jadi. Geyrey tidak tahu apa yang perlu dikatakan lagi. "Maafkan aku. Aku tak layak dengan awak Liah. Carilah lelaki lain yang lebih baik dari aku. Maafkan aku." Lantas Geyrey meninggalkan Liah yang sedang tersedu-sedan. Dia pasti hatinya kini milik orang lain. Dia tidak tahu sejak bila cinta baru itu datang dalam hatinya dan dia tidak akan mempersia-siakan orang yang mencintainya begitu tulus sekali. Dia janji yang dia akan jaga gadis itu selama-lamanya. Tekadnya. *** Ketika tiba dirumah cicie. Dilihatnya Cicie sedang duduk di sebuah buaian di halaman rumah mereka. Dia segera menghampiri Cicie yang sedang termenung. "Tak habis-habis termenung."Sapa Geyrey. Terkejut Cicie disapa seperti begitu. Tiada angin tiada rebut tiba-tiba Geyrey datang kerumahanya tanpa menelefoninya dahulu seperti sebelum. Apa kena dengan lelaki ne? Dia melihat sekujur tubuh yang sedang berdiri tegak didepannya. Mata mereka bertembung antara satu sama lain. Tiba-tiba… "aku cinta kamu" luah Geyrey sambil memeluk erat Cicie. Cicie yang terkejut tidak mampu terkata apa-apa. Matanya terkebil-kebil tanda tidak percaya apa yang didengarinya sebentar tadi. Namun, pelukan Geyrey keatasnya dibiarkan. Apa kena dengan lelaki ne. Dah siot kali kot.bisik hati cicie. Tapi, bukan saat inikah yang dia nanti-nantikan olehnya selama ini. Lantas Cicie meleraikan pelukan Geyrey keatasnya. Dia menampar-nampar pipi Geyrey agar sedar apa yang baru saja dikatakan olehnya. "Apa awak buat ne?" Kata Geyrey mengosok-gosok bekas tamparan Cicie tadi. "Sakitlah." Katanya mengadu. "Awak sedar tak apa yang awak cakap tadi. Dah siot ke awak ne? Liah nak letak kat mane arh… awak jangan nak main-mainkan perasan orang." radang Cicie sambil bercekek pinggang didepan Geyrey. Senang- senang kata dia cinta kat aku. Ingat aku ne apa ek? Kalau betul takpe gak. Keluh hatinya. Tiba-tiba dia merasa sayu. "Ya ampun. Aku tak main-mainlah. Cuba awak tengok kat mata aku semadah aku serius ke tak?" Geyrey menghampiri Cicie sambil merenung ke anak mata Cicie. Suaranya agak serius. Dengan beraninya Cicie merenung ke anak mata Geyrey. Seketika mata bertentang mata. Akhirnya Cicie mengalah dan dia memaling wajahnya kearah lain. "Ada awak tengok aku tak serius?" Tegur Geyrey setelah sekian lama terdiam. Cicie hanya mendiamkan diri. Dia mengambil tempat duduknya tadi. Geyrey pula tidak mahu ketinggalan lantas mengambil tempat duduk disebelahnya. Lantas diayunnya buaian itu perlahan-lahan. "Apa awak nak cuba buat ne arh?" Sengaja ditinggikan suaranya terhadap Geyrey. Dia tak faham apa yang cuba Geyrey lakukannya. Sebentar tadi kata dia cinta aku. Sekarang buat macam takde apa-apa pula. Gila. Benar-benar gila dia ne. Huh.. "Lama dah kita tak macam ne kan?" Geyrey tidak memperdulikan kata-kata Cicie. Sengaja melihat reaksinya. "Wei. Awak ne kenape? Awak sakit ke ape?" Ditahan guna kaki agar ayunan terhenti. "Aku seriuslah yang aku cintakan awak. Awak tak faham ke ape aku cakap ne. Oklah. Orang putih cakap "i love you" orang cina cakap "wo ai ne" orang Sabah cakap "Saya suka kau bah" Nah apa lagi awak tak caye ne?" Geyrey menahan rasa malunya mengungkap kata-kata itu. Dia cuba merenung keanak mata Cicie. Tanpa diduga cicie terlepas juga tawanya. Sempat lagi dia buat lawak. Bukan apa dia cuma rasa lucu bila geyrey meniru cara percakapan orang sabah. Melihat wajah geyrey yang serius lantas dihentikan tawanya. "Erm… betulke apa yang awak katakana tadi ne.?" "Betul lah takkan main-main pula." "Apasal awak tetiba kata yang awak cinta kat aku. Bukan awak dengan Liah dah nak rancang nak bertunang ke? Awak biar betul" tegas Cicie. Dia cuma ingin kepastian terhadap lelaki itu. "Aku dah buat keputusan yang aku taknak kehilangan awak. Selama ini aku buta menilai perasan awak kat aku" "Apa awak cakap ne? Perasan aku kat awak? Apa awak merepek ne?" Cicie cuba menyembunyikan rasa malunya. Tinggi egonya bila berkata tentang itu. "Apa lagi awak cuba nak sembunyikan. Hari itu aku datang ke sini rumah awak. Tapi awak takde. Cousin awak jer ada masa tu. Dia kata awak g keje. Kat rumah tu aku nampak gambar kita dua dalam dompet awak. Awak ada tulis kat gambar tu. Awak tulis hanya aku yang kau cintai." Jelas geyrey. Ya, dia pernah terlupa membawa dompetnya ketika pergi kerja. Dan dia terpaksa menelofoni Erna untuk menghantar dompetnya. "Jadi awak simpati terhadap perasaan aku lah ne kan?"Tuduh cicie sambil menahan airmatanya. Dia tak sangka kalau. Mungkin kerana kemalangan itu yang menyebabkan dia simpati terhadpanya. "Tak bukan cam tu la. Aku sebenarnya ikhlas cintaikan diri awak. Cinta aku terhadap awak ikhlas. Aku tak tahu sejak bila perasaan ini hadir. Tapi, yang pasti aku sangat suka ngan awak." Jelas Geyrey bersungguh-sungguh menangi hati Cicie. "bila awak terlibat kemalangan hari itu aku jadi takut jika aku betul-betul kehilangan awak. Aku tak dapat bayangkan bila awak tiada di sisi aku selama ne. Aku tak dapat bayangkan." Tanpa disedari airmatanya mengalir dari kelopak mata. Dia meraup wajahnya. Cicie menyentuh wajah Geyrey dan dia memandang ke anak matanya. "Aku cinta kamu Cie." Ulang Geyrey sambil melihat ke anak mata Gadis itu. Tanpa menunggu lebih lama lantas Cicie memeluk tubuh lelaki itu yang telah mencuri hatinya sejak sekian lama berkawan. "Aku juga…"Geyrey membalas pelukan Cicie seakan tidak ingin melepaskannya.
*tamat*
P/s: ini adalah kali pertama saya berkarya dalam blog ne. Jika ada salah silap penggunaan bahasa atau ejaan sila maafkan. Terima kasih semuanya..
lelaki yg minum arak n jumpa kat kelab malam nak dibuat suami..seriously x bermoral..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
that's a nice story..