Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hana membuka laptop Applenya sebelum berlalu ke bilik air. Kimi dekat ruang tamu. tengok cerita apa tah.
seketika kemudian, Hana sudah menghadap komputer.
Tittle: Hana Kimi in Bali.
Jemari Hana rancak menekan pad kekunci laptop Apple itu... "Satu wish."
"Apa?" Hana berpaling ke sebelah.
"Kat Bali ni, kita jangan guna aku-kau."
"Dah tu. itu je kan yang kita selalu guna?"
"Tukar lah." Kasar semacam. Siap kena komen lagi tu...
"Guna apa? I-you? Say-awak? Honey-Baby?"
Kimi sengih mengusik. "Tak tau pulak kau tau bahasa orang bercinta..."
Kimi di sikunya. "Shut down. Bising." Hana memandang awan malam yang bergerak lembab.
Kimi semakin galak ketawa. Hana Cuma mendiamkan diri. Kimi, kalau kau kena cekik hari ni, esok kau hidup lagi tak?
"Baby,,, merajuk ke,,,?" Kimi mengambil tangan kanan Hana.
"Haish!" Terus Hana menarik tangannya semula. "Tak nak guna honey-baby. Geli. Meremang bulu roma!"
"Sape nak guna honey-baby? Tak kata pun,,," Kimi senyum ada makna. "Kau yang perasa..."
"Eiiii!!!" Hana mencubit pipi Kimi. "Padan muka!" buat orang malu. Sure merah muka aku sekarang ni.
Kimi hanya sambung gelak. Kemudian dia terhenti sendiri apabila Hana tidak memberi respon. "Kita panggil awak-kita la." Kimi mengutara. Matanya merenung Hana yang tidak bertudung itu. (tak pakai tudung pasal sekarang dekat balkoni bilik honeymoon suite.)
Hana memandang Kimi disebelah. Dipandang dalam-dalam. Tiada kata yang terkeluar. Kimi, I don’t think I ever know you...
Hana, why can’t we be like other couple? Kimi mendekatkan mukanya ke muka Hana perlahan-lahan. Hana, kite sayang dekat awak la...
Toinkkkk!
Hana menolak dahi Kimi dengan telunjuk kanan apabila jarak mereka kurang dari 1 inchi. Kimi terkebelangkang beberapa cm.
Hana memandang ke luar. "Awak-kita? Macam aku cakap dengan Aisya je kat sekolah dulu." Hana mengisi suasana. Cakap dengan Aisya macam tu pun sebab dia jenis budak-budak yang sweet, tak guna aku-kau. Tak pernah seumur hidup aku cakap dengan Kimi awak-kita. Awak-saya lagi lah jauh. Honey-baby? Dalam mimpi 50 tahun akan datang.
Malam tadi sampai kat Bali. Duduk-duduk je dalam hotel. Mata tak rasa mengantuk. Ni dah pukul 4.00 pagi. Kalau nak tahajjud kena tidur kejap. Hmmm,,, tapi kat plane dah tidur kejap.
"Awak,,, pandang kite." Kimi memegang dagu Hana agar mata mereka bertemu. "Awak-kite untuk 3 hari ni je."
Untuk 3 hari ni je... sampai kat rumah dah tuka la eh? Nanti balik rumah gaduh lagi. huuuh... Hana memejam mata seketika. Harap la suasana aman damai tanpa gaduh dan perang ni bertahan lama sikit. Dia membuka mata. "OK." Senyum ikhlas lahir dari hati.
Kimi turut tersenyum. Harap la macam ni selama-lamanya... xxxxxxxxxxxxxxxx
"Awak! Nak solat macam mana?" Hana bertanya.
"Kite dah call room service. Telekung dekat dalam almari kot." Kimi membentang sejadah.
"Yeh?" Hana berjalan ke almari. Eheh… ada la. Hana berjalan mendekati Kimi yang dah sedia nak angkat takbir. Telekung dipakai. "Dah." Dia menghadiahkan senyuman buat suami.
Kimi mengangguk sambil tersenyum. "Allahuakbar." Dah angkat takbir. xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Masalah pertama dah selesai. Telekung, guna hotel punya. Masalah kedua. "Awak, kite nak pakai baju apa?" Hana memandang Kimi.
"Tak payah pakai la." Kimi balas mendatar.
Hana dah merah muka. Gila! Tak pernah-pernah aku tunjuk lebih-lebih kat dia. "Betul-betul la..."
"Betul la tu. Bukannya ajnabi lagi. dah hubby and wifey. No aurat." Kimi tersenyum sumbing.
"Ulat gonggok." Hana mengetap bibir. Dari tadi jalan-jalan dekat Bali pakai baju malam semalam. Dah busuk macam kambing. Nasib baik singgah kedai perfume tadi. boleh la wangi sikit. Haha. Matahari dah masuk tidur. Dah tinggal warna merah-merah je dekat kaki langit.
Kimi mengatur langkah ke arah Hana yang sedang duduk di birai katil kemudian duduk disebelah isterinya.
"Jangan buat benda pelik-pelik." Hana dah warning. Dia mengengsot ke tepi sebelah kiri.
"Sape kata nak buat benda pelik?" Kimi mendekat. Menyakat itu seronok.
"Yang dekat-dekat ni kenapa." Hana berkerut sambil mengengsot lagi. Dah la aku pakai bathrobe je pasal baru lepas mandi. Heyo, Hana, yang kau cari nahas pergi mandi before dapat baju pehal?
"Biar la nak dekat-dekat. Salah ke?" Kimi makin dekat. Hehe... kan unlike charges attract. Suami attract kat isteri. Betul la teori magnet tu.
"Salah la. Ingat katil ni besar sangat ke?" Hana dah sampai hujung katil.
Kimi sengih. "Acah je. tu pun takut."
Memang takut! Jantung Hana berdegup pantas. Rasa macam nak nangis. Dia tunduk menekur. Jangan la air mata ni jatuh.
Kimi terdiam melihat Hana yang dah senyap. "Baju dalam almari." Parcel baju dia dan Hana baru datang masa mereka tengah jalan-jalan dekat negara seberang siang tadi. Dipos dari malaysia. Kimi memegang kedua-dua bahu Hana. "Dah dah. Jangan nangis." Tangannya mengesat air mata Hana. Hana, kite suka kat awak... "I’m sorry..." Bibirnya singgah di dahi Hana.
Jantung terskip satu beat. Gulp! Seram! Meremang! "Takpe." Hana senyum segaris sebelum bangun menuju almari.
p/s I think i love him.
Dan Hana mengklik tetikus ke publish post. xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Kimi!! Bangun!!" Hana menjirus air ke Kimi yang sedang nyenyak tidur. "Dah pukul 8.03 pagi masih tidur lagi! Ingat ofice tempat kau kerja tu syarikat bapak kau??!"
Lupa nak kata. Hana dengan Kimi satu ofice. Kalau Kimi lambat, dia pun lambat jugak. Yang peliknya, dah hampir 5 bulan kerja dekat syarikat tu, tak pernah langsung bertembung dengan Kimi. Kimi kerja tukang cuci toilet lelaki agaknya...
"Oit." Kelam kabut Kimi bangun dari baring. "Kejut la elok-elok." Siap bagi bebelan free. Esh! Habis basah rambut aku!
"Ingat aku ape? Jam loceng kau?" Hana bercekak pinggang. Jarum jam dah tergelincir dari angka 8.
Kenapa jadi macam ni balik semula...? Kimi mengeluh dalam hati. Wajah Hana direnungnya. "Fine. Sorry." Ujarnya perlahan. Dia bangun dan berjalan menuju ke bilik air. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Masih macam dulu?" Jiha bertanya.
"Ye la." Malas Hana menjawab.
Jiha menggeleng. Susah betul la kawan aku ni. "Cam ni la. Kau bincang dengan Kimi elok-elok. Doa banyak-banyak." Dia berhenti seketika. "dan kau pun kena ubah diri kau jugak."
Hana merenung Jiha kosong. Ubah diri kau jugak... dia mengulang di dalam hati. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Hana, aku dah ada kat bawah ni." Kimi mengangkat handbreak, memberhentikan keretanya di hadapan pintu masuk utama syarikat.
"Yer. on the way." Hana menekan button lif ke bawah. kemudian masuk dan menekan huruf G.
"Yer. on the way." Kimi mengajuk dengan memek muka.
"Duh~ shut down. Bising tol." Hana mematikan handphone.
"Hallo!" Kimi berkerut. Isteri aku neh memang la. Ke kureng an betul. Main selamba je matikan phone? Ish! Nombor Hana didailnya kembali.
Hana memandang skrin handphone. Nafas berat dilepaskan. Handphone Anycall Bodyguard itu dibuka. "Yer. Dah keluar dari lif ni." Hana menjawab malas.
"Cepat la. Lambat."
"Nak kejar apa pun? Rumah tak lari la." Hana bergegas berjalan keluar pintu masuk syarikat.
Kimi dah sengih. "Hah! Keluar pun." Masih bercakap melalui telefon.
Hana muka geram. Berhati-hati dia menuruni tangga. Talian telefon masih belum dimatikan. "Bukannya urgent sangat pun." libas dengan handbag ni, baru tau laut tu cetek ke dalam! Hana sudah sampai di tangga terakhir.
Kimi hanya tergelak. "Bubai~" Kimi berkata sambil tersengih dan meluncur laju meninggalkan Hana yang berada hanya satu kaki dari keretanya. Talian dimatikan.
Hana terpempan. Riak muka tak percaya ditinggalkan di depan mata. Ditinggalkan oleh suami sendiri. Yang telefon dua kali suruh cepat. Tapi last2, kena tinggal? Serius rasa nak menangis. Kakinya bagai terpaku di situ. Matanya menyorot Camry Kimi yang sudah jauh dari pandangan. Dalam litupan perasaan yang berbuku itu, Hana tergelak tiba-tiba sambil air matanya perlahan meniti pipi. Heh. Percaya dia kenapa? Salah kau la Hana. Tapi sanggup dia tinggalkan aku macam ni? Air matanya gugur lagi. Nak mengharap apa? Huh? Hana menggeleng kepala. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Hana, kau kuat. Dah dah, jangan nangis. Kesat air mata tu.
Hana mengangkat muka dan mengesat air mata dengan belakang tangan. Tak pe la. 1 sama. pagi tadi aku buat dia. Ni balas dendam la ni. Lepak. Game baru nak start. Heh. Hana sengih sebelum melangkah ke dalam syarikat semula. xxxxxxxxxxxxxx
Mana pulak la wife aku ni... Kimi menyelak langsir sliding door. Dah pukul 11 tak balik lagi. Ish! Kimi berjalan ke sofa. Tangannya mencapai handphone Anycall Bodyguard dan membukanya. Nombor Hana di dail laju. Handphone di bawa ke telinga.
"Hallo!"
"Nombor yang anda dail..."
Kimi berkerut. "Apa buat perangai tutup handphone ni..." Terus Kimi mendail nombor mak mertuanya.
"Assalamualaikum bu." Kimi memulakan bicara. "Sihat. Hana? Sihat. Hana mana? Errr... dia dah tidur la bu. Saja je call, nak tanya kabar apa semua. Eh... belum lagi. Nanti kalau ada berita baik, Kimi bagitau. Haah. Okey. okey. Ha. Hmmm. Okey la bu. Kirim salam semua. Waalaikumsalam." Kimi mematikan talian. Serentak nafas berat dilepas.
Mana lah isteri aku ni... Kat rumah mama ke? Takkkan...Hana Hana.. kite risau wak... Kimi mencapai kunci kereta. xxxxxxxxxxxxxxx
"Puan Hana tak balik lagi?" Pak Cik Khalid, pak guard menyapa Hana. Dekat pondok guard sekarang ni.
"Pak Khalid." Hana melepas nafas lega daripada terkejut. "Kejap lagi teksi saya sampai." Matanya berlalu ke jalan raya.
"Selalu balik dengan siapa?" Pak Khalid masuk ke dalam pondok jaga.
"Dengan suami. Tapi dia ada hal kena balik awal tadi." Hana menghadiahkan senyuman.
Pin pin!
"Hah! Dah sampai pun." Hana berjalan ke kereta itu. "Balik dulu pak cik. Assalamualaikum." Ujar Hana sebelum memboloskan diri.
"Waalaikumsalam." Pak Khalid mengangkat tangan sambil tersenyum. Matanya mengikut kereta yang dinaiki Hana. Kemudian dia melabuhkan punggung ke kerusi.
Pin pin!
Pak Khalid terkejut. Kelam kabut dia bangun. "Encik Hakimi. Ada hal apa datang ofice lewat malam ni?" Mesra Pak Khalid bertanya.
Kimi menurunkan cermin tingkap. "Ada hal la pak cik. Tolong bukakkan pintu gate." Ujar Kimi sambil cuba tersenyum. Wajahnya masih berlakar risau.
Pak Khalid membuka gate. "Assalamualaikum!" Pak Khalid mengangkat tangan semasa Camry Kimi melepasinya.
"Waalaikumsalam." Kimi menghadiahkan senyuman dan berlalu ke pintu masuk utama syarikat, memakir keretanya betul-betul di hadapan tangga.
"Come on Hana. Angkat handphone." Kimi bergegas masuk ke dalam.
"The number you have called..."
"Hana.." Tangannya menekan button lif. Naik ke tingkat 17, tingkat ofice Hana.
"Encik Hakimi. Cari siapa?" Jula, receptionist tingkat 17 menyapa.
"Cari Farahin. Ada jumpa dia?"
"Oh, dia dah balik. Kenapa?"
"Dah balik??" Kimi tak percaya. Risaunya beransur kebah. "Naik apa?"
Jula berkerut. "Emm, teksi. Kenapa? Encik dengan Farahin ada apa-apa ke?" Boleh buat gossip ni.
"Nothing." Kimi menggeleng dan terus berlalu. Dah balik? xxxxxxxxxxxxxxx
Pintu bilik depan dipulas tombolnya. Kimi melangkah masuk tanpa bunyi. Hmmm... dah tidur... Lega hati. Tanpa tertahan senyumannya berbunga.
Kaki Kimi melangkah ke katil Hana. Wajah Hana jelas letih. Tanpa teragak-agak Kimi mengelus rambut isterinya. "I'm sorry..." Bibirnya singgah lama di dahi Hana. "I'm sorry..." Kimi melangkah keluar. xxxxxxxxxxxxxxxx
Hana tersenyum puas. Hehehe... Segala kutleri di basuh. Kemudian makanan asam pedas dan ketam masak lemak itu di hidang cantik di atas meja makan. Jus tembikai yang disejukkan di dalam peti ais di bawah keluar.
"Hakimi~!" Hana melaung dari bawah. Hana melangkah mendaki tangga.
"Iye~!" Kimi menyambut dari atas. Matanya masih pada maklumat di dalam internet.
Tuk! Tuk! Tuk!
"Masuk." Kimi kata tanpa memandang.
Hana menghiasi muka dengan senyuman sebelum tangannya memulas tombol pintu dan masuk ke dalam. "Hai awak." Hana melangkah mendekati Kimi.
Kimi berkerut sebelum membawa matanya memandang Hana. "Mimpi apa main awak awak ni?"
Hana tergelak kecil. Tangannya menarik Kimi supaya bangun. "Mimpi awak la~" Senyuman masih bermain di bibirnya.
Kening Kimi bagai nak bercantum. Pelik bin hairan. Tapi diturut sahaja rentak Hana. Sekarang, dia sudah berdiri di hadapan isterinya.
Hana mengambil kedua-dua tangan Kimi dan meletakkannya dipinggangnya. Terketar-ketar tangannya. Phew~ betul ke apa aku buat ni?
Kimi hanya merenung ke mata Hana. "Ni kenapa ni Hana?" Kimi membiarkan tangannya di pinggang Hana.
"Tak ada apa-apa." Dengan berani Hana merenung kembali. Dia tersenyum. Senyuman paling manis di mata Kimi. "Nak bermanja dengan hubby sendiri pun tak boleh ke?" Tangan kiri dan kanan Hana merangkul leher Kimi.
Kimi merangkul pinggang Hana. "Boleh~ tak salah."
Hana menelan liur. Betul ke apa aku buat ni? "Kimi."
"Yes?" Tangan Kimi mengelus rambut Hana.
"Kite ada masakkan makanan kegemaran awak."
"Yeh?" Kimi tak percaya.
"Jom makan. Penat tau kite masak."
"Jom." xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Hana, Hana masak sedapla." Kimi memuji sambil cuba untuk menelan nasi. Ketam dia bapak pedas. Asam pedas pun serupa! Letak cili berapa guni ni? Nak membunuh namanya.
"Oh, yeh? Thanks. Tambah la lagi." Hana menyembunyikan senyum.
"Tak pe lah. Dah kenyang." Kimi menuang jus ke dalam gelas. Diteguknya. Weh, ape air tembikai masam gila ni?!
"Hana nak naik dulu la eh Kimi." Hana bangun dari kerusi.
"Wait."
Gulp!
"Ni saja je kan? Nak revenge?" Kimi bersuara tenang.
Alamak! Mati la! "Umm..... Umm...... Babai. Good nyte!" Terus Hana lari keluar dari dapur.
"Hana~~!!!" Kimi tak sempat basuh tangan tapi dah kejar Hana.
"Aaaaaaaaaaaaa~! Takut!" Hana naik tangga nak masuk bilik.
"Jangan lari!!!" Kimi lari laju gila. Siap sempat tutup laluan naik tangga tu.
Hana terberhenti. Oh tidak! macam mana ni? Bilik store! "Eheh..." Sempat dia sengih kat Kimi. "2-1." Terus dia lari masuk bilik store.
"Farahin~!"
Bunyi pintu bilik store dikunci dari dalam. "Iye~!" Hana selamat duduk di dalam bilik store tu walau banyak gila habuk ada dalam tu.
Kimi tidak cuba untuk membuka pintu tu. Terus dia berlalu ke dapur dan membasuh tangan.
Hana senyap di dalam store. Dia dah blah ke?
"Hana~!" Kimi duduk di sofa.
"Yeee~!"
"Takmo keluar ke?" Kimi meneguk air milo panas yang dibuatnya tadi.
"Tanak~" Hana menjawab selamba.
"Hana~"
"Yesss~"
"Tak takut gelap ke?"
Eh? Baru pasan. Tak bukak lampu store. Hana menelan liur.
"Hana." Suara kimi bertukar ke rentak suspen. "Cuba tengok benda putih sebelah Hana tu."
"Jangan la!" Hana pejam mata. Jantungnya berdegup kencang. Bulu roma tiba-tiba je meremang.
Kimi gelak tak ada suara. "Hana."
"Kimi." Hana dah berpeluh seram sejuk. Memang terasa ada 'orang lain' yang berwarna putih di sebelahnya.
"Jangan pandang belakang Hana. Benda putih tu tengah tengok Hana." Kimi sambung dengan nada yang sama. Suspen. Seram. Macam host citer Misteri.
"Kimi!" Tangan Hana sejuk macam ais. Tengkuk terasa macam ada angin lalu, yang menggeletarkan tubuhnya.
"Hana. Tangan benda putih tu nak pegang bahu. Lari cepat!" Kimi semakin galak menakutkan orang.
"Kimi!" Hana pejam mata kuat-kuat. Bagai terasa ada tangan yang panjang kukunya nak pegang bahu.
"Hana lari! Dia dah dekat!" Kimi buat suara desperate. Bajet ada hantu betul la, kejar Hana
"Aaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!" Hana lari keluar bilik store dan terus peluk Kimi di sofa. Hana menangis terus.
Kimi apa lagi. Peluk je la. Free hug kan. "Shhhh... jangan nangis. Tak... Hantu tak kejar..." Sebijik cara pujuk budak kecik yang baru lepas mimpi kena kejar dengan hantu. Kimi sengih.
Hana kesat air mata. Gila seram bai.
"Shhh... Okey. Dah tak kejar." Kimi terus memujuk.
Hana masih lagi bocor paip air mata. Ditelan liur banyak kali.
"Dah, dah, takmo nangis dah." Kimi mengusap rambut Hana. Ni la bahana cari pasal dengan hubby.
Hana menyapu air matanya. Weh. Wait. Aku peluk Kimi ke? Terus Hana lepaskan Kimi. Malu bai. Nangis macam budak kecik lak tu. Adoyai~
"Dah okey?" Kimi tanya.
"Kureng betul la. Sape suruh takutkan orang?" Hana menggumam rendah.
"Ha?" Kimi berkerut.
"Okey. Sihat wal afiat." Hana menentang mata Kimi.
Kimi sengih nakal. "Fair. 2 sama." Kimi buat peace.
Dush! Kureng. "Bai. nak tidur." Hana melangkah pergi.
Kimi menghantar guna pandangan mata. "Bai. Kalau takut, peluk aku eh." Diiringi dengan ketawa mengejek.
"Ugh, shut down." Hana terus naik. xxxxxxxxxxxxxxxxxx
Dah 2 bulan dah berlalu lepas honeymoon hari tu. Rumah masih lagi tak aman dan perang masih diteruskan.
Pelik. Dari kawan yang sangat baik, bertukar jadi macam musuh. Walau dah kahwin. Aku pun nak ending macam Cinderella, macam Barbie Princess and the Pauper, macam Princesses Disney yang ada ending "They live happily, ever, after~!". Tapi sekarang ni...? xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Kau kena terangkan perkara yang sebenarnya dekat dia." Khai menepuk bahu Kimi. Khai. Kawan sekelas. masa form 4 form 5.
"Kalau dia taknak dengar?" Kimi mengangkat muka dari cawan kopi.
"Esh! Jangan fikir kalau dulu. set tempat dulu." Fareez mencadang.
"Rumah siapa ni?" Hana bertanya. Matanya masih terpaku pada rumah banglo yang macam istana tu.
"Rumah mak mentua kau." Kimi berkata tanpa memandang Hana. Kakinya dah melangkah masuk ke rumah. "Assalamualaikum, ma, pa."
Ternganga tanpa sedar. Rumah mak mentua aku? biji mata terasa bagai nak terkeluar dari tempatnya. Terasa tangan ditarik Kimi.
"Ma." Hana buat muka biasa sambil tangannya bersalam dengan Puan Qis. Dia tunduk mencium tangan mak mentuanya. "Ma sihat? Pa?"
"Kami sihat alhamdulillah." Mama dan papa Kimi menjawab sambil tersenyum.
"Apa mimpi datang sini ni Kimi?" Mama bertanya. Mereka berjalan ke ruang makan.
"Saja. Hana kan tak pernah datang sini." Kimi menjeling Hana sekilas. Hana hanya tersengih.
Gila! Rumah Kimi ni? Bukan dulu dia kata rumah dia rumah kampung ke? Hana dah berkerut tanpa sedar.
"Syarikat macam mana Encik CEO Hakimi?" Papa bertanya sambil tangan menyuap nasi.
"Uhuhk! Uhuk!" Hana tersedak. Tangan menggenggam erat alas meja sambil tangan lagi satu menepuk dada. CEO?
"Air ni Hana." Mama menghulur air pada Kimi. Hana menyambut dengan tangan kiri. "Sampai tersedak haa. Minum, minum."
Hana hanya tersengih. Dia menelan liur. Hujung matanya sempat menjeling Kimi di sebelah.
Kimi hanya meneruskan makan sambil tersengih. "Okey." Malu kut tersedak. Hah ha!
"Okey je?" Papa berkerut dahi.
"Bisnes yang dekat Jepun tu..." Kimi nak membuka cerita pejabat.
"Haaa... no business talk at home." Mama memotong pantas.
Hana cuma senyap. Tekun menyuap nasi. Kimi. CEO. CEO. Hakimi? Apasal masa mesyuarat tak pernah nampak muka? Bukan nama CEO aku Encik Hakim ke? GOD! Tambah i je kut kat belakang tu. Kimi, kenapa tak pernah bagi tahu? Padanlah lepak je kalau masuk kerja lambat pun.
Mungkin perkara sebenar tak memerlukan perkataan untuk diterangkan. Kimi berbicara di dalam hati. Yes Hana, I'm Mr. CEO. xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Macam-macam bercerita masa dinner tadi. Cerita pasal mama dengan papa nak pergi haji kali kedua tahun ni, cerita pasal ofis (tu pun sebab papa yang nak), cerita pasal masalah negara, H1 N1, pollution, global warming, itu, ini, sana, sini, keluar cerita pasal Bali, (ingat kan papa nak tanya apasal tak pergi Bali pakai personel jet. Almaklumlah, Si Kimi ni kan kaya macam ape je), dan yang paling tak tahan, soalan cepumas mama.
"Bila mama nak bercucu?"
Telan air liur 100 kali masa tu. Eheh. "Aaaa..."
"Nanti ada lah tu. Insya ALLAH." Kimi tolong jawabkan. Phew~ "Coming soon." Kimi menambah. "Kan sayang?" Tangan Kimi mengambil tangan Hana yang berada di atas sofa dan mengucup tangan Hana itu selamba.
Serentak kaki Hana pijak kaki Kimi. Amek kau. Haha. "6-5" Kata Hana tanpa gerak gigi. Hana- 6, Kimi- 5. xxxxxxxxxxxxxxxxx
"Weh," Kimi menunjuk dengan jari telunjuk kanan kemukanya. "... kena pergi Jepun."
"Berapa lama..." Hana menunjuk Kimi dengan jari telunjuk kanannya. "... kat Jepun?"
"Ni..." Kimi tunjuk kat diri sendiri. "...gi Jepun 2 minggu."
"Bila?"
Kimi senyum. "Sekarang."
What?? Yes!! Rumah itu guwe yang punya! Hoorai!! Hana sengih sorang-sorang dalam hati. "Oh. Ok."
Aik! Muka tak de rasa apa-apa ke? Hayo... "Ok la. Gi dulu. Jaga rumah baik-baik."
"Ye. Tak lari punya lah rumah ni." Sarkastik Hana bersuara.
Loya huduh ye? "Hana sini." Kimi suruh Hana dekat.
Hana ikut je la. dekat sikit dengan si Kimi tu. "Nape?"
Dalam satu motion yang pantas, Hana dah berada dalam pelukan Kimi. "There's only 1 thing 2 do 3 words 4 you... I love you..." Kimi menutur di telinga kanan Hana.
Hana tak terkata. Dibiarkan Kimi mengelus rambutnya.
Kimi menghela nafas. Akhirnya, dah terucap jua. Three curse words tu. Hana dilepaskan. Bahu Hana dipegang. "Take care." Kimi menghadiahkan senyuman dan terus keluar rumah dua tingkat mereka... xxxxxxxxxxxxxxxx
Hana membuka Notebook Applenya. Nak tulis diary. Blog diary. Blog tu memang private. Tak pernah orang jumpa kecuali Kimi. Masa dorang form 5. Kimi ceroboh....
"Mana tau password aku?" Kimi ni kureng la. Nak tumbuk dia sampai lumat boleh tak?
Kimi sengih. "Kau jugak yang kata. 'Kalau aku nak bagi password, kena something yang aku sebut lebih 10 kali sejam.' And benda yang selalu kau sebut tu, ulat gonggok, kan?" Heh he...
"Gonggok!" Kimi kena baling dengan pensel case Jiha.
"Wei! Pensel case aku!!" Jiha cubit Hana.
Start dari hari tu.. Hana dah tak guna gonggok dah. Dia guna password start huruf H akhir huruf i. Heh he...
Hana membuka blog diarynya. "New post." Hana mengklik di situ. Jemarinya laju marathon di atas key board.
Dah dua hari Kimi takde kat rumah. Bosan dah tak de orang nak main sakat-mengena. Sunyi je rumah. Kalau tak mesti dah kena kejar la kena cubit la. Hana tergelak kecil. Sekarang mereka masih 6-5. Kemenangan di pihak Hana. Tapi sebenarnya seri, square, fair. Pasal masa hari Kimi pergi Jepun tu, Hana memang dah cair dengan Kimi. First time Kimi cakap I love you. Rasa macam nak kiss Kimi time tu jugak. Haha. Hana geleng kepala. Gila hiperbola.
P/s Awak, kite rindu...
Dan kemudian mengklik pada publish! Lepas tu, Hana membaca semula segala yang ditulis dan... eh! Ada komen? pelik. xpernah ade org jejak blog neh... esh! musykil!
Terus di klik di comments dekat post Hana Kimi in Bali.
Hana. Aku saja lalu lalang dekat sini. Banyak nye draft yang tak post lagi... Eheh... and p/s i love you too... kimikemot.
"Weh! Macam mana dia tau password?" xxxxxxxxxxxxxxxxxxx
kimi balik la msia... 10 days to go!
"Jiha! Kau kena tolong aku."
"Whoa! Lepak babe." Jiha kata. "Tarik nafas~!" Hana tarik nafas. "Lepas~!" Hana lepas. "Okey sambung."
"Jiha, aku nak kata ni." Ujar Hana.
"Ha. katalah." Jiha angguk sambil mendengar.
Hana pegang tangan Jiha. "I love Kimi." Hana menutur jelas.
"Aaaaaaaa~ Bagus la! Aku happy untuk kau." Jiha menggenggam erat jari Hana.
"Aku pun happy untuk aku." Hana tersenyum. "Tapi...."
"Tapi apa lagi..."
"Kau kena tolong aku."
"Tolong apa?"
"Macam ni." Hana bisik di telinga Jiha. xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
kimi balek la msia... 7 days to go!
Hana tekun menggosok pakaian kerja Kimi. Nak prepare jadi isteri solehah ni. Segala kerja rumah dia cuba buat. Masak tu pass la. Bab bab kemas rumah ni je belom pass lagi.
Handphone Anycall Bodyguardnya berdering. "Alamak! Sabar! Sabar!" Hana masih menggosok.
Air pula menjerit meminta untuk ditutup. "Haisy!" Hana meninggalkan baju yang di gosok dan berlalu mengangkat handphone "Assalamualaikum. Jiha!" Kaki Hana melangkah ke dapur. Menutup cerek air.
"Waalaikumsalam. Weh. Nak aku datang tak hari ni?" Suara Jiha kedengaran.
"Nak la..." Hana keluar dari dapur dan duduk di sofa ruang tamu.
"Pukul berapa?" Jiha bertanya.
"Sekarang la." Hana bersandar penat. Sejak akhir-akhir ni memang penat, letih je selalu. Tak tau la kenapa. Tak cukup tidur kut.
"Nape macam letih je ni?"
"Agak la. Penat kot. Tidur lambat. Bangun cepat. Kerja kat ofice menimbun." Sejak bila kawan aku ni pandai tak sayang kredit ni?
"Owh... Weh, aku ada citer hot ni."
"Apa?"
"Nanti aku bagitau."
"bengong! baik takyah gtau!" Bau apa macam terbakar ni... "Weh! Kau bau tak?" Hana berjalan mengikut deria baunya.
"Bau apa?" Jiha turut bersuara suspen. "Weh! Mana la aku nak bau! Apa daaa..."
Hana melangkah ke bilik baju. "Weh! Baju Kimi terbakar!" Hana berlari ke suis iron dan menanggalkannya. "Weh. Busy. Assalamualaikum." Talian di matikan. Handphone di masukkan ke dalam poket seluar. Hana mengangkat iron dari baju kemeja Kimi. Lepas tu angkat baju Kimi dan menjenguk dari baju yang dah terbakar. "Besar gila lubang dia..." xxxxxxxxxxxxxxx
kimi balek la msia... 5 days to go!
"Kena bercakap bahasa yang sopan." Jiha memulakan syarahan. "No aku-kau. Guna la Hana-Kimi ke.. Awak-saya ke.. paham?"
"Hmm." Hana angguk sambil membuat catatan.
"Okey." Jiha menunjuk ke whiteboard.
Mind map. Wanita solehah: 1. Mencintai Allah dan Rasul... hmmm... ni one the way 2. Mentaati Ibu Bapa... 3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf.... taat ke? mcm x je... 4. Menguruskan rumahtangga... hehe... ni langsung tak. rumah tunggang terbalik kapal karam tak timbul2! 5. Berhias untuk suami.... ni... entah la.. *geleng2* 6. Berpakaian menurut ajaran Islam... hmm... pakai tp x sempurna... kena ubah ni... 7. Menjaga batas pergaulan... dah besar ni ok la. xbyk ckp ngan laki. tp time high school memang la dahsyat. astagfirullah... tapi aku tak pernah couple eh. tak pernah sekali pun. nauzubillah... 8. Bersahabat dengan wanita solehah... insya ALLAH kut..
Hana menumpu dan bermuhasabah diri,,,, xxxxxxxxxxxxx
Kimi balek la Msia! 3 days to go!
"Emm,,, kite nak cakap dekat awak.." Hana menutur malu-malu.
Kimi dah terhinggut-hinggut tahan gelak.
"Jangan la gelak wak.." Hana berkerut. Orang buat elok-elok ni...
"Tak de la.. macam lawak la korang gune awak-kite..." Jiha yang bertopeng muka Kimi yang di print size A4 dan dilubangkan matanya sambung gelak.
Hana pink muka. "Ala Jiha... lagi 3 hari ni hubby aku nak balik..."
"Uih! Dah mengaku hubby!"
"Alamak Jiha..." Malas nak layan.
"Okey la... Now." Jiha kuburkan gelak tawa yang masih bersisa.
Hana menarik nafas dalam-dalam sambil memejam matanya. Seketika kemudian, wajah Kimi (yang sebenarnya gambar je) menerpa pandangan..
Jiha bukak topeng. "Mana main short form~! Lain2!" xxxxxxxxxxxxxxxx
Kimi balek la Msia! 1 day to go!
Yea! Kimi balek sok! Walau pun Kimi tak call, tapi comment dia kat blog pun dah cukup~ eheh...
Hana mencelup mop ke dalam baldi berisi air sabun. Hari ni nak mop rumah. Sub-topic yang penting dalam bab mengemas rumah. Pelik. Dalam dunia ni, ada gak orang yang pandai masak tapi tak pandai kemas rumah. Salah satu orang yang pelik tu Hana. Segala masakan dia pass. Tapi bab bab mengemas ni la... memang berantakan!
Mop sudah berada di permukaan lantai. Betul la. Kimi buat aku dapat kahwin dengan orang yang aku tak kenal. Pasal memang aku dah tak kenal dia dah waktu kahwin dulu. Ye la. Dulu takde la menyakitkan hati orang dengan buat apa yang aku tak suka. Macam bunga tu. Tak pernah aku suka bunga! Dia bagi jugak. Macam masa hari konvo tu. Sejak form 5 dia dah janji nak datang 2 jam before aku dapat ijazah. Tetiba dia lambat datang. Hmmm...
Hana mengemop sambil menyanyi kecil.
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta Yang masih bersemadi untukmu Dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu Kau juga menyintai aku
uih! Wanita solehah tak menyanyi.. tukar tukar.. lagu nasyid lak!
Kawan bertahun kita bersama Bagai semalam baru bersua Kawan di hadapan oh indahnya Kita bersama berkelana
"Assalamualaikum~"
Ha! Aku mengigau ke?
"Hana~"
Kimi melangkah masuk ke dalam rumah. Sungguh dia rindu! Rindu pada Hana, isteri terchenta... HAHA
Waalaikumsalam. Hana merasakan bahawa dirinya sedang berada di wonderland. Terdengar suara Kimi memberi salam langsung membuatnya terlanggar baldi air sabun sampai habis tumpah. "Kimi~!" dan...
Puff!
"Nasib baik sempat sambut!" Alhamdulillah.. Kimi bersyukur di dalam hati. Kemas dia menyambar Hana yang nyaris jatuh tergelincir. Kot ye pon teruja + rindu, jangan la obvious sangat... HAHA...
"Uh, thanks!" Jantung Hana dalam keadaan tak stabil. Dekat gila muka dia dengan muka Kimi.
"Errr.." Dua-dua tak tau nak kata apa. Kalau tengok dorang berdua macam dalam Sehati Berdansa. Hana macam nak terjatuh, Kimi pegang bagi tak jatuh.
"Okey tak?" Kimi tanya.
"Kinda..." nak terjatuh!
"Kita duduk kat sofa." Kimi kata dan mula menapak sedikit-sedikit.
Gedebuk!!
"Awww!" Hana terjatuh.
"Aduss!" Kimi pun sama. Habis baju dah basah. Eh, Hana! "Are you okey, honey?"
"Uh... i guess so.." Honestly, sakit butt!
"I'm sorry.." Kimi bangun dari jatuh dan menolong Hana untuk bangun. Tangan mereka bertaut, pandangan mereka juga serupa. "okey sayang?"
"Okey." Hana melarikan pandangan. Kimi pun. Alahai... malu-malu kambing la plak... tak tahan..
"Honey."
Umm.. ble tukar panggilan neh? "Yess?"
"Are you having your period?" Mata Kimi terpaku pada kaki Hana.
"Nope. Why?" Tak pernah tanya pun soalan mcm tu. Lagipun, dah lama tak 'cuti'.
"What's that leaking thing?"
What leaking thing? Mata Hana turut sama menala ke kakinya. "Ya ALLAH!" Rasa sakit tiba-tiba di detect oleh otak bila nampak darah. "Kimi sakit."
"I'll take you to hospital." Kimi mengangkat Hana macam prince angkat princess dalam citer barbie. xxxxxxxxxxxxxxxx
Terasa tangan melingkari pinggang. "Hana..." Kimi baring di sebelah Hana. Hana membelakangi Kimi.
Hana memejam mata menahan perit di hati. Air matanya gugur membasahi bantal. "Kimi.." Antara dengar atau tidak dia bersuara.
Kimi mengeratkan rangkulan. "Jangan sedih sayang..."
"Tak. Hana tak sedih." Hana menggeleng pantas. Tangannya menggenggam tangan Kimi yang melingkari pinggang. "Hana tak sedih. Sapa kata?"
Kimi menelan air liur yang terasa bagai batu. Susah. Payah. Untuk ditelan. "I'm sorry..." Air matanya turut gugur.
"Takpe. It's not your fault..." Setitis lagi air mata Hana membasahi bantal. "Hana yang banyak salah... Hana mintak maaf Kimi..."
"Shh..." Kimi memusingkan tubuh Hana menghadapnya. "Kite dah maafkan awak lama dah.." Dia mengangkat dagu Hana agar mata mereka dapat bertentangan. "Kimi yang salah..."
Air mata Hana makin lebat... semakin lebat dan menggila apabila ingatan itu menerjah...
"Berita baik dan buruk. Nak mana dulu?" Dr. Sabrina bertanya pada pasangan suami isteri di hadapannya.
"Baik." Hana dan Kimi menjawab serentak.
"Puan Hana mengandung 2 bulan..." Dr. Sabrina beriak biasa.
Eh? Hana tak percaya. Mengandung? Bila masa.... Oh! Time kat Bali! Muka tiba-tiba merah menahan malu.
Kimi mengucap syukur di dalam hati. Tangan Hana di genggam erat. "Buruk?" Dia bertanya.
"Kandungan Puan Hana tidak dapat diselamatkan."
Ya ALLAH~ Hana macam nak pitam. Baru tau ada new comer beberapa saat tapi... Ya ALLAH...
Kimi merangkul bahu isterinya. Sungguh hatinya menangis! Menangis melihat wajah Hana yang macam dah down giler.
"Hana.." Kimi menyeka air mata Hana. "DIA sedang menguji kita..."
"Hmmm." Hana mengangguk sambil tersenyum hambar.
"Kita kena kuat.." Kimi merenung mata Hana yang sepi tanpa fokus.
"Hmmm." Angguk. Senyum.
"Hana..." Air mata Kimi gugur sekali lagi.
Hana merenung Kimi sambil tangannya menyapu air mata Kimi, sedangkan waktu itu juga air matanya turut turun menuruni pipi. "Kimi, I L Y..."
Hati Kimi bagaikan remuk melihat Hana yang begitu tenang. Tapi dia tahu, sedihnya seorang bakal ibu yang baru tau dia bakal jadi ibu beberapa saat... tetapi baby yang baru diketahui beberapa saat itu hilang sekelip mata. "I love you too, sayang..." more than you know, dari dulu lagi...
"I know." Mutiara jernih itu bagai tiada nilai. Mengalir deras dari hujung mata Hana. "Nasib baik kita tak tahu dari awal kann..." Hana tersenyum tawar.
Kimi hanya memberi laluan bagi Hana untuk terus berbicara. Tangannya mengeratkan pelukan.
"...kalau kita tau dari awal mesti lagi sedih kann?" Tanpa nada dia menyambung. Hujung matanya basah lagi.
"Yes sayang." Kimi mengucup ubun-ubun Hana. "Yess..."
"Kimi,,, kalau kita ada baby best kan..." Hana merenung leher t-shirt Kimi. "..oh.. lupa... kita pernah ada..." rendah dia menggumam.
Kimi tau Hana sedih. Dia tahu. "Kalau ada rezeki, ada la baby..." Rambut Hana diusap lembut.
Hana mengangguk.
"Kite dengar ada orang tu gosok baju kite sampai lubang. Siapa la orang tu agaknya ek..." Kimi sengih mengusik. Kalau tak lari ke topik lain, sure banjir bilik ni karang.
Hana mengera tiba-tiba. Alamak~ tak ganti lagi baju Kimi! Err... "Kimi lupa ke... kite kan memang tak pandai gosok baju... dari kecik lagi kann..."
"Yeah. Of course i know... Tengok tangan."
Hana mengembangkan jemarinya.
"... tangan iron cheff. Bukan tangan iron clothes,,," xxxxxxxxxxxxxx
Sunday, July 31, 2009
di tagged
1- Copy this award and place it at your blog
The gorgeous blog! Keep up!
2- Give 5 interesting facts about the giver..
[Hakimi b Johan] hmmm... encik CEO lambat g ofice neh... HAHA... siap la...
- susah nk bangun bila orang kejut! XD HAHA... - suka mengacau orang! tak boleh tengok orang senang duduk. - seorang yang amat handsome... (jangan kembang) tapi lawannyer! - seorang best friend merangkap seorang hubby... dia sangat.... caring? (Kimi, tolong la jangan nak buat muka bangga) - hmmm... ape lagi ek? haaa... dulu pernah kencing dalam seluar dekat kelas, waktu tadika. WAHAHAHAHAHA~~!
3- give 5 things bout yourself.
- isteri CEO. haha. riak giler - seorang yang comel :) - baik,, cantik,, pandai masak,,, pandai kemas rumah.. HAHA - ape ek? kawan baik seorang mamat yang bernama Hakimi - kalau gabung nama dengan Kimi akan jadi HANAKIMI. citer jepun. best citer tuh...
4-Give this award to 4 other bloggers:
- hakimi b johan @ kimimenggelabah.blogspot.com - kimi kemot @ kimibajethensem.blogspot.com - kimithespoiler @ kimilovehana.blogspot.com - and all creature in the planet include mars and jupiter
p/s kimi mane ade blog. rekaan semata-mata. tiada kait mengait dengan sesiapa, except mr KIMI tu...
posted by Hana at 2.59 AM 1 komen
Anonymous said...
Hana, just say you love me. mengutuk hubby ye? nak kena kejar? hmm? - kimi
xxxxxxxxxxxxxxx
Lima bulan kemudian...
"Assalamualaikum ma."
"Waalaikumsalam. Kimi!" Mama menjawab didalam telefon.
"Ma sihat? Papa?" Kimi menghadiahkan senyuman pada Hana. Hana senyum kembali.
"Alhamdulillah kami sihat. Hana dengan Kimi?" Mama duduk di sofa.
"Alhamdulillah... kami pun sihat. Hana lagi sihat." Kimi mengenyit mata pada Hana.
Hana buat muka. Masalah~
"Lagi sihat? Ada berita baik ka?" Mama dah dapat mengagak.
"Eheh... Hana.. dah pregnant. 2 months."
"Betul ka? Alhamdulillah... bagi mama cakap dengan Hana." Mama teruja habis arh.
"Honey, ma nak cakap." Kimi pass phone kat Hana. Sempat pipi Hana di kiss.
"Assalamualaikum ma."
"Waalaikumsalam. Hana! Nape la lambat bagitahu..." Mama bangun dari sofa dan start berulang-alik dari kiri ke kanan. Entah apa yang dirisaukannya.
"Precaution measure ma." Hana sengih.
"Ni. Hana, jangan buat benda yang berat-berat. Banyak rehat. Jangan jalan sangat. Pakai stokin bagi tak sejuk. Kalau kerja kat pejabat tu,, kata kat Kimi Hana tak nak buat. Jangan angkat berat-berat..." Here goes mama. Dengan ibu pun kena jugak tadi. Hadoyai... dengar je la ceramah untuk ibu ibu mengandung... xxxxxxxxxxxxxx
"Dah letak dah kat blog baru... dah ada orang baca dah. Siap komen lagi,,," Hana duduk di sebelah Kimi. Mug yang berisi susu di pegang dua belah tangan.
"Ye? Bagi komen apa?" Kimi merenung isterinya di sebelah. Dah melebar dah Hana. Dah 6 bulan... tapi perut tak nampak sangat. Pipi je la naik.. Haha comel..
"Hmmm... komen dia..." Hana recall balik komen.
* At 15/6/09 4:25 PM, Tanpa Nama said... best la cter ni... sambung la lg... emm tp nape hana tu mcm kasar sket ek?
* At 16/6/09 8:32 PM, Tanpa Nama said... cter jenis ape le nie... kasar gler si hana tu.. ending cmtu jerk? hayooo...
* At 17/6/09 2:32 PM, Tanpa Nama said... nape le kasar gler si hana tu.. adoyai.. xpolite langsung,,,
* At 18/6/09 3:32 PM, Tanpa Nama said... ble nk sambung? klu xmo buat ending, xyah buat cter best,,
Kimi gelak gila-gila. "Haha! Kena komen! Kasar?"
Hana kat sebelah rasa nak jirus Kimi dengan air susu Anmum tu. "Tak mau la post lagi. Sedih tau orang kata kite kasar... kite dah cuba nak jadi polite..."
Blog diary Hana tu, Kimi kata dah macam membaca citer novel pulak. Hana tulis diary dia dalam bentuk penceritaan semula. Kimi yang mencetuskan idea membuat satu blog baru, and letak la cerita Hana&Kimi dalam tu, pasal Hana nak jadikan blog diary dia private selama-lamanya. Dia dengan Kimi je boleh bukak blog diary tu. Sekali first post dia dah kena komen... Haha... tak boleh blah.. Kimi tak kena komen plak. Hmmm.... ntah la...
Kimi sambung gelak tanpa suara.
"Kimi... jirus dengan susu anmum ni kang..." Mug susu dah diangkat tinggi.
"Whoa~" Kimi ambil mug tu dan letak atas meja kopi. "Yer... isteri kite dah polite... tau... tau... tu yang kite sayang dia tu.."
Dah start dah nak membodek. "Nak apa?"
"Nak awak."
"Tak nak bagi. Uwek..." Hana jelir lidah.
"Merajuk la camni." Kimi buat muka. Buruk la Kimi... orang tua merajuk...
"Merajuk la.. tak de orang nak pujuk.." xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Allahu akbar Allahu akbar.." Sudah selamat Aina bt Hakimi di azan dan di iqamatkan. Baby baru je lahir. Alhamdulillah,,, ALLAH permudahkan segala urusan...
Semoga kita sama-sama mendapat kebahgiaan dan kemenangan di dunia dan akhirat...
They live happily ever after... insya ALLAH (amin)
haha (bbrpa kali)..atoiyai.. x pueh ati + jantung tol lewr.. maksimun gilew tahap ke'best'an ctew nie.. kronik towl (ICU newp)smpai peti suaraku dh x dpt nk mngeluarkn bunyi2an ala2 wakakakaka.. kehkehkeh, kehkehkeh dan kekehkeh agi.. dh bjaya membuat tummy ku bgegar menahan vibration yg blaku akibat procgess laughing-non-stop for tempoh msa lebih drpd 2 1/2 kilowatt jam pd kelajuan 27 cm/days... hotak writer newp musti dh dicop pkataan 'gila2 geliga'... dh..dh.. xyah nk tnjuk pkembangan prasaan bngga anda yewp.. kikiki.. pew pom.. good,,, but not bad job! i giv u bintang tiga (komunis???).. heeee.. wassalaam...
orait ar ctew ney,.. bez deh,,, dah x yah kembang erkk.. riak plak ku tgok... adiyazz..hehehe
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ahaha...
ok la.
:D
seb bek de ending...
but,
kesa benar ape??