Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Filem Hindustan yang tertayang di tv langsung tak menarik perhatiannya. Bosan. Abang Hisyam bertugas hari ini. Dia hanya sendirian di rumah. Seluruh rumah sudah di kemaskan. Rancangan tv tiada yang menarik. Dia memang tengah bosan tahap gaban ni. Telefon bimbit dicapai.
"Assalamualaikum." Salam dihulur.
"Waalaikumussalam. Nana. Lama betul tak call mama ye. Maklumlah orang dah ada suami, mana nak ingat mama dia lagi." Suara mamanya seakan merajuk tapi Nana tahu mamanya hanya mengusik.
"Mana ada mama. Nana busy sikit sekarang ni. Projek dah nak due." Jawab Nana.
"Projek apa tu? Projek kat kampus ke projek kat rumah cik abang?" Mamanya sudah mengekek ketawa. Mesti muka anaknya sudah merah menahan malu.
"Mama! Saja je tau. Mana ada. Projek kat kampus lah. Tak nak lah kawan dengan mama lagi macam ni." Rajuk Nana manja. Malu diusik begitu. Mukanya merah menahan malu. Senyuman terukir dibibirnya.
"Ye lah. Suami ada, mana nak kawan dengan mama lagi kan." Mama masih lagi mengusik.
"Mama ni. Tak baik tau. Rindulah kat mama dengan papa."
"Baliklah. Nana pun dah lama tak balik kan?" Sejak pulang ke kampus 2 bulan lalu, Nana masih belum pulang ke kampung lagi. Patutlah dia rasa rindu pada mama dan papanya.
"Memang Nana nak balik. Tapi abang tu asyik busy je." Adu Nana.
"Takkan busy memanjang. Ajaklah dia balik sekali. Sekejap pun tak pe." Pujuk mama. Dia sendiri pun memang rindu pada anak bongsunya itu.
"Nanti lah Nana cakap dengan dia. Kalau jadi, hujung minggu depan Nana balik ye."
"Ok. Kalau jadi, bagitau tau. Boleh mama masak best-best sikit."
"InsyaAllah. Ni yang sayang mama ni." Rindu betul dia dengan masakan mamanya. Lebih-lebih lagi paprik mamanya. Memang kecur liur.
"Sayang, bila cuti sem ye?" Hisyam memaut mesra bahu isterinya. Nana yang sedang khusyuk menonton tv berpaling.
"Erm…minggu depan dah start cuti. Kenapa bang?" Nana bertanya dengan kerut di dahi.
"Erm…apa kata kalau kita pergi honeymoon?" Cadang Hisyam.
‘Hah, honeymoon? Nak!!! Tapi…’ Nana yang pada mulanya kelihatan gembira, berubah wajah tiba-tiba membuatkan Hisyam hairan.
"Kenapa? Tak suka ke pergi honeymoon dengan abang?" Tanya Hisyam.
"Bukan macam tu bang. Tapi…" ‘Kalau abang ajak Nana pergi sekarang pun Nana ikut tau.’
"Tapi kenapa?"
"Erm….Nana cuti sekejap je. Seminggu. Lagipun banyak kerja yang kena settle."
"Bawak lah sekali kerja tu. Buat kat sana."
‘Banyaklah bawak sekali kerja. Nanti, kerja yang aku nak buat tak siap, kerja lain yang jadi kang. Bukan boleh percaya sangat aku ni. Lebih-lebih lagi ada abang. Mesti kerja nak mengadap muka dia je 24 jam.’
"Ermm….apa kata kalau kita pergi bulan 5 ni? Masa tu Nana dah habis belajar. Cuti pun lama. Bolehlah honeymoon lama sikit. Baru la best…" perlahan sahaja suara Nana menuturkan kata-akata akhirnya. Malu. Gatal pun ada.
"Apa dia? Abang tak dengarlan sayang kata apa tadi?" Saja Hisyam mengusik. Nana sudah menutup mukanya dengan bantal.
‘Baby ni saja tau. Suka buat orang malu. Benci….’ Hati Nana berbunga riang. Kebahagiaan mekin dirasai. Mungkin ini hikmahnya jika berkahwin dengan restu keluarga.
"Erm…ok. Abang setuju. Habis je, kita terus pergi. Nanti sayang bagitau abang tarikh sayang habis, abang boleh apply cuti awal sikit." Bersungguh sekali Hisyam. Nana mengangguk.
"Abang…Kalau kita pergi honeymoon rumah mama dulu minggu depan boleh tak?" ‘Ala…bolehla….’
"Hah? O…patutlah tak nak pergi honeymoon minggu depan dengan ye. Nak balik rumah mama rupanya…Nakal betullah budak ni." Hisyam mencubit manja hidung isterinya.
"Boleh tak?" Nana bertanya lagi meminta kepastian.
"Hmmm… akan difikirkan." Hisyam buat-buat tak endah saja dengan permintaan Nana. Ingin menduga.
"Ala…bolehlah…Please…" Pujuk Nana. Sebenarnya di kepalanya sudah terbayang masakan mamanya yang penuh satu meja. Apalah punya anak. Bukan rindu dekat mama dan papanya, rindu kat masakan mama saja. Hisyam masih belum memberikan kata putus. Matanya tertumpu pada drama di tv. Nana tarik muncung sedepa. Rasa mahu menangis tidak diendahkan begitu. Hisyam perasan akan perubahan Nana. Hatinya ketawa berdekah-dekah. ‘Hai…Nasiblah kau Syam. Dapat kahwin dengan anak manja.’
"Merajuk ke? Oklah…kita balik kampung minggu depan ok!" Pujuk Hisyam. Kelakar bila melihat muka Nana yang masam mencuka. Makin comel.
"La…nangis ke? Abang main-main je la tadi. Sorry ok…" ‘Ish…sensitive betul budak ni.’ Nana mengesat air matanya. Entah kenapa, hatinya tiba-tiba sedih dan ingin menangis. Dia rindukan mamanya sebenarnya. Ini kali pertama dia berjauhan dengan mamanya dalam tempoh yang agak lama. Kalau dulu, dia mesti balik selang 2 minggu. Kadang-kadang, tiap-tiap minggu dia balik.
"Janji tau." Nana bersuara manja.
"Ye…Abang janji. Dah jangan nangis lagi. Tak comel…" sempat lagi mengusik membuatkan Nana tersenyum. Dada suaminya dipukul manja. Hisyam memeluk erat tubuh gadis itu. Dahi Nana dikucup mesra. Hisyam bahagia. Walaupun Nana bukan gadis pilihannya, tapi dia percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dan dia semakin dapat merasai hikmah itu.
Nana terjaga dari lenanya. ‘Aik? Bila masa pulak aku tidur kat sini?’ Dia melihat sebelahnya. Suaminya Hisyam sedang lena dibuai mimpi. Agaknyalah. Seingatnya tadi, dia sedang menonton tv. Mega movie. Dia yang beria-ia nak tengok. Walaupun mata dah macam separuh nak tertutup, digagahkan jugak sebab nak tengok pelakon kegemarannya, Brad Pitt yang hensem. Mana tak penatnya, seharian tak tidur. Letih. Kuliah habis pukul 4petang, abang datang ambik terus balik kampung. Manghrib baru sampai. Lepas tu tolong mama sediakan makan malam. Walaupun malas tahap gaban, tapi kena jugak buat. Malulah dekat abang kalau dia tahu bini dia ni sebenarnya memang malas bab-bab memasak ni. Lepas solat isyak, teman abang tengok tv jap. Sambung tengok mega movie.
"Abang dah ngantuk ke?" Tanya Nana bila melihat suaminya menguap beberapa kali. Mungkin penat selepas lama memandu tadi. Mama dan papa awal-awal lagi dah masuk tidur. Biasalah orang tua.
"Sikit. Sayang tak nak tidur lagi ke? Mata dah merah tu." Mata Nana memang sudah berair. Tapi disebabkan oleh si Brad Pitt, matanya yang semakin mengecil sengaja dibesarkan. ‘Ilmu apalah mamat macho ni pakai ek sampai orang tergila-gilakan dia sampai jadi gila pun ada. Huhu…’
"Nak tengok movie ni dulu. Kalau abang nak tidur, naik la dulu. Nana boleh tengok sorang." Bunyi macam merajuk tapi cover la jugak. Kesian pulak kalau nak paksa.
"Takpe. Abang teman." Pasrah saja suara Hisyam. Demi isteri tersayang. Sedar-sedar saja, dia sudah terbaring di sebelah Hisyam di atas katilnya. ‘Abang angkat aku ke? Ke aku berjalan sambil tidur? Ish, takkan la kot. Kalau abang angkat….Ummm romantiknya. Kesian kat abang. Dahlah penat, mengantuk. Kena angkat aku pulak naik tingkat atas. Thank you my darling.’ Nana memandang wajah suaminya dekat. Walaupun dalam gelap, dapat dilihat segenap inci wajah tampan itu. Dia meneliti satu persatu. Buat pertama kali. Tak pernah sebelum ini dia melihat wajah Hisyam sedekat itu. Hanya beberapa inci sahaja. Alis mata yang tebal dan rapi, hidung yang sedikit mancung, bibir yang seksi. Aduh… membuatkannya tergoda. Jarinya gatal untuk cuba menyentuh wajah itu. Telunjukkan bermain-main dari dahi turun ke mata, hidung, pipi dan menyentuh mesra bibir suaminya.
‘Kesian abang. Maafkan Nana. Nana masih tak mampu nak jalankan tanggungjawab Nana sepenuhnya sebagai isteri. Abang memang sabar. Nana terlalu cintakan abang. Abang jangan tinggalkan Nana ye…’ Rintihnya dalam hati. Setitis air mata gugur.
"Nana tak tidur?" Hampir melantun jantungnya mendengar suara serak Hisyam. Dapat dilihat sinar mata Hisyam memandang ke arahnya. Cepat-cepat dia menyeka air mata.
"Terjaga tadi. Nak tidur la ni." Nana memalingkan mukanya membelakangi Hisyam. ‘Ups alamak. Tak boleh tidur membelakangi suami.’ Teringat ajaran ustaz semasa menghadiri kursus pra perkahwinan dulu. Dia segera kembali memusingkan badannya mengadap Hisyam.
"Nana nangis ke?" Tanya Hisyam.
"Mana ada. Mengantuk." Nana gelabah. Tangan Hisyam melingkari pinggangnya. Nana terasa selesa. Dia merapatkan badannya ke arah suaminya. Terasa ingin bermanja. Pelukan Hisyam makin erat. Bibirnya mengelus manja wajah isterinya.
"I love u sayang." Terungkap kalimah sakti itu dari bibir Hisyam. Sesungguhnya dia tidak dapat menipu rasa hatinya. Rasa itu makin dalam setiap hari. Rasa yang cuba disemai saat dia mengambil keputusan untuk menikahi Nana. Rasa yang tidak perlu dipaksa. Ia muncul dengan sendiri. Sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa.
Air mata Nana yang hampir kering tadi mengalir kembali saat mendengarkan kalimah itu. Tak terfikir olehnya yang Hisyam akan mengungkapkan ayat itu. Saat itu, hatinya seakan berbisik mengatakan suaminya jujur mengungkapkannya dan dia harus mempercayainya. Bukan kerana terpaksa atau hanya ingin mengambil hatinya.
"I love u too…." Perlahan saja suara Nana. Antara dengar dan tidak. Dia malu. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia menjerit menyatakan kepada seluruh dunia yang dia cintakan suaminya sepenuh hatinya. Bibir Hisyam menyentuh mesra bibir yang baru sahaja mengungkapkan kata cinta itu. Dia senyum. Nana tak lagi mengelak seperti sebelum ini. Mungkinkah isterinya sudah dapat menerima cintanya? Dia berdoa agar apa yang diharapkan dalam rumahtangganya dimakbulkan tuhan. Hujan menjadi saksi penyatuan dua hati dan dua jasad ini. Semoga rasa cinta ini kekal buat selamanya.
Nana menilik jam di meja. 6.30. ‘Hah? Alamak dah lewat. Tak solat lagi.’ Dia segera bangun tapi tersekat. Tangan Hisyam melingakari kemas pinggangnya. Cuba ditolak tapi makin kemas. ‘Tak boleh jadi ni.’
"Abang, bangun. Dah lewat nak solat subuh ni." Tangan Hisyam ditolak lagi. Kali ini berjaya. Dia segera bangkit dan menuju ke bilik air.
"Jangan lupa mandi wajib ya sayang." Hisyam bersuara nakal. Muka Nana merah padam. ‘Tau la…Ingat orang ni budak kecik ke.’ Nana segera mengunci pintu bilik air. Entah kenapa dia rasa lain sekali. Bahagia. Senyuman tak lekang dari bibirnya.
"Assalamualaikum." Hisyam menyapa isterinya yang sedang leka menyiram bunga-bunga di laman. Salah satu hobi Nana. Tanam bunga.
"Waalaikummussalam." Jawab Nana perlahan. Mukanya ditunduk selepas memandang suaminya sekilas. Malu masih menyelubungi diri. ‘Ala abang janganla tengok…Malu tau. Nanti Nana tak boleh buat kerja.’
"Nak tolong boleh?" Hisyam menawarkan diri. Dia berdiri di sebelah Nana yang tersipu-sipu.
"Tak payahlah. Dah nak habis ni."
"Abang tak habis cakap lagi tau. Tolong tengok." Hisyam ketawa kuat. Nana geram. ‘Ish dia ni, siram dengan air ni kang baru tau.’
"Siram dengan air kang." Ugut Nana.
"Siram la…tak takut." Hisyam berkata dengan nada riak. Ketawa masih berbaki. Dia tahu Nana takkan berani buat begitu.
‘Ohhh…Ingat orang tak berani ye. Tengok, siapa yang takut air. 1…2…3!’ Nana mengalihkan siraman air dari pokok rosnya kepada hidupan lain yang masih ketawa berdekah-dekah di sebelahnya. Hisyam terkejut.
"Eh, abang gurau je tadi. Sayang, basah ni." Hisyam kaget. Nana makin galak menyiramnya. Dia lari. Nana ikut kejar.
"Ha…tadi kata tak takut air." Nana memulangkan paku buah kerasnya. ‘Padan muka. Berlagak sangat. Jangan tak tahu, sayang abang ni memang suka bab-bab siram-menyiram ni.’
"Ya ALLAH budak berdua ni. Main air pulak. Nana, sudah lah tu. Habis basah si Hisyam tu. Nana!!" Jerit mama bila melihat Nana yang makin galak mengejar suaminya dengan pancutan air di tangan. Nana segera menghentikan langkahnya sebaik saja mendengar jeritan mamanya. ‘Alamak, mama nampak. Malunya….’ Dia lupa yang dia berada di rumah mama dan papanya. Nasib baik papanya sedang leka membaca akhbar. Kalau tak, lagi malu.
Hisyam tercungap-cungap selepas penat dikejar Nana. Bajunya basah. Lega bila dia lihat Nana menutup pili air. ‘Thanks ma. Kalau tak, tak tahu apa anak mama tu nak buat lagi. Silap hari bulan mati kesejukan.’ Hisyam berjalan menghampiri isterinya.
"Ohh…Mainkan abang ye. Siap la sayang nanti tau." Hisyam mengugut lagi. Matanya sengaja dibulatkan. Nana mengalihkan pandangnya. ‘Adus…apa la pulak mamat ni nak buat kat aku…Tu lah, berani sangat tadi. Tapi best, kesian abang. Basah kuyup.’ Nana senyum.
"Sayang, thanks." Ucap Hisyam. ‘Aik, aku dah siram dengan air pun masih cakap terima kasih lagi? Dah demam ke laki aku ni?’ Nana kerut dahi tak faham.
"Thanks sebab sudi terima abang sebagai husband dan buat abang bahagia. Abang bahagia sangat…" Tutur Hisyam lembut. Tangan isterinya dikucup perlahan. Nana senyum bahagia.
‘Nana pun bahagia. Thanks too my dear…’
"And for last night too…" Hisyam menyambung dengan suara nakal membuatkan Nana menggelabah. Malu.
"Ish, abang ni. Saja je tau. Dah lah. Orang nak masuk." Belum sempat Nana melangkah, tangannya lebih dulu ditarik Hisyam memaksanya jalan beriringan.
"Ye lah. Hari tu sayang jugak yang kata nak honeymoon kat rumah mama dulu." Hisyam masih lagi giat mengusik Nana. Sengaja memancing reaksi isterinya.
"Orang cakap je. Takkan honeymoon kena macam tu kot?" Tanya Nana macam budak tak cukup matang.
"Ermmm…part of it." Hisyam menjawab dengan ketawa yang cuba ditahan. Nana melepaskan pegangan tangannya. Dia berjalan laju menuju ke dalam rumah. Malas nak bersoal jawab dengan Hisyam lagi. Alih-alih, dia juga yang terkena.
‘Saja je tau. Kalau macam tu, tak naklah pergi honeymoon. Tapi, best jugak…’ Nana senyum gatal. Hatinya berbunga riang. Seakan tidak sabar menanti hari bulan madunya. Kemana agaknya Hisyam akan membawanya?
"Hah, ni yang senyum-senyum ni kenapa? Abang Hisyam mana?" Terkejut Nana bila ditanya mengejut oleh mamanya begitu. Segera senyumannya mati.
"Hah? Ada kat luar. Nana nak ambil tuala kejap." Nana laju mendaki anak tangga menuju ke biliknya. Mama senyum. Dia tahu Nana dan Hisyam sedang meniti kebahagiannya. Dia mengucap syukur dalam hati. Walaupun pada mulanya dia kurang yakin yang Hisyam dapat menerima Nana dan anak kesayangannya itu dapat menerima pernikahan secara mengejut itu, tapi sekarang dia percaya, keputusannya tepat. Mungkin ini hikmah yang dijanjikan tuhan. Dia kenal Nana bukan hanya sehari dua. Itu anaknya. Dari dulu, dia tahu anaknya mempunyai perasaan pada sepupunya itu. Naluri seorang ibu takkan silap. Apa yang diharapkan, biarlah kebahagiaan itu kekal sehingga ke akhirnya dan dia boleh menutup mata dengan aman.
wah... dah lama x baca novel.. xde masa... tp start baca cerita ni.. nk trus baca.. nak tahu lepas ni.. x sbr sgt.. tahniah fantaghiro... x sbr nk tggu.. bila ehhhh
kelakarnya c nana nie..n hisyam r romantic husband..teringin lak nak suami mcm hisyam nie...but anyway cite ni mmg best
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wow...best sgt2.....sweet story...nk mcm abg hisyam jugk....