Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cuaca pagi begitu dingin. Nana terpaku sendirian melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Kabus pagi menutupi sebahagian kawasan itu. Mentari masih malu-malu untuk memancarkan sinarnya. Senyuman terukir apabila minda nakalnya mengingati romantisnya malam tadi. Tiba-tiba senyumnya lenyap. Nafasnya seakan berhenti berhembus, jantung bagai tak berfungsi.
"Sayang fikir apa ni? Mesti fikir pasal abang kan?" ciuman mesra singgap ke pipinya membuatnya terasa membahang. Tangan Hisyam kemas melingkari pinggangnya.
"Mana ada. Nana tengok pemandangan kat sini. Cantik." 'Abang ni pakai ilmu apa ek? Asyik tahu je aku tengah fikir apa. Kagum betul aku.'
"Nana suka ya? Kalau macam tu, kena selalu datang sinilah. Boleh tengok selalu. Hari-hari pun boleh."
"Hah? Hari-hari?" 'Abang ni macam nak suruh aku duduk sini je. Ni yang best ni.' Hati Nana berbunga riang.
"Ye lah. Kalau sayang duduk sini, mestilah dapat tengok hari-hari. Abang pun boleh tengok sayang hari-hari." 'Abang panggil aku sayang? Sukanya….Kalau panggil abang 'baby' boleh?' Gedik betul.
"Duduk sini? Apa maksud abang? Nana tak fahamlah." 'Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu tanya pula. Takpe, saja nak manja-manja dengan baby.' Tangan Hisyam masih erat merangkul pinggang Nana. Begitu selesa. Nana melentok manja di dada bidang suaminya.
"Apa kata kalau sayang pindah je. Duduk dengan abang kat sini. Takdelah abang sunyi sangat." Hisyam memberikan cadangan. Dia harap Nana akan setuju. Kalau boleh, dia mahu Nana sentiasa ada dengannya.
"Ermm…Sebenarnya, memang Nana suka duduk sini. Dapat tengok pemandangan, dapat duduk dengan abang…Tapi…" 'Macam mana nak cakap ni?'
"Tapi?" Hisyam menunggu ayat seterusnya. Nana kelihatan agak kurang selesa.
'Kalau aku duduk sini, tak tahulah apa jadi. Nanti projek tahun akhir aku ke mana, assignment ke mana, yang lain pulak jadi nanti. Nana, kau jangan buat hal pulak. Elok-elok dapat ijazah tahun ni, nanti ada yang melopong tengok orang lain terima ijazah. Lagipun, rumah abang dengan kampus bukannya dekat. Mahu sejam. Aku ni dah lah jenis yang lambat bersiap. Kalau kelas pukul lapan, mahu pukul enam pagi dah kena bangun. Ish, aku dah tinggal lama zaman bangun pagi-pagi ni. Tapi macam mana nak cakap ni.' Nana serba-salah.
"Takpe kalau sayang tak nak pindah. Abang faham." 'Mungkin Nana belum sedia. Biarlah dulu. Bagi masa. Lagipun aku dah tahu dia takde orang lain selain aku. Itu pun dah cukup. Masih ada banyak masa lagi.'
"Biar Nana fikir dulu ya bang." 'Huh, nasib baik. Kalau tak jenuh aku nak terangkan satu-satu.'
"Ok. Tapi dengan satu syarat."
"Syarat? Apa dia?" 'Katakan saja syaratnya wahai jantung hatiku sayang. Hamba sedia turuti. Hehehe…'
"Sayang kena balik rumah abang every weekend, ok?" 'Satu permulaan. Biar Nana selesa dulu.'
"OK." Rangkulan Hisyam makin kemas. Bibirnya galak mengucup wajah isterinya. Dari dahi turun ke pipi dan kemudian leher membuatkan Nana tergamam. Terasa mengasyikkan.
"Opss…" Hisyam melonggarkan rangkulan. Ada sahaja alasan Nana saat bibirnya ingin mendarat di bibir gadis itu.
"Nana belum mandi lagi. Nana mandi dulu ya." 'Baik aku cabut sebelum apa-apa terjadi. Ish, seram. Tak boleh bayangkan apa akan berlaku selepas ini kalau terus dibiarkan. Berdosakah aku menolak kemahuan suami? Tapi, Nana tak sedia lagi. Sorry baby…' Hisyam tersenyum. Mungkin dia menakutkan Nana lagi. 'Sabar Syam. Takkan lari gunung dikejar.'
"Nana, matilah kali ni." Suria cemas. Dia harus memberitahu Nana perkara ini segera.
"Apa yang matinya. Aku hidup je lagi ni. Sihat walafiat. Bahagia lagi." Nana buat suara gedik.
"Aku tahulah kau hidup lagi. Kalau tak, macam mana aku boleh cakap dengan kau sekarang ni." 'Main-main pulak minah ni. Aku serius ni. Debik sekali kang.'
"Ok, ok. Kenapa?Cuba story kat aku. Relax…" 'Apehal lah pulak minah ni. Serius semacam je.'
"Mamat tu dah tahu."
"Mamat? Mamat mana pulak ni. Indon, bangla?"
"Johan lah." 'Buat lawak budak sekolah lah pulak minah ni. Kalau ada depan aku dah lama kena cucuk lubang hidung. Biar besar macam mamat bangla.'
"Oh mamat Indon tu. Dia tahu apa?" 'Orang kata muka si Johan ni macam Ariel Peterpan. Tapi aku tengok macam tegak macam arial tv je.'
"Dia dah tahu kau dah kahwin. Aku tercakap la pulak." Suria rasa bersalah. Dia sudah berjanji dengan Nana agar tidak bagitahu sesiapa yang dia sudah berkahwin.
"Hah? Macam mana dia tahu. Apa lagi kau bagitahu mamat tu?" Terkejut beruk Nana. Orang yang paling dielakkan daripada tahu akan perkara ni sudah tahu. Mukanya berpeluh tiba-tiba.
"Semalam dia nampak kau naik kereta laki kau. Lepas tu, pagi tadi dia datang jumpa aku. Dia paksa aku cakap kau keluar dengan siapa. Aku takut bila dia dah mula ugut aku dengan Farah. Aku terpaksalah cakap perkara sebenarnya."
'Aduh…Kenapalah aku tak pandang kiri kanan dulu semalam. Mana nak sempat, dah teruja sangat bila abang bukakkan pintu. Lupa benda lain.'
"Macam mana ni Nana. Aku tak sengaja. Sorry lah…" Rasa bersalah terus menerjah Suria. Kesian pulak dengan Nana. Mesti dia terpaksa berdepan dengan pelbagai asakan Johan.
"Takpe. Kau rileks je. Biar aku settlekan perkara ni sendiri." 'Alahai…Baru je settle satu masalah, masalah lain pulak muncul. Parah ni.
'Tapi aku peduli apa. Aku bukannya makwe dia pun. Salah dia jugak. Awal-awal lagi aku dah tolak. Dia yang jenis tak reti bahasa melayu. Nak suruh aku cakap sepanyol baru faham agaknya. Ada yang jadi Rosalinda karang.'
"Siapa yang call?" 'Opocot meletup. Ni lagi sorang. Suka sangat buat orang terkejut. Tapi tak boleh marah-marah, malam nanti ada yang kena tidur sorang. Tak best.'
"Suria."
"Ooo… Kenapa dia call?" Hisyam melabuhkan punggungnya di sebelah Nana. Tangannya merangkul bahu Nana.
"Pukul berapa abang nak hantar Nana balik kampus?" Tanya Nana setelah agak lama berdiam.
"Ermm…Lewat sikit boleh? Tak puas lagi nak manja-manja ni. Lepas ni seminggu abang kena duduk sorang-sorang tau." Hisyam buat-buat manja. Kepalanya dilentokkan ke bahu Nana.
'Alamak, manja la pulak laki aku ni. Janganlah macam ni baby. Ada jugak yang tak balik kampus nanti.'
Johan genggam penumbuk. Tak puas hati. Telahannya selama ini ternyata benar. Gadis pujaannya sudah berkahwin. Suatu perkara yang tidak pernah terlintas difikiran dalam waktu begini. Masih belum tamat belajar. Kenapa terlalu cepat Nana buat keputusan?
'Kau memang kejam Nana. Takkan selama ni kau langsung tak rasa apa yang aku rasa? Aku sanggup buat apa saja demi kau. Ini balasan kau pada aku? Kau gadis pertama yang aku cinta. Dan aku sumpah, takkan ada gadis lain yang dapat gantikan tempat kau di hati aku. Aku akan pastikan suatu hari nanti kau akan melutut depan aku supaya menerima kau. Waktu tu, baru hati aku akan puas. Kita sama-sama tunggu Nana.' Tilam ditumbuk keras. Hatinya terlalu sakit. Teramat sakit hingga air mata jantannya menitis. Tak semudah itu dia akan melepaskan Nana. Selama empat tahun dia mengejar cinta gadis itu. Bukan mudah untuk melupakannya dalam sekelip mata. Status Nana bukan halangan. Walau dia tahu betapa berat dosa yang akan ditanggung kerana meruntuhkan masjid yang dibina, tapi kerana mata hatinya telah buta dek kerana terlalu mencintai gadis itu.
salam...hehehe..wah makin lame mkin best lak kmi bc story nih..erm..xsabar nk tahu pe jadi..hurm..lau leh nk cite yg strsnye cpt je heheh...good luck..we will wait ur story..
cinta sejati memang banyak rintangan kan?? dalam kegembiraan pasti ada kesedihan... dalam kesedihan pasti ada kegembiraan... hehe...fikir-fikirkan...betol x?? bagus penulis...idea byk... =) saya peminat setia dari episod 1 lagi ni...
best la ceita ni, jalan cerita ok...emmm romantik sgt tapi yang x best nyer si johan tu la, sibuk jer...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Best la...sambung ler cepat...tahniah penulis..
Ayupali