Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Farisya sudah siap berkemas untuk pulang semula ke kampus. Dia tidak mahu menangguhkan lagi. Sudah puas Datin Rosma memujuknya tetapi dia menolak dengan lembut. Masih terlalu banyak kerja yang tertangguh. Dia tidak mahu terus ketinggalan.
Di letakkan bag pakaiannya ke dalam bonet kereta Haziq. Sudah puas dia memujuk untuk pulang ke kampus sendiri, namun tidak dibenarkan. Sudahnya terpaksa la dia menurut.
"Study elok-elok. Jaga diri baik-baik tau. Lagi satu mama nak pesan. Isya dah jadi isteri Haziq kena tahu batas-batas seorang isteri," pesan Datin Rosma. Di elus lembut kepala Farisya ketika bersalam dengannya. "Baik ma. Isya ingat pesan mama," dicium tangan kedua-dua mertuanya. Begitu juga dengan kakak-kakak iparnya yang lain.Walaupun berasal dari kampung, dia tidak pernah disisihkan. Apatah lagi membeza-bezakan.
"Ingat pesan papa dan mama. Selalu-selalu la call kalau ada masa. Insyaallah nanti papa bawa mama lawat Isya." Farisya sedih dengan kata-kata bapa mertuanya. "Tak payah la papa, buat susah papa je." "Susah apanya? Bukan jauh sangat pun. Kalau nak balik tiap-tiap minggu pun boleh.Biar papa suruh Haziq ambil." Farisya menoleh ke arah Haziq.
"Kenapa? Risau nak tinggalkan Haziq. Sabar la sikit," Farisya tersipu malu. Bukan itu maksudnya. "Eh ..tak la mama. Tak risau pun. Mama kan ada," Datin Rosma dan Dato’ Razlan senyum.
Dia melangkah menuju ke kereta suaminya. Haziq sudah lama menunggu di dalam kereta. Di lambaikan tangan sehingga bayangan kedua orang tua Haziq tidak lagi kelihatan. Di sepanjang perjalanan, Haziq dan Farisya lebih rela menyepikan diri. Sejak peristiwa yang tak di sangka di kota London, mereka seakan kehilangan kata-kata.
Kereta Haziq memasuki kawasan universiti. Farisya senyap.Sengaja dia membatukan diri. Sudah dua kali kereta Haziq melalui kawasan yang sama. Dia sudah tidak larat untuk memandu lagi lalu di berhentikan keretanya di hadapan kafe.
"Kenapa berhenti dekat sini?" Farisya menoleh ke kiri dan kanan. Dia tidak mahu ada sesiapa ternampak ketika dia bersama Haziq. "Kau tak cakap pun nak turun dekat mana. Dah dua kali aku tawaf," ‘Erkk…ye ke…tak perasaan pun… ke mamat ni sengaja nak tipu aku..’
"Tak cakap ke?" "Mana ada kau cakap. Dari tadi asyik senyap je. Ingatkan dah bisu," Farisya menoleh. ‘Amboi…sedapnya mulut kalau bercakap… cili karang baru tahu…’ marah Farisya.
"Cakap tu main sedap mulut je. Nak sangat ke saya ni bisu," marahnya. Entah kenapa dirinya merasa begitu marah. "Dah senyap je. Lain kali ringan-ringankan mulut tu sikit. Faham!" Farisya mendengus. Farisya membuka pintu kereta. "Nak ke mana pulak tu?" soal Haziq. "Nak turun la. Dah tu nak duduk dalam kereta dengan awak sampai malam," Farisya terus keluar dan menutup pintu kereta Haziq dengan kuat.
Haziq tidak sempat menahan. Pintu keretanya sudah pun tertutup. ‘Minah ni memang sengaja nak cari pasal kot… kalau naik kereta dengan papa… boleh pulak dia tutup slow-slow…’ marah Haziq. Hatinya panas.
Dia sudah berada di belakang kereta Haziq. Namun Haziq tidak menunjukkan tanda-tanda mahu keluar ataupun mahu membuka pintu bonet keretanya. Sengaja dia membuat Farisya tertunggu-tunggu di tengah panas.
Ketika itu kelihatan seorang lelaki datang menghampiri Farisya. Haziq memerhati dari cermin sisi. Wajah Farisya berubah ketika bersua muka dengan lelaki itu. Dia dapat melihat Farisya berkata sesuatu kepada lelaki itu bersama wajah yang kelat.
‘Siapa pula tu… boyfriend dia ke… boleh tahan juga…’ Haziq berkata sendirian. Merasa dirinya tercabar. Dia melangkah keluar. Farisya semakin serba salah dengan kehadiran dua jejaka dalam hidupnya.
"Kenapa ni?" Haziq berdiri di sisi Farisya. "Err.. tak de apa-apa. Cuma bincang pasal tugasan," Farisya cuba berbohong. Aswad merenung Farisya. Haziq berasa tercabar apabila Aswad terusan merenung isterinya.
"Kenapa kau tengok dia macam tu?" Farisya gugup. Dia takut seandainya berlaku sesuatu antara mereka berdua. Nada suara Haziq berubah. Aswad menoleh ke arah Haziq. Mereka bertentangan mata. "Siapa dia ni Han? Awak tak de abang kan?" Farisya terkedu. ‘Nak buat macam mana ni…maunya kalau dia orang ni bertumbuk dekat sini..malu aku…’ Farisya mencari ikhtiar.
Hati Haziq membara mendengar lelaki di hadapannya itu memangil lembut nama isterinya dengan panggilan manja. Mana mungkin dirinya mampu berdiam diri. "Er…sebenarnya …aaaa…dia abang sepupu Han," terketar-ketar Farisya menjawab. Haziq membulatkan matanya kepada Farisya. Farisya terkedu menerima jelingan dari mereka berdua serentak. Dirinya merasa kerdil direnung begitu.
"Ya..aku abang sepupu dia merangkap suami," Aswad seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Farisya tunduk. Tidak mampu untuk dia berhadapan dengan situsi itu.
"Apa maksud kau?" Aswad mahukan kepastian. Agar terjawab segala persoalan yang sering menghantuinya. "Dia sekarang dah jadi milik aku. Dia dah kahwin dengan aku sebulan yang lalu. Aku tak peduli apa hubungan kau dengan dia. Yang aku tahu aku tak mahu kau berhubung lagi dengan dia. Faham!" tegas suara Haziq memberi amaran. Aswad terkedu. Suara Haziq bagaikan halilintar membunuh ketenangan jiwanya.
"Han? Betul ke Han? Jangan buat As macam ni Han," rayu Aswad. Dia cuba menyentuh tangan Farisya tetapi di halang oleh Haziq. "Kau tak paham bahasa melayu ke? Kau tak dengar apa aku cakap tadi," jerkah Haziq. Hatinya panas apabila Aswad tidak menghiraukan kata-katanya. "Please Han..As nak dengar dari mulut Han sendiri," rayu Aswad. Farisya tidak dapat menahan air matanya.
"Maafkan Han. Memang dia suami Han. Kami dah menikah sebulan yang lalu. Lepas ni As tak perlu cari Han lagi," Aswad terkedu. Lidahnya kelu mendengar jawapan yang di berikan Farisya. Perasaan hancur lebur mendengar khabaran tentang perkahwinan kekasih hatinya. Kesetiannya selama ini dibalas dengan pengkhianatan.
Haziq pantas menarik tangan Farisya masuk semula ke dalam kereta. Aswad tidak mampu berbuat apa-apa. Kekuatannya runtuh. Tiada apa lagi yang tinggal. Dirinya hanya mampu mendoakan kebahagiaan akan menjadi milik Farisya. Haziq memandu keretanya keluar dari kawasan universiti bersama hati panas yang membara. Farisya tidak mampu untuk menahan air matanya dari terus mengalir. Sudah cuba di tahan namun sia-sia. Segala yang di rancangkan tidak berhasil.
"Siapa dia?" Soal Haziq. Senyap. "Jawab bila aku tanya," jerkah Haziq sedikit pun tidak di hiraukan. "Kau pekak ke hah?" suara Haziq semakin meninggi. Farisya menoleh. Air mata masih lagi mengalir di pipi. ‘Kalau bukan kerana kebodohan tunang kau ..aku tak perlu berdepan dengan semua ni…’
"Buat apa awak nak tahu? Kalau tak kerana awak, saya tak akan lalui semua ni , faham!" jerit Farisya. "Kenapa kau nak salahkan aku pulak?" "Memang salah awak. Salah awak sebab tunang awak lari tinggalkan awak," Haziq merasa tersindir. Farisya meletakkan dirinya sebagai punca. "Hei..kau jangan cuba nak kaitkan Irma dalam hal ni," Haziq menghentikan keretanya di bahu jalan. Entah kenapa dirinya merasa panas.
"Kenapa pulak saya tak boleh kaitkan dia. Ini semua salah dia. Salah dia," jerit Farisya. "Cukup Isya. Cukup," herdik Haziq. Hatinya masih terikat dengan kasih sayang Irma. Walaupun dirinya merasa cukup bahagia ketika mereka berbulan madu, namun tidak mampu menandingi kenangan yang masih utuh dalam dirinya.
"Apa yang cukup. Kenapa masih nak bela dia? Kenapa awak tak ikut sekali lari dengan dia. Kenapa nak susahkan hidup saya," Farisya berlari keluar. Haziq pantas mengejar larian Farisya.
"Kau nak kemana?" tubuh Farisya di cengkam. "Lepaskan…lepaskan." Farisya meronta-ronta. Farisya seperti sudah hilang pertimbangan. "Hei..kenapa dengan kau ni," Haziq menggoncang tubuh Farisya. Hatinya tidak mampu menghadapi dugaan yang datang menguji tanpa henti. "Saya benci awak…saya benci awak……" Haziq tidak dapat mengawal rontaan Farisya.
Pang…. Satu tamparan melekat di wajah Farisya. Tubuh Farisya yang lesu terduduk di atas jalan. Sendunya saja yang masih belum berhenti. Haziq sudah tidak ada jalan lain untuk menenangkan Farisya. Dia duduk di sisi Farisya. Dia dapat melihat darah mengalir di bibir Farisya. Hatinya berasa bersalah. Tidak terniat di hatinya untuk mengasari Farisya. "Maafkan aku," Haziq menarik tubuh Farisya rapat ke dadanya. Membiarkan Farisya melepaskan tangisan di bahunya. Tubuhnya turut terhenjut-henjut mengikut rentak tangisan Farisya.
Hatinya masih tidak dapat menerima api cinta yang menjengah. Segala perasaan yang datang dibuang sejauh mungkin. Pintu hatinya terpaksa ditutup untuk menerima Farisya. Sedangkan wanita itu turut merasa terseksa disebabkan perhubungan ini.
********
Farisya duduk dibirai katil. Masih terasa kehangatan tamparan Haziq. Dia mengeluh panjang. "Aku tengokkan sejak kau cuti ni, asyik termenung je. Apalagi masalah kau ni?" Anisa duduk di sisi Farisya. "Aku sendiri pun tak tahu. Susah aku nak cakap. Kalau aku cerita , belum tentu kau nak percaya," Farisya mengeluh lagi. "Nampak macam berat je masalah kau ni. Cuba la cerita, mungkin aku boleh tolong." Farisya tersenyum. Mampukah temannya itu membantu? Soalan itu dibiarkan berlalu. "Tak ada siapa yang mampu tolong aku," Anisa hairan. "Apasal kau cakap macam tu? Aku tak faham,"
"Kau masih ingat lagi lelaki yang hantar aku balik hari tu," Anisa menganguk. Mana mungkin dirinya dapat melupakan. Wajah Haziq terlalu kacak untuk dilupakan. "Kenapa?" "Kau percaya tak kalau aku cakap yang dia tu sebenarnya suami aku," Anisa ternganga. Farisya sudah menjangkakan riaksi dari temannya. Anisa tidak menyangka yang dirinya memuja suami teman baiknya. Cepat-cepat semua itu dipadamkan dalam kotak fikirannya.
"Kau biar betul Isya.Tak percaya lah aku," Anisah masih menganggap yang Farisya bergurau. Tetapi apabila Farisya menghulurkan sekeping gambar barulah dirinya percaya. "Siapa nama suami kau ni? Macam mana boleh jadi sampai macam ni? Kau dengan Aswad macam mama pulak," Farisya tunduk. Mendengar nama Aswad membuat dirinya berasa lemah. Andai dulu nana itu yang menjadi kekuatannya. Kini, tidak lagi.
"Nama dia Haziq Denial. Panjang ceritanya Nisa. Aku pun tak pernah sangka benda ni akan jadi pada aku." "Aswad dah tahu?" Farisya mengangguk lemah. "Apa dia kata?" Anisa menyoal lagi. Hatinya menjerit ingin tahu.
"Sebenarnya dia dengar dari mulut suami aku sendiri. Lepas tu dia minta kepastian dari aku. Aku dah hancurkan harapan dia. Aku sendiri tak sanggup nak hadapinya," Farisya tunduk. Menyembunyikan kolam matanya yang digenangi air mata.
"Sabar la Isya. Mungkin ada hikmahnya benda ni berlaku pada kau. Ada orang yang lebih teruk dari kau Isya," Anisa cuba menyabarkan temannya. "Entah la. Aku pun dah tak tahu nak buat apa. Nak lawan pun suami aku. Nak bantah karang dosa besar pulak. Aku memang tak sehaluan dengan dia Nisa. Kami ni ibarat macam langit dengan bumi."
"Ish kau ni. Macam mana pun kau cakap, dia dah jadi suami kau pun. Itu yang kau kena jaga. Jangan sampai orang cakap kau ni isteri derhaka pulak." Farisya masih memikirkan kata-kata Anisa. Memang benar akan kata-katanya. "Bila aku nak dapat anak buah?" Anisa cuba berseloroh. Tidak mahu temannya terus bersedih mengenang nasib diri. "Banyak la anak buah kau. Tak de maknanya," mereka sama-sama tertawa. Sekurang-kurangnya Farisya dapat melupakan sedikit kedukaan di hatinya.
salam pada semua yg sudi komen.... sbnrnya..nia xder pluang lg nk bukukan citer ni... blum skup syarat kot... but! nia akan usha lg utk perbaiki segala kelemahan...
kpd penulisan2u, tima keseh daun keladi sbb slalu tolong update
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
nice story!!!
ble nk smbung??!
xsabar nk baca sambngan....