Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Zulaikha menghempaskan tubuhnya ke sofa. Dia merengus kegeraman. Kusyen empuk di sebelahnya menjadi mangsa melepaskan kegeraman yang bersisa. Jam berdenting enam kali. Jam antik pemberian seorang sahabat abah sewaktu mereka mahu berpindah ke Selangor lima tahun yang lepas. Zulaikha menanggalkan tudung yang menutupi kepalanya. Kakinya dilunjurkan ke lantai. Mata Zulaikha terpejam erat. Mahu melupakan peristiwa yang membuatkan hatinya sebal sebentar tadi. Telefon bimbit di dalam begnya dikeluarkan. Sehelai kertas kuning cair terjatuh dari dalam beg. Tertera dengan jelas nama Zulaikha Adam di atas kertas kuning tersebut dengan lambang universiti tempat Zulaikha menuntut. Direnyuk kertas kuning tersebut lalu dilempar ke dinding. Zulaikha puas. Kertas kuning menjadi mangsa melepaskan kegeramannya dengan pengawal kolej yang memberi amaran ke atasnya sebentar tadi. Kesalahan memandu kereta tanpa pas pelajar di kawasan universiti dan juga sahsiah rupa diri yang tidak menepati peraturan. 'Yang tak pakai tudung tak disaman, yang pakai tudung disaman', bentak Zulaikha geram. Mata itu lama-kelamaan terkatup rapat. Zulaikha ketiduran dalam kemarahan yang masih merantai jiwa.
…………………………………..
Zulaikha bergegas menuruni anak tangga. Dia kelewatan hari ini untuk menghadiri kuliah Dr. Sofea. Natijahnya kerana sibuk bersembang dengan sahabat mayanya semalam. Sudahlah hari ini kelasnya diadakan di kampus utama.
"Zulaikha, mari sarapan sekali…" "No ma, Zu da lewat kelas Dr. Sofea. Pergi dulu ma.." "Zu, kejap. Zu nak pergi kelas pakai macam ni ke?" Zulaikha berhenti. Puan Aida menghampiri anaknya. Diteliti pakaian Zulaikha dari hujung kaki hingga ke kepala. Dengan jeans 'low cut' yang tersarung di kakinya, blouse pink yang jarang di bahagian lengannya, dan kain tudung yang diikat ke belakang menampakkan lehernya. Puan Aida menggelengkan kepalanya tanda tidak berpuas hati dengan cara pemakaian anaknya. Walaupun bertudung tetapi masih tidak sempurna.
"Kan hari ni hari Jumaat. Lagi cantik kalau Zu pakai baju kurung. Lagi ni pihak kolej tak saman ke Zu pakai macam ni?" "Ala ma.. Zu dah lewat ni. Zu pergi dulu ye ma.."
................
"Apa guna pakai tudung kalau pakai baju ketat-ketat.." Berdesing telinga Zulaikha mendengar sindiran seorang makcik di dalam masjid sewaktu dia mahu memakai tudung seusai solat Asarrnya. 'Tak padan dengan usia', getus Zulaikha.
"Itulah anak-anak sekarang, nak tunjuk badannya yang cantiklah kononnya, kalau macam tu tak payahlah nak pakai tudung. Taklah buat malu orang-orang yang memang ikhlas nak pakai tudung..", tambah seorang makcik yang lebih muda daripada makcik yang menyindirnya tadi. Bukan menyindirnya secara terangan, namun kata-kata tajam itu seperti menusuk-nusuk dirinya memandangkan hanya dia yang memakai pakaian seperti yang diperkatakan oleh mereka.
Zulaikha berlalu daripada kawasan makcik-makcik yang membuatkan hatinya panas sebentar tadi. Dijeling sekilas wajah-wajah makcik yang dirasakan tidak sesuai dengan perwatakan mereka. 'Bertudung tapi suka mengumpat, sama saja. Kenyang agaknya ratah bangkai kat akhirat nanti', getus Zulaikha lagi.
Zulaikha melangkah keluar daripada kawasan masjid. Sewaktu hendak keluar dia berselisih dengan seorang wanita yang bertudung litup.
"Zulaikha!" "Ida! Ya Allah tak kenal aku tadi.." Zulaikha berpelukan dengan sahabat lamanya semasa menuntut di sekolah menengah yang sama satu waktu dahulu. 'Semakin cantik dan manis', puji Zulaikha di hati melihat keterampilan temannya. Tidak disangka, teman yang sekian lama tidak dijumpa itu rupanya menuntut di universiti yang sama. Bertambah terkejut dengan penampilan temannya itu. Alangkah kecilnya dunia ini.
"Eh Ida, aku tak boleh lama ni, nanti kita contact balik ye. Senang-senang aku ajak kau keluar ke…" "Ok, eh berapa nombor kau? Asyik tukar nombor je, susah nak contact.." "Sorry, biasalah nak lari dari ceti, hehe. Nah ni nombor aku", Zulaikha menghulurkan kad kepada temannya. Sebelum berpisah, mereka bersalaman sekali lagi. Zulaikha berlalu menuju ke keretanya yang terparkir di sudut luar masjid. Sesampai sahaja di keretanya, kelihatan seorang lelaki separuh abad dengan pakaian seragam sedang asyik menulis sesuatu di sebelah perodua Kancilnya.
………………………………..
Zulaikha kebosanan. Yahoo messenger di skrin komputernya dipandang sepi. Bosan. Sahabat mayanya tidak aktif malam ini. Mungkin sibuk dengan aktiviti harian. Duga zulaikha. Zulaikha menutup komputernya. Diambil satu buku secara rawak di rak sebelah komputernya. Zulaikha berbaring di katil. Bantal ditinggikan buat penyandar kepala.
'111 Wasiat Rasulullah S.A.W Untuk Wanita Solehah', desis Zulaikha sewaktu membaca judul buku yang diambilnya. Buku pemberian mama kepadanya. Tidak pernah dibaca selama ini. Hanya menjadi tatapan mata sahaja. Zulaikha mahu mengambil buku yang lain namun kemalasan menguasai diri. Malas mahu bangkit dari tilam yang empuk, Zulaikha membuka buku tersebut.
\"Buat permata hati mama Zulaikha, Moga puteri mama ini menjadi sebahagian daripada wanita yang dijanjikan syurga buatnya kelak… Salam sayang dari mama\"
Zulaikha terharu membaca muka pertama buku tersebut. Mama mengharapkan dia membaca buku ini namun sekian lama baru kini Zulaikha membukanya. Dipilih secara rawak bab yang tertera. Zulaikha tertarik dengan bab larangan mendedahkan aurat.
Dan janganlah kamu mendedahkan auratmu kepada lelaki yang bukan ajnabi kerana sesungguhnya perbuatanmu itu termasuk dalam golongan orang yang mungkar…
Zulaikha terkedu. Bacaanya dihentikan sebentar. Menarik nafas mencari ruang sebelum meneruskan pembacaanya.
Aurat seorang wanita adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangannya. Maka wajiblah seorang wanita menutup seluruh anggota tubuh badannya bagi mengelakkan fitnah dan dosa. Namun, masyarakat sekarang sering lupa akan tuntutan yang wajib ini. Segelintir kaum wanita hanya menutup kepalanya dengan tudung namun lupa akan aurat di kakinya….
Zulaikha meneguk liur. 'Termasuk akulah ni kaum segelintir yang tak sempurna tutup aurat ni…' Zulaikha meneruskan pembacaannya lagi.
\"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.\" [Surah Al-Ahzab:59]
Bantal penyandar diperbetulkan agar selesa. Zulaikha melangkah helaian ke bab seterusnya tentang siksaan buat kaum wanita.
Maka sabda Nabi SAW: \"Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya kerana ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia..\"
Teet teet.. Zulaikha yang khusyuk membaca terhenti. Buku yang dibacanya diletak di sisi. Telefon bimbit dicapai. Satu nombor asing terpapar di skrin telefon bimbit. Zulaikha berkira-kira sebelum menjawab. Punat hijau ditekan.
"Hello.."
…………………………………..
Zulaikha memandang berkali-kali biasan tubuhnya di hadapan cermin. Mahu tampil sesopan yang mungkin. Baju kurung hijau lembut yang dipakainya dipadankan dengan tudung warna sedondon yang lebih lembut. Hujung tudung dibiar lepas tidak seperti selalu akan dililit atau dilipat ke atas. 'Biar sikit-sikit asal aku istiqamah' Zulaikha bicara sendirian. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Zulaikha bingkas keluar daripada bilik tidurnya. Dicapai beberapa nota kuliah sebelum keluar.
"Zu, mari sarapan sayang.." Puan Aida tersenyum mesra melihat penampilan anaknya pada hari ini. Cantik dan sopan tidak seperti kebiasaan.
"Mimpi apa hari ni sayang pakai cantik-cantik ni?" "Cantik ke ma? Biasa je zu rasa. Mama ni ada-ada jelah.." "Ke sebab takut kena saman dengan pak guard lagi ni.." Encik Adam menyakat anaknya. Zulaikha memuncungkan mulutnya tanda tidak berminat dengan giatan abahnya mengungkit kisahnya disaman pengawal keselamatan. Puan Aida dan Encik Adam tersenyum melihat anak mereka pada pagi ini. Jarang sekali mahu melihat Zulaikha berbaju kurung. Biasanya seluar jeans yang menghiasi tubuh anak mereka. Tetapi pagi ini, tubuh anak mereka kelihatan menawan dengan baju kurung yang menyaluti tubuh Zulaikha. Wajah bersih tanpa olesan warna kosmetik menyerlah kecantikan milik anak mereka.
"Ok lah ma, abah, Zu pergi dulu ye. Dah lewat ni.." Zulaikha menyalami Encik Adam dan Puan Aida sebelum beredar ke pintu utama rumah milik keluarga Encik Adam. Dicapai kasut yang bertutup di rak kasut. Kaki yang telah siap berstoking warna coklat muda disarung ke kasut. Sorotan mata Puan Aida mengiringi langkah anak kesayangannya itu.
"Dah dewasa anak kita tu bang.." "Hai baru tahu ke. Kita ni dah makin tua Aida.. Rumah kata pergi kubur kata mari.." "Ish, ke situ pulak abang ni. Saya tengok si Zulaikha tu dah elok sikit pakaiannya. Sopan sikit. Taklah mata ni sakit tengok. Sebelum anak Kak Zaleha tu balik, kita kena ubah si Zulaikha tu. Taklah terkejut bakal menantu kita tu tengok nanti.."
"Hah itulah awak ni. Nak ubah anak niat tu kena ubah Aida oi.. Biarlah dia berubah kerana hatinya. Bukan kerana bakal suaminya.." Puan Aida terdiam dengan hujahan suaminya. Encik Adam bangkit daripada kerusi. Puan Aida membuntuti langkah suaminya hingga ke muka pintu. Dikucupi tangan suaminya sebelum Encik Adam membolosi tubuh ke dalam kereta. Perlahan-lahan kereta Proton Saga milik Encik Adam meninggalkan perkarangan rumah. Puan Aida masuk semula ke dalam rumah setelah kelibat proton Saga milik suaminya hilang di pandangan
………………………………………
Zulaikha memarkirkan kereta perodua Kancilnya di bawah rendangan pokok di sudut kereta pelajar. Bergegas keluar untuk ke kuliah Puan Umi, pensyarah mata pelajaran kritikan teater, mata pelajaran yang wajib diambil bagi pelajar-pelajar fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik.. Sesampai di dalam kelas, semua mata tertumpu ke arah Zulaikha. Pelajar lelaki terutamanya giat mengusik penampilan Zulaikha. Zulaikha tidak menghiraukan giatan rakan sekelasnya itu. Tidak menjadi kudis di hatinya. Zulaikha mengambil tempat duduk yang masih kosong. Sekejapan duduk, puan Umi masuk. Seperti kebiasaan, Puan Umi akan menyoal beberapa perkara yang telah diajarkan semasa kuliah yang lepas sebelum kuliah baru bermula. Untuk mengecas minda-minda anak didiknya supaya tidak lupa, ujar Puan Umi suatu waktu dahulu.
"Siapa yang boleh huraikan tentang faktor perkembangan teater Islam..?" "Saya Puan Umi", Zulaikha pantas menjawab. Puan Umi mengiyakan dengan isyarat mata. "Tiga tokoh yang membicarakan tentang faktor penyebaran Islam yang boleh diambil sebagai penyumbang kepada perkembangan teater Islam. Menurut Syed Hassan Nash, Islam mudah diterima kerana bersifat syumul dan mudah difahami. Selain daripada mudah difahami, agama Islam juga mempunyai spritual yang tinggi. Menurut Syed Al-Qutb pula, Islam itu mudah diterima. Islam adil dan saksama dalam meletakkan sesuatu hukum. Osman Bakar pula menerangkan bahawa agama Islam itu mudah disampaikan melalui bentuk kesesuaian perlambangan. Contohnya penerapan pendidikan anak-anak boleh kita terapkan melalui mesej-mesej seperti penggunaan public service announcer…"
"Well done Zulaikha. Umi suka penampilan kamu pada hari ini. Teruskan ye.." Puan Umi menepuk lembut bahu Zulaikha. Kelas mula riuh dengan sorakan daripada pelajar-pelajar cuba menggiat pujian Puan Umi kepada Zulaikha. Sekejap cuma apabila Puan Umi menunjuk isyarat telunjuk di mulut. Kuliah diteruskan lagi dengan topik yang baru.
"Anak-anak umi sekalian, kamu semua sebagai pelapis masyarakat. Umi nasihatkan supaya kamu semua suatu hari nanti mampu mengenterpretasikan hasil karya kamu yang lebih bercirikan identiti masyarakat kita. Tak kiralah dalam bidang apa pun. Teater, filem mahupun di akhbar ataupun radio. Cuba lihat bagaimana Iran mampu menghasilkan filemnya sendiri yang tidaklah havoc dengan adegan erotiknya, tapi filem tersebut boleh menang award. Yang penting adalah mesej, ideologi yang hendak disampaikan. Umi cabar anak-anak didik Umi supaya boleh menghasilkan karya sebegitu.."
Hujah Puan Umi disambut dengan sorakan daripada pelajar di dalam kelas. Puan Umi Kalthum, sesuai dengan namanya, seorang pensyarah yang sangat dekat di hati pelajar-pelajarnya. Tidak lupa sentiasa diselitkan dengan unsur islami di dalam setiap kuliahnya agar anak didiknya thiqah dalam menuntut ilmu. Zulaikha sangat mengagumi pensyarah yang berjiwa keibuan ini. Tidak jemu Puan Umi memberika nasihat dan kata perangsang buat anak didiknya. Lebih mengagumkan lagi, Puan Umi berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dalam bidang kesenian Islam. Berperwatakan sederhana namun tiada siapa yang tahu lulusan Al-Azhar ini sanggup mencurahkan ilmu buat pelajar di fakulti yang meriah dengan masalah sosial (panggilan yang sering diungkap oleh kebanyakan pelajar) demi tuntutan dakwah buat pelajar-pelajar.
Pernah suatu ketika semasa sessi kuliah, Puan Umi menyelitkan kisah Buraq, haiwan tunggangan yang membawa Rasullullah SAW semasa peristiwa Mikraj. Buraq adalah seekor binatang yang rupanya seperti kuda. Saiznya kecil sedikit daripada kuda tapi lebih besar dari keldai. Lariannya sepantas kilat. Selangkah lompatannya, sejauh mata memandang jaraknya. Buraq akan memanjangkan kaki belakangnya ketika ia mendaki manakala akan memanjangkan kaki depannya pula apabila ia menurun. Menggerak-gerakkan telinga dan kakinya adalah tabiat semulajadi buraq. Di samping rupanya yang cantik, terdapat sayap pada kedua-dua pehanya. Sayap ini adalah untuk membantu kecepatan lompatannya.
Allah SWT telah memerintahkan Jibrail AS ke syurga untuk memilih buraq sebagai kenderaan Nabi SAW ke langit. Kemudian Jibrail pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad SAW. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail terpandang pada seekor buraq yang berwarna putih sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail lalu menghampirinya lalu bertanya, \"Mengapa engkau menangis, ya buraq?\" Berkata buraq, \"Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad SAW sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan sesudah itu aku menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.\"
Berkata Jibrail, \"Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.\" Kemudian Jibrail memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad SAW. Ketika sampai di bumi, buraq yang dibawa oleh Jibrail itu menojang-nojangkan kakinya. Ia seolah-olah enggan ditunggangi. Melihat demikian, malaikat Jibrail memegangnya dan berkata: \"Wahai buraq! tidak malukah engkau? Demi Allah, orang yang akan menunggangi engkau adalah orang yang paling mulia di sisi Allah SWT\". Mendengar perkataan Jibrail itu maka bercucuranlah peluhnya. Ia kelihatan kemalu-maluan dan tidak lagi resah. Nabi SAW pun naik ke tempat yang tersedia di atas badan buraq, sebagaimana dilakukan oleh nabi-nabi sebelum baginda nabi SAW. Kerana terlalu menghayati kisah tersebut, Puan Umi bercerita kisah tersebut sehingga mengalirkan air mata.
"Sebelum kuliah tamat, umi nak minta anak-anak umi sekalian ringan-ringankan punggung kamu untuk menonton teater arahan umi ye. Khamis ni di studio fakulti kita. Teater ni akan dijadikan sebagai kertas kerja kamu. Jangan lupa.."
Puan Umi mengedarkan risalah pementasan teater kepada pelajar-pelajar. Tertera tajuk 'Cinta Pessantren'. Terdengar keluhan daripada beberapa orang pelajar yang keberatan mahu menonton apabila mengetahui tajuk teater tersebut. Zulaikha melipat risalah tersebut lalu diselitkan di buku notanya. Bingkas keluar dari kelas. Masa yang sedikit cuba digunakan untuk mencari bahan di perpustakaan. Ada sesuatu yang menggamit hatinya untuk menelaah di perpustakaan.
Seusai kelas terakhirnya pada petang itu, Zulaikha membawa haluan ke pusat bandar. Diparkirkan perodua Kancilnya di Pusat Kompleks Negeri Selangor. Petang ini sebenarnya dia mempunyai janji temu dengan Zahidah, teman lamanya sewaktu di sekolah dahulu.
.................
Zulaikha menilik jam di tangannya. Masih awal setengah jam janji temunya dengan Zahidah. Zulaikha berjalan-jalan di sekitar kompleks sementara menunggu kedatangan temannya.
Teet teet… Telefon bimbit dicapai. Mesej daripada Zahidah. Zulaikha bergegas turun ke tingkat bawah kompleks mencari kelibat temannya. Senyuman terukir di wajah Zahidah. Zulaikha menghampiri temannya. Mereka bersalaman dan berpelukan mesra. Tidak dihiraukan mata-mata kehairanan yang memandang perilaku mereka. Apa nak dihairankan sepasang kaum hawa berpelukan, sedangkan pasangan yang berlainan jantina berpelukan menjadi santapan mata, penambah dosa di hati mereka, tidak pula dipandang jelek.
Zulaikha meleraikan pelukannya. Zahidah sungguh manis dengan baju kurung biru laut dengan padanan tudung labuh warna senada yang lebih lembut. Mereka berbual mesra sambil berjalan menuju ke gerai makan yang berhampiran.
"Ida, ambillah udang masak sambal ni, kan favourite Ida.." Zulaikha mengambil sesenduk udang masak sambal untuk diletak di pinggan Zahidah.
"Hmm tak apalah Zu, lauk Ida dah banyak ni. Zu jelah yang ambil ye.." Selesai membayar harga makanan, mereka mencari sudut yang agak jauh daripada orang ramai untuk makan. Sesekali zulaikha meneliti wajah temannya yang makan. Tertib suapan makanan yang singgah di mulut comel temannya. Zulaikha meneliti dirinya pula. Makan dengan sudu dan garfu siap di tangan. Malas mahu membasuh tangan. Zulaikha terasa sunyi. Cuba mencari topik perbualan dengan temannya.
"Ida, nah ambillah udang masak sambal ni. Tadi kan sebab lauk Ida dah banyak kan. Nah ambillah…" Zulaikha menghulurkan udang masak sambal kepada Zahidah. Zahidah tersenyum cuma sebelum menyahut pelawaaan Zulaikha. Butir nasi yang dimakan dikunyah perlahan sebelum meyambut kata-kata Zulaikha. Zulaikha masih menanti.
"Zu, Ida bukan tak nak lauk udang masak sambal tu. Tapi, Ida dah ambil lauk ayam ni. Adab makan, seeloknya makanan laut tak elok bercampur dengan makanan di darat. Kan itu sunnah Rasulullah. Kalau sayur ni tak apalah.." ujar Zahidah panjang lebar. Zulaikha tersenyum mendengar hujahan Zahidah. Sedikit malu sebenarnya. Cuba mencetuskan topik, namun topiknya tidak mengena. Usai makan, mereka menuju ke musolla yang terletak di aras kedua kompleks. Azan asar kedengaran merdu dilafaz oleh muslimin di balik tabir yang menjadi pemisah antara muslimin dan muslimat. Usai solat berjemaah, mereka turun semula ke legar kawasan kompleks. Singgah di kedai buku mencari bahan bacaan yang sesuai, mereka masuk pula ke butik pakaian. Zulaikha hanya meninjau-ninjau pakaian yang terpamer di butik itu. Tidak berniat untuk membeli koleksi jubah yang disediakan.
Sebelum maghrib menginjak tiba, Zulaikha dan Zahidah beredar dari kompleks tersebut. Zulaikha menghantar Zahidah ke kawasan kolej kediaman Zahidah. Sebelum berpisah, Zahidah memberikan sebungkus beg kertas bercorak abstrak kepada Zulaikha.
"Sebagai tanda persahabatan kita.." ujar Zahidah tersenyum. Zulaikha terharu lantas memeluk erat temannya. Zulaikha pulang ke rumah dengan perasaan yang terharu.
Usai membersihkan diri dan bersolat, Zulaikha membuka isi beg kertas yang diberikan oleh Zahidah. Zulaikha terharu dengan pemberian temannya itu. Sehelai jubah warna ungu lembut dengan hiasan kain chiffon warna hitam kelihatan sungguh feminin. Sehelai selendang bercorak abstark berwarna senada turut dihadiahkan oleh Zahidah kepadanya. 'Cantik', tukas Zulaikha di hatinya. Terharu dengan pemberian temannya. Semasa di butik tadi, Zahidah meminta pendapatnya untuk mencari jubah yang terpamer. buat hadiah seorang teman, ujar Zahidah sewaktu ditanya Zulaikha. Zulaikha mencadangkan jubah ini memandangkan Zulaikha memang minat dengan warna ungu lembut. Tidak disangka, rupa-rupanya jubah yang dibelikan adalah untuk dihadiah kepada dirinya.
"Terima kasih Ida.."
~~~BERSAMBUNG~~~
rujukan:
Ustaz Kasmuri Selamat. 2008. 111 Wasiat Rasulullah SAW Untuk Wanita Solehah. Kuala Lumpur:Berlian Publication Sdn. Bhd
Abdul Mun'im Salim. 2000. 30 Keistimewaan Wanita. Kuala Lumpur: Darul Nu'man
#Bingkisan penulis: penggunaan bahasa selain bahasa melayu tidak dapat di'italic'kan..harap maklum..
sy suka crita yang ada unsur islamiah nie:) keep it up..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best!
islam itu indah~
keep up!