BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Sabtu, Jun 13, 2009
Novel : Mendamba hidayah-MU 1
Nama Pena : kelopak mawar

Zulaikha menghempaskan tubuhnya ke sofa. Dia merengus kegeraman. Kusyen empuk di sebelahnya menjadi mangsa melepaskan kegeraman yang bersisa. Jam berdenting enam kali. Jam antik pemberian seorang sahabat abah sewaktu mereka mahu berpindah ke Selangor lima tahun yang lepas. Zulaikha menanggalkan tudung yang menutupi kepalanya. Kakinya dilunjurkan ke lantai. Mata Zulaikha terpejam erat. Mahu melupakan peristiwa yang membuatkan hatinya sebal sebentar tadi. Telefon bimbit di dalam begnya dikeluarkan. Sehelai kertas kuning cair terjatuh dari dalam beg. Tertera dengan jelas nama Zulaikha Adam di atas kertas kuning tersebut dengan lambang universiti tempat Zulaikha menuntut. Direnyuk kertas kuning tersebut lalu dilempar ke dinding. Zulaikha puas. Kertas kuning menjadi mangsa melepaskan kegeramannya dengan pengawal kolej yang memberi amaran ke atasnya sebentar tadi. Kesalahan memandu kereta tanpa pas pelajar di kawasan universiti dan juga sahsiah rupa diri yang tidak menepati peraturan. 'Yang tak pakai tudung tak disaman, yang pakai tudung disaman', bentak Zulaikha geram. Mata itu lama-kelamaan terkatup rapat. Zulaikha ketiduran dalam kemarahan yang masih merantai jiwa.


…………………………………..


Zulaikha bergegas menuruni anak tangga. Dia kelewatan hari ini untuk menghadiri kuliah Dr. Sofea. Natijahnya kerana sibuk bersembang dengan sahabat mayanya semalam. Sudahlah hari ini kelasnya diadakan di kampus utama.

"Zulaikha, mari sarapan sekali…"
"No ma, Zu da lewat kelas Dr. Sofea. Pergi dulu ma.."
"Zu, kejap. Zu nak pergi kelas pakai macam ni ke?"
Zulaikha berhenti. Puan Aida menghampiri anaknya. Diteliti pakaian Zulaikha dari hujung kaki hingga ke kepala. Dengan jeans 'low cut' yang tersarung di kakinya, blouse pink yang jarang di bahagian lengannya, dan kain tudung yang diikat ke belakang menampakkan lehernya. Puan Aida menggelengkan kepalanya tanda tidak berpuas hati dengan cara pemakaian anaknya. Walaupun bertudung tetapi masih tidak sempurna.

"Kan hari ni hari Jumaat. Lagi cantik kalau Zu pakai baju kurung. Lagi ni pihak kolej tak saman ke Zu pakai macam ni?"
"Ala ma.. Zu dah lewat ni. Zu pergi dulu ye ma.."


................


"Apa guna pakai tudung kalau pakai baju ketat-ketat.."
Berdesing telinga Zulaikha mendengar sindiran seorang makcik di dalam masjid sewaktu dia mahu memakai tudung seusai solat Asarrnya. 'Tak padan dengan usia', getus Zulaikha.

"Itulah anak-anak sekarang, nak tunjuk badannya yang cantiklah kononnya, kalau macam
tu tak payahlah nak pakai tudung. Taklah buat malu orang-orang yang memang ikhlas nak pakai tudung..", tambah seorang makcik yang lebih muda daripada makcik yang menyindirnya tadi. Bukan menyindirnya secara terangan, namun kata-kata tajam itu seperti menusuk-nusuk dirinya memandangkan hanya dia yang memakai pakaian seperti yang diperkatakan oleh mereka.

Zulaikha berlalu daripada kawasan makcik-makcik yang membuatkan hatinya panas sebentar tadi. Dijeling sekilas wajah-wajah makcik yang dirasakan tidak sesuai dengan perwatakan mereka. 'Bertudung tapi suka mengumpat, sama saja. Kenyang agaknya ratah bangkai kat akhirat nanti', getus Zulaikha lagi.

Zulaikha melangkah keluar daripada kawasan masjid. Sewaktu hendak keluar dia berselisih dengan seorang wanita yang bertudung litup.

"Zulaikha!"
"Ida! Ya Allah tak kenal aku tadi.."
Zulaikha berpelukan dengan sahabat lamanya semasa menuntut di sekolah menengah yang sama satu waktu dahulu. 'Semakin cantik dan manis', puji Zulaikha di hati melihat keterampilan temannya. Tidak disangka, teman yang sekian lama tidak dijumpa itu rupanya menuntut di universiti yang sama. Bertambah terkejut dengan penampilan temannya itu. Alangkah kecilnya dunia ini.

"Eh Ida, aku tak boleh lama ni, nanti kita contact balik ye. Senang-senang aku ajak kau
keluar ke…"
"Ok, eh berapa nombor kau? Asyik tukar nombor je, susah nak contact.."
"Sorry, biasalah nak lari dari ceti, hehe. Nah ni nombor aku", Zulaikha menghulurkan kad kepada temannya. Sebelum berpisah, mereka bersalaman sekali lagi. Zulaikha berlalu menuju ke keretanya yang terparkir di sudut luar masjid. Sesampai sahaja di keretanya, kelihatan seorang lelaki separuh abad dengan pakaian seragam sedang asyik menulis sesuatu di sebelah perodua Kancilnya.


………………………………..


Zulaikha kebosanan. Yahoo messenger di skrin komputernya dipandang sepi. Bosan. Sahabat mayanya tidak aktif malam ini. Mungkin sibuk dengan aktiviti harian. Duga zulaikha. Zulaikha menutup komputernya. Diambil satu buku secara rawak di rak sebelah komputernya. Zulaikha berbaring di katil. Bantal ditinggikan buat penyandar kepala.

'111 Wasiat Rasulullah S.A.W Untuk Wanita Solehah', desis Zulaikha sewaktu membaca judul buku yang diambilnya. Buku pemberian mama kepadanya. Tidak pernah dibaca selama ini. Hanya menjadi tatapan mata sahaja. Zulaikha mahu mengambil buku yang lain namun kemalasan menguasai diri. Malas mahu bangkit dari tilam yang empuk, Zulaikha membuka buku tersebut.

\"Buat permata hati mama Zulaikha,
Moga puteri mama ini menjadi
sebahagian daripada wanita yang
dijanjikan syurga buatnya kelak…
Salam sayang dari mama\"

Zulaikha terharu membaca muka pertama buku tersebut. Mama mengharapkan dia membaca buku ini namun sekian lama baru kini Zulaikha membukanya. Dipilih secara rawak bab yang tertera. Zulaikha tertarik dengan bab larangan mendedahkan aurat.

Dan janganlah kamu mendedahkan auratmu kepada lelaki yang bukan ajnabi kerana sesungguhnya
perbuatanmu itu termasuk dalam golongan orang yang mungkar…

Zulaikha terkedu. Bacaanya dihentikan sebentar. Menarik nafas mencari ruang sebelum meneruskan pembacaanya.

Aurat seorang wanita adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangannya. Maka
wajiblah seorang wanita menutup seluruh anggota tubuh badannya bagi mengelakkan fitnah dan dosa.
Namun, masyarakat sekarang sering lupa akan tuntutan yang wajib ini. Segelintir kaum wanita hanya
menutup kepalanya dengan tudung namun lupa akan aurat di kakinya….

Zulaikha meneguk liur. 'Termasuk akulah ni kaum segelintir yang tak sempurna tutup aurat ni…' Zulaikha meneruskan pembacaannya lagi.

\"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang
beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);
cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka
dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.\" [Surah Al-Ahzab:59]

Bantal penyandar diperbetulkan agar selesa. Zulaikha melangkah helaian ke bab seterusnya tentang siksaan buat kaum wanita.

Maka sabda Nabi SAW:
\"Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya kerana ia tiada
mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia..\"

Teet teet..
Zulaikha yang khusyuk membaca terhenti. Buku yang dibacanya diletak di sisi. Telefon bimbit dicapai. Satu nombor asing terpapar di skrin telefon bimbit. Zulaikha berkira-kira sebelum menjawab. Punat hijau ditekan.

"Hello.."

…………………………………..


Zulaikha memandang berkali-kali biasan tubuhnya di hadapan cermin. Mahu tampil sesopan yang mungkin. Baju kurung hijau lembut yang dipakainya dipadankan dengan tudung warna sedondon yang lebih lembut. Hujung tudung dibiar lepas tidak seperti selalu akan dililit atau dilipat ke atas. 'Biar sikit-sikit asal aku istiqamah' Zulaikha bicara sendirian. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Zulaikha bingkas keluar daripada bilik tidurnya. Dicapai beberapa nota kuliah sebelum keluar.

"Zu, mari sarapan sayang.."
Puan Aida tersenyum mesra melihat penampilan anaknya pada hari ini. Cantik dan sopan tidak seperti kebiasaan.

"Mimpi apa hari ni sayang pakai cantik-cantik ni?"
"Cantik ke ma? Biasa je zu rasa. Mama ni ada-ada jelah.."
"Ke sebab takut kena saman dengan pak guard lagi ni.." Encik Adam menyakat anaknya.
Zulaikha memuncungkan mulutnya tanda tidak berminat dengan giatan abahnya mengungkit kisahnya disaman pengawal keselamatan. Puan Aida dan Encik Adam tersenyum melihat anak mereka pada pagi ini. Jarang sekali mahu melihat Zulaikha berbaju kurung. Biasanya seluar jeans yang menghiasi tubuh anak mereka. Tetapi pagi ini, tubuh anak mereka kelihatan menawan dengan baju kurung yang menyaluti tubuh Zulaikha. Wajah bersih tanpa olesan warna kosmetik menyerlah kecantikan milik anak mereka.

"Ok lah ma, abah, Zu pergi dulu ye. Dah lewat ni.."
Zulaikha menyalami Encik Adam dan Puan Aida sebelum beredar ke pintu utama rumah milik keluarga Encik Adam. Dicapai kasut yang bertutup di rak kasut. Kaki yang telah siap berstoking warna coklat muda disarung ke kasut. Sorotan mata Puan Aida mengiringi langkah anak kesayangannya itu.

"Dah dewasa anak kita tu bang.."
"Hai baru tahu ke. Kita ni dah makin tua Aida.. Rumah kata pergi kubur kata mari.."
"Ish, ke situ pulak abang ni. Saya tengok si Zulaikha tu dah elok sikit pakaiannya. Sopan sikit. Taklah mata ni sakit tengok. Sebelum anak Kak Zaleha tu balik, kita kena ubah si Zulaikha tu. Taklah terkejut bakal menantu kita tu tengok nanti.."

"Hah itulah awak ni. Nak ubah anak niat tu kena ubah Aida oi.. Biarlah dia berubah kerana hatinya. Bukan kerana bakal suaminya.."
Puan Aida terdiam dengan hujahan suaminya. Encik Adam bangkit daripada kerusi. Puan Aida membuntuti langkah suaminya hingga ke muka pintu. Dikucupi tangan suaminya sebelum Encik Adam membolosi tubuh ke dalam kereta. Perlahan-lahan kereta Proton Saga milik Encik Adam meninggalkan perkarangan rumah. Puan Aida masuk semula ke dalam rumah setelah kelibat proton Saga milik suaminya hilang di pandangan


………………………………………


Zulaikha memarkirkan kereta perodua Kancilnya di bawah rendangan pokok di sudut kereta pelajar. Bergegas keluar untuk ke kuliah Puan Umi, pensyarah mata pelajaran kritikan teater, mata pelajaran yang wajib diambil bagi pelajar-pelajar fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik.. Sesampai di dalam kelas, semua mata tertumpu ke arah Zulaikha. Pelajar lelaki terutamanya giat mengusik penampilan Zulaikha. Zulaikha tidak menghiraukan giatan rakan sekelasnya itu. Tidak menjadi kudis di hatinya. Zulaikha mengambil tempat duduk yang masih kosong. Sekejapan duduk, puan Umi masuk. Seperti kebiasaan, Puan Umi akan menyoal beberapa perkara yang telah diajarkan semasa kuliah yang lepas sebelum kuliah baru bermula. Untuk mengecas minda-minda anak didiknya supaya tidak lupa, ujar Puan Umi suatu waktu dahulu.

"Siapa yang boleh huraikan tentang faktor perkembangan teater Islam..?"
"Saya Puan Umi", Zulaikha pantas menjawab. Puan Umi mengiyakan dengan isyarat mata.
"Tiga tokoh yang membicarakan tentang faktor penyebaran Islam yang boleh diambil sebagai penyumbang kepada perkembangan teater Islam. Menurut Syed Hassan Nash, Islam mudah diterima kerana bersifat syumul dan mudah difahami. Selain daripada mudah difahami, agama Islam juga mempunyai spritual yang tinggi. Menurut Syed Al-Qutb pula, Islam itu mudah diterima. Islam adil dan saksama dalam meletakkan sesuatu hukum. Osman Bakar pula menerangkan bahawa agama Islam itu mudah disampaikan melalui bentuk kesesuaian perlambangan. Contohnya penerapan pendidikan anak-anak boleh kita terapkan melalui mesej-mesej seperti penggunaan public service announcer…"

"Well done Zulaikha. Umi suka penampilan kamu pada hari ini. Teruskan ye.." Puan Umi menepuk lembut bahu Zulaikha. Kelas mula riuh dengan sorakan daripada pelajar-pelajar cuba menggiat pujian Puan Umi kepada Zulaikha. Sekejap cuma apabila Puan Umi menunjuk isyarat telunjuk di mulut. Kuliah diteruskan lagi dengan topik yang baru.

"Anak-anak umi sekalian, kamu semua sebagai pelapis masyarakat. Umi nasihatkan supaya kamu semua suatu hari nanti mampu mengenterpretasikan hasil karya kamu yang lebih bercirikan identiti masyarakat kita. Tak kiralah dalam bidang apa pun. Teater, filem mahupun di akhbar ataupun radio. Cuba lihat bagaimana Iran mampu menghasilkan filemnya sendiri yang tidaklah havoc dengan adegan erotiknya, tapi filem tersebut boleh menang award. Yang penting adalah mesej, ideologi yang hendak disampaikan. Umi cabar anak-anak didik Umi supaya boleh menghasilkan karya sebegitu.."

Hujah Puan Umi disambut dengan sorakan daripada pelajar di dalam kelas. Puan Umi Kalthum, sesuai dengan namanya, seorang pensyarah yang sangat dekat di hati pelajar-pelajarnya. Tidak lupa sentiasa diselitkan dengan unsur islami di dalam setiap kuliahnya agar anak didiknya thiqah dalam menuntut ilmu. Zulaikha sangat mengagumi pensyarah yang berjiwa keibuan ini. Tidak jemu Puan Umi memberika nasihat dan kata perangsang buat anak didiknya. Lebih mengagumkan lagi, Puan Umi berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dalam bidang kesenian Islam. Berperwatakan sederhana namun tiada siapa yang tahu lulusan Al-Azhar ini sanggup mencurahkan ilmu buat pelajar di fakulti yang meriah dengan masalah sosial (panggilan yang sering diungkap oleh kebanyakan pelajar) demi tuntutan dakwah buat pelajar-pelajar.

Pernah suatu ketika semasa sessi kuliah, Puan Umi menyelitkan kisah Buraq, haiwan tunggangan yang membawa Rasullullah SAW semasa peristiwa Mikraj. Buraq adalah seekor binatang yang rupanya seperti kuda. Saiznya kecil sedikit daripada kuda tapi lebih besar dari keldai. Lariannya sepantas kilat. Selangkah lompatannya, sejauh mata memandang jaraknya. Buraq akan memanjangkan kaki belakangnya ketika ia mendaki manakala akan memanjangkan kaki depannya pula apabila ia menurun. Menggerak-gerakkan telinga dan kakinya adalah tabiat semulajadi buraq. Di samping rupanya yang cantik, terdapat sayap pada kedua-dua pehanya. Sayap ini adalah untuk membantu kecepatan lompatannya.

Allah SWT telah memerintahkan Jibrail AS ke syurga untuk memilih buraq sebagai kenderaan Nabi SAW ke langit. Kemudian Jibrail pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad SAW. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail terpandang pada seekor buraq yang berwarna putih sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail lalu menghampirinya lalu bertanya, \"Mengapa engkau menangis, ya buraq?\" Berkata buraq, \"Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad SAW sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan sesudah itu aku menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.\"

Berkata Jibrail, \"Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.\" Kemudian Jibrail memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad SAW. Ketika sampai di bumi, buraq yang dibawa oleh Jibrail itu menojang-nojangkan kakinya. Ia seolah-olah enggan ditunggangi. Melihat demikian, malaikat Jibrail memegangnya dan berkata: \"Wahai buraq! tidak malukah engkau? Demi Allah, orang yang akan menunggangi engkau adalah orang yang paling mulia di sisi Allah SWT\". Mendengar perkataan Jibrail itu maka bercucuranlah peluhnya. Ia kelihatan kemalu-maluan dan tidak lagi resah. Nabi SAW pun naik ke tempat yang tersedia di atas badan buraq, sebagaimana dilakukan oleh nabi-nabi sebelum baginda nabi SAW. Kerana terlalu menghayati kisah tersebut, Puan Umi bercerita kisah tersebut sehingga mengalirkan air mata.

"Sebelum kuliah tamat, umi nak minta anak-anak umi sekalian ringan-ringankan punggung kamu untuk menonton teater arahan umi ye. Khamis ni di studio fakulti kita. Teater ni akan dijadikan sebagai kertas kerja kamu. Jangan lupa.."

Puan Umi mengedarkan risalah pementasan teater kepada pelajar-pelajar. Tertera tajuk 'Cinta Pessantren'. Terdengar keluhan daripada beberapa orang pelajar yang keberatan mahu menonton apabila mengetahui tajuk teater tersebut. Zulaikha melipat risalah tersebut lalu diselitkan di buku notanya. Bingkas keluar dari kelas. Masa yang sedikit cuba digunakan untuk mencari bahan di perpustakaan. Ada sesuatu yang menggamit hatinya untuk menelaah di perpustakaan.

Seusai kelas terakhirnya pada petang itu, Zulaikha membawa haluan ke pusat bandar. Diparkirkan perodua Kancilnya di Pusat Kompleks Negeri Selangor. Petang ini sebenarnya dia mempunyai janji temu dengan Zahidah, teman lamanya sewaktu di sekolah dahulu.


.................


Zulaikha menilik jam di tangannya. Masih awal setengah jam janji temunya dengan Zahidah. Zulaikha berjalan-jalan di sekitar kompleks sementara menunggu kedatangan temannya.

Teet teet…
Telefon bimbit dicapai. Mesej daripada Zahidah. Zulaikha bergegas turun ke tingkat bawah kompleks mencari kelibat temannya. Senyuman terukir di wajah Zahidah. Zulaikha menghampiri temannya. Mereka bersalaman dan berpelukan mesra. Tidak dihiraukan mata-mata kehairanan yang memandang perilaku mereka. Apa nak dihairankan sepasang kaum hawa berpelukan, sedangkan pasangan yang berlainan jantina berpelukan menjadi santapan mata, penambah dosa di hati mereka, tidak pula dipandang jelek.

Zulaikha meleraikan pelukannya. Zahidah sungguh manis dengan baju kurung biru laut dengan padanan tudung labuh warna senada yang lebih lembut. Mereka berbual mesra sambil berjalan menuju ke gerai makan yang berhampiran.

"Ida, ambillah udang masak sambal ni, kan favourite Ida.." Zulaikha mengambil sesenduk udang masak sambal untuk diletak di pinggan Zahidah.

"Hmm tak apalah Zu, lauk Ida dah banyak ni. Zu jelah yang ambil ye.."
Selesai membayar harga makanan, mereka mencari sudut yang agak jauh daripada orang ramai untuk makan. Sesekali zulaikha meneliti wajah temannya yang makan. Tertib suapan makanan yang singgah di mulut comel temannya. Zulaikha meneliti dirinya pula. Makan dengan sudu dan garfu siap di tangan. Malas mahu membasuh tangan. Zulaikha terasa sunyi. Cuba mencari topik perbualan dengan temannya.

"Ida, nah ambillah udang masak sambal ni. Tadi kan sebab lauk Ida dah banyak kan. Nah ambillah…" Zulaikha menghulurkan udang masak sambal kepada Zahidah. Zahidah tersenyum cuma sebelum menyahut pelawaaan Zulaikha. Butir nasi yang dimakan dikunyah perlahan sebelum meyambut kata-kata Zulaikha. Zulaikha masih menanti.

"Zu, Ida bukan tak nak lauk udang masak sambal tu. Tapi, Ida dah ambil lauk ayam ni. Adab makan, seeloknya makanan laut tak elok bercampur dengan makanan di darat. Kan itu sunnah Rasulullah. Kalau sayur ni tak apalah.." ujar Zahidah panjang lebar. Zulaikha tersenyum mendengar hujahan Zahidah. Sedikit malu sebenarnya. Cuba mencetuskan topik, namun topiknya tidak mengena.
Usai makan, mereka menuju ke musolla yang terletak di aras kedua kompleks. Azan asar kedengaran merdu dilafaz oleh muslimin di balik tabir yang menjadi pemisah antara muslimin dan muslimat. Usai solat berjemaah, mereka turun semula ke legar kawasan kompleks. Singgah di kedai buku mencari bahan bacaan yang sesuai, mereka masuk pula ke butik pakaian. Zulaikha hanya meninjau-ninjau pakaian yang terpamer di butik itu. Tidak berniat untuk membeli koleksi jubah yang disediakan.

Sebelum maghrib menginjak tiba, Zulaikha dan Zahidah beredar dari kompleks tersebut. Zulaikha menghantar Zahidah ke kawasan kolej kediaman Zahidah. Sebelum berpisah, Zahidah memberikan sebungkus beg kertas bercorak abstrak kepada Zulaikha.

"Sebagai tanda persahabatan kita.." ujar Zahidah tersenyum. Zulaikha terharu lantas memeluk erat temannya. Zulaikha pulang ke rumah dengan perasaan yang terharu.

Usai membersihkan diri dan bersolat, Zulaikha membuka isi beg kertas yang diberikan oleh Zahidah. Zulaikha terharu dengan pemberian temannya itu. Sehelai jubah warna ungu lembut dengan hiasan kain chiffon warna hitam kelihatan sungguh feminin. Sehelai selendang bercorak abstark berwarna senada turut dihadiahkan oleh Zahidah kepadanya. 'Cantik', tukas Zulaikha di hatinya. Terharu dengan pemberian temannya. Semasa di butik tadi, Zahidah meminta pendapatnya untuk mencari jubah yang terpamer. buat hadiah seorang teman, ujar Zahidah sewaktu ditanya Zulaikha. Zulaikha mencadangkan jubah ini memandangkan Zulaikha memang minat dengan warna ungu lembut. Tidak disangka, rupa-rupanya jubah yang dibelikan adalah untuk dihadiah kepada dirinya.

"Terima kasih Ida.."


~~~BERSAMBUNG~~~

rujukan:

Ustaz Kasmuri Selamat. 2008. 111 Wasiat Rasulullah SAW Untuk Wanita Solehah. Kuala Lumpur:Berlian Publication Sdn. Bhd

Abdul Mun'im Salim. 2000. 30 Keistimewaan Wanita. Kuala Lumpur: Darul Nu'man


#Bingkisan penulis:
penggunaan bahasa selain bahasa melayu tidak dapat di'italic'kan..harap maklum..
posted by Penulisan2u @ 5:32 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
9 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group