Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
KERETA Waja rona silver metallic itu meluncur laju membelah jalan raya. Lima minit kemudian, Rosalina memutar stereng sambil memberi isyarat membelok ke arah kiri. Dia berlegar-legar mencari tempat parkir yang kosong. Seketika mencari, akhirnya sebuah kereta memberi isyarat untuk keluar. Waktu tengah hari begini, memang ramai yang berkunjung di Restoran Nelayan untuk menjamu selera makan tengah hari sekaligus membuatkan keadaan menjadi agak sesak. Pantas Rosalina memandu masuk ke parkir yang dikosongkan sebentar tadi. Enjin kereta dimatikan. Pintu kereta segera dibuka. Bahang terik mentari mula menjalar ke segenap tubuhnya menyebabkan Rosalina berjalan pantas masuk ke dalam restoran, ingin cepat menikmati hawa dingin di dalamnya. "Lina," bahunya disentuh. "Hasri! Terkejut Lina. Dah lama sampai?" "Baru juga. Jom, cari tempat duduk dulu," balas Farhan Hasri. Meliar mata kedua-duanya mencari andai ada meja kosong yang masih belum diduduki. Farhan Hasri menarik lengan baju Roslina, mengarah ke satu sudut yang agak terlindung. Kedua-duanya mengambil tempat, saling berhadapan. Seketika kemudian, pelayan datang mengambil pesanan. "Macam mana dengan persiapan di rumah Lina?" tanya Farhan Hasri sejurus selepas pelayan pergi dengan pesanan yang diminta. "Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Mama yang paling sibuk kat rumah tu. Semuanya nak dibuat sendiri. Mujur mama setuju nak guna catering. Ikutkan hati, dia nak masak sendiri," ujar Rosalina. Farhan Hasri tergelak kecil. Dia sudah faham benar dengan perangai bakal ibu mertuanya itu. Hendak menyediakan majlis perkahwinan seperti tujuh hari tujuh malam lagaknya. Mungkin kerana Rosalina anak yang sulung. Seharusnya dibuat secara besar-besaran. "Lepas habis kerja ni, Hasri tunggu di butik ya. Lihat baju pengantin," ujar Farhan Hasri membuat temu janji. "Okey, Lina ikut je. Hasri nak baju warna apa?" "Ungu macam mana? Ungu lavender?" Farhan Hasri membuat cadangan. Rosalina mengukir secarik senyum. Lelaki ini tahu sahaja itu warna kegemarannya. Warna kegemaran mereka berdua sebenarnya. Pantas Rosalina menganggukan kepala tanda setuju. "Untuk persalinan?" "Kita minta pendapat Auntie Katty jelah. Dia lebih arif," balas Rosalina. "Okey," jawab Farhan Hasri. Suasana bertukar hening seketika. Rosalina membuang pandang ke luar. Dedaun kelapa meliuk-lintuk diterpa pawana. Air laut surut waktu itu. Pelayan datang membawa makanan yang dipesan. Dua pinggan nasi kosong dengan sup tomyam yang maish berasap serta kerang bakar. Farhan Hasri membaca doa dan mereka beruda mula menikmati makan tengah hari dengan penuh selera sehinggalan telefon bimbit Rosalina berbunyi menandakan ada isyarat mesej masuk. Rosalina menghentikan suapannya. Jarinya menekan butang hijau pada telefon bimbitnya. Mesej tersebut dibaca dengan teliti. Hatinya diterpa debar tiba-tiba. Mesej dari Hafiz Hakimi. Apa maksud lelaki itu yang mereka harus berjumpa dengan kadar segera?
* * * * *
TINGGAL dua hari lagi sebelum majlis perkahwinan antara Rosalina dan Farhan Hasri akan berlangsung. Keadaan di rumah Rosalina penuh meriah dengan kehadiran saudara-mara dan jiran tetangga. Rosalina sudah mengambil cuti seminggu bermula dua hari lepas. Malangnya, Farhan Hasri hanya boleh bercuti mulai esok. Suara kanak-kanak bermain kejar-mengejar agak membingitkan telinga. Rosalina melangkah menuju ke biliknya. Pintu bilik dibuka. Tampak lain benar dari bilik asalnya. Begitu mewah dan elegan Rosalina rasakan. Buat masa ini, dia tidur di bilik adik bongsunya. Mamanya menegah dia masuk ke bilik ini namun kerana begitu teruja, Rosalina mengabaikan kata-kata mamanya itu. "Hah! Buat apa tu? Amboi... tak sabar-sabar dah ke?" usik Hasliza membuatkan Rosalina mengurut dada kerana terkejut diterjah begitu. "Kau ni Liza... dibuatnya aku pengsan terkejut tadi, nahas kau. Jawablah kau dengan mama aku tu nanti," ujar Rosalina. Hasliza ketawa kecil. Sengaja dia mengusik kawan baiknya itu. Sehari dua ini nampak benar Rosalina agak tertekan. Mungkin gemuruh menanti hari menjadi raja sehari. Biasalah, siapa yang tak berdebar bila pertama kali jadi isteri orang. "Kau dah makan?" Hasliza bertanya. "Belum. Kenyanglah," "Kau ni... kau kena makan. Kalau tak makan, macam mana nak dapat tenaga. Nanti waktu kau bersanding, pucat je muka tu," leter Hasliza. "Aku tak ada selera," balas Rosalina. "Tak kira! Biar aku sumbat mulut kau tu. Hari ni mama kau masak sambal ikan keli. Favourite kau tu. Dah, jom!" ajak Hasliza sambil menarik tangan Rosalina. Rosalina hanya mampu menurut. Hasliza kalau dibantah, tak pasal-pasal pedih telinganya menahan bebelan gadis itu. Mereka berlalu ke dapur. Hasliza menyendokkan nasi ke dalam pinggan Rosalina dan ke pinggannya juga. Rosalina memandang tawar pada juadah di atas meja makan itu. sungguh, dia tidak punya selera walhal sambal ikan keli merupakan antara makanan kegemarannya. Dia sebenarnya lebih memikirkan pertemuan dengan Hafiz Hakimi tempoh hari. "Makanlah, tunggu apa lagi?" pelawa Hasliza. "Hmm..." hanya itu yang dapat Rosalina luahkan. Hasliza enak menjamu selera. Sambal ikan keli juga merupakan makanan kegemarannya. Suapan demi suapan dimasukkan ke mulutnya namun terhenti apabila melihat Rosalina hanya bermain-main dengan nasi di pinggannya. Seekor ikan keli yang diletak di dalam pinggan langsung tidak bercuit. Parah ni! "Wei!" sergah Hasliza namun tiada reaksi dari sahabatnya itu. "Ish, kes berat ni... Ros, oh Ros! Ros!!!" jerit Hasliza. Rosalina tersentak. Dia memandang gadis di hadapannay tajam. Apalagi si Liza ni? Buang tabiat apa terjerit-jerit macam tarzan. "Kau ni kenapa?" tanya Rosalina. "Sepatutnya aku yang tanya kau soalan tu. Kau tu kenapa? Ada apa masalah lagi ni? Nak kahwin pun masam muka lagi," ujar Hasliza. "Tak ada apalah. Gemuruh sikit je," dalih Rosalina. "Kau jangan nak tipu aku. Baik kau cakap, apa yang menganggu kau sebenarnya?" "Tak ada apa. Dah, kau makanlah," "Ros, cakaplah..." desak Hasliza. "Eii... aku kata tak ada apa, tak adalah! Tak faham aku kau ni! Dahlah, aku dah kenyang!" Rosalina bersuara agak tinggi menyebabkan Hasliza terpana. Rosalina bangun lalu menuju ke sinki. Pili air dipulas kuat. Tangannya dibasuh kemudian pili air ditutup semula. Dia bingkas berlalu dari dapur meninggalkan Hasliza dengan seribu tanda tanya...
* * * * *
KATA-KATA Hafiz Hakimi masih disimpan kejap dalam fikirannya. Kata-kata yang menjerumus dia ke lembah kekeliruan. Rosalina bingung. Apa yang perlu dia lakukan? Antara sebuah mimpi dan realiti, yang mana harus dikejar? Antara kenangan masa lalu dengan impian masa hadapan, yang mana harus dipilih? Argh!!! Rosalina menghempaskan telefon bimbitnya ke atas katil. Esok. Ya, esok dia bakal bergelar seorang isteri. Isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh hati. Lelaki yang sudah diserahkan jiwa dan raga sepenuhnya. Dia akan menjadi isteri kepada Farhan Hasri. Bersediakah dia? Ya, dia sudah lama bersedia. Jika tidak bersedia, masakan dia menerima lamaran dari lelaki itu. lantas, dia dihambat kenangan lalu... "Awak nak bawa saya ke mana ni?" tanya Rosalina sewaktu berada di dalam kereta Farhan Hasri. "Adalah. Awak duduk diam-diam je," ujar Farhan Hasri. "Ish, beritahulah, awak nak bawa saya ke mana ni," Rosalina mendesak, agak curiga. "Okey, lima minit lagi kita dah nak sampai. Before that, ambil ni," ujar Farhan Hasri sambil mengunjukkan sehelai kain putih yang agak panjang pada Rosalina. "Nak buat apa?" "Tutup mata," "Ish, tak naklah. Mengada-ngada awak ni..." "Ala, tak surpriselah. Cepatlah Lina," Farhan Hasri merengek seperti kanak-kanak inginkan gula-gula. "Eii... mengada-ngada dia ni. Yelah, saya pakai..." akhirnya Rosalina bersetuju. Sampai di destinasi, Farhan Hasri menghentikan enjin kereta. Dia keluar dari perut kereta lalu membuka pintu untuk Rosalina. Rosalina tergapai-gapai bagai orang buta kehilangan tongkat. Dia berpaut pada bahu Farhan Hasri. "Dah boleh buka sekarang? Saya rimaslah awak," rungut Rosalina. "Belum lagi. Tunggu sekejap," "Kita kat mana ni?" tanya Rosalina apabila telinganya tidak lagi menangkap kelibat bunyi bising. "Dekat bukit belakang sekolah," "Hah?" "Rilekslah... saya bukan nak buat apa. Awak ni, cepat gelabah..." perli Farhan Hasri. Rosalina mencebikkan bibir. Apalah yang lelaki ini ingin lakukan petang-petang begini? Sebentar lagi, remang senja akan mula bertebaran di kaki langit. "Okey, perlahan-lahan, buka penutup mata tu," ujar Farhan Hasri. Rosalina segera membuka simpulan pada penutup matanya itu. perlahan-lahan, matanya dibuka. Seketika dia terpempan. Di hadapannya, suatu pemandangan yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Pesona ciptaan Ilahi benar-benar memukau pandangannya. Rosalina kaku di situ. Bukit-bukau yang menghijau, menyapa matanya. Dari kejauhan, dapat dilihat ada aliran air sungai yang deras. Rosalina melihat ke langit yang membiru, saujana mata memandang. Terasa diri ini begitu kerdil. Kali ini mataya dialih ke sudut kanan. Rona-rona pelangi seakan berkilau dipanah sinaran mentari petang. "Speechless?" Hanya kepalanya mampu dianggukkan. Sepanjang dia menetap di Teluk Kemang, tidak pernah dia tahu ada tempat secantik ini. Dia benar-benar kagum. Sesungguhnya alam ciptaan Ilahi penuh dengan hikmah tersendiri. "Kali ni saya akan pastikan awak benar-benar tergamam. Cuma awak bergerak ke depan sedikit," arah Farhan Hasri. Rosalina hanya menurut. Di tepi tebing, dia memandang ke bawah. Sekali lagi dia terpaku! Deretan pokok-pokok renek berdaun lebat disusun membentuk perkataan "I LOVE U" dan lilin yang disusun berbentuk hati. Indah dan mempersona. "Bila awak..." Rosalina tidak jadi meneruskan kata apabila jari telunjuk milik Farhan Hasri singgah di bibirnya. Farhan Hasri mengeluarkan sesuatu dari saku seluarnya. Sebuah kotak merah yang kecil saiznya. Rosalina yang sudah dapat mengagak kandungan kotak merah itu mula diterpa debar. "Sudikah awak menjadi suri dalam hidup saya?" Farhan Hasri melamar gadis di hadapannya. Lidah Rosalina kelu. Dia tidak menyangka saat sebegini akan hadir secepat ini. Tanpa sedar, ada manik-manik jernih yang mengalir di pipinya. Dia diserbu keharuan. "Lah... awak ni, nangis pula. Saya tanya soalan yang mudah je. bukan suruh awak jawab soalan matematik ke, fizik ke," Farhan Hasri cuba berlawak. Dalam esakan, Rosalina ketawa kecil. Tangisan kegembiraan sebenarnya. Lantas, Rosalina menganguk tanda setuju. Farhan Hasri tersenyum lebar. Cincin emas bertakhtakan berlian itu disarungkan ke jari manis Rosalina. Tampak begitu sesuai dan padan sekali. "Terima kasih," ucap Farhan Hasri. Rosalina masih tidak mampu bersuara. Dia seperti bermimpi. Mimpi yang membuatkannya tidak mahu bangun dari tidur. Rosalina takut dia hanya berangan-angan saat ini. Namun dia tahu, apa yang sedang berlaku sekarang adalah satu realiti. "Bersaksikan matahari terbenam, saya berjanji akan menyintai dan menyayangi awak setulus hati dan tidak akan sesekali meninggalkan awak walau apa pun yang berlaku," lafaz Farhan Hasri. Tangan Rosalina digapai lalu digenggam erat. Rosalina merebahkan kepalanya dibahu lelaki itu. Serasa kebahagiaan sudah menjadi miliknya saat itu. Teriakan anak kecil menyentak lamunan Rosalina. Dia melihat jam di tangan. Sudah pukul enam empat puluh lima minit petang. Jauhnya dia mengimbau kenangan silam. Rosalina memandang langit. Sama seperti dulu, warana merah mula myimbah puncak bukit di ufuk timur. Sebuah keluhan dilepaskan perlahan-lahan. Rosalina pantas bangkit dari bangku yang disediakan di taman komuniti awam itu bersama-sama dengan satu keputusan. Keputusan yang bakal mengubah segalanya. Antara mimpi dan realiti, Rosalina tidak mampu untuk bermimpi lagi. Dia harus hadapi hakikat. Kehidupan tidak selamanya berlalu dengan mudah. Dalam cerah, akan ada mendung berarak datang. Biarlah. Biarlah hanya masa yang menentukan segalanya. Rosalina sudah pasrah!
Hellooo!!!!kenapa lambat N3?.....Boring dek non.....Citer bestlah....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hehehe..bagus riri ni..betul2 mengembangkan bakat.