Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sayang," Julia menoleh. Shahril tercegat di ambang pintu , merenungnya sambil berpeluk tubuh. Perlahan dia mengangkat tangan. Menunjukkan ke arah jam di tangan. Julia tersengih panjang. "Sayang buat apa lagi ni? Semua orang tunggu Ju kat bawah tu. Cepatlah sikit," Julia membetulkan rambut buat kali terakhir. Kemudian melangkah tergesa-gesa ke arah dua beg kertas yang sederhana besar. "Ju nak ambil hadiah ni,"Julia membuat alasan sambil tersengih. Bersama dua beg kertas di tanga, dia mengatur langkah mendekati Shahril. "Nah. Abang bawa satu," hulurnya kepada Shahril. Shahril menyambut tanpa banyak bicara. Terus tangannya mencapai lengan Julia. Menarik Julia keluar dari bilik. "Semua dah sampai ya , bang?"soal Julia sambil meniti anak tangga. Shahril mengerling. Menikmati wajah Julia yang dirias cantik. "Dah. Dah lama pun dia orang tunggu. tu…. Bersiap mengalahkan artis nak buat show," Julia mengerutkan keningnya. "Mana ada lama sangat," "Memang lama pun. Tengok… nak minum pun aku kena ambil sendiri," Julia menoleh. "Lia! Alahai kesiannya. Biar aku yang bawa. Kau pergi sana. I‘m so sorry. Lambat sikit pun tak boleh tunggu," Julia segera mengambil dulang berisi minuman daripada tangan Camalia. Tidak sampai hati melihat Camalia bersusah payah dengan perut yang sudah memboyot. Camalia tersenyum. Dibiarkan dulang bertukar tangan. Dia mengekori Julia dari belakang. Sama-sama menuju ke laman. menyertai, teman-teman lain yang sudah sedia menanti. "Hai… lama betul nak tunggu air pengantin baru ni," Fairuz bersuara sebaik Julia meletakkan dulang di atas meja.Julia tersenyum. "Ini bukan air pengantin baru. Ini air mak buyung. Aku tolong bawa aje,"terangnya bersama sengih yang panjang. "Tunggu kau lama sangat. Kami semua dah haus. Terpaksalah aku pergi buat air," Camalia bersuara sambil melabuhkan punggung ke kerusi. Perlahan-lahan sambil dibantu Fairuz. "Janganlah marah. Aku lama sebab ambil ni," Julia bersuara sambil menunjukkan beg kertas di tangan Shahril. Shahril meletakkan beg kertas tersebut di atas meja, sambil Julia mengeluarkan beberapa kotak yang berbalut cantik. "Ini ole-ole dari Terengganu. Ini untuk Lia. This is for you Fairuz. And this is for you Kimi," satu demi satu hadiah dihulurkan kepada teman-temannya. "Thanks,"ujar Hakimi sepatah. Kotak hadiah itu dibeleknya, sebelum diletakkan di atas meja. Gerakan yang sama, dilakukan oleh Camelia dan Fairuz. "Terima kasih Ju. Ingat juga kau kat kami ni, ya?,"Fairuz bersuara separuh berlucu. Camelia tersenyum mendengar usikan suaminya itu. "Ala.. kak Ju. Mana adil macam ni? Untuk semua orang ada. Untuk Zeti tak ada ke?" tiba-tiba Nor Zetty mencelah dengan nada merajuk. Julia tersenyum. Wajah Not Zetty dipandang sekilas sebelum menyelongkar beg kertas di hadapannya. "Mestilah ada. Semua dapat. Even for the baby pun… I dah belikan ole-ole," "Ini untuk Zeti.. dan ini untuk baby kita," dua bungkusan kecil dihulurkan kepada Nor Zetty dan Camalia. Camalia tergelak kecil. "Hai.. belum keluar dah dapat hadiah? Thanks Ju," ujar Camalia senang. Fairuz dan Hakimi turut tersenyum. Sambil Nor Zetty tersengih membelek kotak hadiahnya. "Thank you, Kak Ju. Ingat Kak Ju tak ingat kita," "Sama-sama. Mana boleh tak ingat? Semua Kak Ju ingat," balas Julia sambil melabuhkan punggung di sebelah Shahril. "So, macam mana honeymoon?" Hakimi membuka bicara setelah masing-masing leka dengan bungkusan hadiah masing-masing. "Ok. Semuanya berjalan dengan lancar. Kita happy kat sana. Kan Ju? And, kau, Kimi. Kahwinlah cepat-cepat. Rugi tak kahwin" jawab shahril sambil menyentuh jemari Julia. Julia tersenyum sambil mengangguk tanda setuju. Hakimi pula tergelak kecil mendengar usikan Shahril. "Shah..Shah.. kalaulah dari dulu kau dengar cakap aku… dah lama kau boleh lembutkan si Ju ni. Aku cakap kau tak nak percaya. Sekarang kau tengok. Once dia jadi isteri kau.. tak ada nak bertekak lagi. Main angguk je, dengar kau cakap," Fairuz bersuara apabila melihat Julia Cuma mengangguk mendengar kata-kata Shahril. Shahril tergelak. Sementara Julia tersipu malu. Tiba-tiba terasa malu mendengar usikan Fairuz.Dia sendiri tidak tahu mengapa dia tiba-tiba menjadi lembut hati. Cukup senang bertolak ansur. Tidak seperti sebelum berkahwin "Yelah. Nanti lawan cakap suami berdosa pulak,"Julia bersuara cuba membela diri. "Tengok.. Dah berhenti lawan cakap kau, cakap aku pula yang dia lawan,"Fairuz membalas. Tidak mahu mengalah dengan kata-kata Julia. Sudahnya, Julia Cuma tersenyum sambil jelirkan lidah. "Oh ya! Aku ada satu berita gempar. Kalau kau orang dengar, mesti terkejut besar," Shahril tiba-tiba bersuara. Memandang wajah isterinya bersama sekuntum senyum yang sukar ditafsir maksudnya. "Berita apa? Takkan dah nak jadi mama dengan papa kot?" Fairuz bertanya sambil tersengih panjang. Julia berkerut marah mendengar soalan itu sambil Fairuz tergelak besar. Camalia mencubit lengan suaminya sambil mengerutkan kening. Hakimi pula tersenyum panjang. Memang Fairuz kaki mengusik. "Kau ni Faiz,"Julia menjerit geram. Membuat gelak Fairuz semakin kuat. "Abang ni! Orang serius dia main-main pula," Camalia pula bersungut membuat tawa Fairuz sedikit mereda. "Ok lah. Abang serius,"Fairuz bersuara sambil mengawal tawa. "Apa halnya Shah?" Camalia mula merisik cerita setelah tawa Fairuz betul-betul reda "Abang yang cakap.. atau Ju?"soal Shahril sambil memandang Julia. Julia Cuma menjungkit bahu. "Terserahlah. Ju tak kisah…," "Hmmm…Memandangkan Ju yang jumpa dulu… Ju sajalah yang cakap," Shahril memberi ruang kepada Julia untuk membuka cerita. Julia tersenyum sambil mengangguk. "Apa ni Mar? Macam benda penting sangat je,"Hakimi pula bersuara. Tidak sabar melihat situasi tarik tali yang Shahril dan Julia wujudkan. Julia tersenyum panjang. "Sabarlah," "Tengah sabarlah ni. cepat-cepatlah cerita,"Fairuz menyampuk dengan wajah berkerut. Julia terus menyambung senyum. Pasti, beritanya akan membuat semua temannya itu terkejut. "Well.. Semasa kami honeymoon.. cuba teka kami jumpa siapa?" "Alaa.. kak Ju ni. Sama je dengan abang Shah. Saja nak buat suspen. Manalah kita orang tahu kak Ju jumpa siapa. Kak Ju jumpa siapa?" soalan Nor Zetty ternyata menjadi wakil kepada ketidak sabaran Camalia, Fairuz dan juga Hakimi. Melihat keadaan itu, Shahrul Cuma tersengih panjang. Sebagai mana dia terkejut apabila diberitakan oleh Julia , pasti teman-temannya itu juga seperti itu. "ok..ok.. straight to the point, we met Huda! Nurul Huda!" ujar Julia girang. Kegirangan yang disambut dengan riak terkejut di wajah Camalia dan Fairuz. Sedang Hakimi yang sedang meneguk air, tiba-tiba tersedak. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu. Sudah cukup lama rasanya. Sementara Nor Zetty terkebil-kebil. Tidak tahu hujung pangkal ceritanya. "Abang... Abang tak apa-apa?"soal Nor Zetty sambil menepuk belakang Hakimi yang tersedak. Dia masih keliru dengan apa yang berlaku. Siapa Nurul Huda? Hakimi menggosok dadanya yang terasa pedih. Perlahan dia menggeleng ,sebagai menjawab pertanyaan Nor Zetty. Renungan Camalia dan Fairuz seakan tidak mampu dibalasnya. Sudahnya dia Cuma tunduk. Mencari kekuatan untuk mendengar cerita seterusnya daripada Julia. "Di mana kau jumpa dia?" soal Fairuz apabila melihat Hakimi diam seribu bahasa. Dia mengandaikan soalan itu akan keluar dari mulut lelaki itu. Namun, nampaknya Hakimi lebih selesa berdiam diri. Pandangannya dialihkan pula ke arah isterinya. Wajah itu Nampak cukup terkejut. "Lia…Lia okay kan?,"Fairuz bertanya perlahan. sedikit risau mellihat keadaan Camelia. Dia tahu Camelia terkejut. Tetapi, dia tidak tahu apa yang bergelodak di hati perempuan itu. Camelia tersenyum kecil. Cuba sembunyikan rasa gugup yang menyerang tiba-tiba. Betul-betul dia tersentap mendengar berita itu. Gembirakah dia dengan berita itu? Kalau dia gembira mengapa tiada senyum yang menghiasi bibirnya? Atau .. marahkah dia dengan kehadiran semula Nurul Huda? Tetapi, untuk apa dia marah? Sedang kisah dia dengan Hakimi sudah lama berakhir. Dia kini bahagia bersama Fairuz. "Ju. Kat mana kau jumpa Huda?,"Fairuz bertanya sekali lagi. "Terengganu. Rumah emak saudara dia. Anyway, kenapa semua orang macam terkejut sangat ni? Aku ingat ini berita baik. Tapi, bila tengok muka kau orang semua, berita ni macam disaster pula ya?,"Julia bersuara pelik. Hakimi terkedu. Nurul Huda di Terengganu. Nampaknya, Nurul Huda sudah kembali ke tempat asalnya. Setelah sekian lama menghilang arah entah ke mana, akhirnya gadis itu pulang jua. "Of courselah berita gembira. Siapa yang tak gembira. Cuma terkejut. Tak sangka itu beritanya,"Fairuz bersuara sambil mengukir senyum. Julia memandang wajah-wajah di hadapannya. Memandang wajah Camelia dan Fairuz bersama senyum kelat masing-masing. Memandang pula ke arah Hakimi yang tunduk merenung meja. "Ada sesuatu tentang Huda yang aku tak tahu ke?,"Julia bertanya perlahan. Wajah-wajah aneh di hadapannya membuat dia di buru seribu tanda Tanya. "Maksud kau?,"Camelia bersuara setelah mendapat sedikit kekuatan. Dia perlu berdepan dengan kenyataan ini. Dia perlu berani berdepan dengan Nurul Huda. "Muka kau orang semua. Pelik sangat aku tengok," Fairuz tergelak. "Pandailah kau," Julia diam sambil terus meneliti. Shahril pula tekun memerhati tingkah Hakimi yang kelihatan gelisah. "Kimi. Are you okay?," Hakimi mengangkat muka. Soalan Shahril mengembalikannya ke dunia realiti. Hilang wajah Nurul Huda yang bertamu di minda. "Okay. Kenapa?," "Nothing. Aku Nampak kau macam tak okay," Hakimi tersenyum sambil menggeleng perlahan. "Aku okay,"dia bersuara lagi. Cuba meyakinkan Shahril. Julia tersenyum kecil. "Aku cakap Huda dah ada di sini, macam ni, kau semua terkejut. Belum lagi aku cakap berita yang lagi gempar,"ujar Julia sambil menongkat dagu. "Berita apa lagi?,"Camelia bertanya lambat-lambat. Dia pasti, berita yang Julia maksudkan itu pasti masih ada kaitan dengan Nurul Huda. "Pasal Huda juga ke?,"Fairuz menambah. Julia tersenyum sambil mengangguk. "Apa dia?,"Nor Zety tiba-tiba menyampuk. "Dia dah ada anak tau!," Mendengar kata-kata Julia itu, Hakimi hampir pitam. Tidak mungkin. Tiba-tiba terasa pandangannya berpinar-pinar. Terkejut sungguh. Nurul Huda ada anak? Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Tidak mungkin! Dia memalingkan muka. Bertaut dengan renungan Camelia. Sungguh dia tidak mengerti maksud renungan itu. "Anak lelaki. Tapi tak sempat jumpa kan bang," Julia terus bercerita. "Berapa umur anaknya?" tiba-tiba soalan itu meluncur laju dari mulut Hakimi. Dia perlu tahu. "Empat atau lima tahun. Bila aku tanya pasal suami dia, dia tak nak cakap. Tak minat nak cakap pasal perkahwinan aku. Itulah jawapannya. So, tak tahu apa status dia sekarang," Jantung Hakimi seakan mahu pecah. Empat atau lima tahun? Mungkinkah anak itu..? Dan cerita dari mulut Julia dan Shahril tidak lagi melekat di telinganya. Dia lebih senang berbicara dengan perasaannya sendiri…Dia perlu cari Nurul Huda. Dia perlu berjumpa dengan gadis itu. Banyak persoalan yang perlu dia leraikan. Terlalu banyak.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ada smbungan lgi kan??