Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku masih merenung sekeping kertas di tanganku. Macam tak percaya! Kenapa harus aku yang dihantar ke sana untuk promosi tahun ini. Sedangkan selalunya Mr Richard yang pergi. Aku bergegas menuju ke Green Hotel. Bertemu dengan Mr Iskandar. Hanya dia dan aku saja yang berbangsa melayu di sini. selebihnya semua orang sini, orang Australia. "Mr Iskandar, Why me?" Jelas kelihatan wajah Mr Iskandar yang berkerut tanda tidak mengerti. Kertas ditanganku aku letakkan di atas meja. Beberapa saat selepas dia membaca isi yang tertulis di atas kertas tersebut dia tersenyum kecil. "Duduklah dulu, you ni serbu I macam nak telan I aje" Aku tersenyum kelat. Sedar di atas kekasaran aku terhadapnya. "Sorry, tapi saya tak puas hati. Kenapa pula saya yang dihantar ke sana. Bukan ke selalunya Mr Richard yang pergi" Mr Iskandar mengangkat bahu, seolah sengaja membuat aku semakin geram. "I dah cakap dengan mereka, tapi mereka kata Mr Richard sudah ke Bali. Dua minggu lagi baru pulang ke sini. Mr Vincent wife dia baru bersalin. Dia ambil cuti panjang. You jelah yang tinggal. Hei you ni…… tak payah fikir lagilah. Kan you dah lama tak ke sana. Tak seronok ke dapat balik kampung, setahu I dah enam tahun you kerja di sini tak pernah pun you pulang ke sana" Aku tersenyum kelat. Apa lagi alasan yang mahu aku berikan. Ini bukan tawaran pertama untuk membuat promosi di sana, sudah banyak kali aku tolak. "Kalau dapat banyak untung, kayalah you Mira" "Itu saya tahulah Mr Iskandar, tapi……" Aku diam. Tidak jadi untuk meneruskan kata-kata. "Mira, you ada saham di sini. itu sebabnya mereka memilih you. dengan kata lain hotel ni seolah milik you. you kenalah ketepikan masalah lain supaya keuntungan yang kita dapat berbaloi." "Tapi lama sangat, enam bulan!" "You juga yang mencadangkan untuk membuka satu lagi cawangan kita di sana. Jadi you bertanggungjawab mencari lokasi sesuai" Aku kehilangan kata. Selepas keluar dari Grenn Hotel, aku terus pulang ke rumah. Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi, masih ada lebih kurang enam jam untuk aku bersiap sebelum berlepas ke Malaysia. Aku mengeluh kecil, kalau dikira-kira sudah sepuluh tahun aku meninggalkan Malaysia. macam-macam pekerjaan aku buat di sini sambil meneruskan usahaku untuk menggenggam ijazah. Selepas habis saja belajar, aku ditawarkan bekerja di sini. Dua tahun kemudian aku mendapat PHD, beberapa bulan selepas itu mereka menjual sedikit saham Green Hotel. Dengan bantuan Mr Iskandar aku berjaya memiliki saham tersebut dan kini Alhamdulillah, berkat segala usaha dan kesabaran aku selama ini segala impian hampir menjadi kenyataan. Aku memasukkan baju kedalam beg. Enam bulan cukup lama. Ya Allah, kenapa ini yang engkau berikan…… aku mengeluh kecil berbagai rasa yang bermukim dalam hatiku. Kenapa Malaysia, bukankah banyak lagi tempat lain. Ada air jernih bergenang dikelopak mataku. Mungkin sudah sampai masanya, tiada jalan lagi yang tinggal. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.……..
-------------------------------------
Bab 2
Ketika menjejakkan kaki di KLIA, perasaanku berbaur resah. Selepas mengira beg di dalam trolley aku bergegas keluar menunggu pemandu seperti yang dijanjikan. Hampir setengah jam berlalu, aku semakin gelisah. Mahu saja aku pulang semula ke Australia. Aku menolak trolley ke sudut bangunan. Dalam kegelisahan, aku terpegun dengan keunikan KLIA. Tidak seperti dulu, kini Malaysia sudah semakin maju. Semasa aku meninggalkan Malaysia dulu, KLIA baru dalam perancangan. Baru mahu mencari lokasi sesuai. Sepuluh tahun berlalu, terasa bagaikan mimpi. "Sorry, mam…Are you Mrs Amira binti Yahya" Aku terkejut, memandang seorang lelaki yang hampir separuh abad itu tersenyum kepada ku "Panggil je Amira" Aku tersenyum kecil. Takkan orang tua macam dia panggil aku cik pula walaupun dia hanya seorang pemandu. "Pakcik ke yang jemput saya" Lelaki itu mengangguk "Saya minta maaf sebab terlambat. Kereta rosak tadi, sudah lama ke Cik Amira menunggu?" "Tak adalah sangat" Aku tersenyum kecil, cuba berkias agar dia tidak berkecil hati walhal tadinya aku juga sudah bersungut, menyumpah seranah. Aku mengikut langkahnya menuju ke arah kereta Proton Waja Hitam. Selepas memasukkan semua begku kedalam bonet kereta, lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Musa terus membukakan pintu dan mempelawa aku untuk duduk. "Janganlah macam tu pakcik. Malu pula saya" Pak cik Musa tersenyum kecil lalu menutup pintu kereta. Kereta meluncur laju merentasi lebuh raya. Asing rasanya, tidak puas tengok kanan aku menoleh pula ke kiri. Rasa macam pelancong pula, lupa negara sendiri. Irama lagu yang berkumandang lembut di corong radio sungguh mengasyikkan. Baru hari ini aku mendengar lagu-lagu melayu. Selalunya aku hanya akan mendengar lagu melayu apabila tiba Hari Raya. Itupun kalau aku berkunjung ke Kedutaan Malaysia. Di rumah Mr Iskandar pun lebih kepada lagu-lagu barat. Maklumlah, anak-anaknya semua lahir di sana. Tidak pernah sekalipun dengar mereka bertutur dalam bahasa Malaysia. Sudah hampir setengah jam aku duduk di dalam kereta. Aku biarkan saja Pak cik Musa memandu kereta, mahu bertanya terasa malu pula. Aku memerhati saja jalan yang asing bagiku. Kiri dan kanan kelihatan deretan bangunan besar yang berbagi reka bentuk. "Ini Pejabat Kerajaan. Green Hotel tak jauh dari sini" Aku tersenyum. Mungkin Pak cik Musa melihat wajahku yang hairan dan sedikit bingung. Pejabat kerajaan pun cantik seperti hotel! Kereta itu membelok ke kiri kemudian berhenti dihadapan sebuah bangunan yang membetuk seperti istana. "Kita dahpun sampai Cik Amira. Inilah Green Hotel." Aku tersenyum kecil, boleh tahan! Sebaik saja membuka pintu kereta, seorang lelaki datang menyambut kehadiran aku dengan senyuman. "Welcome Cik Amira. I am Johan" Huluran tangannya aku sambut dengan perasaan berat. Bukannya apa, di Australia mereka sudah tahu aku seorang muslim dengan melihat caraku berpakaian. Setiap pelanggan yang datang selalunya tidak akan menghulurkan tangannya. Kalau aku tidak sambut huluran tangan Johan, apa pula kata staf lain yang sudah pun berdiri di pintu lobi. Semasa memasuki lobi hotel aku sudah menjangkakan mereka sudah bersedia untuk menyambut kedatangannku. Terasa seperti orang besar pula! Johan membawa aku kesekitar Green Hotel, walaupun sedikit penat aku turuti langkah Johan. Kepetahan Johan dalam berbahasa Inggeris sudah cukup untuk menunjukkan dia kelahiran luar negara. Pelatnya dalam berbahasa inggeris terlalu lancar, lebih baik dari aku. Ada kalanya aku akan jawab saja dalam bahasa Melayu, aku rasa lebih selesa. Setelah puas berjalan, dia kemudian mempelawa aku untuk makan tengah hari. Dewan makan pada hari itu dihias indah. Katanya untuk menyambut kedatangan aku. Mereka menganggap aku sebagai salah seorang CEO kerana mereka tahu aku ada sebahagian saham dalam Green Hotel. Sebelum duduk Johan memperkenalkan aku dengan Mr Wong. Pengurus di sini. Mr Wong berasal dari Hong Kong, sekarang dia sedang mencari tempat yang sesuai di Hong Kong untuk membuka satu lagi cawangan Green Hotel. Aku mengambil nasi berlaukkan ayam kari dan ulam. Sudah lama aku tidak menjamah nasi, mungkin rasa nasi itupun aku sudah lupa. Aku kembali duduk semeja dengan Mr Wong. "Mr Wong tak makan ke?" Aku cuba menduga, apabila melihat dia langsung tidak berganjak mengambil apa-apa hidangan. Dia menggelengkan kepala. Jus Tembikai di dalam gelas di suakan ke dalam mulutnya. "I baru lepas makan, rasa kenyang lagi. So how about this Hotel" Aku mengangkat kening. Tiada apa cacat celanya, semuanya diatur dengan baik dan begitu sempurna. Tidak lama kemudian datang seorang pelayan menghidangkan pencuci mulut dengan jus buah. "You are someone, like this is yours…… I want to know anything else…or you want to change" "Ish…Mr Wong ni. Saya datang pun kerja juga. Jawatan saya lagi rendah dari Mr Wong. I ni Cuma ‘kerani’ aje. Share tu bukannya banyak sangat" Mr Wong tergelak kecil."Tak banyak pun…tapi lebih dari gaji I sekarang" Aku turut ketawa dengan gurauan Mr Wong. Memang tidak dinafikan. Saham yang ada dikira dalam US dollar. Pastilah banyak kalau dibandingkan dengan mata wang Ringgit. "I respect kat you Cik Amira. Lama di sana, tapi masih fasih bahasa Malaysia. Masa mula-mula I tahu you yang nak datang, I terkejut besar. Tak sangka pula ada orang Melayu di sana selain Mr Iskandar. Tapi kenapa baru ni you datang buat promotion" Johan menyambung perbualan. "Saya biasanya buat dekat London atau di Itali. Tapi saya jarang nak keluar sangat, sebab susah nak cari makanan halal. Kalau di London senanglah juga. Saya ni tetap orang Melayu. duduk lama di sana pun tak boleh berubah juga kulit ni. dah namanya keturunan Melayu." Aku tersenyum diikuti ketawa Johan dan Mr Wong. Selepas makan mereka menunjukkan ruang pejabat dan juga bilik tempat aku memulakan tugas nanti. Mereka kemudian menghantar aku menuju ke bilik hotel. Sudah menjadi kebiasaannya kami yang bertugas di luar akan tinggal di hotel. Hanya bezanya kami akan diberikan hotel tak ubah seperti apartment. Jadi rasa seperti tinggal di dalam rumah. Mungkin esok wakil dari sebuah syarikat hartanah terkemuka akan datang untuk membincangkan perkara itu. Aku merenung beg di sudut bilik, malas rasanya mahu mengemas. Aku merebahkan badanku di atas tilam, Ya Allah penatnya. Jam di pergelangan tangan aku renung sejenak. Nasib baik mereka melepaskan aku akhirnya, sekurang-kurangnya aku boleh berehat seketika sebelum malam semakin hampir. Baru saja menutup rapat kelopak mataku telefom bimbit disisku berbunyi. Aku mengeluh kecil. "Hei! Apasal datang tak cakap dengan akak" Aku tersentak, hilang rasa mengantuk yang tadinya meluap-luap. "Kak, bagilah salam dulu. Mira baru nak call akak" Aku memberi alasan, entah kenapa kali ini aku terlupa untuk menghubunginya dulu sedangkan aku pernah berjanji dialah insan pertama yang akan aku hubungi seandainya hatiku tergerak untuk pulang. "Mira tak sangka pula ke sini. baru semalam Mira dapat surat. Kelam kabut sikit, lupa pula nak call akak" "Mira di mana ni, ada tempat tinggal ke?" "Mira, di hotel" Aku mula mendengar leterannya. Sah…… Kak Ju dah marah. Tidak berapa lama aku dengar Kak Ju menyatakan hasratnya untuk datang menjemput aku. Aku kehilangan kata, aku dengar telefon sudah dimatikan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
laaa adr sambungan ker??
neway cpt2 upload n3 baru