Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
HAFIZ memandang lukisan pelan di atas mejanya. Tiba-tiba dia terasa letih lantas menggeliat sebentar. Mana tidaknya, seharian dia berada di pejabat menyiapkan lukisan pelan projek yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Wakil dari syarikat tersebut akan datang untuk perbincangan lanjutan mengenai projek mereka dan sekaligus mahu melihat lukisan pelan yang dihasilkan. Hafiz memicit-micit tengkuknya yang terasa lenguh seraya mengerling jam di dinding. Sudah pukul 5 petang. Dia bangun lalu menuju ke arah tingkap. Pemandangan kotaraya Kuala Lumpur amat menyenangkan hatinya tatkala itu. Kelihatan berderet-deret kenderaan di jalanraya sedang menantikan lampu hijau pada lampu isyarat. Jalanraya sememangnya sesak dikala waktu begini kerana semua orang telah tamat waktu bekerja dan sedang memandu pulang ke rumah masing-masing dari tempat kerja. Hafiz pula terpaksa memerap di pejabatnya kerana kerjanya masih bertimbun. Dia lebih selesa menyiapkan kerjanya di pejabat kerana senang untuk dia mencari apa-apa sahaja yang diperlukan. Sekiranya dirasakan hari sudah terlalu larut malam, barulah dia mengemaskan segala kerjanya untuk disiapkan di rumah pula. "Tuutt..tuutttt!!" telefon pejabatnya tiba-tiba berdering nyaring. Deringan itu membuatkan jiwa Hafiz yang tadinya mulai tenang terasa sedikit terganggu. Dia merengus lalu menuju ke mejanya. "Hello, Hafiz speaking!" ucap Hafiz. "Mr. Hafiz..someone wants to talk to you," kedengaran lembut suara setiausahanya, Nancy. "Who's on the line?" "She said, her name was Liyanna.." "Connect her to me!" Hafiz terus menyuruh Nancy menyambungkan talian itu kepadanya sebaik sahaja terdengar nama Liyanna. Dia memang menanti-nantikan panggilan dari Liyanna. "So Nancy, you tak balik lagi ke? You can go now," sambung Hafiz mengarahkan setiausahanya pulang kerana waktu kerja telah tamat. Dia sebolehnya tidak mahu setiausahanya bersusah-payah menunggunya habis kerja. Nancy memang seorang yang rajin. Selalunya dia akan terperap sama di pejabat untuk memenuhi apa-apa sahaja keperluan Hafiz. "Yes, boss! I'm about to go now.." Nancy patuh pada arahan Hafiz. Nancy terus menyambungkan talian tadi kepada Hafiz sebelum dia berlalu. "Hafiz speaking!" "Assalamualaikum, Encik Hafiz.." suara Liyanna agak lembut memberikan salam. "Oh, waalaikumussalam.." jawab Hafiz bersahaja. "Yanna..ape khabar?Lame tak dengar khabar awak!" "Saye sihat je..erm..encik sibuk ke?Maaf saya mengganggu," Liyanna bertutur sopan. Dia tidak mahu lelaki itu mengetahui debaran yang hebat melanda hatinya tatkala itu. "Takde la..tak busy pun..kenape?" ujar Hafiz, masih dengan suara yang bersahaja. Liyanna menjadi malu sendiri apabila mendengar suara Hafiz yang bagaikan buat tidak tahu dengannya. Agaknya Hafiz hanya bergurau apabila melamarnya hari itu. Dia mengeluh lalu mengutuk dirinya sendiri kerana terlalu kuat perasan yang Hafiz serius mahu berkahwin dengannya. Liyanna berasa kecewa dengan sikap Hafiz. "Takde ape-ape la encik Hafiz..saje saye call nak tanye kabar..sorry kalau saya ganggu.." lemah sahaja suara Liyanna. Dia ingin segera meletakkan gagang. Namun Hafiz terlebih dahulu berdehem tanda ingin menyatakan sesuatu. Liyanna memasang telinga menantikan ucapan Hafiz. "Yanna, can we meet somewhere?" kata Hafiz. Kali ini suaranya bersungguh. Hati Liyanna bergetar. Hafiz ingin berjumpa dengannya! ‘Apa yang patut aku buat ni?' Liyanna berkata-kata sendiri di dalam hatinya. Dia agak gelabah. "Ermmm..I don't know..it's up to you.." Liyanna menarik nafas dalam-dalam. Dia betul-betul berdebar. "I'll pick you up at your office now! Can I?" "Ok!" Liyanna meletakkan gagang setelah memberi salam. Dia mengeluh sebentar melepaskan debaran di dadanya. Liyanna termenung sambil menantikan kedatangan Hafiz. Kotak fikirannya menerawang jauh ke hari pertama dia berjumpa dengan Hafiz. Hafiz memang seorang lelaki yang kacak. Matanya kecil dan redup dengan kening yang lebat, hidungnya mancung, lesung pipit di kedua belah pipi, berbadan tinggi lampai dan berkulit agak cerah, semuanya amat mempesonakan mata-mata yang memandangnya. Memang dia mempunyai pakej yang secukupnya jika ingin menjadi model. Tidak hairanlah seperti kata-kata Hisyam, Hafiz mempunyai ramai peminat. Lagi pula, Liyanna melihat terdapat kesederhanaan pada diri lelaki itu yang membuatkan dia tertarik dan sentiasa mengingatinya sejak dari hari pertama mereka bertemu. Sikap Hafiz yang bersopan dan lemah lembut apabila bertutur dengan perempuan membuatkan Liyanna merasa selesa bercakap dengannya. Lamunan Liyanna kembali ke dunia nyata apabila terdengar bunyi hon kereta. Liyanna yang sudah terpacak di hadapan pintu pejabatnya terus berlari-lari anak menuju ke kereta Proton Savy milik Hafiz. Hafiz turun seraya membuka pintu kereta untuk Liyanna apabila Liyanna sampai ke keretanya. ‘Wah, macam puteri lak aku rase! Gentleman siot!' Liyanna berasa agak gembira dengan layanan Hafiz terhadapnya. Selebihnya dia kagum dengan sifat ‘gentleman' Hafiz. Di dalam kereta, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Liyanna tidak tahu apa yang patut dibicarakan dengan Hafiz, begitu juga Hafiz, tidak mempunyai modal untuk memulakan bicara. Hafiz terus memandu keretanya menuju ke destinasi. Mereka tiba di sebuah restoran yang agak eksklusif. Liyanna terkebil-kebil melihat bangunan restoran itu sambil di dalam hatinya berkira-kira sekiranya dia mampu untuk membayar bil sesudah selesai makan nanti. Dia risau apabila memikirkan di dalam dompetnya hanya terdapat sehelai wang kertas RM50. Hafiz sengaja membawa Liyanna ke situ agar senang untuk dia berbicara dengan gadis itu perihal lamarannya. "Jom la turun!" ajak Hafiz lalu turun dari keretanya. Dia membukakan pintu kereta untuk Liyanna sebelum sempat Liyanna sendiri membukanya. Liyanna tersenyum lalu turun. "Thanks.." ucap Liyanna dengan segan-silu kerana dilayan begitu. "No problem..jom kite masuk!" "Err..encik Hafiz!" Liyanna memanggil Hafiz perlahan. "Yer..kenape ni?" Hafiz hairan melihat wajah Liyanna yang sedikit risau. "Sebenarnya..saye..takde duit! Saye ade RM50 je ni.." ujar Liyanna perlahan. Selebihnya dia segan kerana terpaksa memberitahu perkara yang dianggapnya agak memalukan itu. Tiba-tiba ketawa Hafiz meledak. Liyanna kehairanan melihat Hafiz yang sedang ketawa. "Laa..tak payah risau la..saye belanja awak hari ni!" kata Hafiz setelah tawanya reda. "Saye kan bawak awak datang sini..buat ape awak pulak yang kena keluarkan duit?" sambung Hafiz lagi seraya tersenyum. Liyanna juga senyum tetapi dia tetap berasa segan. "Tapi encik…mesti mahal makanan kat sini!" "Tak ape! Sekali-sekala..lagipun saya bukan selalu makan kat tempat macam ni! Jom la Yanna..lagi satu, takyah berencik-encik dengan saye!" kata Hafiz sambil mengatur langkah. Liyanna terpaksa menurut walaupun berasa segan. Mereka berjalan memasuki restoran itu. Tiba di meja makan, Hafiz menarik kerusi untuk Liyanna duduk. Setelah Liyanna duduk, Hafiz juga turut duduk di kerusi berhadapan dengan Liyanna. Seorang pelayan wanita datang lalu memberikan kad menu. "Hello, sir, madam..welcome to our restaurant! Please enjoy your stay.." senyum pelayan itu. Liyanna turut tersenyum membalas senyuman pelayan tersebut. Sungguh manis wajah pelayan itu. "Would you like cold or warm water, sir, madam?" sambung pelayan itu. Senyuman terukir lagi di bibirnya. "Awak nak cold or warm water?" Hafiz bertanya. "Cold, please.." jawab Liyanna. Dia berasa agak kekok dengan layanan di restoran itu. Sudahlah itu pertama kali dia menjejakkan kaki ke restoran sebegitu. Sebelum ini dia tidak pernah terfikir pun mahu makan di restoran eksklusif dan mahal seperti itu. ‘Kaya betul si Hafiz ni! Karang habis duit ko baru tau!' Liyanna menelan liur melihat kad menu yang memaparkan harga-harga makanan yang mahal. "Ok, made it two..cold water for two of us!" senyum Hafiz kepada pelayan itu. Sebaik mendengar ucapan Hafiz, pelayan itu terus berlalu mendapatkan air sejuk yang diminta oleh Hafiz. Liyanna memandang sekeliling restoran itu. Hiasan dan suasana di dalam restoran itu amat menenangkan jiwa, ditambah pula dengan alunan muzik yang perlahan lebih membangkitkan lagi suasana yang eksklusif. Restoran itu mengenakan warna keemasan dan ‘maroon' sebagai temanya yang utama. Memang sesuai dengan harga makanan yang mahal dan pelanggan yang kebanyakannya dato'-dato' serta datin-datin. Jika dibandingkan dengan dirinya, terasa kerdil sekali dia di dalam restoran tersebut. "Awak tengok ape?" celah Hafiz. Lamunan Liyanna terbantut. Dia memandang wajah Hafiz. "Saya tengok restoran ni la..cantik!" kata Liyanna lalu tersenyum. "Rasa macam saya ni kerdil je dalam ni.." katanya lagi merendah diri. Sungguh dia segan berada di restoran mewah itu. "Jangan la cakap macam tu..awak ingat saye ni kaye ke?Saya saje je nak bawak awak ke sini.." Hafiz menutur kata. "..senang sikit saye nak bincang dengan awak!" ucap Hafiz lagi perlahan. Liyanna hanya tersenyum. Dia cuba bersikap selamba di hadapan Hafiz. Hafiz juga asyik tersenyum ke arahnya. Ah, sungguh menggoda senyuman lelaki itu! Liyanna terpukau seketika. "So, Yanna..what about..erm..perkara yang saye penah bagitau awak dulu?" Hafiz memulakan bicara. "Hmm..perkara ape ye?" ujar Liyanna gugup. Hafiz mengerutkan dahinya. "Would you marry me?" Hafiz berterus-terang. Berderau darah Liyanna tatkala mendengar ucapan Hafiz yang langsung tidak berlapik. Liyanna menunduk seketika. "Excuse me, sir, madam..would you like to order now?" pelayan wanita tadi tiba-tiba datang mencelah sekaligus menyelamatkan keadaan hati Liyanna yang sudah tidak keruan. Liyanna menarik nafas lega. "Yes, give me 1 beef steak with black pepper sauce.." jawab Hafiz. "Awak nak makan ape?" soalnya pada Liyanna. "Same with you.." Liyanna sudah malas mahu memikirkan makanan apa yang perlu dipesan. "Ok..made it two, please!" Hafiz tersenyum lagi ke arah pelayan itu yang sedang menulis sesuatu lalu berlalu. "Ermm..so?Awak setuju?" soal Hafiz lagi pendek. Liyanna terasa pipinya panas. Sangkanya niat Hafiz untuk membicarakan perkara itu sudah terbantut sebentar tadi. Liyanna terdiam lalu mengerutkan dahinya tanda sedang memikirkan sesuatu. Dia sudah berdebar tidak keruan. Lama juga Liyanna mendiamkan diri. "I think..I would say..yes.." Liyanna tunduk lagi. Hatinya lega selepas melontarkan jawapan kepada Hafiz. Hafiz mendengar jawapan Liyanna dengan perasaan yang dia sendiri tidak tahu. Hatinya tiba-tiba berbelah-bahagi. Adakah gembira? Bahagia? Atau sebenarnya dia langsung tidak mahu semua itu berlaku? Dia sendiri tidak pasti. Tiada riak gembira atau tidak gembira pada wajah Hafiz selepas Liyanna memberikan kata putus. Liyanna memandang redup wajah Hafiz dengan perasaan yang tertanya-tanya. Sepatutnya dia gembira kerana dia yang melamarku, tetapi mengapa wajah lelaki itu bagaikan tiada perasaan? Liyanna berasa tidak sedap hati. Benarkah dia mahu mengahwiniku? Atau dia hanya mempermainkan perasaan wanitaku? Akukah yang bodoh kerana terlalu perasan yang lelaki sekacak dia sanggup memperisterikan aku? Siapalah aku jika nak dibandingkan dengan dia yang menjadi rebutan ramai gadis. Liyanna merasakan sebak didadanya apabila melihat wajah Hafiz yang masih belum menunjukkan apa-apa reaksi. "Yanna.." Hafiz tiba-tiba bersuara. Dia memandang wajah Liyanna lalu mencapai tangan gadis itu. "Thanks.." dia menggenggam erat tangan Liyanna. Liyanna tergamam dengan perlakuan Hafiz. Di dalam hatinya, dia menyalahkan dirinya kerana berprasangka buruk terhadap Hafiz sebentar tadi. Dia akui dia berasa lega kerana Hafiz bersungguh-sungguh ingin memperisterikan dirinya. Bagi Hafiz pula, dia berazam akan cuba membahagiakan Liyanna. Memang pada mulanya tujuan Hafiz ingin membalas dendam terhadap Ika, tetapi akhirnya dia tidak sampai hati mahu menghancurkan hati Liyanna kerana dilihatnya Liyanna seorang gadis yang baik. Mahu ditarik semula lamarannya, akan tetapi dia takut Liyanna akan kecewa setelah dia memberi harapan kepada gadis itu. Walaupun tiada cinta, dia akan cuba sedaya-upaya agar dapat menggembirakan hati Liyanna dengan menjadi seorang suami yang baik. Semua ini juga adalah nekad dari perasaannya terhadap Ika, dia mahu melupakan ratu hatinya itu. Dia amat mengharapkan perkahwinannya dengan Liyanna akan membawa bahagia kepadanya. Adakah dia mampu membahagiakan Liyanna? Adakah bahagia juga yang menantinya? Dia sendiri pun tidak pasti. Hanya Allah sahaja yang tahu akan perasaannya ketika itu. Dia hanya mampu berserah kepada Allah SWT segala apa yang bakal berlaku. Selebihnya dia hanya dapat berusaha untuk membahagiakan rumah tangga yang bakal dibina bersama gadis bernama Liyanna.
tak bapa best citer ni.agak memboringkan. penggunaan ayat kaku. pembaca tak dapat nak feel. nanti bagi selang banyak cikit eh,sakit mata baca cam ni.pe pe pun.congrate 2 u koz dah ada novel sniri.cuma pas ni prove kan penggunaan ayat n cerita k.tahniah k.
jgn hirau pe org ckp...papepown best bace citer nih... teruskn usaha anda...SEMOGA BERJAYA...!!! saya akn terus baca citer nih...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ikuti bab selanjutnya di blog penulis :
http://arminua.blogspot.com