Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SUDAH tiga hari Liyanna berfikir tentang lamaran Hafiz. Dia masih tidak percaya. Rasa bagaikan dirinya bermimpi apabila lelaki itu menyebut perkataan "kahwin". Bagai teringat-ingat ayat Hafiz apabila melamarnya. Baru sahaja dua kali berjumpa, takkanlah Hafiz sudah begitu sukakan dirinya sampai mengajaknya berkahwin. Semua ini memang langsung tidak masuk dek akal. Bagaikan mahu gila Liyanna memikirkan hal ini. Sesudah baring, dia bergolek-golek pula di atas katilnya. Begitulah keadaan Liyanna yang menjadi tidak tentu arah. "Gila agaknya si Hafiz tu?Dia tu buta ke ape?Kenape aku pulak?Memang dia tu tak betul kot!" gerutu Liyanna seorang diri. "Hoi!Ko cakap ape sorang-sorang dari tadi eh?" sapa Melisa. Liyanna agak terkejut lalu mengurut-urut dadanya. Dia menjegilkan matanya pada Melisa. Melisa geli hati melihat telatah kawannya itu. Liyanna yang sedang berbaring terus bangun lalu duduk bersila. "Eh Mel, ko ni tak reti bagi salam ke?" marah Liyanna. "Erk?Duduk dalam rumah ni same-same..siap sebilik lagi..kalo aku ade kat luar tu kot la kena bagi salam nak masuk dalam umah," "Takkan la time nak masuk rumah je ko ni bagi salam?Ish ish..ape nak jadi la ko ni.." "Aik?Lain macam je ko dua hari ni..kenape eh?Kejap-kejap senyum sorang-sorang..kejap-kejap pulak berkerut-kerut dahi ko tu..apasal?" Melisa menduga. "Hah?Mane ade..ko aje yang pikir lebih-lebih!" Liyanna membulatkan matanya. Dia berpura-pura selamba. "Eleh, ko tu bukan sehari dua ni je aku kenal..dah 3 tahun la!" "Ape pulak?Aku cakap takde ape-ape la..dah ar jom pegi makan..aku lapar la!" Liyanna menarik lembut lengan Melisa. Mereka menuju ke dapur. Melisa hairan melihat Liyanna yang bagaikan menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya. Melisa hanya diam.
PETANG itu, Liyanna keluar bersiar-siar bersama Melisa. Mereka bersenam dan berjogging. Liyanna banyak mendiamkan dirinya dan asyik termenung memikirkan sesuatu. Melisa yang perasan akan perubahan sikap Liyanna tertanya-tanya apakah yang sedang dirunsingkan oleh sahabatnya itu. Sudah seminggu Liyanna bersikap begitu. Apabila ditanya, tidak pula dia mahu menjawabnya. Melisa cukup geram dengan sikap berahsia Liyanna itu. Rasa seperti mahu sahaja dia mencekik-cekik batang tengkuk Liyanna. Begitulah betapa geramnya dia pada Liyanna. "Tolong la weh!" tiba-tiba Melisa bersuara. Langkah Liyanna terhenti. "Tolong ape?" Liyanna membuat muka bendul. "Dah tau boleh ko tanye lagi?" Melisa geram. Dia mencebik bibir lalu memeluk tubuhnya. Liyanna terdiam sejenak. Dia memikirkan ayat untuk berbicara dengan Melisa. Dia tahu sahabatnya itu risaukan dirinya. Bukan dia tidak mahu memberitahu Melisa, tetapi buat masa sekarang ini selagi dia mampu biarlah dia sahaja yang memikirkan tentang masalahnya. "Hmm..memang aku ade masalah..tapi nanti la aku bagitau ko eh..sekarang ni bukan mase yang sesuai.." "Tapi aku kan kawan ko?Ko tak percaye aku ke? Dah beberape hari dah ko rahsiakan dari aku..ingat aku tak perasan?" ujar Melisa agak kecewa dengan jawapan Liyanna. "Ko memang kawan aku..tapi..aku rase sekarang bukan mase yang sesuai la," "Kenape la ko anggap aku ni asing kepada ko?" Melisa sudah menjauh. Dia betul-betul kecewa dengan sikap keras kepala Liyanna. Liyanna melihat ada air jernih di kelopak mata Melisa. ‘Memang dia sedih dan kecewa dengan aku!’ hati Liyanna berkata-kata. Liyanna tidak sampai hati melihat sahabatnya itu bersedih. Melisa begitu risaukan dirinya sehingga begitu sekali! Hati Liyanna tiba-tiba tersentuh melihatkan air mata Melisa yang kian jatuh. Dia terpaksa akur. "Ok,ok..aku bagitau..ko jangan la nangis..buruk la weh!" Liyanna cuba menenangkan Melisa dengan gurauannya. "Serius ke nak bagitau?" suara Melisa sudah berubah sedikit ceria. Air matanya yang mahu jatuh tadi diseka laju. Bersemangat waja lagaknya. "Ye la..kalo ko taknak dengar takpe la!" "Dah tak payah nak mengade..cepat la cerita!" sengih Melisa. Liyanna menarik tangan Melisa ke sebuah bangku. Mereka duduk di situ. Liyanna menarik nafas dalam-dalam. Dia terdiam sejenak memikirkan mukadimah yang mahu disampaikan kepada Melisa. Ah, mesti Melisa akan ketawa apabila mendengar kisahnya dengan Hafiz. Pasti usikan demi usikan akan terpaksa didengari dari mulut Melisa selepas ini. Tetapi sekiranya tidak dicerita, merajuk pula sahabatnya itu. Liyanna tidak mempunyai pilihan lain lagi. "Ok..aku start," "Ok, aku mendengar ni!" Melisa menumpukan perhatian. Wajahnya serius menantikan cerita dari Liyanna. "Ok..aku terus-terang la senang..Hafiz nak kahwin dengan aku!" Liyanna tunduk. Dia agak segan memberitahu begitu tetapi dia tidak mahu bermain tarik tali lagi dengan Melisa. Lagipun Melisa sahabatnya dan dia mempercayai Melisa sepenuhnya. Wajah Melisa bertukar. Dia terkejut dengan cerita Liyanna, namun senyuman terukir di bibirnya selepas itu. "Betul ke?Eh, bagus la tu..ape yang jadi masalah pulak?" senyum Melisa. "Ko gile ke?Ko rase aku kenal dengan dia dah berapa lame yang dia tetibe buat keputusan nak kahwin dengan aku?" "Mane la aku tau!" ujar Melisa pendek. Memang benar pun dia tidak mengetahui apa-apa tentang mereka berdua. Tiba-tiba sahaja diberitahu yang Hafiz telah mengajak Liyanna berkahwin. Dia tumpang gembira dengan berita itu. Cuma dia tidak faham mengapa Liyanna menganggap itu sebagai satu masalah sedangkan dia tahu Hafiz itu seorang lelaki yang baik. Liyanna lantas diam sejenak. "Aku baru je kenal dia..jumpe pun time kite makan dulu-dulu tu!" Melisa tiba-tiba tersenyum penuh makna. Dia memandang wajah Liyanna penuh keceriaan. "Weh, ok la tu..jodoh la weh!Kan aku cakap..mungkin korang berjodoh.." "Iye la tu! Aku bingung la..kenape tibe-tibe je, dan kenape aku yang dia pilih..aku tak faham la!" keluh Liyanna. Dia memang betul-betul tidak tahu apa yang perlu dibuat. Dia mengharapkan Melisa memberikan dia pendapat yang boleh diguna pakai olehnya. "Sekarang ni..tanye pada hati ko aje! Ko fikir masak-masak..yang penting ko yakin dengan perasaan ko sendiri.." ucap Melisa akhirnya. Liyanna lalu terdiam. Dahinya berkerut-kerut. Perasaan? Apakah perasaannya terhadap Hafiz? Cinta? Ahh, jauh sekali! Suka? Mungkin juga perasaan suka. Liyanna perlu memikirkan dengan serius akan hal ini. Seingatnya, perasaan suka memang wujud dalam dirinya terhadap lelaki itu. Entah mengapa Liyanna menyenangi sikap Hafiz. Cinta pandang pertamakah ini? Hatinya berdesis sendiri. Tak, tidak mungkin..tapi benarkah hatinya tidak mungkin menyimpan perasaan cinta terhadap jejaka berkulit cerah itu? Persoalan yang masih menjadi tanda tanya pada diri Liyanna.
sory bab ni pendek.. if nak bace lebih panjang, visit my blog ^^ crite ni da nk abis kat blog saye~ i appreciate if u can comment a lot :) komen yg membina, to improve my writing :)
http://arminua.blogspot.com
-Inua Itis-
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sory bab ni pendek..
if nak bace lebih panjang,
visit my blog ^^
crite ni da nk abis kat blog saye~
i appreciate if u can comment a lot :)
komen yg membina, to improve my writing :)
http://arminua.blogspot.com
-Inua Itis-