Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SEBULAN sudah berlalu. Sebulan juga Liyanna tidak langsung mendengar khabar tentang Hafiz, apatah lagi melihat wajah tampan itu. Hanya dua kali bertemu tetapi entah mengapa ingatan Liyanna terhadap Hafiz terasa meluap-luap setiap hari. Rindu pula rasa hatinya terhadap jejaka itu. Mungkin sebab rupa yang kacak dan sikapnya yang bersahaja membuatkan Liyanna teringat-ingat akan Hafiz. 'Astaghfirullah..ape aku pikir ni?Dah gile ke aku ni?Baik aku buat keje rumah lagi bagus!' Liyanna menampar-nampar pipinya lembut. Hari itu dia bercuti sakit kerana demam akibat terkena hujan pada hari sebelumnya ketika pulang dari kerja. Demam kemaruk cinta, bak kata Melisa. Ah, dia tu memang pantang ada apa-apa mesti ada sahaja modal nak mengusik orang. Liyanna bingkas ke dapur. Dia melihat jam di dinding yang telahpun menunjukkan pukul 12 tengah hari. Liyanna bercadang untuk memasak memandangkan terdapat lebihan barang dua hari lepas. Ayam dan sayur juga ada, bolehlah dia memasak dua tiga jenis lauk hari ini. Liyanna senyum sendirian. Sesudah memasak Ayam Masak Merah, Liyanna memasak sayur goreng dengan sedikit belacan. Aromanya memang amat menyelerakan. Sudah dua tiga kali Liyanna sendiri terliur menghidu aroma belacan itu. 'Ni kalo si Melisa balik ni memang licin la ni..' detik Liyanna dalam hati dengan rasa sedikit bangga. Dia sengih seorang diri. "Assalamualaikum!" kedengaran suara seorang lelaki memberi salam. Liyanna tersentak. Dia bingkas ke biliknya lalu mengenakan tudung melitupi rambut ikal separas bahunya. "Waalaikumussalam!" jawabnya. 'Posmen agaknye!' fikir Liyanna di dalam hati. Liyanna membuka pintu rumahnya. Terkejutnya Liyanna bukan kepalang melihat Hafiz yang sedang terpacak berdiri di depan pintu rumahnya. 'Macam mana dia tau alamat rumah aku ni?' Liyanna sudah gelabah dan berkira-kira di dalam hatinya sendirian sama ada mahu menjemput Hafiz masuk atau tidak. Takut pula difitnah kalau dilihat orang sekiranya dia menjemput lelaki asing masuk ke rumahnya. Liyanna sudah merasa serba-salah. "Errr…Encik Hafiz?Err..ade ape datang ni?Ermm..sekarang ni takde sape-sape kat rumah saya, ade saya sorang jer.." Liyanna melihat wajah Hafiz yang agak suram. Kenapa agaknya wajah lelaki itu nampak muram dan tertekan? Liyanna cuba mengenal pasti punca Hafiz bertandang ke rumahnya tengah hari itu dan mengapa wajahnya begitu muram. 'Tu laa..pikir sangat pasal dia!Kan Allah dah tunjukkan kat ko..padan muke ko..ko jawab la sendiri!' hatinya bergetar dengan rasa yang masih hairan kerana secara tiba-tiba Hafiz boleh muncul di rumahnya padahal mereka baru sahaja berjumpa dua kali dan seingatnya dia tidak pernah memberikan alamat rumahnya kepada Hafiz. 'Ni mesti keje Hisyam ni!' gumam Liyanna di dalam hati apabila teringatkan kemungkinan Hisyam yang memberikan alamat rumahnya. Hafiz tidak menjawab pertanyaan Liyanna tadi. Dia hanya diam. Dahinya berkerut-kerut seperti sedang memikirkan sesuatu. Dia hanya menundukkan wajah di hadapan Liyanna. Liyanna bertambah pelik. "Encik Hafiz?Encik ok ker?" Liyanna memberanikan dirinya untuk bertanya lagi. Kali ini wajah Liyanna tenang sahaja. Bak kata emaknya, jika seseorang sedang bersedih atau bermuram durja, bertenang sahaja supaya orang itu juga boleh bertenang. Tanya dengan tenang dan cuba tenangkan dia sekiranya dia menceritakan masalahnya. "Ermm..boleh saya masuk?" ujar Hafiz pendek. "Hmm..saya rase, baik kite borak kat luar saje..tak elok la kalo orang nampak encik masuk rumah saya time saya sorang-sorang ni.." jelas Liyanna jujur. "Kejap eh, saya pegi tukar pakaian..encik tunggu kejap kat luar, ok?" Liyanna meminta diri. "Eh..Yanna..takpe la..saya taknak menyusahkan awak..ermm..saya cume nak bagitau awak sesuatu.." Hafiz teragak-agak memberitahu. Liyanna hanya mengangguk tanda bersedia mendengar apa yang ingin disampaikan oleh Hafiz. Dada Liyanna terasa berdebar entah mengapa. Dia ingin mengetahui apa yang membuatkan Hafiz sanggup datang ke rumahnya tengah hari ini. "Yanna..saya harap awak dapat terime ape yang saya ingin bagitau ni..erm..saya sebenarnya sukakan awak! Saya nak kahwin dengan awak..boleh?" perlahan Hafiz memberitahu. Wajahnya serius. "Erk?Sorry?" Liyanna terkebil-kebil tidak percaya. "Saya nak masuk meminang awak! Saya nak kahwin dengan awak.." ulang Hafiz sekali lagi. Liyanna terdiam. Matanya sudah bulat memandang wajah Hafiz dengan rasa tidak percaya akan apa yang didengarinya. Debaran dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
HAFIZ termenung selepas pulang dari rumah Liyanna. Dia berfikir sejenak. Kejamkah dia? Gadis itu tidak bersalah. Kenapa dia yang jadi mangsa? 'Ahh..peduli ape aku! Janji aku dapat membalas dendam pada Ika..' hati lelakinya tiba-tiba memberontak. Wajah Ika datang bertandang di mindanya silih berganti dengan wajah lelaki yang bakal menjadi suami kepada ratu hatinya itu. Cintanya kepada Ika begitu utuh, sampaikan dia sendiri menjadi bodoh dan buta kerana dipermainkan dengan begitu mudah oleh gadis itu. "Kita berpisah saje..Ika dah ada tunang!" pendek sahaja ayat yang keluar dari mulut Ika. Dia ingin terus berlalu tetapi lengannya ditarik dengan kuat oleh Hafiz. "Ape ni sakit la, Fiz!" mimik muka Ika kesakitan kerana lengannya digenggam kuat oleh Hafiz. "Sejak bile Ika bertunang?Nape Fiz langsung taktau?" Hafiz geram. Dia menggetap bibirnya. Hatinya sudah hancur luluh mendengarkan ayat Ika sebentar tadi. "Hah?Buat ape Ika nak bagitau Fiz?Bukan penting pun..Fiz pun busy dengan keje..takkan Ika nak kacau?" jawab Ika dengan sinis dan selamba. Ika menarik kuat lengannya dari pegangan Hafiz. "Oo..selame ni Ika anggap yang Fiz ni langsung tak penting dalam hidup Ika, eh?Macam tu?" Hafiz cuba menduga. Darahnya hampir tersirap. "Hmm..well,entahlah..Ika dah takde rase sayang lagi kat Fiz sekarang ni..so, buat ape lagi kite nak teruskan hubungan kite ni?Ika pun dah nak kahwin bulan depan," Serasa ingin sahaja Hafiz menampar wajah Ika yang begitu senang hati ketika mengucapkan kata-kata kejam sebegitu terhadap dirinya. Namun dia hanya mampu bersabar. Dia tahu, kekerasan tidak akan dapat memaksa gadis itu berubah hati dan fikiran. Agaknya memang gadis itu tidak pernah menyayangi dirinya. Wajah Ika direnungnya dalam-dalam. Kecantikan gadis itu memang menjerat dirinya suatu masa dahulu. Gadis yang berambut lurus melepasi bahu itu begitu pandai menutur kata dan manja apabila bersama dengannya. Itu yang membuatkan Hafiz terpikat dengan sikap Ika yang pandai melayan dan kadang-kadang nakal mengusik. Dia buta akan semuanya apabila bersama Ika. Setahun sudah hubungan mereka, kini Ika ingin menamatkannya begitu sahaja kerana ingin berkahwin dengan seorang pemuda yang kaya. Hafiz betul-betul terkilan dan kecewa sehinggakan timbul di benaknya yang dia akan membalas dendam terhadap Ika. Lamunan Hafiz terhenti apabila dia ternampak sebuah kereta yang sedang memasuki perkarangan rumahnya. Kelihatan Hisyam turun dari keretanya setelah mematikan enjin. Langkah teman serumahnya itu direnung kosong. Fikirannya buntu memikirkan betulkah tindakannya melamar Liyanna tadi. Apabila diingat balik wajah Liyanna yang terkebil-kebil tadi, dia rasa bersalah. Dia tahu gadis itu gadis yang baik. Liyanna juga kelihatan agak bingung apabila mendengar lamarannya yang secara tiba-tiba. Tentulah gadis itu terkejut kerana mereka baru sahaja berkenalan. Itu pun hanya dua kali berjumpa, tiba-tiba dia bercakap pasal kahwin. Hafiz mengeluh sebentar. "Aik?Petang-petang duk mengeluh pulak mamat ni!Tak keje ke?" Hisyam pelik melihat sikap Hafiz. Muram sahaja sahabatnya sejak dua tiga hari ini. "Hmm..aku mintak cuti arini..ade hal..erm entahlah Syam..tadi aku pegi rumah Yanna.." begitulah ucapan Hafiz. "Oo..sebab tu la ko mintak alamat rumah diaorang tadi eh?Ko buat ape pegi sane?Dengar je aku gitau Yanna cuti arini, terus ko pegi.." soal Hisyam pelik. "Ko jangan gelak pulak kalo aku bagitau ko," Hafiz menongkat dagunya di atas meja. Mukanya selamba. Hisyam hanya mengangguk sambil menanti ayat seterusnya keluar dari bibir Hafiz. "Aku melamar Yanna tadi..taktau la dia nak terime ke tak sebab dia cakap nak fikir dulu.." muka selamba Hafiz tidak berubah tatkala menyebut pasal lamaran itu. Mata Hisyam terbeliak. Dia terlopong sebentar. Macam tidak percaya dengan kenyataan sahabatnya. Dia tahu Hafiz serius dari wajahnya itu. "Ko ni biar betul?Bukan ko nak kahwin dengan si Ika tu ke?" Hisyam pelik. "Aku dengan Ika dah putus la..dia nak kahwin dengan orang lain..hmm," "Ish..habis tu takkan ko nak libatkan Yanna pulak?Ko tak cintakan dia la!Dia pun entah ape perasaan dia pada ko.." ujar Hisyam. "Ko jangan nak main-main pulak..dia tu member baik aku dengan Melisa. Aku takkan maafkan ko kalo ko main-mainkan dia!" tegas Hisyam. "Aku tak main-main laa..aku rase aku suke jugak kat Yanna tu..cume cinta je yang aku belum pasti ade..aku akan cuba cintakan dia lepas kahwin," begitulah jawapan Hafiz. "Soal kahwin ni, aku harap ko tak main-main..sebab bende ni serius!" "Ika tu senang-senang je nak kahwin dengan orang lain?Itulah aku dah cakap kat ko dulu yang Ika tu tak sesuai untuk ko.." Hafiz panas hati apabila Hisyam menyebut pasal Ika. "Ahhh!Sudah aku taknak dengar ape-ape lagi pasal Ika tu..aku benci tau tak?" Hafiz melenting. "Aku akan cuba bahagiakan Yanna kalau dia sanggup menerima aku..ni jer peluang aku untuk lupekan Ika!" "Kalau ko dah cakap macam tu..aku tak boleh nak cakap ape lagi dah..cume ko jangan main-mainkan kawan aku tu..tu je aku nak ko janji! Itupun kalo Yanna setuju kahwin dengan ko.." ujar Hisyam serius. Pelik betul dia dengan sahabatnya yang tiba-tiba membuat keputusan melulu begitu. Lagi pula, kehidupan kawan baiknya Liyanna pula yang menjadi pertaruhan. Dia agak tidak setuju dengan keputusan Hafiz. Baginya, Liyanna tidak patut dilibatkan di dalam soal hati dan perasaan Hafiz. Tetapi melihatkan betapa seriusnya muka Hafiz ketika mengucapkan bahawa dia akan cuba membahagiakan Liyanna membuatkan Hisyam tidak boleh berkata apa-apa lagi. Dia berharap Hafiz akan mengotakan janjinya kerana dia kenal sahabatnya itu memang seorang yang sangat berpegang pada janji. "Habis tu camne pulak dengan daddy ko?Dia ok ke nanti?Mama ko pun ok?" sambung Hisyam apabila tiba-tiba teringatkan ibubapa Hafiz. Hafiz merupakan anak bongsu kepada seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. Hafiz lebih ingin berdikari dalam hidupnya dan tidak suka bergantung pada ibubapa. Mereka juga tidak pernah memaksanya untuk menerajui syarikat. Hafiz hanya berharap pada abangnya sahaja untuk mengambil-alih syarikat bapanya. Kerja Hafiz sebagai Arkitek di Syarikat Altech Sdn. Bhd. memberikan gaji yang cukup memuaskan hatinya kerana itulah hasil usahanya selama ini belajar bersungguh-sungguh mencapai cita-cita sebagai Arkitek. "Hmm..aku rase, parents aku ok jer..diaorang tu tak banyak songeh la..lagipun Yanna perempuan yang baik..aku tau diaorang mesti suke punye," ucap Hafiz penuh keyakinan. "Kalau macam tu bagus la..aku pun dah tak boleh nak bantah! Tapi kalau Yanna tak nak kahwin dengan ko, ko jangan pulak pakse dia ok?" ucap Hisyam tegas, seraya bangun menuju ke dalam rumah. Hafiz hanya membatukan dirinya disitu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cpt2 smbg ye....x sbr nk tggu nie...ade blog x