Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sebaik sahaja keluar dari perkarangan Makam Mahsuri, makan tengah hari terlebih dahulu. Kemudian barulah kami menghala ke Tanjung Rhu. Suasana yang agak panas petang itu tak menghalang pelancong duduk bersantai di tepi pantai. Tambah-tambah lagi mat saleh. Lagaknya macam tak pernah jumpa matahari setahun! Aku tergelak sendiri.
Mata Angah dah bercahaya apabila melihatkan pantai yang bersih. Bising mulutnya mengajak aku bermain air. Ah, malas aku! Sudah lah panas. Tak sanggup rasanya! Habis terbakar kulit! Uish, sejak bila Atiqah sibuk tentang kulit terbakar?
"Alah, nanti kau masuk laut sejuklah,"pujuknya. Aku menggeleng. "Tak nak." "Ibu, tengok Ika ni," adunya. Ceh, dasar anak emas. Ibu hanya tersenyum. Angah menoleh ke arah abah. "Abah..." "Ika, pergilah teman Angah. Bukannya selalu jumpa laut. Kamu ni pun..." tegur abah. Aku menarik nafas dalam. Tak suka betul kalau kena paksa-paksa ni. Hai, Angah! Nasib baik lah kau ni satu-satunya akak aku! "Iyelah!" Dan Angah dah ketawa keseronokan.
Hampir 1 jam setengah berendam, kami keluar. Selepas menyalin pakaian, kami duduk minum di kedai makan berhampiran. Sebelum balik, sempat juga Angah menyambar sepasang dua t-shirt. Aku pun sama je!
Apabila hari semakin petang, abah mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke bilik. Angah memuncung apabila kehendaknya untuk ke Underwater World abah abaikan. Aku tergelak melihatnya. Dasar anak manja!
***
Selepas makan malam, kami berjalan berhampiran hotel kami. Mata Angah bercahaya apabila melihat Underwater World di hadapannya. Namun dia kembali memuncung apabila abah tidak mahu masuk malam ini. Esok! Kata abah.
Berhadapan Underwater World pula terdapat gerai-gerai yang lebih menyerupai bazaar. Kami menghabiskan masa di situ. Ada juga muka-muka yang aku jumpa dekat Makam Mahsuri dengan Tanjung Rhu tadi. Aku tersenyum sendiri.
"Eh, Ika! Lawa tak?" Angah menunjukkan gelang daripada serpihan kulit kerang yang telah pecah. "Erm... Boleh lah. Kenapa? Kau nak beli?" Aku memandang gelang di tangannya. "Lawakan? Aku sukalah! Kau nak? Ada dua ni." Pantas tangan Angah mencapai gelang yang serupa. "Eh, tak naklah! Aku nak pakai buat apa. Bukannya aku suka benda-benda ni. Kalau kau nak kau beli je untuk kau," ujarku. Angah mencebik. "Alah! Bukannya selalu. Kita beli, kita sama-sama pakai. Nanti orang tahulah kita adik beradik," pujuknya. Ketawa aku mendengarkan kata-kata Angah. "Kau ni... Ada pulak macam tu. Kan selalunya kalau yang beli barang-barang serupa ni kawan baik je." "Kenapa? Kau pun kawan baik aku apa? Dah. Aku nak beli jugak. Kalau kau sayang aku kau pakai."
Belum pun sempat aku menahan Angah dah membuat bayaran bagi 2 gelang kesukaannya. Alahai, nampaknya terpaksalah aku pakai! Angah menyuakan gelang kepadaku. Satu lagi dah selamat di tangan kirinya. Mahu tak mahu aku pakai juga gelang itu. Angah tersenyum senang. Nasib baiklah akak aku ni seorang je.
***
Keesokan harinya seperti yang telah dijanjikan abah, kami sekeluarga ke Underwater World. Angah tersenyum suka sepanjang melangkahkan kaki di dalan bangunan itu. Macam budak kecik!
"Ika," panggil Angah. Aku menoleh. "Apahal? Aku ingat dah tak mampu nak bercakap. Kau ni mengalahkan budak 5 tahun, tahu tak?" sindirku. Angah mencebik. "Peduli apa aku kau nak cakap apa pun." Aku ketawa. Alahai kakak aku seorang ni. "Alala, janganlah merajuk. Kau ni sensitif betul." Angah masih diam. Aku mula cuak. "Eh, janganlah macam ni. Kau seorang aje adik-beradik yang aku ada. Kalau kau merajuk dengan aku macam mana?" pujukku. Angah tersenyum juga akhirnya. "Tahu takut."
"Ika, aku rasa rapat sangat dengan hidupan air ni," ujar Angah tiba-tiba. Aku merenung Angah pelik. "Kau mabuk? Ke tengah pening? Tiba-tiba cakap macam tu pulak." Angah tergelak sambil tergeleng-geleng. "Tak adalah. Aku suka sangat dengan air. Rasa seronok je. Tengok binatang-binatang ni rasa macam saudara aku pulak." Aku membulatkan mata memandang Angah. "Kalau kau cakap kau suka air, aku tak kisah. Tapi, binatang-binatang ni saudara kau? Aku kisah sangat-sangat. Aku bukan binatang, ok!" "Kau ni! Aku cakap lain kau faham lain!" tangan kanan Angah dah meluku kepala aku tanpa sempat aku mengelak. "Aduh... Sakitlah! Dah kau cakap rasa macam saudara. Apa pulak aku yang salah," rungutku. Tangan kiri aku mengusap-usap kepala yang perit. Hampeh punya kakak!
Keluar dari Underwater World, kami terus ke Padang Mat Sirat. Mahu melihat kawasam beras terbakar. Sekejap saja di sana kerana tiada yang menarik selain kedai-kedai yang menjual pakaian sepanjang perjalanan ke kawasan beras terbakar.
Kemudian kami ke Langkawi Cabel Car. Pada mulanya Angah sibuk mahu menaiki. Namun apabila tiada siapa yang mahu menemaninya naik, rancangannya di batalkan. Aku nak naik? Kirim salam.Aku dahlah gayatnya tahap tak ingat! Abah nak teman? Abah ada sakit jantung. Buatnya tiba-tiba terkena kat atas nun, macam mana ambulans nak naik?
Kami hanya berlegar-legar di sekitar itu. Apabila jarum jam hampir ke angka 12, abah mengambil keputusan untuk beransur pulang ke bilik untuk mengambil beg dan check out. Berakhirlah percutian aku di Langkawi ini.
***
Tiba di Pontian, Angah merungut malas mahu balik ke UTM memandangkan Hari Isnin hadapan kelasnya akan bermula. Aku pula cuti tak tahu nak buat apa. Duduk rumah? Kerja? Ambil lesen? Kahwin? Haha.
Hari Khamis itu, Hafiz tiba-tiba menghubungi aku. Mengajak untuk berjumpa pada hari Sabtu. Aku meninbang-nimbang di fikiran. Nak pergi ke tak nak? Kalau tak nak, macam rugi je sebab dah lama tak jumpa dia. Kalau nak? Cakap je dengan ibu dan abah, mesti boleh punya.
"Angah, kau balik UTM bila?" "Sabtu." "Nak aku ikut?" "Suka hati kau."
-Abang, kita jumpa hari Ahad la eh?- Message Sent.
1 message received. -Ok. See you soon. Imy, Ily!- ~Hafiz~
ahahhahah nma org ekekekeke seb bek dy ta pham law x mlu gak dy na jmpa
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
npe pendek sgt sambungan dy..:(
pape pn..chaiyok2...!!^_^