Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Abang.. mana abang letak kontrak kita tu ye?" tanya Anisah sambil sibuk membelek celahan baju di dalam almari.
Amsyar berlari mendapatkan Anisah yang beria-ia mencari kontrak yang mereka buat suatu ketika dulu..
"Sayang.. kenapa duduk atas lantai, ni? Sayang kan mengandung.. penyek anak abang tu sayang duduk tertunduk-tunduk.." gurau Amsyar membuatkan Anisah mencebik. Gadis itu cuba bangun. Amsyar segera membantu.
"Beratnya isteri abang ni.. ni baru anak sorang. Belum dua tiga orang lagi.. Kalau satu bas anak kita, mahu macam kingkong rasanya badan sayang.. hehehe " tambah Amsyar lagi. Anisah menjeling. Geram pula bila lelaki itu mengutuk bentuk badannya.
"Abang ni.. siapa yang buat Nisa macam ni? Abang jugakkan? Pastu nak kutuk-kutuk kita pulak! Menyampah la!" marah Anisah. Sejak berbadan dua ni, perangai dia lain sikit. Tak macam dulu. Sekarang ni kuat sensitif dan kuat merajuk. Hmm.. pembawakan budak agaknya.
"Alaa.. jangan la merajuk sayang.. Abang gurau je. Tak kisah la sayang macam mana sekalipun.. As long sayang pandai jaga abang, abang takkan cari lain punya. Hohoho.."
Anisah menjeling. Segera dia ke katil untuk duduk. Termengah juga dia bila nak bangun tadi. Dia mengusap perut yang dah hampir 8 bulan itu. Hmm.. tak lama lagi due date dia dah nak sampai.. Semakin risau dan berkobar-kobar pulak rasanya.
Amsyar segera duduk di sebelah Anisah. Disentuhnya lembut perut Anisah.
"Baby jangan nakal-nakal tau. Jangan buat mama penat. Kesian kat mama.." ngomel Amsyar membuatkan Anisah ketawa.
"Abang ni.. macam la dia dengar apa yang abang cakap tu.." tegur Anisah. Amsyar hanya tersengih.
"Alaa.. kalau tak dengar pun takpelah. As long ibu baby kita tu dengar.. Abang saja je cakap camtu. Tu kiranya abang sayang sangat dengan Nisa tau.."
"Iye la tu.." Nisa mencebik. Walaubagaimanapun, dia rasa sungguh gembira. Inilah saat yang dinantikan 4 tahun yang lalu.
"Sayang cari apa tadi?" tiba-tiba dia teringatkan permintaan Anisah sebentar tadi.
"Abang ni.. belum tua lagi dah jadi pelupa. Abang tak ingat ke.. 4 tahun lepas kita ada buat kontrak? Konon-konon rules sepanjang kita duduk kat rumah ni? Abang dah lupa?"
Amsyar menepuk dahi..
"Oh.. kontrak tu, ke?"
"Yelah! Kontrak mana lagi?"
"Kenapa tiba-tiba sayang tanya pasal kontrak tu?"
"Saja je.. nak tengok balik peraturan-peraturan mengarut yang abang buat tu.." perli Anisah. Amsyar hanya ketawa.
"Ala sayang.. abang dah buang dah.." jawab Amsyar selamba. Anisah agak terkejut dengan jawapan Amsyar.
"Abang buang? Bila?" Anisah inginkan kepastian.
"Dua tahun yang lalu.. Masa Anisah lari tinggalkan abang.. " jawab Amsyar.
"Kenapa abang buang?"
"Nisa tahu tak.. mama dan papa dah tahu pasal kontrak tu. Time tu memang abang dipersalahkan 100% oleh mama dan papa. Satu hari jugak la dorang bagi ceramah dekat abang.."
"Padan dengan muka abang.. gatal sangat buat kontrak tu.." Anisah perli lagi.
"Sebenarnya kontrak dalam perkahwinan ni salah, sayang. Bila papa bagi ceramah dekat abang, baru abang tahu abang dah lakukan satu perkara yang berdosa"
"Maksud abang?"
"Kahwin kontrak adalah salah disisi undang-undang Islam. Tak sah hukumnya satu perkahwinan tu.." jelas Amsyar.
Dia begitu jahil sekali mengenai undang-undang Islam. Mujur mamanya menjumpai kontrak itu di dalam peti ais. Bengongkan? Takde tempat lain ke nak letak kontrak tu. Peti ais jugak yang jadi mangsa. Masa tu dia fikir tempat paling sesuai adalah peti ais tu. Sebesar-besar peti yang banyak pintu tu la tempat paling strategik. Takde orang yang akan tahu.. At last.. terkantoi jugak! Mengamuk jugak la mama bila jumpa kontrak tu. Pedih jugak telinga dengar bebelan mama. Belum ditambah lagi ceramah papa pulak! Kalau arwah atok ada, sure ditembaknya aku dengan senapang gajah.. hahaha.. Wujud ke senapang tu?
Anisah senyum. "Tapi kita kahwin bukan sebab kontrak kan bang? Kita kahwin sebab wasiat arwah atok abang.." kata Anisah menafikan.
"Ye.. tapi kontrak yang kita buat tu ada ala-ala kontrak perkahwinan.. Salah sebenarnya.." Amsyar mengeluh. Dia kesal kini.
Anisah segera menggenggam tangan Amsyar erat. Amsyar tersenyum.
"Walaubagaimanapun.. tu semua pengajaran buat kita, bang.. Allah tu maha berkuasa. Begitu banyak ujian yang diberikan pada kita. Akhirnya kita bahagia juga.. Lepas ni jangan abang gatal tangan buat rules yang bukan-bukan lagi! Janji!?"
"Ok abang janji! Hehehe..." Amsyar mengangkat tangan berjanji. Anisah segera mencium pipi suami tercinta. Dia gembira sangat. Segalanya sudah berakhir.
***************
Petang itu Azrin datang menziarahi mereka sekeluarga. Sudah lama Anisah tidak mendengar khabar Azrin sejak dia melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD.
"Rin apa khabar?" tanya Anisah.
"Sihat je.. Nisa apa khabar? Baby tu bila due datenya?"
"Insya'allah sebulan lebih lagi.." jawab Anisah.
"Ooo.. sebenarnya kedatangan Rin ada hajat.." Anisah mengerut dahi.
"Hajat apa?" Anisah semakin tidak mengetahui..
Azrin hanya tersengih lalu dikeluarkan sekeping kad dan dihulurkan kepada Anisah. Anisah agak terkejut. Dia mengambil kad tersebut lantas dibukanya.
"Rin dah nak kahwin, ke? Dengan siapa?"
"Baca la.."
Anisah membaca kad tersebut. Untuk kali kedua dia terkejut.
"Nur Melisa Abdullah?" nama itu spontan terkeluar dari mulutnya. Azrin hanya mengangguk sahaja.
"Alhamdulillah.. Tahniah! Tak sangka.. menjadi juga korang berdua, ye?" Anisah mengucap syukur. Niat dia memperkenalkan Melisa dengan Azrin hampir setahun yang lalu telah membuahkan hasil. Sengaja dia memberikan nombor Melisa kepada Azrin suatu ketika dulu. Maklumlah.. masing-masing tengah single masa tu. Tetapi hal lepas tu, tak tahu pula apa yang terjadi sehinggalah mereka bertemu kembali.
"Apa yang tahniah-tahniah, ni?" sampuk Amsyar sambil menatang dulang berisi air dan kuih-muih. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja.
"Azrin nak kahwin, bang.." jawab Anisah.
"Ye? Dengan siapa?" Amsyar teruja.
"Mesti abang terkejut.. Dengan Mel.." jawab Anisah lagi. Azrin hanya tersengih.
"Wah! Tahniah~! Memang padan sangat la tu.. Kenapa tak ajak Mel datang jenguk kitorang sekali?"
"Dia ada temujanji dengan client hari ni.."
"Mel dah kerja?" Mereka berdua terkejut.
"A'ah. Sebagai marketing executive. Baru je berjinak-jinak.."
"Baguslah macam tu. As long Mel dah jadi wanita berkerjaya.." puji Anisah.
"Dia kirim salam dengan korang berdua.."
"Waalaikumussalam.."
"Korang jangan lupa datang tau! Korang dah jadi tetamu VVIP kitorang. So wajib kena datang.."
"Insya'allah.."
********************************
Anisah memandang ke arah langit. Angin malam meniup sepoi-sepoi bahasa. Pelukan Amsyar menghangatkan tubuhnya yang kesejukkan.
"Sayang.. ingat lagi tak masa kita kecik-kecik dulu?" tanya Amsyar tiba-tiba.
"Hmm.. kenapa?"
"Dulu.. abang selalu kutuk sayang. Abang selalu cakap, 'Tak mungkin aku suka perempuan macam kau,dugong! Jangankan jadi awek aku.. isteri aku pun aku tak sanggup!'. Ingat tak?"
Anisah diam. Kenangan lama kembali terimbas. Dia teringatkan biawak yang pernah jatuh di atas ribaannya. Naik bulu roma dia.
"Tak sangka.. Tuhan tu maha Adil. Rupa-rupanya gadis yang abang kutuk, perli, hina.. adalah isteri abang yang paling abang sayang sekarang.." Amsyar kesal. Dulu dia bermuka-muka. Suka bermegah-megah. Playboy.. semua perempuan cantik jadi milik dia. Dalam masa memilih, hawa yang dicari rupa-rupanya adalah gadis yang pernah dihinanya dulu. Gadis yang telah dikutuk dan dikeji itulah yang membahagiakan hidupnya kini. Betul la cakap orang.. setiap perbuatan keji pasti akan mendapat pembalasannya. Dan dia sudah menerima seksaan itu. Kebahagiaan datang mengakhiri penderitaan. Dia bahagia kini.
Wajah Anisah ditatapnya. Air mata bertakung di kelopak mata gadis itu.
"Sayang menangis?" tanya Amsyar.
"Abang bahagia dengan Nisa?" jawapan Amsyar tidak berjawab malah ditujukan pula soalan baru.
"Seumur hidup abang.. inilah kebahagiaan yang abang cari selama ini.." jawab Amsyar jujur. Dia mengejapkan pelukannya. Diciumnya pipi Anisah dengan penuh kasih sayang. Sumpah! Dia takkan mengulangi perbuatan yang dulu. Biarlah segalanya berlalu.. tidak perlu diingatkan kembali. Biarlah ianya menjadi kenangan..
Tak disangka-sangka, akhirnya Mel dan Azrin bertemu jodoh. Mel dapat menerima lelaki lain dalam hidupnya selain Amsyar. Irina pula bakal berkahwin juga tak lama lagi. Tahun ni agaknya membawa tuah pada mereka. Fatin pula bakal menimang cahaya mata.. Rasanya dah masuk 4 bulan. Zikri.. hmm.. apa jadi pada Zikri sekarang, ye?
********************************
Zikri sibuk membelek buku di tangan. Dia leka mencari isi kandungan buku yang sesuai untuk tesis dia kali ini. Kakinya melangkah ke arah kaunter pembayaran. Dia tidak langsung memandang sekeliling.
Tiba-tiba..
"Awww!!!" jerit seseorang.. Buku di tangan masing-masing terlepas dari pegangan dan jatuh ke lantai.
"Oh~! Sorry.. sorry.." ucap Zikri. Dia segera mencangkung untuk mengambil buku tersebut.
"Takpe.. It's ok.." ujar gadis itu. Zikri terpana sebentar apabila memandang gadis itu.. Lawanya.. Langsung tidak bergerak dari kedudukan.
"Awak? Hello.. Are you ok?" gadis itu cuba melambai-lambai untuk mengalih perhatian Zikri. Zikri tersedar. Dia segera memberikan buku itu kepada gadis itu.
"Maafkan saya.. saya tak sengaja.."
"It's ok. Thanks.." Gadis itu mengambil buku tersebut dan segera ke kaunter. Dia juga ingin membuat pembayaran.
Sebaik selesai membuat pembayaran, gadis itu segera keluar dari kedai buku tersebut. Zikri kelam kabut lantas dia memanggil gadis itu.
"Awaaakk~!" jerit dia. Gadis itu menoleh. Zikri menyuruh gadis itu tunggu sehingga dia habis membuat pembayaran. Gadis itu terpinga-pinga.
Zikri keluar dari kedai buku dan mendekati gadis itu.
"Sorry buat awak tunggu.."
"Kenapa" tanya gadis itu..
"Saya Zikri.. Awak?" Zikri memulakan perkenalan. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Elyana.." jawab gadis itu tersenyum.. Gadis itu membalas huluran tangan tersebut.
"Saya belanja makan? Sebagai tanda minta maaf sebab langgar awak tadi.." pelawa Zikri.
"Err..." Elyana berbelah bahagi.
"Pleasee... Jangan risau, saya bukan orang jahat!" kata Zikri.
"Hmm.. Ok.." jawab Elyana. Hati Zikri berbunga riang. Bunga di hadapan tidak sesekali dilepaskan. Cinta kedua berputik kembali setelah lama ianya tertutup. Mereka mula berjalan beriringan menghampiri restoran berhampiran.
Setiap manusia sememangnya telah diciptakan berpasangan. Seperti Hawa diciptakan untuk Adam. Allah takkan membiarkan kita berseorangan kerana jodoh kita Dia yang tentukan. Oleh itu, usah bimbang andai kata kita belum menjumpai pasangan kita. Kalau tidak hari ini, pastinya esok.. lusa.. atau bila-bila. Berdoalah ke hadrat Illahi.. Berusaha, sabar dan tawakal. Insya'allah, kebahagiaan menunggu kita satu hari nanti..
erm....akhirnyer bersatu gak amsyar n anisah...dah jodoh kuat kan...citer nie best...gud luck tuk penulis...nnti promotelah citer ape lagi yg penulis wat novel terbaru....
tahniah...nice story ... ada pengajarannya.... apa bentuk, apa rupa, makhluk Allah juga. Anyway jodoh ditangan Tuhan- hina2- terkena at last.But good- muhasabah diri
1st time bc novel ni mcm2 rasa dapat aku rasai... siap nangis2... geram sampai kutuk2 pn ada... nasib baik ending dia best... kalau x... ada je org yg viruskan blog ni... huahuahua...
yes... suka hati saye bile dapat tau mel x kawen ngan amsyar... ase cam bumi ni aku plak yang punye... ape ape pon u r the best la... pandai awak buat novel.... saye tabik la kat awak...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
yeyeye...1st person...citer nie best,tp yg pasal kontrak tue je x best....nape nak ungkit2,dh jd bcara hati lak....
tp best arrr,lawak pon ade...
~maya azra~