Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
kringggg!!!!!" Bunyi jam menamatkan lenaku. Terasa malas benar ingin membuka mata lantas mengiakan bahawa aku harus kembali ke sekolah pada hari ini. Namun, mengingatkan tanggungjawabku sebagai seorang Muslim, aku gagahi juga diri untuk bangun. Satu perubahan sejak aku meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh; aku sudah mulai mengenal tikar sejadah dan cuba sedaya upaya untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Usai solat, ternyata aku tidak mengantuk lagi. Pastinya kesan mengambil air sembahyang tadi, fikirku. Aku mengorak langkah ke dapur, ingin berbual dengan nenekku. Terasa sedih mengenangkan yang aku harus pulang ke asrama hari ini. Kemesraan hubungan aku dan nenek membuatkan aku berat hati untuk pulang walaupun aku tahu bahawa aku akan kembali untuk bercuti bulan depan. "Morning nek!!" ucapku girang sambil memeluk nenekku dari belakang. " Haa, awal bangun hari ni? Pergilah makan, Tokwan dah belikan nasi lemak tu. Pergi ambil dekat atas meja tu", ujar nenekku panjang lebar. Memang begitulah rutin harian kami, faktor usia menyebabkan nenek tidak lagi gagah untuk menyediakan juadah santapan kami sehari-harian. Tokwanlah yang pergi membeli nasi dan lauk-pauk. Lebih senang begitu. " Marilah teman Along makan nek, tak bestlah makan sorang-sorang. Lagipun Along dah nak balik asrama", ujarku manja, sengaja mahu menarik perhatian nenek. " Bertuah betul cucu nenek sorang ni, yalah, jom makan sama", ujar nenek sambil menarik kerusi lantas duduk di sebelahku. " Bila papa nak datang?", tanyanya pula. " Papa mesej Along semalam katanya nak datang pukul 10pagi", kataku sambil mengerling ke arah jam yang menunjukkan waktu sekarang, 8.40 pagi. " Dah tu, cepat sikit makan tu, kamu tu belum mandi, kasihan nanti papa kamu kena tunggu pula. Kuala Lumpur dengan Melaka tu bukannya dekat. Pergi tak apalah, kamu ada meneman dia berbual. Nanti bila dia drive balik KL, susah pula kalau dia mengantuk tengah-tengah jalan tak ada teman berbual", bebel nenekku panjang lebar. Tidak mahu membantah kata nenek, aku cepat-cepat menghabiskan nasi lemak yang masih berbaki lalu terus bersiap.
Kehidupan di sekolah berasrama penuh bagiku tidaklah seteruk yang disangka. Syukur pada Tuhan, aku tidak pernah menghadapi sebarang masalah di asrama. Cerita-cerita yang ku dengar mengenai budaya ragging, kes-kes curi dan semestinya kisah-kisah seram sehingga kini masih lagi khabar angin bagiku kerana aku tidak pernah berhadapan dengan masalah-masalah seperti itu dan aku harap aku tidak akan menempuhnya sampai bila-bila selama aku belajar di asrama. Tetapi tidak aku nafikan, silibus pembelajaran di asrama lebih pantas berbanding sekolah harian. Ini kadang-kadang membuatkan aku terkejar-kejar cuba mengikuti dan mengingati apa yang diajar. Ada ketika di mana aku merasakan bahawa aku mahu berputus asa terhadap pelajaran tetapi sokongan keluarga membuatkan aku cuba untuk melangkah ke hadapan lebih-lebih lagi aku akan menghadapi SPM tidak kurang 10 bulan dari sekarang.
" Ann, aku bosanlah!", keluh teman sebilikku Aslin sambil berbaring malas. " Jom teman aku ke pekan, terasa nak makan KFC la Ann. Pleaseeeee?", ajak Aslin beria-ia. Tidak sampai hati pula untuk aku menolak ajakannya itu. Lagipun, aku memang ingin membeli alat tulis dan menambah nilai prepaid ku. Sudah lama rasanya aku tidak menelefon nenek. Ternyata kesibukan belajar membuat aku tidak sedar masa yang berlalu pantas. Eh, "skema" betul aku ni, gelakku dalam hati.
" Aslin, nanti teman aku pergi beli top-up dekat kedai cina tu kejap ya?", pintaku pada Aslin. " Ala, apa kata kau pergi je dulu? Aku kalau dah start makan ayam KFC ni, alamatnya lama lagilah nak habis." " Tak apa, aku tunggu sampai kau habis ratah ayam tu," ujarku pada Aslin. " Hmm, dah paham sangat kau ni, tak paham aku. Apalah yang kau takut sangat dengan uncle Lim tu," bebel Aslin. Aku hanya mampu tersenyum. Memang aku begitu, tiada keyakinan diri. Mungkin kerana pada kebiasaannya papa dan mama yang menguruskan segala benda membuatkan aku tidak perlu sangat untuk berurusan dengan orang lain. Percaya atau tidak, aku tidak pernah membuat urusan di bank, tidak pernah beratur membuat bayaran di pejabat pos. Tambahan pula, tubuh badanku yang agak gempal ini menurunkan lagi keyakinan diriku. Sejak belajar di sekolah asrama ini barulah aku mula belajar berdikari. Sungguh banyak faedah belajar di asrama ini rupanya.
" Uncle, nak top-up RM10!", kedengaran suara lantang Aslin meminta top-up pada Uncle Lim. Aku yang menyuruhnya membelikan top-up itu untukku dengan alas an aku tiba-tiba teringin untuk membeli KFC untuk dibawa balik ke dorm. Padahal, aku sengaja mencipta alasan untuk tidak berada di kedai uncle Lim kerana kebetulan Aidil dan rakan – rakannya turut berada di sana. Aidil Haziq, lelaki yang selalu menjadi bualan rakan- rakanku. Lengkap pakejnya, anak ahli perniagaan terkenal, bijak dan aktif dalam bidang sukan serta rupa parasnya yang tampan seperti Farid Kamil bisa membuatkan semua pelajar perempuan di sekolah kami tergila-gilakan dia. Tidak ku nafikan, aku juga tidak terkecuali dalam berangan-angan mengenai Aidil tetapi aku sedar akan segala kekurangan yang ada pada diriku, terus membuatkan aku hanya memujanya secara diam sahaja. Sehinggakan Aslin pun tidak mengetahui rahsia hati kecilku ini. Aku sedaya boleh tidak mahu berada dekat dengan Aidil kerana bimbang rahsia hati terbongkar. Mana tidaknya, rakan-rakanku selalu berkata bahawa lelaki dapat megetahui isi hati perempuan yang menyukainya dengan hanya melihat "body language" perempuan itu. Entah betul entah tidak, tapi aku tidak mahu mengambil risiko. Rasa serba-salah kerana menyuruh Aslin membeli top-up untukku tetapi apakan daya..
“ Kad top-up sudah habis la amoi, you bagi you punya number la, nanti saya kasi masuk itu duit dalam you punya handphone. Ok?,” kata Uncle Lim pada Aslin. "Ok uncle, ni nombor dan duitnya. Saya kena cepat ni uncle sebab kawan saya dah tunggu. Make sure masukkan itu top-up ok? Terima kasih uncle!," ujar Aslin lalu bergegas kea rah perhentian bas. " Haa Ann, dah dapat ayam KFC kau tu? Itulah, tadi jual mahal siapa suruh? Kan dah kempunan. Jom cepat, nanti tertinggal pulak bas free tu," ujar Aslin dalam mengahnya kepadaku. " Dah beli dah. Thanks Aslin sebab tolong aku belikan top-up" " Hal kecil je la Ann, tak kisah pun. Eh, jomla cepat, tertinggal bas tu nanti, kau yang bayar tambang kereta sewa" " Taknaklah aku! Jom cepat Aslin" gegasku pada Aslin.
***************************************************************************************************** " Weh Aidil, awek tadi tu lah yang aku cakap pada kau haritu. Aslin namanya. Dia tu anak Dato" Rahman, kawan perniagaan ayah aku. Boleh tahan kan orangnya?", tanya Nazmir pada Aidil. Kumar dan Azman hanya tersenyum mengangguk tanda mengiakan. " Okay juga la," balas Aidil sambil lewa. " Come on la Aidil, kau dah nak habis sekolah menengah tahu tak? Takkanlah tak ada perempuan pun yang kau suka? Peliklah kau ni. Entah- entah, kau ni gay tak? Lari dulu lah macam tu bro!", usik Nazmir sambil ketawa berdekah-dekah diikuti oleh Kumar dan Azman. " Sedapnya mulut kau tuduh-tuduh aku ye Mir? Aku tak berminatlah, perempuan-perempuan ni semua aku rasa materialistik, cuma berminat dengan kekayaan keluarga aku. Kalau aku miskin, kalau aku tak ada harta, muka tak handsome, tak adanya orang nak pandang. Entah- entah kawan- kawan yang aku ada sekarang ni pun tak ada.," jelas Aidil panjang lebar. Terdiam Nazmir, Kumar dan Azman mendengar ayat yang dipertuturkan Aidil. Kumar yang sedang sibuk membelek handphone di kedai Uncle Lim itu juga tersentak mendengar apa yang diperkatakan oleh Aidil itu. " Eh, aku tak maksudkan korang la!," ujar Aidil dalam serba-salah setelah melihat reaksi rakan-rakannya itu.," Bukannya dia tidak tahu, Nazmir, Kumar dan Azman telah menjadi kawannya sejak sekolah rendah lagi. Sebelum bisnes daddynya berkembang maju. Sebelum dia hidup dalam kemewahan lagi. Bahkan. Apabila daddy hampir diisytiharkan bankrap 3 tahun lepas dan dia terpaksa hidup tanpa wang saku, Nazmir, Kumar dan Azmanlah yang selalu membelanjanya makan tanpa berkira sedikit pun apabila rakan- rakannya yang lain menjauhkan diri daripadanya. Tiada surat-surat secret admirer di bawah mejanya buat seketika waktu. Kini, setelah bisnes daddy semakin pulih, Aidil lebih mengerti dan memahami siapakah rakan-rakannya di waktu susah dan senang dan siapakah rakan-rakannya di waktu senang sahaja. " Hahaha, kitorang tak kisah la Aidil. Kitorang faham. Tapi, sebagai hukuman, kau kene tolong aku "usha" Aslin tu. Aku dah lama minat dekat dia sebenarnya. Nah, ni number dia aku curi dari buku uncle Lim tadi", ujar Nazmir sambil tersengih tak ubah seperti kerang busuk. " Eh, kau yang minat, kau la usha. Kenapa aku pun kene terlibat sama?" " Aku seganla Dil, mana tau dia pun tergila-gila dekat kau" " Kalau dia suka dekat aku macam mana?", tanya Aidil pada Nazmir " Entah, aku tak fikir lagi kemungkinan yang itu" " Aku tak paham langsung dekat mana logiknya kalau aku yang "usha" dia Mir," hujah Aidil pada Nazmir. " Ala, kau buat je la dulu. Tolong la bro, untuk aku. Ok?," rayu Nazmir. " Iyalah. Peliklah kau ni. Eh Kumar, dah siap belum? Beli je la handphone mana-mana pun. Aku yakin, tak sampai dua bulan kene beli lagi. Kau ni guna handphone ke makan handphone? Dah tiga kali rosak. Dahsyat sungguh," Kata Aidil pada Kumar. " Dah siap dah. Jom balik. Dah lambat sangat ni. Confirm la balik ni kene pumping lagi ni," balas Kumar. Mereka berempat sama-sama ketawa.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
not bad....