Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sedar tidak sedar hari yang tidak ingin aku lalui tiba juga. Aku memerhatikan wajahku yang sudah siap disolek oleh Mak Andam. Beberapa orang temanku yang hadir mengatakan wajahku nampak berseri-seri dan anggun sekali. Tapi bagiku seri itu hanya luaran. Sedangkan di dalam hatiku merusuh hiba. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana kehidupan yang bakal aku lalui selepas ini. Adakah bahagia? Ataupun tersiksa seperti lima tahun lepas? Sudah puas aku memujuk Yusrizal untuk menundakan tarikh pernikahan, tapi hasilnya tiada! Lelaki itu memang berpegang pada katanya. Dan akibatnya hanya tinggal beberapa minit saja lagi aku akan kembali bergelar Mrs Yusrizal! Debaran menanti saat aku dinikahkan semakin menjadi-jadi. Terasa mahu sahaja aku hentikan masa dan membiarkan ia begitu selama-lamanya. Jadi, tidak perlulah aku menjadi isteri Yusrizal untuk kali keduanya. Tapi itu semua kuasa Allah. Mana mungkin aku dapat menghentikan masa yang berdetik laju saat ini. Sedangkan aku pula terasa mahu melambatkan masa. "Hai, pengantin baru!" Sapaan satu suara membuatkan semua lamunan aku berterbangan. Aku memalingkan wajah. Dan aku melonjak gembira apabila melihat Linda berada di hadapanku. Lantas aku bangun memeluk tubuh sahabatku itu. "Kata tak dapat datang?" "At first, memang tak dapat datang. Tapi demi kawan aku yang tersayang ni aku sanggup gantikan tempat aku dengan orang lain untuk seminar tu. Rugilah aku kalau tak dapat tengok kau kahwin." "Kesian kat kau tak dapat pergi seminar tu," ujarku dengan nada kesal. Disebabkan aku Linda sanggup megetepikan seminar yang sememangnya dinantikan olehnya. "Alah, tak kisahlah. Nanti boleh pergi lagi. Cantiknya kau hari ni. Mesti tak lena tidur la si Rizal malam ni," bisik Linda, nakal! Cepat saja lengannya aku cubit. "Aduh, sakitlah! Orang gurau sikit pun tak boleh." "Cakap lagi yang bukan-bukan." "Laa, betul apa aku cakap! Mesti Rizal tak kasi chance kau tidur awal malam ni." Sekali lagi aku mengangkat tangan mahu mencubitnya, tapi pantas pula dia menangkap tanganku. Linda ketawa kesukaan. "Macamlah kau tak tahu hubungan aku dengan Rizal macam mana?" "Alah, itu kisah lama laa. Mulai sekarang apa kata kalau kau buka buku baru. Cuba bagi peluang dekat dia. Mungkin dia dah berubah," pujuk Linda. Nasib baiklah waktu itu hanya tinggal aku dan Linda di dalam bilik pengantin yang telah dihias indah. Walaupun majlis yang dibuat hanya kecil-kecilan tetapi ibu tetap juga mahu menyediakan kamar yang indah selayaknya untuk pasangan pengantin baru. Eh, tapi aku bukan pengantin baru! Dah dua kali kahwin ni! "Mana kau tahu dia dah berubah?" "Ok, aku memang tak kenal dia sangat. Tapi kalau mengikut apa yang kau ceritakan, aku nampak kesungguhan dia. Dan aku rasa dia memang dah berubah." "Entahlah Linda, aku malas nak fikir. Yang penting sekarang aku terpaksa tunaikan janji aku pada dia. Dia dah selamatkan ibu aku," ucapku, lirih! Linda yang seakan memahami keadaanku saat itu mengusap-usap belakangku. "Kalaulah aku dapat bantu kau dulu, mesti tak jadi macam ni kan?" "Tak apalah Linda. Ini semua kehendak Allah. Kita tak dapat nak menghalang." "Aku faham perasaan kau. Kau cubalah jaga rumahtangga kau kali ni. Mesti kau akan bahagia." Aku mengangguk lemah. Mungkinkah aku berjaya menjaga rumahtanggaku kali ini? Persoalan itulah yang bermain-main di benakku sehinggalah Linda memberitahu pihak pengantin lelaki sudah sampai. Debar dihatiku tidak usah dicakap. Aku menggenggam tangan Linda erat. Genggaman tanganku dibalas. "Relaks, okay?" "Aku nervouslah Linda." "Cool down. Tarikh nafas perlahan-lahan. Aku ada kat sini kan?" "Kau jangan tinggalkan aku ek sepanjang majlis ni. Aku takutlah." "Yelah." Linda ternyata memegang kata-katanya. Sepanjang majlis berlangsung tidak pernah dia meninggalkan aku sendirian. Ke mana saja aku pergi dia akan ada bersama. Rasa gementar yang tadinya begitu memuncak sedikit reda dengan adanya Linda di sisi. "Tahniah sayang. Ifa dah jadi isteri orang." Aku menunduk apabila ibu mengkhabarkan tentang itu. Pandanganku sedikit berbalam-balam kerana dibanjiri air mata. Maka selepas ini bermulalah kisah kehidupan aku dan Yusrizal yang semestinya tidak seperti pasangan lain. "Cantik anak ibu," puji ibu sambil membelai-belai wajahku. Belaian ibu membuatkan air mataku deras mengalir. Tidak tertahan rasanya sebak di dada. "Hei, kenapa menangis ni?" Linda dan ibu mula kelam-kabut apabila air mataku semakin galak mengalir. "Ibu.." Aku memeluk tubuh ibu erat. Melepaskan semua kepedihan dan keperitan yang kutanggung ketika ini. "Shhhhh... pengantin mana boleh menangis," pujuk ibu sambil mengusap-usap belakangku. Cuba menenangkan perasaanku yang benar-benar merusuh. Perasaanku benar-benar bercelaru saat ini. Berkahwin dengan Yusrizal bermakna kehidupanku nanti hanya untuk suamiku. Aku tidak lagi boleh meluangkan masa yang banyak untuk bersama ibu dan abah yang selama ini terlalu memanjakanku. Entah mengapa rasa takut berjauhan dengan ibu dan abah terlalu mendalam saat ini. Tidak seperti enam tahun lepas ketika aku berkahwin dengan Yusrizal untuk pertama kalinya. Perasaan aku biasa saja. Tapi kali ini aku benar-benar keliru dan takut. "Laa..kenapa pengantin menangis ni? Habis dah make-up. Pengantin lelaki dah nak naik sarung cincin ni. Kak miyah cepat touch-up pengantin semula," arah Mak long kepada Mak andam yang diupah ibu. Kelam-kabut Kak Miyah melakukan kerjanya memandangkan pihak lelaki sudah dalam perjalanan menuju ke kamar pengantin. Aku pula sedaya-upaya meredakan rasa sebak yang masih bersisa. "Assalamualaikum." Aku dan seisi penghuni di dalam kamar pengantin itu menjawab salam yang diberikan. Namun aku langsung tidak mengangkat wajah. Hanya menunduk menekur lantai. Dan saat Yusrizal menyentuh tangan kiriku untuk menyarungkan cincin maka terbatal wuduk kami berdua. Aku tunduk mengucup tangannya. Kerlipan lensa kamera bersilih ganti merakam detik bersejarah itu. Wajahku terasa hangat apabila Yusrizal meletakkan bibirnya di dahiku lama sambil tangan kanannya menongkat daguku. Semakin galak jurugambar yang diupah khas oleh Yusrizal memaninkan peranannya. Entah berapa kali adegan itu dirakamnya aku sendiri tidak tahu. Setelah agak lama barulah dia membenarkan Yusrizal merenggangkan bibirnya dari dahiku. Selepas itu barulah aku berani mengangkat wajah memandangnya. Kelihatan lelaki itu menghadiahkan senyuman manis buatku. Hendak atau tidak aku terpaksa membalas senyuman itu. Kami berdua sedang menjadi tontonan ramai. Takkanlah aku hendak memasamkan wajah kepada lelaki yang baru saja menjadi suamiku. Seharusnya aku menunjukkan riak wajah bahagia kerana kami telah disatukan. Walaupun hakikatnya tidak sebegitu. "Cantiknya menantu mama," ujar mentuaku sambil mengucup kedua pipiku. Aku membalas dengan menyalami tangannya. Sebentar kemudian Nisa pula muncul dan memelukku. "Welcome to our family," ucap gadis itu. "Bestnya Nisa dah ada kakak!" Ceria sekali Nisa bersuara. Aku hanya membalas kata-katanya dengan senyuman. Aku tahu selama ini Nisa memang mengharapkan kehadiran seorang kakak. Kemudian para tetamu yang tadinya membanjiri kamar pengantin dijemput mak long untuk menjamu selera ditingkat bawah. Membiarkan pengantin bergambar kenangan. Saat inilah yang paling aku khuatirkan. Sudah tentu jurugambar akan mengarahkan aku dan Yusrizal melakukan pelbagai adegan. Pengalaman menjadi raja sehari enam tahun lepas masih terbayang-bayang di kotak fikiranku. Letih benar aku menuruti kehendak jurugambar yang terlalu cerewet. Disuruhnya berpeluklah, merenung antara satu sama lain, sekejap duduk dan sekejap berdiri. Nasib baiklah juga jurugambar itu tidak menyuruh kami berkuak lentang di atas katil! Telahan aku ternyata benar. Janggal rasanya apabila tangan lelaki yang sudah sah menjadi suamiku menjalar di pinggang. Aku dipeluk semahu-mahunya. Walaupun tidak disuruh jurugambar, Yusrizal pula sibuk mencari posisi yang sesuai. Dan jurugambar itu hanya tahu memetik kameranya. Geram tidak usah dicakap. Pelbagai posisi yang aku terpaksa lakukan. Kurasakan keadaan yang aku alami saat ini tidaklah sesukar enam tahun lepas. Entah bila Yusrizal suka bergambar aku sendiri pun tidak tahu. Aku memandang ibu dan Linda yang sedari tadi menjadi pemerhati kami. Mereka berdua hanya menghadiahkan senyuman buatku. Senyuman itu jelas menunjukkan yang mereka tidak dapat membantuku. Akhirnya aku hanya menurut semua arahan jurugambar dan juga arahan suamiku yang cerewet itu.
cpt ahhhhh smbg....lmbat lak skang nie.bz erk...x sabo nak tahu yang yusrizal dah syg gila kat bini dia tu. nak juga tau apa jd dgn bekas kekasih ika tukan....
lama lg ke nak sambung cerita nie best sgt...ada x novel nie kat pasaran skrg...sy nak beli sbb hobi sy baca novel...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sy org first bca nmpaknya!!
nice story...
nk smbungnnya scpat mngkin...