Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kita ingat kita nak beli netbook, broadband celcom lagi nak beli portable dvd player lagi. Semuanya dalam RM2000 lebih. Mana nak cekau duit, kak." Diana menggaru-garu kepalanya yang sedikit gatal bercampur serabut.
"Itu yang kau peningkan. Ingat apalah bendanya tadi. Tulah kau tu pun, dapat gaji habis licin kau bedal. Sekarang barulah nak tergagau-gagau cari duit. Lain kali, dapat gaji cuba berjimat sikit. Akak tau kau tu muda lagi, tapi masa nilah kau kena simpan duit." Azah menarik nafas panjang. Penat bertutur macam keretapi ekspress, Diana terdiam. Dalam hatinya mengakui kebenaran yang diungkapkan oleh Azah sebentar tadi.
"Takpelah Kak Zah, yang penting sekarang, kita nak beli semua tu sekali. Lepas tu baru kita berjimat macam akak kata tadi." Terbit cahaya yang bersinar melalui mata Diana.
"Ikut kaulah Diana. Akak no komen. Cuma kalau kau nak cari duit lebih sikit. Kau buatlah overtime hari-hari sepanjang bulan ni." Azah memberikan cadangan pada Diana.
"Betullah cakap akak, sayang akak." Spontan Diana bangun dan memeluk Azah yang sedang duduk dikerusinya sendiri. Hampir tergolek Azah kebelakang menahan beban berat Diana.
"Ehemmm.....kamu berdua ni takde kerja lain ke?" sergah satu suara yang tidak asing lagi. Alamak....bos...!!!!
"Maaf bos, kami tengah exercise je tadi." Spontan terpacul jawapan dari mulut Diana.
"Macam-macamlah awak ni, takpe, kalau dah takde kerja sangat nak dibuat. Jumpa saya lepas ni. Saya boleh bagi kerja dekat awak berdua."
"Betul ke bos nak bagi kerja?" Diana melompat ke arah bosnya.
"Kenapa, awak suka ke dapat kerja?" soal bosnya dengan nada pelik. Tak pernah jumpa orang yang begitu teruja kalau diberi kerja lebih dan banyak. Minah sorang ni siap melompat kesukaan lagi diberi kerja.
"Macam tu ya... maknanya awak nak kerja overtimelah ni? Bagus...!!! Petang nanti pukul 4 boleh ke ofis saya, ambik kerja baru awak." Diana menganggukkan kepalanya sekali lagi dan tersenyum lebar. Harapannya untuk membeli kehendaknya hampir tercapai cukup bulan ni.
"Azah, awak taknak buat ot sekali ke?" soal bos mereka pada Azah yang ternganga sepintas lalu.
"Boleh..boleh juga bos." Spontan dia teranggukkan kepalanya.
"Macam tu, baguslah. Saya gerak dulu. Buat kerja, jangan nak ‘excercise’ je memanjang." Sempat bosnya memerli sebelum pergi.
"Tengok, akak pun kena buat ot jugak. Baru ingat nak pergi dating tau." Azah menarik muncung sedepa.
"Ala, akak ni. Kitakan ada. Baru pukul 9, lagi sejam kita baliklah."
"Yelah, tapi untuk hari ni jelah akak ot. Malas dan seram kerja malam-malam macam ni." Azah membuat mimik muka keseraman.
"Akak ni. Tu pun nak takut, tak baik untuk kesihatan tau. Lagipun mana ada benda alah tu zaman siber macam ni." Dengan begitu celupar sekali Diana mengatakan begitu.
"Mulut kau tu, berapa lama tak bayar insuran? Selamba je, buatnya dia kacau kau baru tahu."
"Dahlah kak, baik buat kerja. Asyik bersembang je. Bila nak capai target untuk hari ni."
"Yelah."
"Akak, kita nak pergi tandas jap. Akak tunggu kat sini diam-diam tau. Kita pergi tak lama pun." Diana bangun dan menuju ke tandas yang terletak kira-kira 100 meter dari ofisnya.
‘Eh...ada oranglah. Taklah takut sangat aku nak buang air.’ Gumam Diana sendirian dalam hati. Dia masuk ke dalam tandas nombor tiga, setelah selesai kelihatan sesusuk perempuan muda disinki.
‘Kenapa muka dia tunduk je. Tak lenguh ke. Baik aku tegur japlah.’ Dengan sopan Diana menghampiri perempuan muda itu dan menyapanya. Namun tiada respon yang diberikan oleh perempuan itu menyebabkan Diana malas untuk bertanya lebih lanjut.
Sementara itu di dalam ofis ketika Diana ke tandas.....
Kelihatan Azah sibuk melayari internet sambil mendengar lagu, kerja yang diberi ditolak tepi. Hajat dihati untuk merehatkan otaknya. Tiba-tiba dia terasa seperti angin menampar mukanya sedangkan aircond yang dibuka tidak terlalu kuat. Namun akalnya menyangkal apa yang dirasanya.
"Ralit nampak kak....seronok ke lagu tu." Sapa suara yang amat dikenalinya.
"Ala, rileklah kau ni. Akak dah bosan dah buat kerja ni. Lagipun dah dekat pukul 10 ni. Diana, kau...." Azah yang rancak bercakap terhenti seketika setelah dia memusingkan kepalanya kebelakang dan tiada kelibat Diana pun yang kelihatan.
"Aku bercakap dengan siapa tadi?" Azah berjalan ke tandas kerana merasakan Diana sedang mempermainkannya. Langkah kakinya dituju ke tandas perempuan.
"Diana....Diana..."Azah cuba memanggil Diana namun tiada tanda-tanda yang Diana ada. Dia melangkah kebelakang lagi, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi suara tangisan seseorang.
"Siapa tu?" soalnya dalam seram kecut berani. Senyap.
"Siapa?" soalnya lagi kerana merasakan tangisan itu semakin kuat. Kakinya seperti ditarik untuk ke arah bunyi tangisan itu. Perlahan-lahan pintu tandas yang tertutup rapat ditolak.
"Warrrghhhhhh.........!!!!!!!!!!" terpacul kelibat Diana yang seronok menyergah teman sepejabatnya.
"Diana.....!!!" Azah tersandar ke dinding dan mengurut dadanya. Diana tergelak melihat Azah yang terkejut sakan.
"Diana ni. Tak baik tau buat akak macam tu. Jahat betul kau ni." Azah mengetap bibirnya menahan marah.
"Sorry...tak tersengaja nak usik akak. Kita tengok akak jalan ke tandas tadi. Tu yang kita masuk balik, nak buat suprise dekat akak." Ujar Diana tanpa rasa bersalah.
"Banyaklah kau punya suprise. Rasa macam nak tercabut jantung akak tau. Dah, jom balik." Azah menarik tangan Diana. Tiba-tiba lampu tandas berkelip seperti mahu terputus bekalan elektrik. Azah yang terkejut spontan mencengkam lebih kuat lagi tangan Diana.
"Kak Zah, sakitlah tangan kita akak cengkam tadi. Takut sangat. Bukan ada apa pun." Diana mengaduh pada Azah yang terkelu sudah lidahnya.
"Jom cepat kita balik. Akak rasa seram je ni." Azah tanpa berlengah menarik tangan Diana dengan lebih kuat lagi. Secepat mungkin dia mengemas semua barang di atas meja dan terus memecut keluar bersama Diana.
"Aik...Kak Zah tak datang ke hari ni?" soalnya sendirian.
"Mina, Kak Zah tak datang ke hari ni?" soal Diana pada Mina.
"Kak Zah cuti hari ni. Demam katanya." Mina meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan Diana yang sibuk berfikir tentang Azah.
"Malam ni kau ot lagi ke?" soal Mina tiba-tiba.
"Yup, kenapa? Kau nak join ke?"
"Takpelah. Seram je kerja time malam ni. Lagipun macam-macam aku dah dengar."
"Apa yang kau dengar. Jangan nak mengarut pula. Aku tak percayalah benda-benda karut tu." Ujar Diana.
"Terpulanglah pada kau. Aku Cuma nak nasihatkan kau agar hati-hati je." Mina bangun dan menuju ke pantry.
Malam kedua Diana ot...
"Alamak, sunyi pulak duduk sorang kat ofis ni. Buka lagu kuat-kuat ok gak ni. Lagipun nak takut apa. Pak guardkan ada." Diana tersenyum kembali.
"Sejuklah pulak. Bila dah sejuk mesti nak terkucil." Diana bingkas bangun dan melangkah ke tandas.
"Macam budak semalam je. Jabatan mana dia tu?" omel Diana seorang diri. Langkah kaki dihalakan ke tandas nombor 3 seperti kebiasaannya. Setelah selesai, dia berjalan ke sinki.
"Hai." Dia cuba menyapa semesra mungkin.
"Hai...." jawab juga akhirnya perempuan muda tu.
"Awak dari jabatan mana?" soal Diana tanpa sangsi.
"Saya dari jabatan sumber manusia. Siapa nama awak?"
"Saya Diana dari jabatan kewangan." Jawab Diana dengan mesra.
"Ooo...."
"Eh...lupa pulak. Siapa nama awak? Dah lama ke kerja kat sini?" soal Diana sambil memandang wajah perempuan muda itu dari dalam cermin.
"Nama saya Ika, Zulaikha. Dah lama dah kerja kat sini. Hampir 10 tahun jugaklah." Diana menganggukkan kepala.
"Selalu ke ot malam-malam macam ni? Tak takut ke?" soal Diana lagi.
"Nak takutkan apanya? Takde apa pun nak ditakutkan. Dah biasa pun kerja sorang-sorang time malam. Maklumlah nak cari duit lebih."
"Macam tu ke? Saya pun sama jugak. Dalam sebulan ni je buat ot. Nak cari duit lebih sikit. Nak beli barang idaman." Kata Diana lagi.
"Oklah wak. Saya nak balik ofis dulu. Senang-senang datanglah sana." Zulaikha tersenyum manis pada Diana sebelum balik ke ofisnya. Diana membalas senyuman Zulaikha, dia kemudiannya mencuci sekali lagi tangannya sebelum keluar.
"Aik, cepatnya dia jalan. Aku basuh tangan tak sampai seminit pun. Laju betul dia jalan." Omel Diana sambil berjalan ke ofisnya.
Keesokannya....
"Assalammualaikum. Sorry ganggu, ada tak orang nama Zulaikha dekat sini?" soal Diana pada gadis yang duduk berdepan dengan pintu masuk.
"Zulaikha mana ni ye? Saya pun baru kat sini. Kalau awak nak macam tu baik awak tanya kakak dekat sana tu." Jawab gadis itu dengan sopan.
"Baik, terima kasih." Diana melangkahkan kakinya ke arah yang ditunjukkan.
"Tumpang tanya kak, saya nak cari orang nama Zulaikha. Dia ada tak?" soal Diana.
"Zulaikha, maaf kat sini takde orang nama Zulaikha." Sepantas mungkin perempuan itu menjawab. Diana mengeluh kecewa.
"Hai Ika...." Diana tersenyum riang pada Zulaikha yang ralit membasuh tangannya dengan muka tertunduk kebawah. Zulaikha hanya menganggukkan kepalanya tanpa menjawab sapaan Diana.
"Ika....awak tak sihat ke? Kenapa pagi tadi saya pergi ofis awak Dorang cakap awak takde. Pelik juga saya dibuatnya..." Diana menanti respon dari Zulaikha.
"Hmmm......" Zulaikha merengus marah. Diana diburu rasa pelik, kenapa Zulaikha marah-marah. Baru semalam mereka beramah mesra.
"Ika..." Diana cuba memanggil sekali lagi nama Zulaikha. Namun tiada respon diberikan. Malah Zulaikha bergerak laju keluar dari tandas tanpa memandang seinci muka Diana.
"Apa kena entah minah tu. Tiba-tiba je nak angin dengan aku. Lantaklah kau..." Diana terus melangkah ke ofisnya. Dibatalkan hasrat untuk membuang air kecil. Balik rumah lagi bagus, boleh layan cerita hindustan.
Baru setapak Diana berjalan keluar dari ofisnya. Dia terasa seperti angin kuat menampar mukanya deras. Langkahnya terhenti, dipandang ke dalam ofisnya risau kalau-kalau ada tingkap yang terbuka. Tiada satu pun yang terbuka, elok je berkunci semuanya.
Diana meneruskan langkah kakinya, tiba-tiba dia terasa seperti seseorang memanggil namanya. Namun hatinya menyangkal apa yang dirasakannya. Dia menekan butang lif untuk turun kebawah.
"Diana......" terdengar suara yang memanggil namanya.
"Dianaaaaaa...................." semakin hampir dengan gegendang telinganya.
"Dianaaa.....tolong aku....." terdengar suara rintihan seseorang meminta tolong. Diana bingkas berlari ke arah suara tersebut. Hatinya begitu kuat menyatakan bunyi suara itu datang dari tandas yang selalu dimasuki olehnya.
"Diana.....tolong aku..." rintihan suara itu begitu sayu sekali. Dia mencari pemilik suara itu. Pintu demi pintu ditolak dengan kasar sehingga pintu yang terakhir ditolak dengan lebih kuat lagi.
"Arrrrggggghhhhhhhhhhhhh........................!!!!!!!!!!" jeritan Diana menggegarkan syarikat tempatnya bekerja. Dia terkejut dengan apa yang dilihat didepan matanya. Suatu susuk lembaga yang amat dikenalinya, Zulaikha. Keadaan Zulaikha amat mengerikan dengan baju yang disimbahi darah dari perutnya serta wajah Zulaikha yang menjelaskan dirinya begitu sakit dan terseksa. Matanya terbelalak ke atas, lehernya hampir putus. Akhirnya Diana rebah di atas lantai tandas.
Keesokkan harinya...
Syarikat Nilam Berhad menjadi kecoh dengan cerita seorang pekerja wanita ditemui pengsan didalam tandas perempuan. Siapa lagi kalau bukan Diana yang telah pengsan setelah menyaksikan benda paling ngeri dalam hidupnya. Diana dijumpai pengsan oleh pak guard yang kebetulan lalu dikawasan itu.
Pintu terbukak luas dan terjumpa tubuh manusia terbaring di atas lantai menyebabkan pak guard itu bergegas ke dalam. Risau jika-jika berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. Mujur dia jumpa Diana masih bernafas dan hanya pengsan sahaja.
Diana dibawa ke dalam bilik rehat dan dibaringkan di atas sofa. Azah yang kebetulan sampai pagi itu dikejutkan dengan berita Diana tidak sedarkan diri di tandas terus bergegas ke bilik rehat setelah dimaklumkan oleh teman sekerjanya yang lain.
"Diana, kau tak apa-apa ke? Macam mana boleh jadi macamni?" soal Azah sebaik saja dia mendekati Diana yang baru terjaga dari pengsan.
"Entahlah kak, yang kita ingat. Kita terjumpa mayat Ika dalam tandas paling hujung sekali. Ngeri kak, kita terus terjerit dan rebah terus." Ujar Diana yang sedikit teresak.
"Kejap, awak kata, awak jumpa mayat Ika? Zulaikha?" soal pak guard yang bernama Pak Din. Diana menganggukkan kepalanya sambil matanya tak lepas memandang Pak Din.
"Ika dari jabatan sumber manusiakan?" angguk lagi.
"Aku dah agak dah." Pak Din mengetap bibirnya.
"Apa sebenarnya ni Pak Din?" soal Azah yang terpinga-pinga sedikit.
"Begini, Ika tu sebenarnya dah lama meninggal dunia. Dia dijumpai mati dalam tandas yang Pak Din jumpa kamu." Ujar Pak Din.
"Macam mana dia boleh meninggal Pak Din?" soal Diana pula.
"Keadaan mayatnya sama seperti yang kamu cakapkan. Dengar cerita, dia dibunuh oleh rakan sekerjanya yang cemburukan dia. Cuma tak tahu siapa yang bunuh dia sampai sekarang ni. Mungkin sebab itu roh dia tak tenang dan cuba mencari pembunuhnya. Sebelum ni, ramai yang dah jumpa lembaga dia berkeliaran dalam syarikat ni, yang paling baru kamulah." Terang Pak Din panjang lebar.
Diana ternganga ketakutan mendengar cerita Pak Din dan kemudiannya rebah pengsan sekali lagi. Sebelum rebah dia sempat membayangkan hancurlah harapannya untuk membeli barang yang diidamkannya pada bulan depan.
xperlu la kot wat citer nama ika or zulaikha.. kesian kt kwn aku yg nama ika..tp okay gk citer ni..
cuma hantu tu agak baik sbb berkenalan ngan ramah sekali.. btw,xwat ke smbgn citer tu?? mana tahu kwn ika tu bunuh dier sbb cemburu kalau xtau saper pembunuh??pe2 pon, tahniah, anda berjaya wat aku takut nk gi toilet..
rasanya lagi ok klu dikembangkan lagi cite ni... rase cam agak tergantung... de bbrapa perkara yang tak slesai.. xbrape nak seram... nway, cite agk ok.. nice try... gud luck utk ur next karya..
boleyla..naik jugak bulu roma aku.. hmm..ok..je..takde trgantung pun.. anyway..msti seramkan kalu duduk satu tempat tu sorang2 and malam2 lgi plak tu...aku pun takut..heiii..klar..bez.. urrmmm..snang2 commentlah citerr aku plak yekk..hihi...
urm.. ok la. cume sy rase plot cerite mcm ni dah byk org buat. why dont u try to do sumthng different or more challenging? sorry 4 this comment. i juz give u my opinion so that u will make some improvement later. neway, nice try 4 u writer!!
Hm...bleh tahan..best. ...seram dan suspen jgk. ending pn okey la cme tak ckup mantap sbb tak tahu spe pmbunuh ika dan ape jd dgn kes pmbunuhan tu..mybe bleh tmbah ckit lg. ape2 pn,overall cter ni best. keep on.good job.
can la...hehe..cite ni xbrapa suspen lagi..ble diperkembangkan lagi..btw,saya ska baca citer2 seram ni tau..including dis story..so,syabas kepada writer..
perbaiki lagi mutu karya anda k..i`ll b u supporter behind..GUD LUCK=)..
best la citer ni..aku mmg suka cter seram ni..bagi aku citer ni seram gak..p lau wat lagi seram lagi2 la best nye..thanks kepada penulis...tapi kan ending citer ni lucu la sikit...tergelak gak aku bace..
sram crta nie...pas nie tkut ar nk msuk tndas mlm2....p writer cerpn nie ok...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
yehuuuu!!!!!!!!!!!!!
akhirnya bjya mnjdi oang pertama..................
x seram:(