Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Maa masih lagi menunggu akan jejaka pilihan hatinya dengan penuh debaran. Hatinya seakan nak meletup ingin menanyakan akan status hubungannya dengan jejaka pilihannya, EMY. Lalu satu mesej penuh pengharapan ditulis,
"emy, maa akan tunggu emy kat astaka yang kite duduk ari tu. Maa akan tunggu emy sampai emy datang"
Astaka yang pernah emy meluahkan perasaannya terhadap maa pada suatu ketika dahulu. Amat manis jika dikenang kembali akan kenangan itu. Yang mana 2 hati bersatu kembali setelah berpisah 5 tahun dahulu akibat kehadiran orang ketiga. Walaupun pedih dengan peristiwa lama, maa masih lagi menerima emy sebagai kekasihnya untuk kali kedua kerana maa sedar akan kasih dan sayangnya kepada emy tidak pernah pudar. Memang emy yang maa nantikan selama ini. Setiap kali tidur, maa akan bermimpikan seorang lelaki yang memiliki badan seperti emy, tinggi macam emy dan perwatakan seperti emy. Walaupun muka lelaki dalam mimpinya tidak kelihatan tapi maa amat yakin bahawa lelaki dalam mimpinya itu ialah EMY. Sungguh kuat sayangnya maa terhadap emy.
Di hadapan tempat yang maa duduk, kelihatan seorang orang dewasa yang berbangsa cina yang sedang membaca akhbar. Maa masih lagi melayan rasa rindunya terhadap emy. Pelbagai persoalan yang terpendam di lubuk hatinya. Adakah emy masih mengingatinya? adakah masih ada maa di hati emy? Atau emy hanya mahu mempermainkan hati dan perasaannya sahaja? Sanggup maa datang ke genting seorang diri semata-mata mahukan jawapan untuk semua persoalan yang mengganggu fikirannya sejak emy mendiamkan diri setelah hubungan cinta termetrai.
Setelah sejam maa menunggu dalam kesejukan akibat cuaca yang sejuk dan berangin, maa nekad untuk membuat panggilan. Panggilan pertama tidak terjawab, begitu juga dengan panggilan seterusnya. Akhirnya maa memutuskan untuk menelefon ibu emy yang berada di Segamat, Johor.
"assalamualaikim, makcik sihat?" maa memulakan bicaranya
"waalaikumussalam, makcik sihat je. Nape maa?
"Makcik tau x emy watpe sekarang? Maa col emy asyik x angkat je, mesej pun x balas"
"entahla maa, emy tido lagi kot. Semalam die ade cakap kat makcik yang die kene keje sampai pagi. Maa cube col udin. Mane tau udin tahu emy katne."
Udin merupakan rakan sebilik dengan emy.
"boleh makcik bagi no tepon udin pada maa?"
"boleh, jap lagi maa col makcik semula ye. Makcik xdok kredit nie"
"ok, jap lagi maa col makcik"
Sambil menunggu mak emy mencari no telefon udin, maa melihat permandangan sekitar genting highland. Cantik dan sungguh dingin sekali. Tiba-tiba kelihatan awan hitam berarak dan kabus mula menebal. Bangunan yang berada dalam jarak 100 meter pun sudah tidak kelihatan lagi.
Maa menelefon semula mak emy,
"helo makcik, berape no udin?"
"013-419865. dapat x maa"
"dapat, time kasih makcik, nanti maa col udin."
"ok. Sama-sama"
Tanpa melengahkan lagi masa maa terus mendail no udin untuk bertanyakan tentang emy, jejaka yang sentiasa membuatkan maa berdebar bila berhadapan dengannya.
"helo, ni udin ke?
"ye, sape nie?"
"ni maa, boleh maa tau emy katne skrg"
"oh...maa rupenye. Udin kat KL nie. Emy de kat genting tu. die tido lagi kot. Die keje kol 4 ari nie."
‘Ni udin ke emy?" suara ditalian sebijik suara emy. Mybe maa dah terlampau rindukan emy, sehinggakan suara udin pun disangkakan suara emy.
“ni udin la, nape? Suara sama ke? Udin menegaskan bahawa dia ialah udin, bukan emy yang maa sangkakan.
“a’ah, same suara. K la udin, tq tau"
“sama2"
Maa x puas hati lagi selagi tak dapat bercakap dengan emy. Setelah beberapa kali maa mendail, akhirnya kedengaran suara emy di corong telefon. Suara bangun tido.
"helo, emy...." penuh pengharapan agar emy mahu bersuara
"ye...." dengan kasarnya emy menjawab "emy penatla....jap lagi nak keje lak"
"ma kat genting nie, nak jumpe ngan emy, boleh x?" penuh pengharapan agar secebis pertemuan.
"la...nape x cakap awal2 nak datang. Emy penatla. Emy nak tido. Emy nak keje jap lagi" Maa yang menahan sebak didada dengan tenangnya berkata," xpela, emy tido la k... nnti maa tunggu emy kat depan GICC ye". GICC iaitu Genting International Convention Centra, tempat emy bekerja.
"ok" ringkas sahaja jawapan emy dan terus memutuskan panggilan. Hanya Allah sahaja yang tahu akan perasaan maa ketika ini. Inikah layanan yang patut diterima dari insan yang amat dikasihinya selama ini.
Jam ditangan dah menunjukkan angka 2.30 petang. Ini bermakna lagi satu jam setengah lagi emy akan kerja. Maa mengambil kesempatan ini untuk berjalan2 di kawasan pusat membeli belah yang berhampiran dengan GICC. Kelihatan satu konvensyen akan berlangsung d GICC tersebut. Maa mengambil keputusan untuk berada di sebelah tepi GICC, di mana pintu keluar semua pekerja dari hostel yang disediakan oleh pihak GICC untuk pekerjanya. Terus berharap agar dapat melihat kelibat emy keluar. Biarpun sekadar melihat dari jauh untuk melepaskan segunung kerinduan yang telah lama bersarang didada. Beberapa kali air mata nyaris turun kepipi mengenangkan cinta yang tidak pasti akan statusnya setelah sebelah pihak mendiamkan diri tanpa khabar berita. Dikuatkan semangat agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini disitu.
Jam menunjukkan pukul 3.45 petang, tiba2 deringan mesej lagu ’tanpa’ nyanyian sixth sense, lagu yang amat digemari oleh emy. Debaran terus melanda maa.Kelihatan di skrin nama emy, terus maa menekan butang agar dapat membaca mesej itu.
"katne?" ringkas mesej dari emy.
"maa kat pintu masuk GICC" balas maa
Dari jauh maa melihat kelibat emy berjalan kearah kanan GICC dan berpatah balik ke arah kiri kerana maa berada di situ. Setibanya emy dihadapan maa, segera maa menyambut tangan emy lalu diciumnya tangan insan yang dirinduinya itu, selepas itu emy pula yang mencium tangan maa. Seperti selalu mereka lakukan ketika mula2 berjumpa.
Emy memulakan bicara, "emy sibukla sekarang nie, banyak keje la.nape x cakap awal-awal yang maa nak datang?"
"Xpela. Emy keje la dulu. Maa tunggu emy. Emy habis keje kul bape? Kan maa dah mesej emy minggu lepas cakap maa nak datang minggu nie. Lupe ar tu"
"xtau r emy habis keje kul bape nie, mybe kul 7 pagi esok. Tapi emy cube mintak kuar awal dalam pukul 8 malam. Ma stay up r kat mane2 dulu eh."
"ok. Ma tunggu emy. Tapi maa kene balik KL smula malam ni gak tau" maa berbicara.
"ok. Ma g la jalan2 kat mane2 dulu eh. Jangan duk sini, bahaya tau" sempat juga emy berpesan pada maa.
"ok. Maa ada bende nak gi tau emy nie...."
"nanti la kite bincang ye sayang. Tunggu emy tau. Emy masuk dulu. Jap lagi ade briefing plak. Majlis nak stat da"
Runtun hati maa mendengar kata sayang dari mulut emy. Memang itulah yang diperlukan selama ini. Sebuah kasih sayang dari insan yang amat dinantikan selama ini.
’Emy, bukan setakat 4 jam maa sanggup tunggu emy, malah jika ditakdirkan 40 tahun pun maa sanggup tunggu emy. Kalaula emy dengar ape yang maa cakapkan nie, alangkah bagusnya,’bicara hati kecil maa.
Lalu emy terus meninggalkan maa tanpa menoleh kepada maa. Maa yang melihat emy dari luar terus mengharap agar ada sekilas pandangan emy untuk maa sebelum emy meneruskan kerjanya, tapi hampa.....
Untuk menghabiskan masa selama 4 jam, maa terus menuju ke tempat membeli-belah. Matanya terus melilau mencari kawasan makanan kerana dari pagi lagi perutnya tidak terisi dengan apa-apa makanan pun. Dan akhirnya, dapat jua dia mencari sebuah tempat makan yang menjadi kegemarannya selama ini iaitu KFC. Tanpa berlengah, maa terus masuk ke dalam premis itu dan memesan makanan kegemarannya iaitu snake plate satu set. Puas hati maa dapat mengisi kekosongan perutnya dengan makanan kegemarannya itu.
Selepas makan jam menunjukkan pukul 5 petang. Maa terus bermikir apa lagi yang harus dilakukannya di tempat yang begitu asing baginya itu. Maa terus memulakan langkahnya dan menyinggah ke deretan kedai-kedai cenderahati, kedai pakaian, kedai kasut dan lain-lain. Setelah penat berjalan, maa berehat di bangku yang disediakan oleh pihak yang tertentu sambil melihat gelagat para pengunjung yang berbilang bangsa, warna kulit dan agama.
Maa yang kepenatan terus memikirkan dimana harus dia dapat merehatkan dirinya. Lantas difikirannya terfikir akan surau, lalu kakinya melangkah sementara matanya meliar mencari tanda arah untuk ke surau. Sesampainya ke surau, maa menunaikan solat jamak takhir asar dan zohor. Selesai solat, tangan ditadah agar dipermudahkan urusan hariannya dan ditenangkan hatinya menempuh liku-liku dan cabaran hidup yang mendatang.
Sedang leka maa membelek apa yang terkandung di dalam telefon bimbitnya, satu mesej dari emy masuk yang mengatakan emy dikehendaki stay up kerja untuk malam nie. Ini bermakna emy tidak boleh berjumpa dengan maa seperti yang dikatakan sebentar tadi oleh emy kepada maa. Sedih, sayu dan pilu hati maa yang tak terluah oleh perasaan. Hanya air mata yang menceritakan deritanya hati maa setelah membaca mesej itu. Penantianya kali ini menemui kekecewaan lagi. Ya Allah , tabahkan hati hambamu ini untuk menempuh cabaran dan dugaan yang Engkau berikan padaku. Doa dari hati kecil maa. Jam menunjukkan pukul 6.20 petang. Dengan hati yang berat, maa meninggalkan surau itu. Ma mendail no emy...
"helo, emy. Betul ke emy xleh kuar awal?" maa masih lagi mengharap agar ada jawapan yang menggembirakan hatinya dari emy.
"betul. Emy xleh tinggalkan majlis sekarang. Emy kene keje sampai pagi esok."
"kalu camtu, boleh tak emy kuar jap, maa nak balik da nie.Kalu boleh maa nak jumpe emy kejap sebelum maa balik nie"
"boleh, kejap je la. Jap lagi emy kuar. Maa katne tu?
"maa kat depan pintu meeting room GICC nie." balas maa
"ok, jap lagi emy datang." balas emy
Hamir 10 minit maa menunggu kehadiran wajah yang dirinduinya. Emy datang dan terus maa sambut tangan emy, lalu diciumnya seperti biasa. Emy sempat menasihati maa agar berhati-hati dalam perjalanan pulang ke KL nanti. Tangan emy maa tidak lepaskan dan terus mengharapkan sebuah kepastian dalam hubungan mereka.
“emy, plez jangan abaikan maa lagi." maa memulakan bicara
" emy sibuk sangat2 la sekarang nie. Emy harap maa faham." dengan penuh kerutan di dahinya menyatakan yang dia betul2 sibuk sekarang nie. Mangharap agar ma memehami akan kerjanya itu.
"maa boleh faham emy, tapi orang lain pun kerja jugak tapi xde la sampai abaikan awek sendiri. Takkan sehari satu mesej pun emy x leh hantar kat maa. Only one message. Plez dont do it to me, im so sad" panjang lebar ma meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada emy.
“bukan emy xnak mesej maa, tapi emy betul2 sibuk sangat sekarang nie. Ma kan tau emy x suke main mesej or col mase emy keje."
“maa tahu tapi xkanla satu mesej sehari pun x boleh"
Dengan tenang emy mengatakan, "maa, buat mase nie, maa buat ape yang ma nak buat. Emy kene kerja kuat, family emy perlukan duit sangat2 sekarang nie. Bile emy dah stabil, tau la emy ape emy nak buat dengan hubungan kita nie."
Air mata maa hampir gugur tapi masih mampu ditahan lagi oleh maa. Maa menguatkan semangatnya agar tidak kelihatan lemah di hadapan insan yang dikasihinya itu.
"boleh tak ma tau tentang hati emy? Emy dah ada yang lain ke?"
"yang emy tau emy xde kawan dengan mana2 perempuan selain maa" bicara emy "tentang hati emy, nanti la emy gi tau maa.plez, jangan terlalu mendesak. Emy serabut sangat sekarang nie." sambung emy.
"emy, ma sanggup datang dari jauh untuk tau jawapan tu sendiri dari mulut emy. Plez emy, jangan seksa ma dengan mendiamkan diri je. Kadang-kadang diam emy nie amat menyeksa jiwa maa.Ape salah maa pada emy?" lalu gugurnya manik-manik putih dari mata maa yang tidak mampu lagi ditahan oleh maa.
"maa, emy xtau nak cakap ape. Janganlah menangis sayang. Maa terlalu baik buat emy. Maa kejar dulu cita-cita maa n emy pun sama. Dah cukup segalanya nanti tau lah emy nak buat ape dengan hubungan kita nanti" dah dua kali emy mengungkapkan tantang perkara ini.
"emy, plez..." maa terus merayu agar ada sebuah jawapan dari bibir emy akan sebuah kepastian di hatinya terhadap cinta yang mereka bina.
Emy diam lalu di sentuhnya pipi maa yang basah dek air mata yang gugur dan terus berlalu pergi meninggalkan maa tanpa jawapan.
"Emy....! Emy....! Emy.....! ma menjerit nama emy namun jeritan itu hanya tinggal jeritan sahaja. Emy langsung tidak menoleh ke arahnya. Sebak terus melanda diri ma. Sambil menuju ke arah stesen bas, air mata maa x henti2 mengalir laju mengenangkan nasib cintanya. Persoalan dihatinya tetap tidak berjawapan.
Maa singgah sekejap di tempat yang pernah diduduki bersama dengan emy sambil makan buah strawberi suatu ketika dahulu sambil menangis sepuas-puas hatinya. Selepas itu, air mata dikesatnya habis. Lalu dikuatkan semangat untuk melangkah ke terminal bas.
Maa kuatkan semangatnya untuk teruskan langkah kakinya. Dia terus ke kuanter tiket bas genting lalu dibelinya tiket ke pekeliling jam 7.10 petang. Maa duduk di tempat yang disediakan di terminal bas itu. Fikirannya berkecamuk, tidak tahu apa lagi yang harus dilakukannya. Dia hanya memegang kata2 emy, "Maa kejar dulu cita-cita maa n emy pun sama. Dah cukup segalanya nanti tau lah emy nak buat ape dengan hubungan kita nanti". Dalam hatinya terus berdoa agar ada sinar yang menanti hubungan cinta mereka sampai ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat, insyaallah. Sepanjang perjalanan ke pekeliling mata maa tidak henti2 berair. Dalam hati maa berharap agar emy juga memegang kata2 yang sama. Maa nekad untuk meneruskan untuk mengejar cita-citanya memandangkan dia baru sahaja habis belajar dalam ijazah sarjana muda di Universiti Malaya.
’Emy, maa akan setia menunggu emy sampai hembusan nafas maa yang terakhir. Bagi maa, emylah cinta hati ma yang pertama dan yang terakhir,’ luahan hati kecil maa. Jika ditakdirkan kita bersama, kita akan bersama jua. Bahawasanya, jodoh, ajal, maut ditangan Tuhan. Kita hanya mampu merancang dan segalanya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
best tapi tak taw apa endingnya... tgantung plak rasanya..apa2 pn cayo2.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
not bad jln cta ni..
hope penulis dpt meningktkn lg gaya penulisan...
apa2 pn gud jod! n best of luck