Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Umi…." "Sarah, umi faham situasi Sarah. Umi tahu perasaan Sarah macam mana sekarang ni. Tapi, umi mohon dengan Sarah…tolonglah mengerti keadaan umi. Umi tiada pilihan sayang." Air mata yang bercucuran dipipi umi membuat hatiku sebak dan pilu. Kenapa situasi ini mesti aku alami? "Tak apalah umi. Sarah faham. Teruskanlah rancangan tu. Percayalah umi, kebahagiaan Sarah adalah apabila umi bahagia." Mungkin aku insan terpilih diantara yang lain. Terpilih untuk melalui dugaan ini yang pastinya tersimpan seribu hikmah yang aku tak tahu. Aku peluk umi kuat-kuat. Wajahku yang dibasahi air mata aku sembamkan ke bahu umi yang bergetaran menahan tangis. Umi membalas pelukan aku. Terasa bahang kasih umi hangat meresap ke seluruh tubuhku. Biarlah aku sakit macam mana pun. Tak apa. Untuk umi, aku sanggup berkorban apa sahaja sekalipun kebahagiaan hidupku sendiri yang terpaksa dikorbankan. Aku rela. Kerana aku cukup yakin, Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik untukku nanti. Ya-Allah, berilah aku kekuatan agar aku tabah menghadapi dugaanku. KepadaNya aku bermohon. Mengharap diberi kekuatan dan kesabaran. Hanya Dia yang mengetahui betapa hati aku sedang bergelumang dengan kesakitan yang maha dasyat kini. Aku kaku lama disejadah malam itu. Sambil menghitung waktu yang bersisa, segala kenangan lampau kembali menerjah ingatanku. "Terima kasih sebab sudi terima saya dalam hati awak, Sarah." Wajah Zafrul berseri-seri dengan warna ceria petang itu ketika kami duduk berbual di sebuah pondok usang tepi sawah berhampiran rumahku sambil menganyam mimpi demi mimpi. Sesekali aku mencuri pandang pada wajahnya disebelahku yang leka bercerita tentang angan-angannya. Aku tidak banyak bercakap, sebaliknya lebih banyak berdiam diri dan menjadi pendengarnya. Bukanlah aku tidak memiliki angan dan mimpi sepertinya, aku juga ada impian yang serupa seperti yang dia ceritakan itu. Cuma, aku takut! Aku takut untuk terbang terlalu tinggi. Bimbang jika terjatuh nanti, aku sendiri juga menanggung deritanya. Umi selalu pesan, manusia hanya mampu merancang dan berusaha, tapi Allah S.W.T yang menentukan segala kejadian. "Awak tak suka saya?" Zafrul yang menyedari aku banyak membisu lantas menyoal. Wajahnya berkerut menanti kepastian jawapan daripadaku. Aku senyum dan menggeleng. "Suka…" Itu sahaja yang terkeluar dari bibirku. Dia menghela nafas. Mungkin kurang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan aku kepadanya. "Habis tu… awak tak ada impian yang sama ke macam yang saya ceritakan tu?" Zafrul seperti mahu menduga perasaanku. Aku membuang pandang ke arah lain bila anak mata Zafrul memandang ke wajahku. Seketika, kebisuan mengisi ruang antara kami. Langit yang tadinya cerah sudah semakin merangkak tua menandakan sebentar lagi senja hampir tiba. "Sarah…..mari balik. Dah dekat nak senja ni." Suara laungan umi yang sedang mengatur langkah ke arah kami memecah kebisuan. Aku dan Zafrul segera menoleh kepada umi. "Allah sahaja yang tahu segala perasaan saya terhadap awak Zaf. Banyak mana sayang saya pada awak hanya Dia yang tahu." Aku menyusun bicara sebaik mungkin sebelum beredar meninggalkan pondok usang yang sering menjadi saksi pertemuan kami. Zafrul yang masih duduk di situ senyum sebaik mendengar kata-kataku. Mungkin berpuas hati dengan jawapanku. "Ya-Allah…berilah aku kekuatan menghadapi semua ini." Sekali lagi air mata aku tumpah. Aku merebahkan kepala ke bantal ketika jam hampir mencecah angka 4 pagi. Puas aku memujuk perasaan ini agar melupakan wajah lelaki itu, namun semakin dicuba, semakin kuat rindu mengetuk hati. Sudah lelah aku memberitahu hatiku sendiri bahawa lelaki itu bakal menjadi milik kakakku sendiri, namun hatiku tetap gagal memahami. "Kak long macam tak percaya la Zafrul tu bakal suami kak long, Sarah… dulu masa kecik-kecik, kami selalu bermain pondok-pondok bersama, dia jadi ayah, kak long jadi mak, rupanya bila dah besar semua permainan tu bakal jadi kenyataan. Masa tu Sarah belum datang lagi. Dia selalu datang kat rumah kita ajak kak long main dengan dia." Kak long nampak bahagia sekali mengimbau kenangan lamanya. Sesekali ketawanya bergema bila teringat sesuatu yang menggeletek perasaannya. Aku jadi cemburu melihat keceriaan kak long. Namun, apalah yang mampu aku lakukan selain daripada menerima ketentuan yang sudah tertulis ke atasku ini. Biarlah umi dan kak long bahagia. Aku pasti, bahagia untukku pasti akan hadir juga nanti. "Sarah sakit ke..? Macam tak gembira je?" Kak long yang perasan perubahan riak wajahku yang tidak seperti selalu segera menyoal, membuat aku terkejut. Aku cepat-cepat menggeleng, menidakkan pada apa yang disoal kak long. Aku senyum pada kak long, lantas tubuhnya kuraih dalam pelukanku. "Semoga bahagia kak long. Sarah gembira sangat tengok kak long bahagia." Aku menyusun bicara sebaik mungkin. Kak long membalas pelukanku. "Terima kasih Sarah. Kak long pun doakan semoga adik kak long sorang ni bahagia jugak…" Entah kenapa, bicara kak long bagaikan menghiris hatiku. Perasaanku jadi sebak tiba-tiba. Namun, syukur aku berjaya mengawal hatiku agar tidak menangis dihadapan kak long. Aku tahu, bukan salah kak long semua ini berlaku. Ini ketentuan Allah. Sudah tertulis jodoh Zafrul bukan denganku sebaliknya dengan kak long. Aku perlu belajar menerima hakikat itu! Berita rombongan meminang bakal tiba ke rumahku daripada keluarga Zafrul minggu lepas membuat aku sedikit terkejut. Zafrul sendiri tidak pernah suarakan hasrat meminangnya kepadaku. Tapi, tiba-tiba sahaja keluarganya memberitahu ayah mahu menghantar rombongan meminang. Aku menerima khabar itu dengan debaran dihati manakala Kak long yang baru pulang sebaik menamatkan pengajian dari Universiti Al-Azhar hanya senyum. "Tak lama lagi adik kak long dah nak jadi isteri orang la." Usikan kak long membuat senyuman dibibirku terukir. Aku tidak membalas usikan kak long sebaliknya memilih berdiam diri. Aku tidak mahu terlalu gembira dengan khabar yang datang tiba-tiba ini. Bimbang aku lupa diri. "Mana kamu tahu diorang nak meminang adik kamu?" Suara ayah mencelah, menyentap tangkai hatiku, membuatkan emosiku sedikit terganggu kala itu. Aku pandang wajah ayah yang sedang menghirup kopi. Kemudian aku toleh pula pada umi disebelah ayah. Umi senyum memandangku. "Ayah, kak long ingat bulan depan nak cari kerja la." Kak long cuba mengubah topik perbualan, memecahkan kebisuan yang melanda kami seketika tadi. "Baguslah. Cuba kamu tanya Zafrul, mungkin dia boleh bantu kamu dapatkan kerja. Lagipun ayah ada dengar, sekolah kat hujung kampung kita tu sedang mencari guru agama. Mana tahu kalau ada rezeki kamu, dapatlah nanti." Zafrul? Ayah seolah-olah cuba memadankan kak long dengan Zafrul. Tak kan ayah tak pernah perasan perhubungan yang terjalin antara aku dengan Zafrul? Mungkin.. kerana aku bukan anak kandungnya, maka dia tak perlu ambil tahu mengenai hatiku. Mungkin begitu agaknya! Hatiku semakin dihimpit pilu. Hari yang penuh debar kutunggu tiba juga. Patutlah ayah cakap begitu malam tu. Rupanya, awal-awal lagi dia sudah tahu rombongan itu datang untuk meminang kak long, bukannya aku! Tapi..kenapa umi tak cakap langsung hal ni padaku? Sampai hati umi. Masakan ayah tak beritahu umi perkara itu. Aku akur pada takdirku! Memang pedih! Namun, paling pedih sekali bila telingaku sempat mendengar sindiran sinis saudara mara Zafrul terhadapku. "Takkan nak meminang adiknya pulak, dah la tak tahu asal usulnya… tak berpelajaran, nanti tak pasal-pasal dapat cucu ntah apa-apa. Nak membina keturunan biarlah bermula daripada keturunan baik-baik, yang kita dah tahu asal usulnya." Tajam benar sindiran itu singgah menyapa telingaku saat aku membawa sedulang minuman ke ruang tamu. Aku pujuk hati sendiri yang mula diamuk sedih. Umi yang mungkin turut mendengar apa yang ku dengar memandangku dan kemudiannya menggenggam jemariku erat sebaik aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Umi…kasih dan jasamu tidak akan sekali aku lupa hingga aku menutup mata selamanya! Terima kasih kerana memberi ruang dalam hati umi buatku bertapak. Kalau umi tak kutip aku di kaki lima tepi kedai uncle Lim 20 tahun dulu, aku tak tahu apa nasibku sekarang. Tak tahu apakah aku berpeluang menghirup udara segar seperti hari ini. Tak tahu apakah aku berpeluang melalui warna warni kehidupan sehingga ke hari ini. Terima kasih umi! Aku ingat lagi zaman kanak-kanakku dulu… Ayah selalu memarahi aku dan mencari salahku. Namun, setiap kali dimarahi ayah, umilah insan mulia yang paling dekat dengan aku, yang meredakan aku dari terus menangis. Umi pujuk aku. Kata umi, hidup kita ni umpama roda, adakala kita di atas, adakala di bawah. Perjalanan kita tidak semestinya lurus, kadangkala kita terpaksa meredah liku-liku berduri. Pastinya semua itu demi mengajar kita sesuatu yang bermakna tentang erti kehidupan sebenarnya. Aku bukanlah seorang gadis terpelajar seperti kak long. Aku tiada apa-apa keistimewaan untuk dibanggakan. Yang aku ada cuma secebis kasih untuk umi, ayah, dan kak long yang memberi ruang buatku bernafas meneruskan kehidupan. Aku sedar, jika nak dibandingkan antara aku dengan kak long, pastinya kak long jauh lebih layak untuk menjadi suri dalam hidup Zafrul. Itu kenyataan! Pergilah dari hidupku Zaf! Bahagiamu tiada bersamaku…. "Umi, Sarah ingat nak cari kerja la. Mungkin minggu depan, Sarah nak ke Pulau Pinang. Sarah ada kawan kat sana. Dia boleh tolong Sarah carikan kerja." Aku ambil peluang meluahkan perkara yang terbuku dihatiku kepada umi malam itu ketika ayah dan kak long tiada di rumah. Seperti yang ku duga, memang umi terkejut dengan keputusanku. Umi pandang lama ke wajahku. Mungkin mencari kebenaran dari kata-kataku. "Kenapa? Sarah kecewa..?" Umi cuba meneka. Menyelongkar rahsia hatiku. "Tak adalah… Sarah nak kerjalah umi. Lagipun, tak kan selamanya Sarah nak menyusahkan umi, ayah dengan kak long? Sarah nak jugak merasa duit hasil titik peluh Sarah sendiri." Aku mengumpul kekuatan mengatur bicara sebaik mungkin. Berharap umi menerima keputusan yang kubuat. "Sarah nak tinggalkan umi ke?" Air mata umi yang mula bergenang membuatkan dadaku sesak menahan sebak. Aku genggam kemas jemari umi. Aku cium tangan umi tanda kasih. "Sarah tak tinggalkan umi. Umi sentiasa dalam hati Sarah sampai bila-bila selagi Sarah bernafas. Kalau tak kerana kasih umi, Sarah tak mungkin berpeluang mengecap kehidupan sebaik sekarang ni. Sarah takkan dapat lupa segala jasa umi dalam hidup Sarah. Sarah bahagia ada umi, walaupun Sarah tak dapat kasih sayang ayah. Tapi… Sarah tetap bahagia. Sebabnya.. kasih sayang umi terlalu banyak buat Sarah." Aku peluk umi lama… dan sekali lagi kami sama-sama menangis. Ya-Allah, ampunkan dosaku kerana buat umi menangis. Bukan niatku mengguris hatinya. "Sarah….duduklah dengan umi. Jangan tinggalkan umi. Pedulikan sikap ayah, umi kan ada dengan Sarah? Kak long pun sayangkan Sarah. Tentang Zafrul, anggaplah tiada jodoh Sarah dengannya. Umi percaya, ada lelaki yang jauh lebih baik lagi daripada Zafrul untuk anak kesayangan umi ni." Umi genggam kejap jemari aku membuat aku tersentuh hati. Bicara lembutnya meresap jauh ke lubuk jiwaku. Aku terdiam seketika. Wajah umi yang sedang mengamati wajahku ku pandang lama. Ada sinar kasih sayang terpancar dari mata itu menikam tepat ke hatiku. Aku tunduk kebawah. "Sarah nak kerja, umi boleh tolong carikan. Nanti umi tanyakan kawan-kawan umi." Umi…….betapa besarnya kasih sayangmu terhdapaku! Akhirnya aku mengangguk perlahan tanda setuju. Aku lihat umi senyum kembali. Senyuman seperti yang selalu diukirnya padaku.
ala.mcm tergntung jerk..tapi best ah..ngis gax neh..huhuh..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best gak, tp nper tergantung