Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ini hari yang paling sibuk. Sibuk dengan ‘assignment’ dan ujian. Dalam kelas pulak, asyik mengantuk jer. Pensyarah mengajar kat depan , aku and the geng dah tersengguk-sengguk kat belakang. Malah, siap ada yang dah buat peta dunia atas meja. Tetapi ini lah kehidupan kampus. Oh! Ya...nama aku Princess..Opps!!! tu nama glamor la...ni semua disebabkan aku ni cute..ala-ala puteri lagi..( bkn nk perasan tapi dah kenyataan..hikhikhik..) Tapi kan aku ada soerang kawan..nama dia Donut...ha...lagi komersial nama tu..mesti korang tertanya-tanya kenapa nama dia Donut...( jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..huhu..) Sabar-sabar....nanti aku citer..
"Opocot mak kau!!"
Aduh...sekali lagi aku melatah..apa taknya si Buqin ni asyik menggeletek pinggang aku aje. Memang tak boleh tengok aku melamun skit. Jeles jer.
" Woit!! Kau ni kenapa??asyik nk usik aku jer..dalam sehari kalau tak usik aku tak boleh ke? Dah jd tabiat ek?". Ha....kan dah kena sembur..tapi si Buqin tu memang tak pernah serik. Hari-hari buli aku walaupun kena marah kat aku. Ai..ape la keistimewaan aku ni.?? Maybe aku ni Princess yang cute...tu yang sentiasa menjadi perhatian ramai tu..(Hahaha..Maaf TERperasan lak..!!)
" Cik Siti oi…!!! Kau ni asyik melamun jer.. Hari ni ada kuiz tau tk?? Kau ada buat toyol tak?" Buqin merapati aku dengan sengih kerang busuknya. Ada makna la tu….
Toyol??ha..korang jangan panik..kitaorang kat sini memang dah biasa guna bantuan toyol untuk melepasi kuiz atau ujian. Tetapi untuk Final exam, belum lagi. Tak berani...takut nanti toyol tersebut buat hal...huhuhu...mesti korang fikir bukan-bukan kan?? Aku ni tak expert sangat buat toyol ni..tetapi member kamcing aku si Ema tu memang terer. Dalam beg die..buku die, handphone die.. penuh dengan toyol wa cakap lu...ha...amacam?? mesti korang ingat kitaorang ni syirik kan?? Baik jangan sebab kitaorang punya iman masih lagi utuh..huhuhu.. Ha..berbalik kepada citer toyol tadi...toyol yang dimaksudkan sebenarnya nota-nota kecil yang kami sedaya upayanya buat untuk dijadikan penyelamat semasa menjalani ujian atau kuiz. Manalah tau, kami memerlukan pertolongannya pada saat-saat genting nanti..bukan kami tak pandai( pandai dalam kategori sederhana) tapi faham-faham la..perangai camni dah jadi tabiat....ala..bukan selalu pun..sekali sekala jer...lagipun bukan aku jer yang guna toyol ni..satu kelas sepakat beb.. bdk sivik kelas aku pun termasuk dalam senarai toyol..eh!!pembetulan senarai pengguna toyol..hikhikhik..
" Siti oi...yang kau tersengih-sengih tu nape? Melamun je lebih..cepat la..aku nk guna lak toyol tu.." Sapaan Buqin mematikan lamunan aku. Aku terusan tersengih memandang Buqin dan berkata............ "Japla...nanti aku bagi, toyol ni nk tolong aku dulu." ( aku bukan tak nak bergantung pada keupayaan diri sendiri tetapi toyol tu yang tak segan-segan nak menghulurkan bantuan kepada aku..rezeki jangan ditolak..huhuhu..)
Baru je aku melangkah keluar dari kelas..handset aku berbunyi menandakan mesej masuk.. " Hai princess…comelnyer princess donut hari ni.." Aku tersenyum..( die ni baru perasan ke aku comel..bukan hari ni jer..hari-hari aku comel..hehehe..OoppSS!! TERperasan lagi !!) Aik!! Die ni mengintip aku ke? " Hai Donut katne tu?" Aku terus membalas SMS tersebut. " Ala..tak kisah la kat mana pun...Princess comel sangat hari ni..donut suka tengok princess.." Ai..mamat ni memang suka buat aku berjalan diawang-awangan...aku tersenyum penuh makna dan tanpa memandang hadapan, kaki aku terus melangkah sambil cepat-cepat mahu mmbalas SMS Donut...tetapi........ Ktongggg!!!!!!!!!!!!! Terasa berpinar-pinar mata aku. "Aduh!!!" Sakitnya dahi aku..(Kurang ajar punya tiang..) Tetapi malunya tak terkata..apa taknya Princess Cute terlanggar tiang..Semua pelajar kat situ memandang aku..(agaknya tk pernah tengok Princess Cute cam aku terlanggar tiang..yelah aku jalan tadi punyalah catwalk cam model..control ayu tapi sekarang rasanya mahu pengsan jer kat situ..malu giler...) Donut lak tengah gelak besar tak jauh dari situ..(jatuh saham aku, baru jer nk perasan cute...sekali terlanggar tiang..malunyer...malu.....) Aku cepat-cepat beredar dari situ tanpa menghiraukan mereka. Dahi cam timbul benjol jer..tetapi walau apa2 pun, aku kena control ayu..baru jer terlanggar tiang, mujur gak tak termasuk longkang...kalu tak memang sah aku buat2 pengsan kat situ jer..
Teringat peristiwa masa kem English beberapa bulan yang lepas, aku ni tak habis2 memalukan diri sndiri..semuanya berpunca dari diri yang terlalu teruja melakukan sesuatu..dan disitulah aku kenal donut...korang mesti nak tahu kan naper nama die donut..Meh!aku citer...bermulalah satu kisah yang memalukan diri aku....
Nak dijadikan citer, aku dan Ema terpilihla untuk mengikuti Kem Bahasa Inggeris disebuah tempat( maaf, tk ingat nama tempat tu ). Daripada situlah, kami dibahagikan kepada kpd beberapa kumpulan. Dipendekkan citer, aku ni satu kumpulan dengan Donut. Tetapi masa tu aku mengenalinya dengan nama Firdaus ( nama asalnya...). hinggalah kami ditugaskan untuk menyelesaikan satu aktiviti berkaitan dgn silangkata English. Aku rileks jer. Yang lain bertungkus lumus cari kamus...tetapi aku tetap maintain rileks...nak tahu naper?? Sebabnya aku ni memang tak nak kalut2..dalam otak ni, dah byk vocabulary..huhuhu...Selepas tu, ada satu perkataan ni "menderma", dalam Englishnyer "donated"( sebut betul2........)disebabkan aku ni mula2 tahu..aku punyalah excited bagitau diorang termasuk Firdaus tu sekali tetapi malangnyer diorang wat derk je kat aku..kuang asam btul!! aku pun cepat2 lah sebut "donuted" tu...tetapi sekali terkuar donut wa cakap lu ( malu Tuhan sajer yang tahu..terasa panas jer muka ni..kalau lah aku ada magic masa tu,nak jer aku hilangkan ingatan diorang sekejap agar tk ingat pe yang aku sebut td..) semua tengok kat aku termasuk Firdaus tu...terkekeh-kekeh gelakkan aku.. siap ejek-ejek aku lagi...dikatanya aku ni Siti Donut..( ada ke patut princess yang cute ni digelar camtu..tk sesuai btl..) dan bermula hari tu..aku dipanggilnya Siti Donut....tetapi korang mesti keliru asal lak aku yang dipanggil Siti Donut sedangkan Donut tu nama komersial Firdaus...sabar2..aku nk bgtau la ni..
Bermula dari situ..Firdaus ni asyik SMS aku jer..mulanyer aku malas nak layan..meyampah btl dengan dier tu..mana taknyer asyik nak kenakan aku jer. Tetapi bila lama-lama dah ok la plak, keserasian tu mula hadir ( skemanyer ayat...huhuhu..), si Firdaus tu pn mulalah guna panggilan Mr.Donut kat dirinya..( kononnyer nk sehati sejiwa ler...huhuhu...jgn mrh ye Donut...) aku pulak guna trademark Princess utk diri aku..sampailah sekarang...panggilan Donut untuk Firdaus dan Princess untuk aku..( yang sepatutnya Siti Donut..hehe..). Panggilan ini terlalu istimewa bg aku..tetapi korang jangan salah faham aku dengan Donut kawan jer..kawan baik.. ( jangan tak caya lak..)
Tinggal sehari jer lagi, final exam akan habis... Dalam masa ni, aku dah jarang berjumpa dengan Donut...bukan ape..busy dengan study.. Lagipun aku tk nak rapat sangat dengan Donut...aku tkt...( korang mesti faham kan??soal hati dan perasaan ni bukan leh dijangka...ane tau orang yang paling aku menyampah dulu menjadi kesayangan aku..tak ke naya tu!! ) Aku pernah gak cakap kat Donut...kalau nak kahwin dengan aku, hantarannya mesti Toyota Wish ( kereta idaman tu....) dan RM10K...huhuhu..( aku bukan materialistik...skit2 tu ada ler..tapi tu semua untuk kesenangan pada masa depan..hehe..) walaupun gitu, tu mungkin hanya angan2 indah...( yang tk tercapai dek akal..)
" Askum princess..dah lama tunggu Donut?" Teguran Donut mematikan lamunan aku. " Wslm...tk de lah..org pun baru je sampai..." " kalau gitu..blh kita mulakan perbincangan kita?" " ok..." Hari ni aku ada ‘group discussion’ dengan donut. Donut ni expert subjek Matematik jadi aku meminta pertolongan die untuk ajar aku...dan juga Ema.. Donut memang tegas dalam mengajar ni...( Garang pun ada..huhuhu..) sampaikan aku kena fokus 100% kat penerangan dia..nak pandang kat lain pun dia tak bagi ( seksa den....). Aku ni dahla jenis gelabah sikit, waktu dah singkat...mulalah nak blur....tapi mujurlah ada Donut...( ai! Tersenyum nmpk Donut...bangga lah tu...hehehe..) Aku dan Ema betul-betul kena torture kat Donut hari tu....... Sudah seminggu aku menghabiskan masa kat rumah...sudah seminggu juga aku berpisah dengan kawan-kawan aku termasuk lah Donut...akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajian aku selama 3 tahun di Politeknik. Banyak kenangan suka duka aku kat sana...aku mula rindukan semua itu...aku rindu nak tengok Ema bertungkus lumus buat ‘toyol’..aku rindu nak tengok gelagat Hazwan yang selalu tersenyum walaupun kena marah kaw-kaw kat pensyarah.. tak lupa juga kat si Buqin yang suka menggeletek aku,aku juga rindukan kesepakatan kami dalam meniru..di dalam kuiz dan ujian...( eh! Ayat tu tak sesuai...bukan meniru tetapi berusaha untuk mendapatkan jawapan..huhuhu..). Aku juga rindu.........(kat Donut la tu.) Eh!cam tau2 je korang ni...hikhikhik..rindu jugaklah sikit2.. ( Rindu gelagat Donut nyanyi lagu Setelah msa ngah webcam..yuhuuu...) Teringat hari terakhir exam..aku dapat merasakan perubahan pada diri Donut...tetapi aku buat tak tau jer..dia cam susah sangat nak mesej aku..seakan mencipta sedikit jurang pada persahabatan ni..aku betul-betul rasa tak selesa..tetapi biar je lah...aku pun tak nak paksa2 orang kawan dgn aku..( ayat pasrah ni..), maybe dia tak selesa berkawan dgn aku... hari terakhir kami kat politeknik tu..kami tak sempat jumpa hinggalah Donut pulang ke kampungnya di Selangor. Rasa terkilan gak...( sedih tk yah cakapla..) Rasa cam kehilangan pun ada..( ha...korang mesti bukan2 la tu...) Bukan ape, byk gak kenangan dengannya walaupun masa perkenalan tu singkat.. terutama panggilan Donut_Princess ni...tetapi entah ler...aku tak nak fikir hal ni...lagipun aku tau Donut tu caner..dan masa pun terus berlalu membiarkan kenangan Princess Cute bersama Donut terkubur dalam ingatan...........
5 tahun berlalu.........
" Siti!!!!!!!!!!!!! Bangunla cepat, kita dah lewat ni...kau ni asyik nak membuta je..lagipun kau kan dah janji dgn aku nk temankan aku pergi The Mines..cepatla bangun..." " Aku ngantuk la........kau ajak je la Si Montel tu...aku nak tido..." Jamie ni memang tak boleh tengok aku senang. Hari minggu macam ni lah aku nk rehat puas2..apa salah nyer ajak si Midah alias Montel tu temankan dier..mengada betul lah minah ni.. " Ala Siti....jomlah...aku tak kira.Aku nak kau gak yang temankan aku..Montel tu dah lama keluar dengan Samirah. Kau je yang boleh temankan aku..." Minah ni buat muka seposen pulak..ni yang aku tk leh tahan ni... " Yela....aku pergi mandi dulu...." " Ni yang aku sayang sangat kat kau ni.." Jamie menghadiahkan senyuman paling lebar pada aku...kuang asam betul..aku ingat nak rehat jer kat rumah tapi kerana kawan aku yang sorang ni,terpaksalah aku bangkit daripada kamar peraduanku. Kini, aku sudah bekerja disebuah syarikat kejuruteraan. Midah, Jamie dan Samirah tu rakan serumah dan juga rakan sepejabat dengan aku. Mereka lah penyeri hidup aku sekarang. Kawan-kwan lama?? Hmmmmm..diorang dah ada kehidupan masing-masing. Ema baru jer berkahwin dengan pemain bola sepak, kiranyer tengah berbulan madu lah sekarang..Buqin lak dah lama berkahwin, dah ada 2 orang cahayamata pun..minggu lepas aku ada terserempak dgn die kat Sunway Pyramid..dah jadi jurutera kat Petronas lagi..( tercapai gak cita-cita die..). Aku?? Dah byk pengalaman putus cinta yang aku kumpul.huhuhu..dan sekarang aku masih lagi membujang...( tak sampai seru lagi..huhuhu..). tetapi tetap maintain cute...Cuma dah tak berapa sesuai guna trademark Princess lagi...kenapa?? sebab tu hanya cebisan kenangan yang perlu dilupakan...( ada maksud tersirat ni...).
Ramai sungguh orang kat The Mines ni...pening kepala aku tengok gelagat mereka. Tetapi kerana Jamie ni yang nama sebenarnya Jamilah ( OppSSS!!! Sori Jamie...terbagitau nama klasik la pulak...hikhikhik..jangan marah ye Jamie..), aku sanggup korbankan masa tidur aku. Selama 3 thun aku disini, dialah yang selalu menolong aku dan juga memahami aku.
" Siti, kau tak nak beli apa-apa ke? Kasut kat sini lawa-lawa la...aku tak tahu nak pilih yang mana satu..." Inilah salah satu sikap Jamie yang tidak menyenangkan aku....kuat shopping..aku pun kaki shopping gak tetapi si Jamie ni memang raja shopping..kalu boleh semua yang dia nmpk cantik dia nk beli...aku lak suka beli apa yang betul2 buat aku berkenan jer... " Aku tak nk beli apa-apa...kau je lah yang shopping..." Setelah memberitahu Jamie, aku keluar dari kedai tersebut...aku jalan-jalan cuci mata disekitar kawasan tersebut. Tiba2 aku terpandang seseorang yang membuat aku rasa berdebar2.....seseorang yang dah lama aku nak jumpa...die kelihatan menunggu seseorang. Aku perlahan-lahan menapak ke arahnya..Ya Allah...memang sah dialah orangnya..aku ingin sekali menyapanya tetapi............( suspens ni...).
" Woit Cik Siti.!!! Kat sini rupanya kau...dah puas aku cari kau..jomlah kita pergi makan. Aku dah lapar ni...( potpet...potpet..)" Sapaan Jamie mengejutkan aku.. aku terkedu. Seakan tak dapat mengeluarkan sepatah pun perkataan disaat Jamie memarahi aku kerana meninggalkan die..aku masih dibayangi gambaran lelaki itu..memang sah dia lah orang aku rindui selama ni..
" Siti!!!! Are you okay??" kenapa ni?? Dari tadi senyap jer...." " Aku....aku ok...kau tak payah risau..jomlah kita pergi makan..perut aku dah lama berkeroncong ni...jomlah.." Aku segera mengajak Jamie untuk beredar dari tempat itu. Aku tidak mahu dia perasan apa yang sedang aku alami...dan apabila aku menoleh ke belakang, ku lihat si dia sudah berlalu dengan seorang gadis disisinya...( sudah berpunya rupanya..). Bermula daripada hari itu, aku tidak lagi memikirkan dirinya...
Hari ni...genaplah umur aku 26 tahun...semalam tepat kul 12.00a.m, Jamie, Midah dan Samirah memeluk aku seerat-eratnya sambil mengucup pipi aku...tidak lupa juga ucapan selamat hari jadi daripada mereka hingga menyebabkan aku mengalirkan airmata ( terharu la wei...).Ema juga ada menelefon aku. Tak sangka dia masih mengingati hari jadi aku. Aku betul- betul terharu dengan diorang...dan petang ni, Jamie sudah berpesan kepada aku agar balik awal daripada biasa. Dia dan kawan2 yang lain nak celebrate birthday aku kat KFC.. ( bertuah ada kawan cam diorang..untung2 nanti dapat makan KFC free..huhuhu...). tentu korang pelik kan..dalam banyak2 tempat, kenapa lah nak pergi celebrate kat KFC..cam budak2 je kan?? Tetapi diorang tu amat memahami Princess diorang ni..( dah lama tak guna ayat Princess ni..rasa janggal lak..huhuhu..).KFC tu merupakan tempat kesukaan aku..hari-hari makan kat KFC pun aku tak kisah.. jadi, sebab tu lah diorang pilih tempat tu.......( love u all my frens!!!!)
Sesampainya aku di KFC, kelibat diorang masih belum kelihatan...( beria2nya aku nak makan KFC free hinggakan aku sampai awal daripada diorang..huhuhu..lantakla..) tunggu punya tunggu, hampir setengah jam, diorang tak jugak muncul-muncul..diorang saja nak buat aku jadi hantu ni...Eh2!!!tersilap ayat...diorang saja nak buat aku naik hantu ni..diorang bukan tak thu yang aku ni tak suka menunggu...dari tadi aku call Jamie tapi tak berjawab..( mencabar kesabaran btul ) . Baik aku blah je lah...( melangkah keluar dari KFC dengan muka yang masam dan puashati..jagalah korang nanti...tanpa memandang sekeliling...airmata hampir2 nak kuar..sampai hati diorang..isk..isk..isk..)
Tonnnngggggg!!!!! Aduh!! Sakitnya dahi aku.....Ya Allah apa benda lak yang aku langgar ni?? ( buat-buat tanya jer..) Aku terlanggar pintu masuk KFC la pulak...( semua orang pandang kat aku..) Aku sengih selebarnya..buat macam tak ada apa-apa..( cover malu la beb..). padahal dalam hati rasa nak buat larian pecut 100 meter je....malunyer....tanpa menunggu lebih lama menjadi model pintu KFC tu, aku segera mahu beredar dari situ......tetapi tangan aku dipegang seseorang. Aku menoleh kebelakang...... " Ya Allah.............Donut...!!!!!" " Selamat Hari Jadi Princess......" Dia tersenyum. Jamie, Midah, Samirah dan Ema sedang gelak habis-habisan tidak jauh dari situ. Korang jahat!!!!!!!!!!!
Sebulan selepas birthday aku tu, Donut melangsungkan majlis pertunangan........( cuba teka dengan saper..huhuhu..). bukan dengan aku lah...( dgn makwe dialah..). tetapi aku amat gembira dapat berjumpa dengan Donut semula..Rupa-rupanya masa birthday aku hari tu, diorang dah berpakat nak kenakan aku. Tetapi aku tetap bersyukur. Akhirnya aku dan Donut berkawan seperti dahulu. Tunangnya juga mengenali aku. Tetapi panggilan Princess tidak lagi menjadi panggilan untuk aku. Cuma panggilan Donut je masih kekal...walauapapun terjadi aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Donut dimana saja dia berada. Dan persahabatan ini akan aku ingat sehingga hujung nyawaku.
lorhhhh,,,,,,ingtkn donut ngn princesssss,,,,,cdeyyyy cket r,,,,urm,,,btw cte ni igtkn ak kt dri ak sndri y mmbr dok pggl ak donut gk.....hikhik!!!!!!!!!!!!!!
best!! (^_^) dpt rasa realiti perbezaan antara sahabat dengan kekasih... jln cerita pun lain dr cerpen biasa... cme jgn byk sgt bracket ngn perasan... anyway, keep it up, writer!!
alamak..nape ending macam tu..ingat donut ngan princes... tp congratulation buat penulis.. semoga anda terus berkarya.. dan menjadi penulis yg berjaya..
thanks atas sume komen...ni first cerpen saya..byk kekurangan..papepun saya mencuba tuk memperbaikinya pada penulisan yang akan datang. terma kasih.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
okey la citer nie..
short form jgn guna sgt..
good luck to writer