Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hari ini, satu perlawanan bola jaring akan berlangsung di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum. Hanna selaku ketua pasukan bola jaring mewakili seolah tersebut berasa sungguh bersemangat untuk turun beraksi di padang. Masakan tidak, pasukan bola jaring sekolah ini boleh dikatakan jaguh di dalam sukan ini di daerah Alor Setar. Tambahan pula, kali ini perlawanan akan diadakan di sekolahnya sendiri. Hanna merasa yakin pasukannya dapat menjuarai perlawanan peringkat daerah ini. Sahabat baik Hanna, Aida juga mempunyai minat yang sama dalam sukan ini. Mereka telah bersama- sama di dalam sukan ini sejak tingkatan 1 lagi. Mereka selalu bersama tak kira waktu. "Aida, kau rasa kita boleh menang tak kali ini?", soal Hanna menduga Aida. "Apsal pulak tak menang. Mesti menang punya lah. Kita kan hebat, terkenal seantero dunia. Hahahaha", jawab Aida dengan bergurau. Hanna tahu akan sikap teman baiknya itu yang suka bergurau tidak kira masa. Kadang- kadang dalam masa terdesak pun dia boleh bergurau lagi. "Hehehe aku saja je nak test kau. Mana lah tau kalau- kalau kau kecut perut hari ni kan", kata Hanna mengusik Aida. "Eh tolong sikit. Ni Aida tau. Pantang menyerah sebelum mula..", jawab Aida dengan yakin. "Dah la tu. Jom kita masuk padang. Diorang dah panggil tu..", kata Hanna pada Aida sambil menarik tangan teman baiknya itu masuk ke padang. Aida terlihat seorang lelaki berbaju biru sedang memerhatikannya dari jauh. ‘Ah, dia pandang orang lain kot. Aku je yang perasan’, bisik hati kecil Hanna. Dia terus memberikan fokus kepada perlawanan yang akan berlangsung itu. Seperti yang diduga, pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum sekali lagi menjuarai perlawanan kali ini. Hanna merasa sungguh gembira kerana dapat membanggakan nama sekolahnya sekali lagi. "Eh Hanna, kau perasan tak ada seorang mamat tu asyik tengok kau je dari tadi. Aku tengok boleh tahan jugak rupa dia. Handsome. Kau kenal ke? Kenalkan la kat aku.", pinta Aida. "Aku tak kenal la Aida. Aku pun perasan gak, dari tadi sebelum game start lagi dia asyik tengok. Siapa eh? Nak kena pergo tegur ke?", soal Hanna. "Entah la. Ikut kau la. Tapi kalau aku la kan, aku mesti pergi tegur punya. Mamat handsome macam tu mana boleh lepas. Mana la tau lepas ni boleh berkawan", kata Aida sambil tersenyum. "Kau teman aku eh. Segan la", pinta Hanna sambil menarik tangan Aida. Mereka berdiri di hadapan lelaki tersebut. Lelaki itu agak terkejut. "Assalamualaikum. Boleh saya tanya, kenapa dari tadi lagi awak asyik tengok saya saja. Ada apa- apa yang tak kena ke? Atau kita pernah kenal ke sebelum ni?", soal Hanna berani. Dia tidak senang diperhatikan sebegitu. "Waalaikumussalam. Maaflah kalau awak tak suka. Saya tak ada niat apa- apa pun. Saya cuma berminat nak berkawan dengan awak. Saya Ariff. Ariff Syazwan. Saya datang ni pun sebab nak tengok game adik saya, Arianna. Dia satu pasukan awak juga kan", terang Ariff. Dia risau Hanna tersalah anggap mengenai dirinya. "Oh Arianna.. A ah dia sama pasukan dengan saya. Saya Nur Hanna Emilia. Panggil saya Hanna cukup lah. Ni kawan saya, Aida", kata Hanna sambil menunjukkan tangan kea rah Aida. "Hai.. ", kata Aida tersipu- sipu. "Kau ni kenapa Aida? Tersipu- sipu. Karang dia cakap kita gatal pulak. Kau jangan nak buat hal pulak", bisik Hanna. Lantas muka Aida terus berubah masam. "Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?", soal Ariff apabila melihat Hanna berbisik pada Aida. "Eh tak ada apa- apa lah.. Ermm tak pe la ye.. Kami ada hal sikit. Nanti kita jumpa lagi ye. Bye", kata Hanna sambil menarik tangan Aida meninggalkan Ariff. Selepas Hana dan Aida meninggalkan Ariff, Arianna datang menghampiri abangnya. "Kenapa bang?", soal Arianna kehairanan. "Tak ada apa la. Eh Hanna tu kawan kau ke?", soal Ariff pada Arianna. "Kenapa? Abang berkenan ke? Hehehehehe", soal Arianna pula. "Tak ada la.. Tapi kalau dapat berkenalan pun ok jugak", kata Ariff sambil ketawa. Dah la, jom kita balik. Dah lewat ni",ajak Ariff. "Yela, jom. Yana pun dah letih ni", balas Arianna sambil berjalan menuju kea rah kereta abangnya itu.
********************************************************************* Esoknya di sekolah, Arianna datang berjumpa dengan Hanna dan juga Aida. Niatnya hanya lah untuk mmberitahu hasrat abangnya untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan Hanna. "Hanna.. Kau sibuk ke?",soal Arianna memulakan bicara. "Tak la. Duduk la Yana", jemput Hanna. "Hanna, kau mesti dah kenal dengan abang aku tu kan semalam. Sebenarnya, dia berminat nak berkawan dengan aku. Dia suruh aku tanya kau boleh ke tak. Dan kalau boleh dia nak minta nombor telefon kau sekali", terang Arianna panjang. Dia malas nak berbunga- bunga bahasa. Just straight to the point. Itu lah sikap Arianna yang disenangi ramai. "Aku tak kisah nak berkawan dengan abang kau. Berkawan biar beribu kan, bercinta biar satu. Tapi aku tak berapa suka la nak bagi nombor telefon aku kat lelaki", jelas Hanna. Dia tidak mahu sesiapa pun berkecil hati dengan prinsip hidupnya ini. "Tak pe lah Hanna. Aku faham. Tapi satu lagi soalan. Kau dah ada boyfriend ke? Soalan ni bukan abang aku yang suruh tanya tau. Aku yang nak tanya", soal Arianna. "Tak ada la. Belum ada lagi. Aku malas nak nak fikir pasal lelaki ni. Lagipun hujung tahun ni kan kita dah nak exam SPM. Ku tak nak fokus aku pada pelajaran terganggu. Tu aje. Belum sampai masanya lagi untuk aku bercinta", terang Hanna tentang prinsipnya itu. "Tak pe la. Aku sokong kau. Ermm Aida, kenapa kau diam aje ni. Aku ganggu kau dengan Hanna ke? Maaf la", kata Arianna serba salah. Dia risau kedatangannya ini mengganggu perbincangan Hanna dan Aida tadi. "Tak la Yana. Cuma tiba- tiba aku rasa tak sedap badan pulak. Tak tahu la kenapa. Korang berdua borak- borak la dulu ye. Aku nak pergi tandas kejap", kata Aida sebelum berlalu pergi. Hanna agak hairan melihat perubahan air muka Aida itu. Pelik. Kenapa tiba- tiba saja dia berubah perangai sedangkan baru tadi mereka bergurau senda. Namun Hanna membiarkan saja persoalannya itu. Dia terus berborak dengan Arianna.
******************************************************************** Setelah tamat waktu persekolahan, seperti biasa Hanna dan juga Aida akan pulang bersama dengan menaiki basikal. Hanna menunggu Aida di hadapan pintu pagar sekolah kerana Aida ingin berjumpa dengan cikgu sebentar. Tiba- tiba Ariff muncul di hadapan matanya. Dia menjadi agak kaget. ‘Kenapa dia boleh muncul kat sini pulak’, bisik hati Hanna. Ariff tersenyum melihatnya yang seperti kegelisahan itu. "Seorang je ke?", soal Ariff setelah merapatinya. Dia agak segan dengan keadaan sebegitu. Semua murid yang lalu- lalang di situ memerhatikannya. "Tak la. Saya dengan Aida. Dia pergi jumpa cikgu kejap. Tengah tunggu dia la ni",jawab Hanna sopan. "Ermm saya nak ajak awak keluar petang ni boleh tak?", soal Ariff. Dia teringin benar untuk berkawan lebih rapat dengan gadis bernama Nur Hanna Emilia ini. Hatinya telah terpaut suka pada gadis di hadapannya ini. "Saya minta maaf sangat. Saya tak biasa keluar dengan lelaki la Ariff. Lagipun saya ada tuition petang ni. Maaf la", Hanna memberi alasan. Dia tidak mahu ariff salah anggap mengenainya tetapi dia tidak biasa keluar bersama lelaki melainkan bersama ayah atau abangnya. "Kalau macam tu, hari lain pun tak pe. Saya tak kisah asalkan awak sudi keluar dengan saya. Please.. jangan hampakan saya. Kalau awak nak bawak Aida sekali pun saya tak kisah", rayu Ariff bersungguh- sungguh. "Macam ni lah. Bagi saya fikir dulu. Nanti saya bagi keputusan. Tapi awak jangan berharap sangat pulak", kata Hanna lembut. "Esok saya datang lagi ye. Nanti awak bagi lah jawapan awak tu", jelas Ariff pula. "Eh tak perlu la awk datang ke sini. Nanti saya cakap lah kat Arianna. Dia boleh sampaikan kat awak kan. Tak perlu la susah- susah tunggu kat sini", jawab Hanna. "Yela.. Tapi saya harap sangat awak setuju. Tak pe lah, saya balik dulu ye. Nanti bising pulak Arianna dalam kereta tu. Assalamualaikum..",kata Ariff sebelum melangkah pergi. Sebaik Ariff pergi, Aida datang kepadanya. "Hoi.. Apsal si Ariff tu datang?",soal Aida dengan muka hairan. "Kau ni.. tak reti bagi salam ke. Dia datang nak ajakaku keluar la. Segan la aku. Dia suruh kau temankan aku", terang Hanna tanpa berselindung. "Habis tu kau jawab apa?",soal Aida ingin tahu. "Aku cakap la nanti aku bagi jawapan. Tapi aku malas la Aida. Aku tak pernah pun keluar dengan lelaki sebelum ni. Lagipun aku tak berminat",terang Hanna. Jawapan Hanna itu membuatkan Aida berasa sedikit lega. Sebenarnya, Aida menyimpan perasaan pada Ariff Syazwan. Sebelum ini, dia pernah terserempak Ariff ketika menjemput Arianna pulang dari sekolah. Sejak itu, dia mula memasang niat untuk mendampingi Ariff. Tetapi secara tiba- tiba Ariff muncul pada perlawanan bola jaring tempoh hari. Ariff menunjukkan minat utuk berkawan dengan Hanna, bukan dengannya. Dia berasa sungguh kecewa dan agak cemburu pada Hanna. "Aku rasa baik kau tak payah la keluar dengan dia Hanna. Kau bukan kenal dia sangat. Nanti dia buat apa- apa kat kau macam mana? Lagipun bukan ken anti akan melanggar prinsip hidup kau tu kalau kau keluar dengan dia", kata Aida cuba memujuk Hanna supaya tak menerima pelawaan Ariff sebentar tadi. "Nanti la aku fikir dulu", jawab Hanna ringkas. Mereka mula mengayuh basikal untuk pulang ke rumah. Dalam fikiran Hanna hanya memikirkan sama ada harus menerima atau menolak pelawaan Ariff itu. Dia serba salah.
******************************************************************** Esoknya di sekolah, Hanna berjumpa dengan Arianna untuk memberitahu keputusannya itu. Mereka berjumpa pada waktu rehat di kantin sekolah kerana mereka tidak berada di kelas yang sama. "Yana, boleh tak tolong sampaikan pada abang kau aku minta maaf sangat- sangat sebab tak dapat terima pelawaan dia untuk keluar sama- sama tu", jelas Hanna kepada Arianna sambil diperhatikan oleh Aida. "Boleh aku tahu kenapa kau tak boleh keluar dengan abang aku?", soal Arianna ingin tahu. "Sebenarnya aku dah ada boyfriend. Aku tak nak dia salah anggap kalau dia tahu aku keluar dengan abang kau. Aku minta maaf sebab tipu kau hari tu cakap aku tak ada boyfriend lagi. Aku minta maaf Yana. Kau tolong sampaikan pada abang kau ye", pinta Hanna. Dia terpaksa berbohong untuk mengelak dari keluar dengan Ariff. Dia tidak mempunyai alasan. Lagi pula dia tak nak dianggap sombong kerana tidak mahu menerima pelawaan Ariff itu. Dia juga harus menjaga hati Aida, sahabat baiknya sejak dari kecil lagi.
*********************************************************************** Loceng berbunyi menandakan tamat waktu persekolahan hari ini. Sedang mengemas barang-barang ingin pulang, Hanna memberitahu Aida ada hal yang ingin dibincangkannya. Selepas semua orang meninggalkan kelas itu, Hanna memulakan bicara. "Aida, boleh aku tanya kau sesuatu tak?", soal Hanna memulakan bicara. "Tanya aje la Hanna. Kau ni kenapa serius sangat?", soal Aida kehairanan. "Kau sukakan Ariff ye?", soal Hanna inginkan kepastian. "Tak lah. Merepek je la kau ni. Ariff kan sukakan kau. Tak kan lah aku nak sukakan dia", kata Aida cuba mengelak. Dia sendiri hairan macam mana Hanna boleh bertanyakan soalan sbegitu. Dari mana Hanna tahu dia menyukai Ariff. "Kau jangan la nak tipu aku Aida. Bukan baru sebulan dua aku kenal kau. Dari kecil lagi kan. Kita membesar bersama. Aku cukup faham dengan perangai kau Aida. Macam mana reaksi kau kalau kau tak suka, semuanya aku tahu. Mengaku aja la Aida. Aku sikit pun tak marah atau terasa hati. Lagipun dia bukannya boyfriend aku. Aku tak ada perasaan langsung pada dia", terang Hanna panjang lebar. Dia tak mahu hanya disebabkan seorang lelaki hubungannya dengan Aida yang dikenalinya sejak kecil terputus begitu saja. Dia menyayangi Aida. "Memang aku sukakan dia Hanna. Sebelum kita jumpa dia pada hari perlawanan bola jaring tu lagi. Aku selalu terserempak dia masa dia datang jemput Arianna balik sekolah. Tapi kau aje yang tak perasan. Masa dia cakap dia minat kat kau, aku kecewa sangat. Bila kau cakap dia ajak kau keluar semalam, aku rasa sakit hati sangat. Aku tahu bukan salah kau, tapi hati ni.. Aku pun tak tahu la kenapa. Aku mint maaf sangatHanna", jawab Aida. Jawapan Aida itu membuatkan Hanna agak terkejut. Dia tak menyangkakan Aida telah menyimpan perasaan pada Ariff agak lama. "Begini lah Aida. Aku tak nak disebabkan Ariff kau dan aku bermasam muka. Aku mengaku perasaan suka pada Ariff ada dalam hati aku. Tetapi baru nak bercambah. Masih awal lagi. Sebab tu aku terpaksa bohong Arianna aku dah ada boyfriend supaya Ariff tak lagi kacau aku. Aku lebih ayangkan persahabatan kita dari pada Ariff. Aku tak sanggup kehilangan kawan yang aku kenal 17tahun yang lalu. Kalau kau betul- betul sukakan Ariff, luahkan la pada dia. Mana la tahu dia menerima cinta kau. Kau jangan la fikirkan pasal aku. Aku ok aje", kata Hannasambil tersenyum. Dia sanggup berkorban untuk Aida walaupun terpaksa berkorban kasihnya pada Ariff. Dia mahu Aida tahu bahawa dia betul- betul menghargai persahabatn mereka selama ini. "Tak pe lah Hanna. Aku dah tak kisah dah pasal Ariff tu. Yang penting sekarang hubungan kita dan juga SPM kan? Kumbang bukan seekor kan? Kalau kau boleh berkorban untuk persahabatan kita, aku juga boleh Hanna", kata Aida penuh semangat. "Bagus lah kalau kau fikir macam tu. Sekarang kita tumpukan tumpuan pada exam kita ye. Tak payah la fikir pasal lelaki lagi. Ok?", kata Hanna. "Betul tu", jawab Aida.
Mereka berdua pulang ke rumah seperti biasa. Hanna mahupun Aida sama- sama menghargai persahabatan mereka. Zaman sekarang, susah untuk mencari sahabat sejati yang sanggup bersama kita susah dan senang. Hanna berasa sungguh gembira kerana mempunyai sahabat sebaik Aida, begitu juga Aida.
sebuah persahabatan dan percintaan.. ikatan sebuah persahabatn lebih bernilai dari ikatan sebuah percintaan yang belum tentu kekal selamanya seperti sebuah persahabatan...
kenape x leh nak download.. citer bagus tapi klau dpt download lg bagus....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
citer pe ni?...
agk kabut r..