Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cempaka Alia. Indah namamu seindah rasa hatiku yang mengharum untukmu. Dalam diam aku meletakkan dirimu menjadi gadisku. Namamu sudah cukup menepu di petak hatiku ini. Tiada ruang untuk orang lain lagi Cem. Namun aku hanya mampu memandang dari kejauhan. Dari mana-mana sudut di kampus ini. Mengait kasih sendiri tanpa benang cinta dari hatimu. Kau gadis cantik, secantik pekertimu. Mengundang gundah di hati setiap lelaki yang mengenalimu. Tetapi Qayyum sentiasa ada disampingmu Cem. Dia seolah-olah telah membina tembok yang tinggi bagai mencanang dirimu kepunyaannya. Tidak boleh diganggu. "Berterus-terang saja Az." Itu saranan dari teman baikku, Mursyid. Semudah bibir atas bertemu bibir bawah. Mengeluarkan kata-kata tanpa memikirkan impak yang bakal ku terima. Tetapi bagiku tidak semudah itu Cem. Aku tidak mempunyai keberanian itu. "Sampai bila kau nak tengok dia dari jauh?" "Aku lebih senang begini." "Nanti kau juga yang menggigit jari." Mursyid benar. Aku sedang menggigit jari ketika ini. Sakit sekali. Melihat kau tertawa riang disampingnya. Bagai ada bongkah cemburu yang menghempap kepalaku. Sarat dan berat. Lebih parah, hati ini terhiris luka Cem. Tetapi aku tidak pernah menyalahkan dirimu. Kau memang tidak bersalah. Khilafnya aku bertepuk hanya sebelah tangan. Kau tidak pernah sedar akan kewujudanku Cem. Memang kau tidak nampak dan tidak pernah melirik sedikit pun dari ekor matamu yang bundar itu. "Dia milik orang." "Kau silap Az. Seorang perempuan akan menjadi milik seorang lelaki, bila dia sah menjadi seorang isteri. Bukan kekasih." "Tak akanlah kau nak suruh aku merampas awek orang Syid?" "Kau takut?" Aku tidak pernah takut dengan perasaanku Cem. Walau di mulut naga sekali pun aku sanggup merampas dirimu. Tetapi itu pasti mengundang benci di hatimu bukan? Aku tidak mahu menanam benci di hatimu terhadapku. Aku tidak tega. Aku rela kau memandangku sepi dan terpinggir begini, dari kau membenci diriku.
~~~~~~~~~~~~~
Hatiku meruntun hiba tatkala kau menangis teresak-esak di pantai ini. Deruan ombak yang gemersik bagai turut serta mengalun lagu hiba bersamamu. Kau ditinggalkan Qayyum. Itu yang ku dengar dari sosek-sosek di kampus. Apa salahmu wahai gadisku? Hingga tega lelaki itu mencampak dirimu ke tepi setelah kau dicanangnya sebagai kekasih hati. "Qayyum mengejar cinta baru." Suara hibamu meluluhkan hati lelakiku. Sungguh Cempaka Alia, jika kau bersamaku, tidak akan ku biarkan kau menangis begini. Tidak akan ku biarkan kau berduka lara seperti ini, sayang. "Bangun Cem, jangan seksa dirimu begini. Tak elok." Aku cuba membantumu. Kau hanya kaku mematung. Memandang aku bersama pipi yang lencun. Cukup membuat aku terjelepok di sisimu. Mengundang pilu di hati ini. Aku tidak tega melihat gadisku bersedih hati begini. "Kau tahu Azril, kau dijadikannya sebagai alasan untuk meninggalkanku." Aku melongo. Kau kenal aku Cem? Kau tahu namaku? Selama ini aku wujud di kornea matamu? Dan Qayyum juga kenal aku? Aku terkesima bila kau memandangku lalu menghadiahkan senyuman madu. "Kau terkejut? Tak percaya?" "Aku bukan siapa-siapa di mata orang-orang dikampus itu. Aku hanya cebisan warga yang tidak pernah sesiapa sedari pun. Tujuan utamaku hanya menggali ilmu sebanyak mungkin. Jadi pastilah aku tidak percaya jika gadis popular seperti kau mengenali aku." Ku lihat bibir mongelmu mengukir senyuman hambar. Tidak seceria ketika kau bersama Qayyum. Apakah benar diriku adalah alasan konkrit Qayyum meninggalkan dirimu Cem? Aku tidak pasti. Jika benar, aku sedia berhadapan dengannya. Lelaki itu patut ku ajar kerana mendustai janjinya kepadamu Cem. Membuat kau lara dan nanar.
~~~~~~~~~~~~
"Kau sudah cakap pada dia?" Sekali lagi Mursyid mengasak dengan soalan yang menyesakkan dada. Jika aku punya kekuatan dan keyakinan sudah lama aku melamarmu menjadi kekasih hatiku Cem. "Aku tengok kau pun rapat dengan dia sekarang. Inilah peluang keemasan kau Az." "Hatinya masih ada Qayyum." "Takkanlah? Apa lagi yang dia harap dari jantan tak guna tu?" "Perempuan Syid, dalam percintaan merekalah yang paling setia." "Jadi kau tak nak mencuba? Cuba sajalah Az, mana tahu ada jodoh. Inilah masa untuk kau menjadi hero dia." Mudahnya kau berkata Mursyid. Aku tidak mahu menjadi pembebat sunyi dikala hatinya lara dan kesepian. Biar dia sendiri sedar betapa tulusnya hatiku ini. Melakar kuntuman kasih menjadi kelopak cinta yang cantik. Namun mengambil kesempatan di saat hatinya rapuh dan nanar jauh sekali. "Aku tidak akan menaguk di air yang keruh Syid. Itu bukan aku. Kau sendiri tahu itu bukan?" "Payah betul bercakap dengan orang ego macam kau ni." Ego? Aku ego? Bukankah aku ini lelaki, Mursyid. Ego dan lelaki tidak dapat dipisahkan. Seperti perempuan dan airmata juga. "Kau umpama pungguk rindukan bulan tahu? Kau tahu tak berapa ramai lelaki yang mencuba nasib untuk memikat hatinya? Menawan cintanya?" Aku terkesima. Benarkah? Aku celaru. Umpama biduk tanpa haluan dilambung ombak yang tinggi mengganas. Biarlah. Biarkan mereka. Aku mahu mengejar cita dahulu. Andainya ada jodoh antara kita Cem, aku pasti kau akan menjadi milikku suatu hari nanti. "Kau akan tewas sebelum berjuang sahabatku." "Di bahuku tergalas harapan orang tuaku Syid." "Tidak salah cinta dan cita jalan seiring Az." "Biar aku tewas bercinta, jangan terkandas di medan ilmu. Aku bukan dari golongan berada, aku pemburu kejayaan." "Bagaimana cinta kau kepadanya?" Jika ditakdirkan aku gersang tanpa cintamu pun tidak mengapa Cem. Aku pasrah. Akan ku selesaikan yang mana telah ku mulakan. Aku harap kau mengerti Cempaka Alia. "Dia perempuan Az. Tak akanlah kau nak dia mulakan dulu? Di mana maruahmu sebagai lelaki sejati sahabatku?" Aku pasrah Cem. Biar takdir penentu segalanya. Biarku pastikan duduk bangunku dahulu. Menjadi pemujamu dari kejauhan bagai pelayar yang mengemudi bahtera keseorangan tanpa kelasi, tanpa nakhoda untuk menongkah gelora di laut yang luas. Aku puas. Jika begini takdirnya untuk aku menjulang cintaku yang melangit tinggi aku redha Cem.
~~~~~~~~~~~~~~
Aku masih merindui gadisku yang bernama Cempaka Alia. Lima tahun sudah berlalu. Di mana kau kini sayangku? Aku panasaran. Kehilanganmu membuatku nanar. Membuatku tidak keruan. Lima tahun aku mencari. Hidupku sudah stabil Cem. Misiku kini menjadikanmu suri hatiku. Namun kau bisu seribu bahasa hingga aku akur dengan ketentuan ini. Mungkin tiada jodoh antara kita di alam yang fana ini. Mungkin kau tidak dicipta dari tulang rusuk kiriku. Aku akur dengan keputusan keluarga. Mereka merisik seorang gadis yang lansung aku tidak kenal Cem. Aku tidak gembira. Namun menderhaka kepada orang tuaku tidak sekali. Ada baiknya aku mengikut saja. Jika yang tertulis untukku adalah gadis itu, aku sedia menerima tanggungjawabku itu sebagai pemimpin dan pelindungnya. Kata ayah, gadis itu pekertinya indah. Adakah seindah pekertimu Cem? Aku tidak nampak mana-mana gadis pun yang pekertinya seindahmu. Atau akukah yang buta di dalam terang? Kata ibu pula, gadis itu cantik. Secantik dirimukah Cem? Bagiku tiada siapa yang boleh menandingi kecantikanmu yang asli itu. Yang kau miliki sejak azali lagi. Ah, ternyata aku sangat merinduimu. Hadirlah Cem. Hadir dalam mimpiku walau seketika cuma.
Majlis pernikahanku berjalan lancar. Sederhana dan meriah. Kini sampai masanya aku menemui gadis yang tidak ku kenali lansung. Yang tidak seculin pun aku ingin ketemu dengannya sebelum ini. Itu satu-satunya permintaanku kepada ayah dan ibu. Aku hanya ingin menemuinya pada acara membatalkan air sembahyang. Kejamkah aku Cem? Kini gadis yang tidak ku cintai itu telah sah menjadi isteriku. Longlai langkah ini saat pertama kali ingin bertemu dengannya. "Assalamualaikum." Salam ku hulurkan saat menjengah ke bilik pengantin perempuan. Aku terkesima saat melihat sang puteri tersenyum manis. Semanis madu. Kau Cempaka Alia? Kau sang puteri yang ku abaikan sebelum ini? Kau gadis yang ku puja saban waktu? Kau yang berada di hadapanku ketika ini Cem? Ingin saja aku memeluk dirimu saat itu Cem. Jika ku tahu kaulah bakal suri hatiku, pasti aku tidak akan membiarkan diriku larut dalam emosi. Aku bahagia sekali saat pertama kali kita bersentuhan. Saat kau mengucup tanganku sebagai seorang isteri. Mengharap redha dariku. Itu sudah pasti Cem. Selagi kau taat setia dengan cintamu tiada apa yang mampu menghalangku lagi untuk terus melebarkan empayar cintaku ini. Aku janji Cempaka Alia, aku tidak akan mempersiakan dirimu. Biar kau berasa bahagia hidup bersamaku. Biar kau tahu betapa agungnya cintaku kepadamu sayang.
cite nye best.. tp xkan laa si azril tu x prasan nma cempaka masa akad nikah, sblum upacaraca batal air smbhyang.. bukan ke time akad nikah, pengantin laki akn sebut nme pngntin pompuan ke??? hehehe.. tp ape2 pun cite ni best.. keep up ur good work...
masa upacara membatalkan air sembahyang baru azril tau isterinya cempaka alia..abis tu masa akad nikah tu dia sebut nama saper..ke cempaka alia tu nama samaran bg gadis yg azril cinta..
cerpen ni dh bagus cuma lg bagus klu diceritakan lg situasi semasa akad nikah yg mana nama bakal isterinya sama dengan nama gadis yg dia cinta..
wat de fucking hell citer nie? sblom kawin xpegi kursus kawin ke??? kt borang nikah xde ke name si isteri azril bongok tuh???? mase akad nikah sebut name pompuan laen kot????? name glamor sgt la konon chempaka alia,tp suami sndr pon xtau name ko... dasar laki xabis sekolah..skema tahap badak dah lemas dlm air...
harap je bahasa belit2.. tp cam haram je... baik xpyah buat citer.. bahasa berbunga,tp jalan citer bia la logik sket weh.... baik tukar profession la.. xlayak lnsung!
bagusnye bahasa bab nak mengutuk orang. untuk penulis, kelemahan awak sebab awak lalai kat part akad nikah tu. the rest semua da bagus. komen2 yang menjatuhkan awak sebab diaorang ni emosi sangat. jangan give up. so, harapan saya awak akan lebih alert lepas ni. better double check karya awak before publish.
ntah pape ntah orang2 yang komen menjatohkan nie...pandai cakap orang tu x layak... ko tu macam layak sangat.. cube ko tulis berita cam die.. tgok ko ade bakat ke tak...banyak bunyi je.. 2 writer,keep it up... 8) wat lagi cerpen yg best2 k
penulis jgn mudah lemah semangat, bahasa awak bagus, jarang ada penulis cerpen kt sini yang pandai berbahasa seperti awk, teruskan usaha. jgn putus asa. gud job. keep it up
i think betolla tuh ...xkn x pasan..x logik..erm..tp cre bg teguran tuh..rsenyer..biorla org2 yg tegur tuh decide..nk ckp ksar ke lembut ke..we all shuld have realized that people diferent...huhu..klu x buhsan la dnia nih..sumer org ckp lembut jek.nnt x mkn dlam...aik3..let them be..besh sket org len bcer komen nih..variasi!!haha
terima kasih pd komen yg membina. bab yg mengutuk tu takpela.. saya maafkan. mungkin sy terlalai kat situ. apapun ini percubaan pertama saya... terima kasih sekali lagi.
nak bg komen yg x membina pun, hati2 r gne bhsa 2...mcm r bguzzzzzzzzzzzz sngt. buat penulis, manusia memg xda yg smpurna, apepun gud luck utk kmu..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bestnye.......cerita ni.buat lagi cerita...