Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Aliya tahu ma, Aliya tak sehebat along, tapi Aliya dah cuba sedaya mungkin untuk puaskan hati semua pihak. Aliya ada impian sendiri. Sekarang dah masanya Aliya tumpukan pada keinginan Aliya" dengan nada yang sedih dan kecewa Aliya mencurahkan isi hati kepada mamanya, Zaharah. Aliya adalah anak kedua kepada pasangan Amran dan Zaharah, seorang usahawan berjaya yang memiliki perniagaan terbesar di ibu kota. Anak sulung mereka iaitu Aliza menurut jejak langkah Amran dalam bidang perniagaan. Impian Amran untuk membawa Aliya ke bidang yang sama tidak berjaya kerana Aliya meminati bidang yang berbeza iaitu lukisan.
"Saya tak akan mengaku dia anak saya Zah kalau dia teruskan dengan niat dia yang bodoh tu. Apa ada pada bidang yang dia pilih tu? Dari kecil sampai sekarang tak habis-habis menyusahkan saya" dengan marah Amran melontarkan kata-kata kepada Zaharah tanda tidak setuju dengan keputusan Aliya.
Zaharah menjadi serba salah untuk memihak kepada suami atau anak bongsunya. Keputusan Aliya untuk melanjutkan pelajaran ke kota Paris dalam bidang lukisan dibantah oleh Amran. Katanya bidang tersebut tak akan mendatangkan hasil. Aliya tekad dengan keputusannya, hal ini lah yang menyebabkan pertengkaran antara mereka anak beranak. Aliza pula sedikit pun tidak memihak kepada Aliya. Aliza hanya mengiakan apa yang diperkatakan oleh papanya. "Kau tak fikir masa depan kau ke Liya? Papa dah bagi kemudahan kau yang bodoh cari susah tu kenapa? Boleh hidup senang kau cari susah. Aku tak faham la dengan kau ni" aliza merendah-rendahkan keputusan Aliya. Sedikit pun tidak pernah menyokong.
"Tak salahkan kalau dia pilih bidang lukisan, bukannya benda tu haram. Lagipun dia dah cuba tapi itu bukan bidang yang dia minat. Bagilah dia peluang dulu, jangan cepat menyalahkan anak-anak. Sekarang ni ramai pelukis boleh berjaya" rayu Zaharah kepada suaminya. "Berjaya awak cakap. Duduk tepi-tepi jalan tu Zah awak kata berjaya? Kais pagi makan pagi pun belum tentu lepas Zah oiii. Pergi Paris tu 4 tahun nak bazirkan waktu dan duit semata-mata. Kalau dia nk bercuti ke sana, sekarang juga saya tanggung segalanya. Dia tak tengok ke apa yang dah Aliza capai?" dengan bangganya Amran berkata-kata tentang Aliza. Aliza adalah anak yang diharapkan dapat memajukan A&Z Holding.
"Papa dan along aku takkan faham sampai bila-bila pun minat aku dalam bidang ni Mus. Hanya bidang perniagaan yang dapat bagi dia bangga. Aku dah cuba Mus, kau pun tahu kan, 2 tahun aku abdikan diri dalam A&Z Holding. Tak ada apa hasil yang dapat aku sumbangkan. Aku nk buat apa yang aku minat Mus. Bukannya aku nak buat benda haram" Aliya meluahkan perasaan kecewanya kepada Musfira, teman baiknya sejak dari bangku sekolah lagi. "Tapi, kau tak kesian kat mama kau ke Liya? Aku kesian tengok auntie Zah" balas Mus. "Ma, esok flight Liya pukul 3 petang. Liya bertolak dari rumah Mus. Kalau mama tak keberatan boleh la datang ke airport. Tapi kalau papa tak izinkan tak apalah. Doa dan restu mama dah cukup untuk Liya di sana" Aliya sekadar memaklumkan kepada mamanya.
"Sekejap pun jadilah bang, kita tak tahu apa akan jadi dalam masa 4 tahun" rayu Zaharah kepada Amran. "Sayang anak pun Puan Zaharah, biar kena tempatnya. Anak macam Aliya tu tak patut bagi muka sangat. Biar dia tahu betapa susahnya hidup kalau sesuatu yang dia buat tu tak dapat restu dari orang tua" tidak sedikit pun perasaan untuk berjumpa anak bongsunya itu buat kali terakhir sebelum Aliya bertolak. "Tak apa la ma, Aliya faham situasi mama. Lagipun Aliya dah jangka papa takkan datang dan takkan benarkan mama datang. Mama doakan keselamatan dan kejayaan Liya kt sana ya. Pasal belanja semua mama tak perlu risau sebab semua ditanggung oleh MARA. 4 tahun kejap je ma, pejam celik, pejam celik insya’allah kita dapat berkumpul semula. Aliya takkan malukan family kita ma. Nasihat mama dan papa sentiasa bersama Liya" itulah panggilan terakhir Aliya bersama Zaharah sebelum dia bertolak ke Kota Paris. 4 tahun selepas itu….
"ANAK MALAYSIA HARUMKAN NAMA NEGARA, Lukisan pemandangan KLCC merangkul kejuaraan pertandingan pemandangan dunia di Kota Paris." petikan akhbar hari ini. "Anak yang awak kata bodoh tu lah yang bagi nama awak bersinar dan perniagaan awak bertambah maju sekarang. 4 tahun, sekali pun awak tak pernah tanya khabar dia sedangkan dia sentiasa tanya khabar awak dan Aliza. Awak baca tak surat khabar hari ni? Wartawan tanya siapa pendorong dia boleh berjaya? En. Amran Abdillah!!! Siapa tu bang? Dia tak pernah lupakan kita semua walaupun dah 4 tahun jauh beribu batu" kecewa dengan kesilapan yang di lakukan oleh suami dan anak sulungnya.
"Liya rindu sangat ngan mama. Mama sihat?" hanya itu yang mampu di katakana oleh Aliya setelah menjejakkan kaki ke bumi Malaysia setelah 4 tahun di negara orang. Rindunya terubat setelah berada dalam pelukan ibu tercinta. Airmata mengiringi mereka. Musfira setia bersama Aliya. "Maafkan papa Aliya. Sesungguhnya papa khilaf dalam hal ini. Papa memang seorang bapa yang tidak prihatin" Amran mengakui kesilapannya sendiri. Aliya hanya mampu menitiskan airmata. "Aliya tak pernah salahkan papa. Semua yang berlaku adalah pembakar semangat Liya untuk teruskan minat Liya. Kejayaan Liya hari ni pun jasa baik papa juga. Papa tetap idola Liya. Liya kan anak papa" Aliya terus memeluk papa yang bertahun dirinduinya. "Maafkan Liya pa, bidang lukisan ni pun tetap ada kaitan ngan perniagaan. Betul kata papa, Liya takkan boleh lari dari papa. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan pa?..." dengan senyum terukir di bibir mereka berdua.
"Maafkan along Liya. Along janji, lepas ni along lah orang pertama yang menyokong Liya. Maafkan along Liya" Aliza menangis teresak-esak sambil memeluk adiknya itu. "Liya tak pernah salahkan along. lepas ni, kita sama-sama majukan A&Z Holding ok. Banyak lukisan yang Liya nak gantung kat office" dengan nada yang gembira Aliya membalas. Mereka sekeluarga mengakhiri hari tersebut dengan linangan airmata gembira.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
boley bla gak a