Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Nana terjaga ketika azan subuh berkumandang. 'Malasnya nak bangun. Ngantuknya…tidur sikit lagi lah. He…'dia kembali melelapkan mata. Tiba-tiba, "Alamak." Peristiwa yang berlaku semalam menerjah kepalanya. Kenduri, persandingan, akad nikah.. 'Ya ALLAH, aku dah jadi bini orang. Tapi mana suami aku? Mana abang Syam?' sebelahnya kosong. Bantal pun tiada. Hampir menjerit Nana melihat sekujur tubuh suaminya meringkuk kesejukan di bawah. Nasib baik tidak dipijaknya.
'Ya ALLAH. Kenapa abang tidur kat bawah. Apa dah jadi semalam? Aku tak bagi abang tidur atas ke?' dia tidak ingat apa yang berlaku semalam sebelum tidur. Yang dia ingat dia tertidur ketika berbual dengan Johan ditelefon. Tak sempat habis berborak, dia dah tidur dulu. Nasib kau la Johan. Lepas tu, dia tak ingat apa yang berlaku.
'Kenapa abang tak tidur kat atas? Tak sudi tidur dengan aku ke?' Hati Nana hiba tiba-tiba. Ditahan air mata daripada mengalir. Perlahan dia bangun menuju ke bilik air. Mungkin hatinya akan tenang sedikit selepas solat.
'Nak kejut ke tak nak? Kang tak kejut aku yang dapat dosa free.' Belum pun sempat tangannya mendarat kat kaki suaminya, lelaki itu lebih dulu terjaga. Cepat-cepat Nana bangun. Buat-buat tak tahu.
"Nana dan solat ke?" tersentak Nana mendengar soalan Hisyam yang tiba-tiba.
"Ha'ah. Bangunlah."
"Abang baru ingat nak solat jemaah. Tapi tak pelah kalau Nana dah solat." Hisyam bangun dan mencapai tuala sebelum melangkah ke bilik air.
'Hah, solat jemaah? Adus..malunya..' sebelum ni, kalau papa dan mamanya ajak dia solat subuh berjemaah, mesti ada saja alasan yang diberi. Tak pernah nak berjemaah sama-sama. Tapi sekarang, suaminya sendiri ajak berjemaah. Nak bagi alasan apa? Tapi oklah tu daripada dapat suami yang tak solat langsung. Berkat sikit family aku. Amin. Huhu…
"Betul ni Nana tak nak ikut abang? Tanya Hisyam. Dia perlu pulang ke KL hari ini kerana cutinya sudah tamat. Sebolehnya dia mahu Nana mengikutnya pulang. Mungkin dengan cara itu dia dapat mengenali Nana dengan lebih dekat dan mengeratkan hubungan mereka. Tapi Nana semacam berat untuk mengikutnya.
"Takpe lah bang. Lain kali je lah Nana pergi. Lagipun Sabtu ni nak balik campus. Banyak benda nak kena settle kat sini." 'Abang, tak payah lah balik dulu. Nana sedih ni. Baru nikah dua hari dah kena tinggal. Nak ikut..' rintih hati Nana.
"Hmm… takpelah kalau macam tu. Tapi nanti abang cuba balik hari Jumaat. Sabtu boleh abang hantar Nana balik, ok?"
"Eh, takpelah bang. Nana boleh naik bas. Dah biasa. Bukannya jauh sangat pun." 'Tapi kalau boleh abang baliklah. Nana lagi suka kalau abang hantar.' Kata-kata itu hanya bermain di hatinya. Tak terluah di bibir.
"Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa call abang." Nana menyalami tangan suaminya. Hisyam mengucup mesra dahi Nana.
'Abang, peluklah daku…huhuhu… nak cium lagi… ish, gatal betul kau ni Nana. Tapi takpelah, suami aku. Ikut suka aku lah.'
"Ups.." 'Alamak, dia dengar ke aku cakap apa? Adus..malunya..' Hisyam memeluk erat Nana. Pipi isterinya dikucup. Berat rasanya untuk meninggalkan isteri yang baru dinikahinya dua hari lepas. 'Ah, sekejap je. Bukannya tak jumpa langsung lepas ni.' Muka Nana panas. Malu diperlakukan begitu. Dah lah depan mama dan papa. 'Ish, abang ni. Semalam tak nak peluk. Depan mama dengan papa nak main peluk-peluk pulak. Malu… Hai, tak tidurlah kau malam ni Nana.' Kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah. Hati Nana sayu. 'Abang, cepat balik. Nana dah rindu ni..'
"Nana, tak nak masuk ke? Dah lah tu. Bukannya cik abang awak tu pergi tak kembali." Perli mama. Nana tersipu malu.
'Ish mama ni. Macam tau-tau je.'
Nana termenung panjang. Penumpang lain yang berada di dalam bas juga buat hal masing-masing. Terasa jauh perjalanannya kali ini. Rindunya pada suami tak tertanggung.
"Nana, abang mintak maaf. Esok abang tak boleh hantar Nana balik kampus. Ada emergency." Luluh rasa hatinya. Apa tidaknya, sepanjang lima hari menunggu kepulangan abang Hisyam, fikirannya hanya dipenuhi dengan angan-angan. Membayangkan yang dia akan berdua-duaan dengan suaminya sepanjang perjalanan ke kampus. Gurau senda, kata-kata romantis, kehangatan sentuhan abang. Argh..semuanya hanya tinggal angan-angan. Kini, dia sendirian. Tiada gurau senda, tiada usikan manja, juga tiada kata-kata romantis mengusik jiwa. Hatinya menangis.
'Kenapa abang buat macam ni. Nana rindu sangat dekat abang. Abang tak rindu Nana ke?' rintih hati kecilnya. Air mata yang ingin menuruni pipinya diseka.
Hisyam menilik jam di tangan. 'Mesti Nana dah sampai kampus. Kesian dia.' Hisyam tidak dapat mengelak apabila seorang pesakit memerlukan pembedahan segera hari ini. Dia terpaksa mendahulukan pesakitnya. Lagipun Nana sendiri yang kata, dia sudah biasa balik sendiri. Terdetik juga perasaan kasihan kerana sudah berjanji dengan isterinya. Dia juga rasa rindu untuk bertemu Nana. Perasaan itu datang tiba-tiba tanpa diundang. Mungkinkah dia sudah jatuh hati pada sepupunya itu?
'Suami mana yang tak sayang bini. Tapi aku masih lagi anggap dia macam adik aku. Rasa kekok nak layan dia macam isteri. What should I do?'
"Hai pengantin baru, kenapa ni? Rindu kat bini ke?" Norman, rakan sekerjanya menegur.
"Ish, takde lah. Aku penatlah. So, macam mana dengan pesakit tu? Stable?"
"Stable. Aku takut kau yang tak stable. I think, kau patut pergi jumpa dia la bro." Norman sengih. Dia dulu pun macam tu jugak. Sehari tak jumpa dah menggelabah tak tentu. Ini kan tak jumpa seminggu. Dah lah baru je kahwin. Boleh jadi sawan dibuatnya.
"Assalamualaikum, Nana buat apa?" Nana yang masih lena ketika Hisyam menelefon terpisat-pisat. 'Ish, napelah call time macam ni… ngantuk ni.'
"Erm… tak buat apa-apa. Saja duduk lepak-lepak." Nana control suara. Apa taknya, baru bangun tidur. Sah-sah suara ala-ala Amy search sakit tekak.
"Ye ke? Suara macam baru bangun tidur je ni." Serkap Hisyam.
"Hah." Nana gelabah. 'Aduh, malunya. Dah la sekarang pukul 9.'
"Jom. Pergi jalan-jalan. Abang tunggu kat bawah hostel Nana ni."
"HAH?" Nana melompat dari katilnya. 'Alamak, apasal tak bagi tau awal-awal. Aku tak mandi lagi ni. Mau sejam baru siap ni.' Kelam-kabut dia mencapai tuala. Hisyam masih lagi ditalian.
"Nana? Ok ke? Ke nak abang tolong mandikan?" usik Hisyam.
"Eh, takpe-takpe. Nana dah bangun ni. Abang tunggu. Nanti Nana turun." 'Tolong mandikan? Biar benar laki aku ni. Buang tebiat ke apa? Tapi, kalau nak tolong pun apa salahnya. Hehe…" Nana bergegas ke bilik mandi. Senyumannya tak lekang dari bibir. Suami ajak dating. Seronoknya… "Yahooo!!!!"
"Amboi… wanginya. Kau nak pergi mana ni Nana?" Suria pelik. Awal benar kawannya sorang ni bersiap. Biasanya, selagi tak pukul 12, tak bangun.
"Dating." Hati Nana berbunga riang.
"Dating? Dengan siapa? Johan?"
'Ada ke dengan mamat tak cukup matang tu.' "Dengan suami akulah. Ok, aku pergi dululah. Bye…"
"Eh Nana..tunggu." Belum sempat Suria bertanya lebih lanjut, Nana sudah hilang. 'Amboi, dapat laki, kawan pun tak layan. Siap kau balik ni.'
"Ermm..kita nak pergi mana ni bang?" Tanya Nana. Hatinya berdebar-debar. Apa tidaknya melihat abang Hisyam yang begitu macho walaupun hanya memakai t-shirt polo dan seluar jeans. 'Adus…hensemnya laki aku ni. Nak je aku peluk kat sini. Rindunya….'
"Mana-manalah yang Nana nak pergi. Abang ikut je. Actually, abang nak mintak maaf sebab tak dapat ambik Nana kat kampung hari tu. So, hari ni abang jadi driver Nana. Nana nak pergi mana, abang sanggup bawak. Asalkan tak ke bulan ok?"
'How sweet. Ni yang Nana makin sayang kat abang ni. Ish… rasa nak cubit-cubit je pipi abang. Kalau Nana kata nak duduk je kat sini dengan abang sampai pagi esok boleh? Gatal betul kau ni Nana..' Hari ini memang hari yang paling membahagiakan buat Nana. Buat pertama kalinya dia keluar dengan orang yang paling dia cintai sejak sepuluh tahun lalu. Terasa macam mimpi. Rasa macam nak hentikan je masa biar hari ni kekal sampai bila-bila. Abang sangat baik dengannya. Romantis sekali. Tengok wayang, makan disuap abang, shopping sambil pimpin tangan, mengelilingi tasik putrajaya berdua, semuanya terlalu indah. Betul-betul seperti pasangan yang sedang hangat memadu kasih. Dapat dirasa hangatnya kasih abang padanya.
"Nana happy?" Tanya Hisyam semasa menghantar Nana pulang ke kampus. Nana hanya mengangguk. 'Happy sangat abang. Thanks sayang.'
"Sweet dreams ok." ' Nana tak nak balik. Abang… janganlah balik lagi. Nana tak puas lagi tatap wajah abang.' Lambat-lambat Nana turun dari kereta. Payah benar kakinya hendak melangkah keluar. Macam kena lekat dengan gam gajah saja.
"Kenapa sedih je ni? Ke nak ikut abang balik?" Teka Hisyam. 'NAK!!!' jerit hati Nana.
"Erm… tak lah. Bila abang nak datang lagi?" 'Ups, alamak. Hehehe…' Hisyam senyum. "InsyaAllah. Kalau ada masa abang datang lagi. Kalau Nana rasa nak balik rumah abang, Nana call je lah. Nanti abang datang ambil, ok?" Nana angguk. 'sekarang boleh?' Nana menunggu sehingga kereta suaminya hilang dari pandangan. Air matanya yang tertahan sejak tadi gugur. Bahagia bercampur sedih. Tak pernah terfikir yang hari ini akan muncul dalam hidupnya. Tiba-tiba Nana rasa seperti diperhatikan. Dia menoleh ke kiri.
'Alamak, Johan!! Dia Nampak ke abang Hisyam tadi? Apa aku nak cakap kalau dia tanya? Ish, kacau daun betullah mamat sorang ni.'
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Best sangat. Tapi mcm x puas nk baca la. smbg cpat2 ye.