Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sekejap ke kiri, kemudian ke kanan pula. Bergolek-golek aku di atas katil. Tidak dapat melelapkan mata kerana perut yang terasa lapar sangat. Sampai ke tahap berbunyi-bunyi. Mata aku pulak, tak akan boleh lelap selagi perut ini tak diisi. Kalau boleh senang-senang tertidur dengan perut lapar lagi bagus. Tak payah susah-susah. Tapi nampaknya memang aku kena bersusah sikit malam ini.
Ini semua Addy punya pasal! Main ugut-ugut hendak peluk aku. Kalau tidak sudah lama perut aku kenyang melantak nasi goreng yang dia buat tadi. Pasal tak berani hendak keluar, terpaksalah duduk bertapa dan berlapar dalam bilik ini. Bengangnya!
Dalam keadaan separuh rela, aku bangun dari katil dan mencapai anak tudungku. Mesti pakai! Buatnya tiba-tiba Addy the Freak muncul, aku jugak yang tertangkap basah dengan dia. Buat malu betul.
Apabila aku buka pintu bilik, keadaan di luar senyap-sunyi dan gelap. Menandakan Addy sudah masuk ke bilik dan tidur. Bagus! Ini maknanya operasi aku akan berjalan dengan lancar. Tiada gangguan daripada mamat freak tu.
Dalam keadaan rumah yang gelap dan kelam, hanya diterangi oleh cahaya lampu-lampu jalan dari luar, aku redah sahaja ke dapur. Sampai di dapur baru aku petik suis lampu.
Pandanganku singgah di atas meja yang di atasnya terdapat tudung saji. Aku target mesti ada sesuatu di bawahnya. Tepat sekali jangkaanku apabila tudung saji dibuka, ada nasi goreng terhidang bersama telur dadar. Nasib baik Addy tingglakan, kalau tidak, jamah mi segera sajalah aku.
Sesudah menikmati makan tengah malamku, fikiranku melayang-layang memikirkan hubungan aku dengan Addy. Adakah bahagia sudah mula melingkari perhubungan ini? Jawapan untuk soalan ini, aku tidak tahu. Apabila aku bertanya pada hati, aku cuma merasakan ini sekadar perhubungan biasa. Tidak aku nafikan aku selesa berada di samping Addy, berbual bersama Addy juga sering mengundang senyuman di wajahku.
Mug yang berisi nescafe panas aku hirup sedikit. Meletakkanya kembali di atas meja. Kembali memikirkan sesuatu.
Addy juga menunjukkan sedikit perubahan dalam tingkah-lakunya. Dia tidak lagi pulang lewat. Dan mungkin juga tidak ada lagi perempuan-perempuan yang mengelilingi hidupnya. Aku berani membuat andaian sebegini kerana satu hari, aku telah mencuri lihat senarai kenalan di dalam telefon bimbit Addy. Tidak ada nama-nama perempuan melainkan aku. Tetapi mungkin juga nombor-nombor telefon perempuan dia sembunyikan di sebalik nama-nama lelaki. Ya, ini juga tidak mustahil!
Tentang solat lima waktu, aku tidak pasti sama ada Addy sudah menyedari tanggungjawabnya yang wajib dilaksanakan itu. Maklumlah, bilik asing-asing, bila masanya untuk aku mengintip setiap gerak-geri Addy.
Addy, Aizam. Meraka berkawan baik. Tentu sekali punya peribadi yang sama. Kalau tidak bagaimana boleh sesuai sebagai kawan. Cuma Addy tidak pula menunjukkan ciri-ciri pendendam seperti Aizam. Ego Aizam melangit tingginya! Aku tidak tahu sebab apa yang menjadikan Aizam. Apakah segalanya bersebabkan daripada aku sendiri? Seingat aku, tidak pernah aku berbuat sesuatu yang menyakitkan Aizam sama ada dari segi mental mahupun fizikal. Aku tidak pernah mencari masalah dengannya. Aizam sahaja yang suka mencari salahku, mengajak aku bertegang urat dengannya. Sewaktu di zaman persekolahan dahulu, aku lebih suka berdiam diri apabila Aizam mula mencari pasal. Menuduh aku yang bukan-bukan. Aku bersabar dengan setiap kelancangan mulutnya. Tetapi ada satu hari yang membuatkan aku tiba-tiba hilang sabar dengan kerenahnya. Sehingga membuatkan aku bersuara membantah. Pada hari itu juga aku lihat Aizam terkedu melihat aku bersuara. Cuma pada hari itu sahaja aku membalas. Cuma pada hari yang satu itu. Tidak pada hari-hari yang lainnya kerana Aizam tidak lagi mencari pasal, dia lebih senang dengan memberikan pandangan penuh kebencian pada aku. Dan mungkin hari itu juga puncanya segala yang terjadi sekarang.
"Hari ini saya akan edarkan keputusan peperiksaan pertengan tahun kamu semua. Bagi kertas matematik untuk penggal ini, Azmarina mendapat markah paling tinggi. Kamu yang lain, kebanyakannya merudum jatuh. Kenapa? Boleh bagi alasan yang munasabah?" tutur Puan Hasnur Hidayah. Walaupun suaranya lembut, tetapi terserlah ketegasan dalam kata-katanya.
Apabila semua pelajar menunduk mendiamkan diri, Puan Hasnur mengedarkan kertas jawapan masing-masing. Puan Hasnur tahu tidak ada yang akan memberi apa-apa alasan. Nama aku yang mula-mula dipanggil. Aku masih ingat lagi betapa bangganya aku apabila Puan Hasnur mengucapkan tahniah.
Pada waktu itu, Aizam tidak berada di dalam kelas. Selepas nama aku, nama Aizam pula yang dipanggil. Dan secara tiba-tiba juga Aizam muncul dari luar kelas. Entah daripada mana agaknya dia.
Aku pula sudah kembali ke tempat dudukku. Aizam menapak dengan penuh gaya menuju ke arah Puan Hasur. Sesugguhnya Aizam memang begitu, penuh dengan keangkuhan. Puan Hasnur menghulurkan kertas Aizam sambil berkata, "Kamu pun sama Aizam. Merudum jatuh. Teruk betul keputusan kamu, SPM dah dekat. Jangan main-main, asyik nak bermakwe, tengok apa dah jadi dengan ujian kamu ni? Jauh beza betul keputusan kamu dengan Azmarina. Selalunya kamu yang di atas."
Tanpa berlengah Aizam berjalan menuju ke tempat duduknya di belakang aku. Dia memandangku sambil menjeling. Aku pula seperti biasa tidak ambil peduli sangat dengan apa yang Aizam. Malas hendak gaduh. Aku kembali menghadap Nazila di sebelahku yang leka melihat kertas jawapanku. Melayan Nazila yang bertanya itu dan ini. Tiba-tiba ada tangan yang menjangkau dari belakang merampas kertasku. Terkejut aku dan Nazila. Aku toleh ke belakang, aku lihat Aizam sudah berdiri sambil memegang kertasku. Seisi kelas memberi tumpuan padanya ketika itu. Puan Hasnur juga terkejut. Terhenti kerjanya mengedarkan kertas.
"Kalau Puan Hasnur nak tahu, perempuan ni bukannya pandai sangat. Dia ni kaki kelentong. Dia ni penipu, semua yang dia jawab dalam kertas soalan ini dia curi jawapan kawan dia, Nazila!" Dengan suara yang lantang Aizam menghamburkan fitnahnya kepadaku. Terpinga-pinga aku dibuatnya.
Mujurlah Puan Hasnur tidak mudah melatah dengan tuduhan Aizam. Dia membela diriku, "Kalau betul Azmarina meniru Nazila, mesti markah mereka berdua akan sama. Awak jangan hendak mengada-ngadakan cerita. Sudah, duduk! Kalaupun awak nak bersaing, guna otak, bukan cari salah orang dengan cari macam ini."
"Tapi Puan..."
"Eh, Aizam! Kau ni kenapa? Apa masalah kau dengan aku? Aku ada buat apa-apa salah dengan kau ke? Aku tak sukalah kau buat aku macam ni, macam aku ni tak ada maruah. Kau ingat bagus sangat?" Segalanya aku luahkan dengan suara yang lantang.
Aizam lihat Aizam terkedu. Kertasku yang berada ditangannya diletakkan di atas meja. Dengan pantas Aizam berlalu keluar daripada kelas. Semuanya terpinga-pinga dengan keadaan yang baru terjadi. Aku juga tidak menyangka aku mampu memarahi Aizam sampai begitu sekali.
"Masuk dapur curi makan. Nak kena peluk ni."
Tersentak aku dari kenangan silam dengan teguran yang tidak ku jangka. Mujur sahaja tidak terlepas mug di dalam genggaman. Aku toleh ke sebelah. Addy berdiri sambil memeluk tubuh dengan senyuman penuh makna. Semacam sungguh senyuman itu pada pandangan mataku. Seram sejuk pulak dibuatnya. Tambahan pula aku dapat menangkap apa yang Addy perkatakan tadi. Teringat ugutannya yang tidak terlaksana kerana aku lepas lari. Takkan hendak buat hal lagi Addy the freak ni?
"Suka hatilah. Orang lapar," jawabku. Aku masih terpaku di kerusi. Tidak berganjak untuk bangun kerana rasanya lebih selamat kalau aku terus duduk. Aku teguk saki-baki nescafe susu.
"Aku tak marah. Cuma aku nak tuntut hadiah aku aje,"jawab Addy pula.
"Mengada-ngadalah. Siapa yang nak bagi hadiah? Perasan!"
Addy tertawa kecil mendengar jawabku. Kemudian dia tersenyum menawan kepadaku. Menawan ke? Apa-apa ajalah. Lebih baik aku ubah topik sebelum Addy lebih merepek-repek, hendak hadiahlah, hendak peluklah, geli-geleman aku dengar. Meremang bulu tengkuk.
"Esok kau cuti kan?"tanyaku pada Addy. Addy pula buat muka pelik. Aku tahulah aku tak pernah tanya soalan macam ini pada dia, tapi janganlah tayang muka hairan sampai macam itu sekali.
"Kenapa? Nak pergi honeymoon ke?" Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Soalan yang tak patut pula yang ditanya. Honeymoon? Kau dengan aku? Mimpilah!
"Aku nak ajak kau pergi tengok wayang. Ada satu cerita yang sesuai sangat untuk kau. Macam mana, boleh?"
"Cerita apa?"
"Esok kau tahulah. Tak naklah kecoh-kecoh sekarang."
"Okey. Aku pun ada request yang aku harap kau dapat tunaikan." Addy mengangkat sebelah keningnya. Seperti memberi isyarat bertanya sama ada aku bersetuju ataupun tidak.
"Kau nak mintak apa?"tanyaku. Ada keraguan yang bermukin dalam hati. Harap-harap Addy tidak meminta yang bukan-bukan. Maklum sajalah, kebelakangan ini Addy suka benar berkata ‘sesuatu yang menguji perasaanku’.
"Aku nak mintak tolong kau masak malam esok. Ada kawan aku nak datang. So, I need your help. Aku sekadar masak yang simple aja bolehlah. Tapi kalau nak menjamu orang, serius aku tak tahu."
"Oh...okey. Siapa yang nak datang? Ramai ke?"
"Seorang saja. Tapi siapa dia, aku kena rahsia. Esok, esok punya ceritalah kan? Kau pun main rahsia-rahsia dengan aku."
Eh, dia ni! Nak kenakan aku pulak! Tak apa kita sama-sama tunggu esok.
"Nak jugak rahsiakan. Rahsialah, ada aku kisah?"
"Okey, deal!" Addy menghulurkan tangannya kepadaku. Aku agak ragu-ragu untuk menyambutnya. Tetapi bila melihatkan Addy masih menghulur aku jabat juga tangan sasanya. Kemas tanganku di dalam genggamannya. Terasa hangat tanganku, begitu juga hangatnya mukaku. Serba tidak selesa dibuatnya apabila Addy masih tidak melepaskan tanganku. Lantas aku tarik tanganku.
Addy cuma tersenyum. "Aku masuk tidur dulu. Kau pun, jangan tidur lewat. Lepas ni terus tidur." Addy bangun dari kerusi yang didudukinya. Aku hanya melihat dia berjalan meninggalkan ruang dapur. Tiba-tiba dia berpaling kembali. Menatapku seketika.
"Selamat malam, sayang," ucap Addy. Apa yang aku rasa ketika ini? Macam-macam perasaan yang datang menerpa. Sehingga rasa sesak dadaku. Kenapa Addy suka sangat cakap macam ini? Inilah yang aku maksudkan sebagai ‘sesuatu yang menguji perasaan’.
"Tolong jangan bersayang-sayang dengan aku. Kenapa kau suka sangat cakap macam tu kebelakangan ni?" Keraguan dalam hati akhirnya aku persoalkan juga kepada Addy. Addy tidak jadi meneruskan langkahnya. Dia berjalan menghampiriku. Di dekatkan wajahnya padaku.
"It means that, I want you as my wife forever," bisik Addy ke telingaku. Bisikan yang mengundang debar di dalam dada.
Addy membiarkan aku termangu-mangu sendiri, menafsir rasa yang sedang bergolak hebat di dalam hati. Adakah jiwaku ini mula meresapi sehalus cinta yang dibisikkan oleh Addy? Benarkah itu yang Addy mahukan? Atau sekadar mainan kata-kata untuk menipu perasaanku?
Aku tidak harus percaya sepenuhnya terhadap apa yang Addy katakan. Masih banyak lagi urusan yang belum selesai. Terutama perihal Aizam. Aku tidak boleh hanyut dalam mainan perasaan. Aku juga takut kiranya Addy akan membiarkan aku terkapar-kapar sendirian mengejar sinar kebahagiaan. Bukankah aku sendiri pernah menyimpulkan bahawa Addy bukannya jenis yang boleh digantungkan harapan. Jadi sepatutnya aku perlu mengelak dari berharap apa-apa daripadanya. Juga melupakan segala harapan Addy yang entahkan benar ataupun palsu semata-mata. Hidup ini tidak dilingkari dengan insan-insan yang sentiasa boleh dipercayai kebenarannya. Lebih baik percaya pada kata hati sendiri.
kepada author...ade blog x? teringin plak saye bace d whole story, xsanggup la nk tunggu2 every new post cz best sgt bace citer nih....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
aww, sweetnye addy. tak sabar tunggu next ep. thanks dear writer!