Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Nadmi. Isya. Jom duduk sekali breakfest," ajak Datin Mima setelah melihat anak dan menantunya turun.
Dari tadi lagi Datin Mima keluar masuk dari dapur. Sibuk menyediakan sarapan untuk tetamu yang masih lagi berada di rumah mereka.
"Duduklah. Wah romantic nampak," usik Nadia sambil menyenduk nasi goreng kedalam pinggan dan matanya melihat Hamka dan Isya memakai baju yang sama warna.
"Ada-ada je kau ni Nadia," balas Hamka sambil menarik kerusi untuk duduk. Isya turut mengambil tempat di sisinya.
"Abang nak apa?" tanya Nadia lagi sudah bersedia dengan senduk dan pinggannya.
"Bawak sini. Nadia pergi tolong mama kat dapur tu angkat apa yang patut," arah Hamka sambil mengambil senduk dan pinggan dari tangan Nadia.
Nadia tanpa banyak bicara terus sahaja berlalu.
"Sayang. Saya nak nasi goreng," pinta Hamka sambil dihulurnya senduk dan pinggan tadi dengan senyuman yang lebar.
"Nak banyak mana?" tanya Isya sambil berdiri untuk menyendukkan Hamka nasi gorang yang berada di hadapan mata mereka.
"4 senduk penuh cukuplah," balas Hamka.
Sedang Isya menyenduk tangannya sempat bermain-main di pinggang Isya. Sesekali melihat tangan Isya menyendukkannya. Bekas gigitan pagi tadi masih berbekas pada jari runcing Isya. Kasihan pula dia tengokkan.
"Lagi?" tanya Isya sambil dilihatnya wajah Hamka di sisinya.
"Hot dog nak dua. Telur gorang nak satu. Dengan sos," pinta Hamka lagi.
"Banyak ni boleh ke?" tanya Isya setelah meletakkan sos di pinggan Hamka yang sudah meriah dengan isinya.
"Sikit lagi," pinta Hamka.
"Morning abang. Isya. Manjanya abang?" tegur Nuri yang baru sahaja turun dari biliknya.
Isya hanya tersenyum.
Pinggan yang sudah penuh diletakkan di hadapan Hamka dan mula menyenduk makanan untuk dirinya.
"Sikitnya makan. Banyak lagi. Sini biar saya ambilkan," kata Hamka sambil mengambil senduk dan pinggan yang berisi sesenduk setengah nasi gorang itu.
"Nanti Isya tak habislah," balas Isya sambil memegang pinggannya yang sudah berada di hadapan matanya. Tinggal hendak makan sahaja.
"Boleh. Makan banyak sikit," kata Hamka sambil mengambil mangkuk yang berisi nasi goreng dan di isinya dua senduk lagi ke dalam pinggan Isya.
"Isya tak nak. Hamka ni. Biar Hamka yang makan banyak-banyak." Dipukulnya perlahan-lahan tangan Hamka yang sibuk hendak mengambilkan telur untuknya.
"Makan. Badan kurus macam orang tak makan je," kutuk Hamka.
Pantas tangan Isya menyenduk nasi yang berada di pinggannya mengunakan sudu ke pinggan Hamka.
"Sayang. Makanlah. Ni ambil balik," kata Hamka tidak mengalah dan nasi di pinggannya berpindah ke pinggan Isya.
"Hamka," marah Isya.
Nasi yang sepatutnya masuk ke dalam mulut menjadi bahan permainan. Sekejap di pinggan Isya sekejap di pinggan Hamka.
"Nampak tu nasi tu bersepah," tambah Datin Inda. Dahinya berkerut.
Isya terperanjat dengan tindakan mama mertuanya itu. Matanya yang bulat bertambah bulat. Dilihatnya nasi yang sudah bertaburan di lantai.
"Isya bersihkan," kata Isya sambil bangun dan menolak kerusinya. Dia mencangkung mendapatkan nasi yang bertaburan di lantai.
"Kenapa ni Mima? Pagi-pagi dah nak marah-marah. Awak tu ada darah tinggi," tegur suaminya yang baru sahaja keluar dari dapur.
"Ni budak berdua ni. Bukannya makan. Habis dimain nasi tu," bebel Datin Mima.
"Mama ni. Janganlah marah. Bukannya sengaja," jawab Hamka dengan muka tidak bersalah sambil mengutip beberapa ketul nasi yang berada di atas meja dan diletakkan di atas tisu.
"Makan betul-betullah," kata Datin Mima lagi.
"Betul-betullah ni ma," jawab Hamka lagi.
Dia faham dengan mamanya itu. Kalau dia macam tu bukan marah. Namanya caring. Kalau mamanya marah satu banglo boleh terbalik macam kena taufan.
Datin Mima berlalu meninggalkan mereka. Tiada orang yang makan di meja yang besar itu. Semuanya lebih memilih duduk di lantai. Kelihatan ramai yang bersarapan di ruang tamu. Meja makan pula digunakan untuk meletakkan makanan. Layan dirilah katakan. Itulah rumah Dato’ Ismad jika ramai saudara yang datang bertandang.
"Sayang dah siap belum?" tanya Hamka sambil menjenguk ke bawah meja.
Isya hanya tunduk mengutip nasi yang banyak bertaburan.
"Sayang," panggil Hamka sambil menguis betis Isya yang berseluar separas lutut itu.
Isya memandang Hamka dengan muka kesiannya sambil tangannya yang ada nasi melekat beberapa ketul itu dimasukkan kedalam mulutnya.
"Sayang kotorlah," marah Hamka sambil menarik tangan Isya yang sudah selamat di masukkan ke dalam mulutnya. Siap jilat-jilat lagi.
"Bik Akik. Bawakan tuala lap lantai," arah Hamka setelah orang tua itu lalu untuk ke dapur.
"Sayang bangun. Dah tak payah kutip nasi tu. Biar Bik Akik yang buat," arah Hamka sambil menarik tangan Isya serta mendorong tubuh itu untuk bangun.
Ditatapnya muka Isya yang sudah berdiri di sebelahnya.
Dah berapa banyak dia telan nasi kat bawah tu agaknya. Siap ada sos lagi dekat pipi tu. Dia ni. Nak marah nanti menangis. Getus hati Hamka sambil mengelap pipi Isya dengan tangannya.
"Ni kainnya," kata Bik Akik. Tuala di tangannya di hulurkan.
"Bik tolong lapkan nasi tu tumpah," arah Hamka. Dia mengambil pinggan Isya dan di letak di sisi sebelah lagi dan menyuruh Isya duduk di situ.
"Jangan makan benda kotor-kotor. Faham?" arah Hamka sambil mengambil tisu dan mengesat tangan Isya yang ada saki baki sos dan minyak.
"Hamka yang paksa Isya suruh makan banyak-banyak. Isya cakap tak nak. Tak naklah," kata Isya perlahan sambil mengesat pipinya menggunakan belakang tangan.
"Makan cepat," arah Hamka dengan nada yang memujuk.
Itulah kerja aku dari semalam. Memujuk. Memujuk. Memujuk. Isya kerjanya merajauk. Menangis. Merajuk. Menangis. Dah sah anak manja. Entah kenapalah aku boleh sabar dengan kau ni. Kalau Nia dah kena sekali dengan aku. Bisik hati Hamka sambil perlahan-lahan nasi di suapkan ke mulutnya.
Semenjak dia membuat keputusan hendak berkahwin dengan Isya, dirinya dan perlakuannya sebolehnya di ubah. Supaya Isya senang dengannya. Jika dulu dia tidak pandai hendak memanjakan orang, kini dia kena memanjakan Isya yang memang itu sifatnya. Sering hendak dimanjakan. Jika dulu dia tidak boleh mendengar orang menangis dan merajuk, kini, dia kena memujuk Isya yang suka menangis jika dimarah dan disakitkan. Kalau Nia dulu sering kali ditangannya sahaja jika menanis sehinggakan Nia takut untuk menangis di hadapannya. Takut ditampar. Dahlah sedih, sakit pulak kena penangan abang sulungnya.
cite yg menarik... isya manje gile... harap hamka dpt terus bersbr... pa pe pom cpt la smbong...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hehe padan muka hamka.. tu la xsuke lagi kan dah dapat bini yang cam gitu hehehe... best tul...